Rate

Bab 1

Humor Series 82617

I really-really hate period cramp! Nak terputus dua rasanya pinggang aku ni setiap kali diserang senggugut. Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu bagi menahan sakit. Peluh sudah pun membasahi ke seluruh wajahku. Tahan sakit punya pasal! Penatlah macam ni... takkan tiap-tiap bulan nak kena pergi hospital? Senggugut aje kut...

Aku duduk sekejap di atas sofa. Aduh! Lagi bertambah tidak selesa rasanya. Aku berdiri semula sambil menekan-nekan pada bahagian bawah perut. Kalau berterusan begini, mahunya ada ‘big giant’ yang terjatuh pengsan sekejap lagi. Siapa yang larat nak mengangkat aku kalau pengsan? Ish! Naya... naya...

“Kenapa ni, Ngah?” Dik Yan yang baru saja muncul dari tingkat atas menegurku. Bagus, dik... kau muncul tepat pada masanya.

“Tolong bawa Ngah pergi hospital, dik. Dah tak tahan sangat kena period cramp ni... tolong, eh? Please....” Aku merayu dengan penuh simpati. Kalau tak simpati juga memang hati kau sungguh keras, Dik Yan...

“Kenapa teruk sangat sampai berpeluh-peluh ni? Kesiannya Ngah aku ni. Yalah, jom Dik Yan bawa Ngah pergi hospital. Mana kunci kereta?” tanya Dik Yan.

Aku menggeleng laju. “Tak tahu. Tanya mama. Pinjam kereta dia kejaplah.”

“Mama! Ooo... mama!” panggil Dik Yan sambil melangkah ke dapur. Biasanya memang di dapur sajalah tempat mama selalu melepak. Masak... makan... masak... makan... macam mana anak daranya ni tak sebesar tong drum? Haih!

“Haaa... iye... mama kat dapur ni, sayang.” Sahut mama bersama suara yang sayup-sayup kedengaran. Kan dah cakap... mesti mama ada dekat dapur punya. Tidak sampai beberapa minit, Dik Yan kembali bersama segugus kunci di tangan. Aku mula melebarkan senyuman. Bukan kerana suka dapat pergi ke hospital... tapi gembira kerana sakit yang menggila ini bakal hilang sekejap lagi. In Shaa Allah!

“Sorry la dah susahkan, Dik Yan.” Kataku sebaik saja kereta Toyota Vios kepunyaan

mama mula beredar dari perkarangan rumah. Dik Yan kulihat tenang saja memandu di sebelah... padahal lesen yang diperoleh belum lagi sampai sebulan. Cayalah, dik!

“No problem la, Ngah. Alang-alang Dik Yan tengah cuti semester ni... Dik Yan tolonglah apa yang patut. Takkan Dik Yan nak biarkan aje tengok Ngah sakit,” balas Dik Yan sambil tersenyum manis. That’s my girl...

“Thank you, my beautiful shayang.” Aku membodek baik punya.

Dik Yan tergelak kecil. “Your welcome, my ‘fat’bulous sista.”

“Hep! Part yang fat tu sebut slow sikit, eh!”

Dik Yan terkekek-kekek mentertawakan aku. Apa yang geli hati sangat entah! Aku melekapkan tangan ke tingkap pendingin hawa pada dashboard kereta. Sejuk tapi kenapa aku masih berpeluh-peluh? Duh! Sungguh tak selesa rasanya. Dik Yan disebelah mengerling sekejap ke arah aku.

“Panas ke, Ngah?” soalnya.

“Hmmm... sikitlah. Tapi dah level tiga pun aircond tu.”

“Ngah rasa panas sebab menahan sakit tu. Tak apa... sekejap lagi kita sampai. Pergi KPJ Healthcare tu ajelah, eh? Dekat sikit dari rumah kita.”

Aku laju mengangguk. “Memang Ngah nak suruh Dik Yan pergi ke situ pun. Ngah dah biasa dapatkan rawatan kat hospital tu.”

“Oh... I see. Tak apa, Ngah. Tahan sikit ye....”

Dik Yan mula menekan pedal minyak dengan lebih dalam supaya dapat melajukan lagi pemanduan. Aku pula yang kecut perut melihat dia memotong segala ‘mak nenek’ yang menghalang laluan jalannya. Betul ke adik aku ni baru dapat lesen memandu? Gayanya macam sudah biasa bawa ambulans saja!

Selalunya jika aku sendiri yang memandu ke KJP Healthcare itu memakan masa selama dua puluh minit. Namun, hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku hanya sepuluh minit saja masa yang diambil untuk tiba di hospital itu. Aku menoleh ke arah Dik Yan yang sedang membuka tali pinggang keselamatan sebaik saja selesai memarkirkan kereta di perkarangan hospital itu.. Mukanya selamba saja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Dah kenapa Ngah tengok Dik Yan macam tu? Cepatlah turun... tadi cakap sakit sangat,” katanya.

Aku blur sekejap. “Dahsyatlah driving skill Dik Yan. Ngah kasi salute satu kali!”

Aku memberi tabik kepada Dik Yan. Tersengih kambing dia melihat gelagatku. “Dahlah! Poyo aje Ngah ni. Jom cepat.”

Aik! Orang beri pujian bukannya mahu berterima kasih... makin dikatanya kita ni poyo pula. Aku melangkah keluar dari dalam kereta sambil memegang bawah perut yang masih terasa sakit menyucuk-nyucuk. Gaya macam orang nak terberanak saja! Dik Yan menutupkan pintu kereta buatku.

“Boleh jalan ke tak ni? Nak Dik Yan ambilkan wheelchair?” tanya Dik Yan.

Aku menggeleng laju. “Eh! Tak payah! Kau nak malukan Ngah ke, dik? Nanti tak bergerak wheelchair tu macam mana?”

“Merepeklah Ngah ni! Macamlah badan dia tu berat sangat. Ada orang lain lagi besar badannya daripada Ngah tau.”

“Ada, eh?” Aku membuat muka blur.

Dik Yan memegang lenganku sambil kami melangkah bersama-sama menuju ke bahagian kecemasan. Pendingin hawa di hospital itu menyapa kulit wajahku yang sedang berpeluh. Aku duduk di kerusi pada ruang menunggu sementara menanti Dik Yan pergi mendaftarkan namaku di kaunter.

Aku memerhatikan beberapa orang awam yang mungkin sedang menanti giliran untuk dirawat. Ada orang muda dan sudah tentulah warga tua jauh lebih ramai di situ. Kemudian, mataku tertancap ke arah mesin gedegang atau pun nama saintifiknya, vending machine yang berada tidak jauh dari situ. Alah! Mesin yang menjual pelbagai jenis air berperisa tu...

Aku bangun perlahan-lahan menuju ke arah mesin tersebut. Serta-merta tekakku terasa dahaga apabila ternampak tin yang bertulis Kickapoo ada di situ. Oh my favourite! Aku terus menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Eh... baru aku tersedar yang aku keluar dengan hanya memakai seluar basahan di rumah saja. Malunya! T-Shirt berwarna kuning yang beranimasi Spongebob terpampang besar pada tubuhku ini menambahkan lagi rasa malu.

“Oi... lama lagi ke kau nak tenung mesin tu?” Ada satu suara garau yang sumbang mengusik gegendang telingaku. Aku terus menoleh ke belakang. Kelihatan ada tiga orang lelaki sedang memandang tepat ke wajahku. Tidak tahulah yang mana satu bersuara dengan kasar kepadaku tadi.

“Errr... sorry. Gunalah dulu,” ujarku sambil melangkah ke tepi bagi memberi laluan kepada mereka bertiga.

“Ngah,” panggil Dik Yan yang kini sudah pun berada di sebelahku.

“Haaa... dah siap daftar ke?” soalku sambil memandang ke arah kertas yang berada di tangan Dik Yan.

“Dah settle. Sekejap lagi nurse panggil nama Ngah. Kenapa berdiri kat sini? Ngah kan tak sihat. Jomlah kita duduk kat sana,” kata Dik Yan sambil telunjuknya melurus ke arah deretan kerusi pada ruang menunggu tadi. Aku sekadar mengangguk kecil dan terpaksa akur mendengar arahannya.

“Dah tahu badan besar plus berpenyakit pulak tu... ada hati juga nak minum air manis macam ni.”

Clack! Bunyi air tin bergas dibuka kedengaran. Namun, bukan itu yang membuatkan aku menoleh ke belakang. Suara yang biadap itu membuatkan aku ingin tahu siapakah gerangan yang telah membuatkan darahku jadi menggelegak panas! Aku melihat lelaki yang sedang meneguk air bergas Coca Cola itu sedang tersenyum sinis ke arahku.

Sekali pandang memang handsome... dua kali pandang pun handsome juga. Eh! Senang cerita wajah lelaki itu memang handsome dan cukup sempurna. Dahi yang luas dan sedikit berurat pada atas kening sebelah kanan, kening yang tebal terbentuk, mata yang bundar dan redup, hidung yang mancung serta bibir yang... hmmm sexy!

Aku pantas menggeleng kepala beberapa kali. Syok sangat mengamati keindahan ‘ciptaan’ Allah itu. Tapi, sayang sekali... bibir yang seksi itu tersangatlah ‘longkang’ kerana berani mengata aku secara depan-depan! Gaya pakaian yang melekap pada tubuh lelaki itu nampaknya seperti orang koperat. Tapi mulutnya memang keparat!

“Hello! Are you talking to me?” soalku sambil membuat muka tidak puas hati. Mentang-mentang aku pakai T-Shirt Spongebob... ingat boleh kutuk suka-suka hati ke?!

“Nope!” Lelaki itu menggeleng kecil. “Aku tengah cakap dengan tong sampah kat tepi tu. Dia nampak besar tapi sayang... benda-benda tak elok yang masuk dalam badan dia. Kesian, kan? Korang rasa kesian tak?”

Dia bertanya pula kepada dua orang lelaki yang berkaca mata hitam itu. Dalam hospital pun nak bergaya. Pelik betul! Aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia nak samakan aku dengan tong sampah tu, kan? Biadap! Aku menoleh ke arah Dik Yan di sebelah. Dahi adikku itu sedang berkerut-kerut mendengar kakaknya ini sedang dikutuk orang.

“Macam ni ajelah, ye... saya tak cari masalah dengan awak and please... jangan cari masalah dengan saya. Thank you!” ucapku dan terus menarik tangan Dik Yan supaya beredar dari situ. Elak ada yang ‘naik’ tangan ke wajah handsome itu nanti!

“Hei, fatty girl!” Lelaki itu menjerit nyaring. Tebal berinci-inci muka aku dibuatnya apabila semua orang yang berada di ruang menunggu itu menoleh ke arah kami.

“Ingat aku cakap... minuman macam ni tak elok untuk orang gemuk macam kau. Nanti makin bertambah kolestrol dalam badan. Kawallah sikit berat badan tu... nanti tak ada orang lelaki yang nak. Ha ha ha!”

Aku meraup wajah bagi menahan sabar. Dapat aku lihat beberapa orang awam di situ sedang tersengih-sengih memandang aku. Dik Yan memegang lenganku dengan erat. Aku hanya tersenyum tawar ke arahnya. Maafkan Ngah kalau dah memalukanmu, Dik Yan...

“Excuse me! Awak ada apa-apa masalah ke dengan saya?” soalku dalam sabar.

Lelaki itu melangkah mendekati aku bersama senyuman yang menjengkelkan. “No, I don’t have any problem with you. I’m just... tak boleh tengok orang gemuk macam ni. Rasa kesian sebab golongan macam ni biasanya suka berlagak bagus. Yeah! I’m fat but I’m healthy. Oh! Come on... semua orang tahu yang orang gemuk ni langsung tak healthy, okey?”

“Awak ni dah kenapa nak cari masalah dengan kakak saya?!” Dik Yan mula menengking geram.

“Oh! Dia ni kakak you ke?” Lelaki itu tergelak kecil. “Adik cantik aje slim... kakaknya dah macam bulldozer!”

“Ha ha ha!” Dua orang lelaki yang berkaca mata hitam itu mentertawakan aku. Ya Allah... dugaan apakah ini?

Aku datang ke sini untuk mendapatkan rawatan dan bukannya untuk menerima hinaan sebegini. Kelopak mata aku mula terasa panas. Aku cuba sedaya-upaya menahan air mata dari mengalir. Aku tak mahu nampak lemah! Cukuplah ketiga-tiga ekor ‘beruk’ itu cuba untuk melemahkan semangat aku. Ingat aku nak mengalah? Sorry la!

“You’re so heartless, mister whoever! Saya tak kenal awak siapa dan saya tak ingin pun nak tahu awak ni siapa! Yang penting, saya sukakan diri saya biar pun satu dunia benci tengok saya. I don’t really mind that! Family saya sangat sayangkan saya dan mereka beri saya cukup ajaran tentang cara bercakap dengan orang. I think... awak ni tak disayangi oleh keluarga dan tak cukup diberi ajar oleh mereka. So, saya anggap ajelah yang awak kekurangan dari segi itu walau pun saya tengok luaran awak dah cukup sempurna. Orang yang cukup adab tidak akan menghina orang lain dengan sesuka hati. Yang awak hina ni juga adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Dia yang menciptakan saya dan awak. Cukuplah awak menghina saya... tapi jangan lagi awak menghina ciptaanNya. I’m done with you!”

Aku terus menarik tangan Dik Yan supaya beredar dari situ. Air mata yang aku tahan sedari tadi akhirnya tumpah juga ketika kaki ini melangkah keluar dari hospital. Selama dua puluh lima tahun aku hidup di atas muka bumi Allah, inilah buat kali pertamanya aku dihina dan dimalukan oleh seseorang sebegini teruk di hadapan khalayak ramai. Menggigil lutut aku menahan geram dan sedih. Ah! Segala rasa bercampur-baur dalam hati aku sekarang ini. Kesakitan yang aku rasai akibat senggugut tadi terus hilang dan digantikan dengan sakit yang akan berbekas buat selama-lamanya dalam hati.

“Ngah tak nak pergi check doktor dulu ke?”

“No! We are going back home!”

Dik Yan terus mengunci mulut apabila melihat aku sedang mengesat air mata. Dia pasti tahu apa yang aku rasai ketika ini. Dihina oleh orang yang tidak pernah aku kenali... apa masalah lelaki itu? Dia memang anti dengan orang gemuk agaknya. Habis dia ingat orang gemuk ni tak ada hati dan perasaan ke? Tak semestinya setiap orang berbadan besar itu gemuk kerana banyak makan. Ada juga terjadinya atas faktor keturunan... macam aku ni ha! Erghhh! Malaslah nak fikir lagi. Aku bersumpah lepas ni tidak akan ada satu manusia pun yang berani menghina aku lagi. Aku nak kurus! Ya, aku nak kurus!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience