Rate

Bab 4

Humor Series 82617

“HELLO, ladies. Can I help you?”

Baru saja kami melangkah masuk ke dalam gimnasium, seorang lelaki yang bertubuh sasa menyapa dengan mesra. Kami pun mulalah malu-malu kucing apabila disambut oleh lelaki sado yang tampan itu. Aku menolak bahu Intan supaya bersuara terlebih dahulu. Janganlah duk tergedik-gedik saja menayang gigi. Over minah ni tau...

“Emmm... we all ni baru first time datang ke sini. Errr... boleh tak you tolong assist we all apa yang patut?” tanya Intan membuka bicara.

“Oh! Sure. I can help you. Tapi, you berdua kena pergi buat registration dulu kat kaunter tu. Sila ikut I, ye....”

“Alright... thank you. Lana, kau tunggu kat sini kejap tau.”

“Okey, babe. Pergilah settle apa yang patut.”

Intan pergi menguruskan hal pendaftaran manakala mata aku melilau ke arah sekitar gim itu. Hanya dua orang pelanggan saja yang sedang berlari di atas treadmill. Keadaan agak lengang di dalam ruangan gim yang besar itu. Baguslah! Tak ada malu sangat bila aku nak workout sekejap lagi.

“Emmm... miss! Miss!”

“Hoi! Lana! Meh sini kejap!”

Intan dan seorang gadis yang sedang berdiri di dalam kaunter memanggil aku. Ish! Ada apa pula ni? Bukan Intan cakap dia nak tanggung segala pembiayaan aku di gim ni ke? Aku pantas melangkah ke arah mereka yang sedang memerhatikan aku. Tak selesa pula rasanya apabila menjadi perhatian secara tiba-tiba.

“Yes?”

“Ni ha... miss Elly ni tanya kau nak join program fitness kat gim ni tak? Nanti kau akan dapat personal trainer sepanjang buat workout kat sini,” jelas Intan.

“Really?” Bulat mata aku memandang ke arah miss Elly yang sedang tersenyum. “Sounds interesting. Berapa fee untuk join program fitness tu?”

Miss Elly menerangkan dengan lebih lanjut sehinggalah aku benar-benar faham. Intan tetap memaksa aku untuk mengambil program itu. Dia rela menanggung bayaran bulanan asalkan aku bersetuju. Mungkin dia nak sangat tengok aku kurus. Tapi, tak sampai hati pula aku nak biarkan dia menghabiskan duit untuk bayaran bulanan itu.

“Okey. Aku akan setuju kalau kau bayar half and aku pun bayar half juga. Takkan kau sorang aje nak bayar? Kalau aku tak kurus-kurus juga dah setahun join program ni macam mana? Kau juga yang rugi,” bebelku.

Intan mengeluh perlahan. “Tak kisahlah, Lana. Yang penting aku nak kau join program ni. Promise?”

Laju aku mengangguk. “Alright. I’m promise.”

Intan tersenyum gembira mendengar persetujuanku setelah hampir dua puluh minit kami bertekak tentang hal itu. Miss Elly tetap tabah menanti bersama senyuman yang aku lihat sudah semakin tawar. Aku mengisi beberapa borang yang diserahkan oleh Miss Elly sebelum memulakan latihan.

“Zack!” Miss Elly menggamit lelaki sado yang menyambut kami di depan muka pintu gim ketika baru sampai tadi.

“Yes? Any problem?”

“Untuk fitness training tu... quota student you dah complete ke?”

“Yup! Dah complete dari minggu lepas lagi. Why?”

“Kita ada student baru ni. I nak masukkan nama dia ke dalam list quota Mister Azdrel or Mister Azdwan?”

Aku yang sedari tadi hanya memasang telinga terus tersentak apabila Miss Elly menyebut nama Azdrel. Oh! Tak mungkin dia. Beribu-ribu orang di Malaysia ini yang menggunakan nama Azdrel. Mana mungkin tiba-tiba Azdrel ini memang benar-benar Azdrel aku. Cewah! Suka-suka hati aku saja mengecop dia sebagai ‘Azdrel aku’. Gatai...

“Cuba you tanya dengan Mister Azdwan sendiri,” cadang Zack.

“Hmmm... okey.” Miss Elly terus menekan satu butang berwarna merah pada interkomnya yang terletak di atas meja kaunter.

“Yes, Elly?” Kedengaran satu suara garau menembusi corong interkom tersebut.

“Mister Azdwan, can you please come to the front desk for a while? Kita ada masalah sikit ni,” kata Miss Elly.

“Alright. I’m coming.”

Aku dan Intan saling berpandangan. Siapa pula yang akan datang sekejap lagi? Kalau dengar suara, orangnya pasti tampan. Tapi bak kata pepatah Jawa, don’t judge a book by its cover. Entah-entah yang datang nanti bermuka ‘pecah’ dan bertubuh kerempeng. Eh! So what? Dia pun manusia juga. Ada hati dan perasaan juga. Tak gitu?

“Tunggu sekejap, ye. Bos saya datang kejap lagi,” beritahu Miss Elly.

“It’s okay,” balas Intan sambil tersenyum. Zack sudah pun berlalu pergi dari kaunter itu. Ada kerja yang perlu dibuat agaknya.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang memakai T-Shirt kelabu berbentuk V pada leher serta berseluar pendek separas lutut muncul dari pintu belakang berhampiran kaunter itu. Intan terus menggenggam tangan kanan aku. Dah kenapa dengan minah ni? Matanya sedang tertumpu ke arah lelaki itu. Aku terus menoleh ke arah yang sama.

“Yes, Elly. Ada apa masalah?”

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ini mimpi atau realiti? Lelaki yang sedang bersuara itu adalah lelaki yang sama sering mengganggu khayalku sejak kebelakangan ini. Jadi, benarlah Azdrel yang disebut oleh Miss Elly itu adalah Azdrel aku? Oh my Azdrel! Seksi betul dia memakai baju yang menampakkan bentuk tubuh sasanya itu.

“Boleh tak kalau saya letakkan nama Cik Lana ni dalam list quota student bos?” tanya Miss Elly sambil merujuk kepada sekeping kertas yang diserahkan kepada lelaki itu.

“Yang mana satu Lana? This fatty girl?”

Senyuman yang aku sengihkan serta-merta mati apabila terdengar gelaran fatty girl yang disebut oleh lelaki itu. Baru aku tersedar bahawa dia bukannya Azdrel! Mungkinkah dia adik kepada Azdrel yang biadap tu? Ini bukan mungkin lagi... ini dah memang pasti! Azdrel

tidak akan memanggil aku dengan panggilan sebiadap itu.

“Arghhh! Muka kau lagi!” Aku merengus geram.

“Hello... we meet again, huh?” Suara sinis itu berbunyi lagi. Bencinya aku! Kenapa mesti kami bertemu lagi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?!

“Asyik-asyik aku jumpa muka kau yang tak ‘semenggah’ tu, kan! Nak termuntah tekak aku ni rasanya! Intan, aku nak balik!” tegasku tanpa menoleh ke arah lelaki itu lagi.

“Eh, kenapa? Kita belum siap daftar lagi kau dah nak....”

“Aku cakap aku nak balik!!!” Kali ini desibel suaraku nyaring meninggi. Aku sudah tidak peduli lagi tentang tanggapan orang lain. Lantak koranglah nak fikir aku ni gila atau apa... yang penting aku tak mahu berada di sini lagi. Fullstop!

“Lana! Tunggulah aku!” panggil Intan yang pastinya tergamam melihat aku tiba-tiba saja mengangkat kaki mahu meninggalkan gim itu. Aku biarkan saja beg tanganku dipegang oleh Intan. Aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Yang penting, muka lelaki ‘jahanam’ itu tidak ingin kupandang walau pun dengan sebelah mata!

Biarlah bergegar seluruh bangunan ini akibat hentakan larian aku, aku sudah tidak peduli! Aku ingin lari sejauh yang mungkin dari lelaki itu. Lelaki yang telah menjatuhkan maruah aku dengan kejian yang melampau! Lelaki yang membuatkan aku ditertawakan oleh orang ramai. Lelaki itulah!!!

“Aku tengah cakap dengan tong sampah kat tepi tu. Dia nampak besar tapi sayang... benda-benda tak elok yang masuk dalam badan dia. Kesian, kan? Korang rasa kesian tak?”

Gelak ketawa orang ramai ketika di hospital tempoh hari masih terngiang-ngiang lagi di telinga. Bagaimana seorang lelaki seperti itu sanggup merendahkan maruah wanita yang sepatutnya dia lindungi? Kali ini aku tak mahu dihina lagi... sebab itulah aku lekas melarikan diri dari situ. Aku tidak mahu terluka buat kedua kali!

“Ingat aku cakap... minuman macam ni tak elok untuk orang gemuk macam kau. Nanti makin bertambah kolestrol dalam badan. Kawallah sikit berat badan tu... nanti tak ada orang lelaki yang nak. Ha ha ha!”

Arghhh! Aku teringat lagi! Ayat itu masih tersemat rapi sebagai memori yang paling

terburuk dalam hidup aku. Ingat aku boleh lupa? Tak akan aku lupakan! Beberapa kali Intan memanggil aku tetapi aku tetap tidak mahu berhenti. Aku terus menyelinap masuk ke celah-celah bangunan yang tidak pernah pun aku lalui sebelum ini. Biarlah dia pulang terlebih dahulu... aku ingin menyendiri.

“Lana, please stop! Kenapa dengan kau ni?” jerit Intan tetapi aku tetap tidak mempedulikan dia.

Aku terus memasuki sebuah lorong yang agak sempit. Mungkin hanya sebuah kereta saja yang muat melalui lorong itu. Suara Intan sudah tidak lagi kedengaran. Aku hanya berhenti berlari setelah pernafasanku tiba-tiba terasa sesak. Peluh yang menitis sudah membasahi seluruh wajah. Aku bersandar pada dinding apabila merasakan dadaku seperti dicucuk oleh sesuatu. Ya Allah... sakitnya!

“Ke...napa... dengan aku... ni?”

Nafasku rasanya sudah berada di penghujung udara. Aku gagal untuk terus melangkah lalu lututku jatuh menyembah ke bumi. Aku memegang dada sebelah kiri yang sedang sakit teramat sangat. Rasa panik membuatkan aku semakin hilang pertimbangan. Apa yang tidak kena dengan aku ni, Ya Allah?

Bum! Tubuhku serta-merta terlentang di atas lantai bumi. Suasana di sekeliling menjadi senyap dan sunyi. Pandanganku kini tertumpu ke arah langit yang membiru. Perlahan-lahan... semuanya berubah menjadi suram dan semakin pudar. Hanya telingaku saja yang menangkap bunyi derapan langkah seseorang berhampiran situ.

“Ya Allah... Lana, kenapa ni? Jangan pengsan! Open your eyes!” Suara garau itu bergema dalam telingaku. Kemudian, aku rasakan ada sesuatu yang menghentak-hentak bahagian atas dadaku. Aku cuba sedaya-upaya untuk membuka mata walau pun dalam kepayahan. Ketika ini... aku ternampak seorang lelaki memakai topi bersama hoodie yang tersarung di kepala sedang menunduk betul-betul di depan wajahku.

Aku melihat dalam kesamaran yang separuh sedar. Wajahnya tampak berbalam-balam tetapi aku nampak mata yang sedang cemas memandang ke arahku itu. Dadaku kembali rasa dihentak-hentak dan seiring dengan itu aku mendengar dia menjerit serta menyuruh aku membuka mata. Aku sudah mencuba namun tiada berdaya. Ketika pandanganku menjadi semakin kabur, aku rasakan ada sesuatu yang lembut sedang melekap ke bibir ini. Ada udara yang disalurkan ke dalam ruang mulutku sehingga masuk ke dalam liang paru-paru. Sakit yang menyucuk itu terasa menghilang sekejap.

“Lana, come back!!!”

Suara lelaki itu bergema kuat sebelum seluruh pandanganku menjadi gelap gelita. Keadaan menjadi senyap dan sunyi lalu tiada apa lagi yang singgah ke dalam ingatanku melainkan kegelapan yang berpanjangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience