Rate

Bab 2

Humor Series 82617

“YA Allah! Sedapnya sup tulang gearbox yang mama masak ni. Ada lagi tak kat dalam periuk? Ngah nak tapau bawa balik rumah sikit boleh tak?”

Begitu sakan sekali aku membedal tulang gearbox yang kugenggam pada tangan kanan manakala tangan kiriku pula sedang sibuk menyudu kuah sup. Sedapnya tidak terhingga! Mama memang sengaja masak sedap-sedap kerana sekejap lagi aku akan pulang semula ke apartment. Along dan Nur Jannah pula akan berangkat ke Mekah untuk membuat umrah. Kemudian, bersambung pergi ke Dubai untuk honeymoon. Untunglah...

“Ada lagi, ngah. Nanti mama packing untuk ngah bawak balik. Along nak juga ke? Mana tahu nak makan kat dalam flight nanti ke?” tanya mama.

Along pantas menggeleng. “Tak apalah, ma. Along dah puas makan ni. Perut pun dah kenyang sangat. Honey, do you like it?”

Kini semua mata tertumpu ke arah Nur Jannah yang baru saja lepas meneguk air. “Errr... yeah. I really like it. Super delicious. Thank you for the meal, mama.”

“Jal mokgo sumnida, right?” Aku saja nak mencuba nasib speaking korean dengan kakak iparku. Selalu sangat aku dengar ayat itu ketika menonton drama mahu pun rancangan hiburan di stesen televisyen Korea. Mereka sering menyebut ayat seperti itu setiap kali sebelum atau selepas menjamu selera.

“Oh! How do you know that?” Nur Jannah bertanya dengan penuh kagum. Yeke dia kagum atau pun terkejut mendengar aku speaking korean? He he he!

“I love Korea. And of course I love you too, unnie!” ucapku sekadar mahu mengambil hati. Manalah tahu setelah mereka pulang dari honeymoon nanti ada banyak buah tangan yang akan mereka belikan untuk aku.

“Omo!” Nur Jannah memegang dadanya sambil tersenyum ceria. “I’m so touched. Cheongmal kamsahamnida. Saranghaeyo!”

“Nado saranghaeyo, unnie!” ucap Dik Yan yang turut menyampuk perbualan kami.

Hah, sudah! Habislah kantoi anak-anak dara mama sebenarnya semua kaki K-Pop dalam diam. But not for me, okay! Aku cuma kaki Runningman dan kaki K-Drama saja. Kalau hari cuti, memang aku maraton tengok drama Korea sehari suntuk. Dan tentunya ditemani oleh cheekerdees dan juga twisties serta pelbagai lagi junk food yang lain. Yummy!

“Korang tak payah nak saranghaeyo sangat dengan bini aku, eh! Dia patut ucap semua tu kat along sorang aje.” Eh! Tiba-tiba ada orang tersentap. Along... along... dengan adik-adik sendiri pun nak cemburu.

“Biarlah. Kita pun nak bermanja juga dengan unnie, kan Dik Yan?”

“Ha’ah! Ingat senang ke nak dapat kakak ipar Korean macam dia?”

“Itulah pasal. Entah bila masa along mengurat dia, kan? Pandai aje!”

Nur Jannah kelihatan terpinga-pinga mendengar perbualan kami. Mesti dia tidak faham sepatah haram pun tentang apa yang kami sedang bualkan. Itulah payahnya jika berkahwin dengan orang yang tidak sebangsa dengan kita. Nasib baik dia sudah beragama Islam sebelum berkahwin dengan along. Jika tidak... tak tahulah nak cakap apa. Mungkin jangan haraplah along dapat memperisterikan dia kut!

“Korang tak payah tahulah sejarah cinta along dengan dia. Sibuk aje! Anyway, sekejap lagi kawan along sampai. Dia yang akan hantar kami pergi airport nanti, ma.” Along terus menukar cerita dan menoleh ke arah mama yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Oh, yeke? Kawan along yang mana?” tanya mama. Baiknya kawan along tu sudi nak ambil dan hantar dia sehingga ke lapangan terbang. Agak-agak handsome tak kawan dia tu? Eh! Mood flirty aku tiba-tiba on pula.

Ting tong! Ting Tong!

Bunyi loceng rumah telah membuatkan along tidak jadi membuka mulut. Dia bingkas bangun dan pergi membuka pintu. Mungkin kawan dia tu yang datang agaknya. Aku terus bangun dan berlari-lari anak pergi ke sinki untuk mencuci tangan. Manalah tahu kalau kawan along tu handsome... aku mestilah kena jaga adab supaya nampak suci dan sopan. Ceh!

“Ma, ingat lagi tak dekat kawan along si El ni? Alah! Azdrel Zakry... kawan seuniversiti dengan along dulu tu. Well bro... she is my mom and my younger sister, Yana. And lagi sorang... mana pula si ngah tu pergi, ma?”

Aku terdengar suara along memperkenalkan kawannya itu kepada mama dan Dik Yan. Azdrel Zakry, ya? Nama saja sudah sedia indah... apatah lagi orangnya, kan? Aku membetulkan rambut serta baju yang sedikit berkedut. Nafasku tarik sedalam-dalamnya lantas kaki aku hayunkan dengan penuh cermat menuju ke ruang makan semula.

“Hah! There you are!” Kelihatan along sedang meluruskan telunjuk ke arah aku. Lelaki di sebelahnya itu pula...

Wooo... sekejap! Aku kenal mamat yang memakai sut lengkap berwarna kelabu ni. Kenal sangat-sangat dan sangat-sangat kenal! Aku mengerling ke arah Dik Yan yang sedang melopong. Pasti dia juga terkejut melihat kemunculan tetamu yang tidak diundang plus tetamu yang paling biadap di alam semesta ini!

Lelaki itu? Mukanya pucat lesi seperti tiada darah. Jauh berbeza raut wajahnya ketika menghina aku di hospital tempoh hari! Dia memandang aku dari atas sehingga bawah. Kenapa? Terkejut bila dapat tahu yang aku ni adik kepada Elfian? Huh! Aku terus membuat muka sombong tak ingat dunia.

“Bro, kenalkan adik aku yang nombor dua... Eleana Diane, tapi kau boleh panggil dia Lana aje. Right, ngah?”

“Or you can just call me... fatty girl!” sambungku.

Aku lihat lelaki itu menggeleng kecil. “No, saya tak boleh panggil awak macam tu. Saya panggil awak Lana aje, okey?”

Owh... how sweet of you! “Nak panggil saya Lana, ye? Jangan nak berlakon baik sangatlah! Hari tu elok aje awak panggil saya fatty girl? Apa kes?!”

“Ngah, apa ni cakap macam tu dengan kawan along?” Mama yang berada di sebelah lekas menarik lenganku.

“Kau dah kenapa, ngah?” Along mencerlung garang ke arah aku. Ah! Peduli apa... biar along tahu bahawa kawan dia tu sebenarnya bermulut puaka!

“No... no... it’s okay.” Lelaki itu menghalang along daripada memarahi aku. Amboi... nak tunjuk baiknya kau!

“Along tahu tak masa Ngah sakit macam nak mati kat hospital hari tu... kawan along

ni boleh cari pasal dengan Ngah kat depan orang ramai! Kalau along tak percaya... tanyalah dengan Dik Yan sendiri. Menangis teruk Ngah lepas keluar dari hospital tu tau! Terus tak jadi Ngah nak dapatkan rawatan kat situ! Sebab mulut jahat dia ni Ngah jadi malu besar hari tu. Sebab kawan along nilah!!!”

Aku sudah tidak dapat menahan sabar. Rasa nak menangis sekali lagi. Nur Jannah sudah pun berdiri di sebelahku. Barangkali dia terkejut melihat aku tiba-tiba naik angin. Belakang badanku diusapnya dengan perlahan. Namun, belum mampu menyejukkan hatiku yang masih panas membahang.

“Apa yang Ngah cakap ni? El baru aje discharge dari....”

“It’s okay, Pian. Let me settle this.” Azdrel memegang bahu along sambil matanya terarah kepadaku. “Emmm... siapa nama adik kau yang bongsu ni tadi?”

“Yana,” jawab along ringkas.

“Yes, adik Yana. Betul ke abang ada buat macam tu kat kakak kamu?” tanya Azdrel kepada Dik Yan.

Eh! Dah kenapa kau ni? Hilang ingatan ke apa? Semakin menguji kesabaran aku betul melihat lakonan lelaki ni. Seriously, kau boleh ganti Aaron Aziz berlakon lepas ni. Panggil Datuk Yusuf Haslam suruh ambil kau berlakon dalam filem dia. Lima bintang aku bagi!

“Yalah. Abang kutuk Kak Ngah saya gemuk and berpenyakit... sian Kak Ngah saya masa tu. Dia bukan ada penyakit pun... dia cuma kena period cramp aje,” jelas Dik Yan.

Ish! Tak payahlah sebut pasal period cramp tu, dik oi! Buat malu aku ajelah...

“Bro, kau biar betul?” soal along yang mula mempercayai cerita aku setelah mendengar penjelasan yang diberikan oleh Dik Yan tadi.

Kini, Azdrel menoleh pula ke arah along. Hah! Mengakulah cepat. “Pian, kau tahu aku takkan buat macam tu. Aku rasa semua tu kerja....”

“Wah! Kau tak nak mengaku pulak, ye... dah sedap-sedap kau mengata aku kat depan orang ramai. Kau jangan buat aku naik darah!” jerkah aku dengan mata yang mencerlung garang. Kalau tak takut juga tak tahulah...

“No! Saya bukan tak nak mengaku tapi yang buat semua tu....”

“Wan! Semua ni kerja Wan, kan?” tiba-tiba along menyampuk.

Laju Azdrel mengangguk kepala. “Yes, exactly! Dia aje yang berani buat macam tu dekat orang lain.”

“Tipu! Muka abang sama dengan lelaki yang mengutuk Ngah saya tu!” Dik Yan kembali bersuara bagi membela kakaknya ini. Good job, dik!

“Memang sama sebab dia adik kandung abang,” jelas Azdrel lagi.

Ah! Aku tak percaya! Aku terus menjauhi Nur Jannah dan mama lalu pergi mendekati lelaki itu. Aku berdiri betul-betul di hadapannya. Dia langsung tidak melarikan wajahnya ke arah lain. Sebaliknya, dia turut membalas renungan mataku. Lama aku mengamati raut wajah yang tampan itu. Kalau setakat tampan saja tapi hati busuk nak buat apa, kan?

“Saya bukan dia yang menyakitkan hati awak hari tu. Tengok muka saya ni betul-betul... kami nampak sama tapi tak serupa,” kata Azdrel perlahan.

Aku mengamati sedalam-dalamnya raut wajah lelaki itu. Lama-kelamaan aku nampak perbezaan yang diperkatakan olehnya tadi. Mata yang berwarna hazel itu! Bentuk wajahnya jauh lebih bujur berbanding lelaki di hospital tempoh hari. Namun, kening... hidung... dan bibirnya memang serupa.

Aku menelan air liur. Rasanya lelaki yang sedang berdiri di depan mata aku ni jauh lebih handsome berbanding si mulut puaka di hospital tempoh hari. Tutur katanya juga tidak menyakitkan hati dan perasaanku. Senang cerita lelaki ini memang sempurna dari segi dalaman dan juga luaran. Dia boleh tersenarai dalam carta ‘mister perfect 10’ aku ni. Ehhh!

“Who are you?” soalku dalam khayal. Ya! Renungan mata yang berwarna hazel itu sangat mengkhayalkan aku. Tiba-tiba terbit segaris senyuman pada bibirnya yang seksi itu. Duh! Bagaikan ada halilintar yang menyambar jantung aku ketika ini.

“I’m Azdrel. Nice to meet you,” ucap lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku.

Eh! Rezeki jangan ditolak. Aku terus menyambut huluran salamnya tanpa berlengah. “Errr... sorry sebab saya dah tersalah faham tadi. I thought you are....”

“Tak apa. Saya dah biasalah. Dah ramai orang yang tersilap... cuma kali ni lain sikit,”

kata Azdrel yang masih belum melepaskan genggaman tangan kami.

“Apa yang lain?” soalku ingin tahu.

Dia merapatkan sedikit kepalanya ke arahku. Maklumlah... ketinggianku ini agak rendang tidak berbuah.

“Orang yang tersilap tu kali ni comel sangat.”

Boom! Boom! Kebaboom! Bagaikan ada bunga api yang meletus di atas kepalaku ketika ini. How sweet! Aku rasa nak terbang ke planet Marikh ketika ini. Selesai dia memberi pujian, barulah genggaman tanganku ini dilepaskan. Entah apalah agaknya keadaan wajahku ketika ini. Merah menyala agaknya akibat menahan malu.

“Ehem! Ehem!” Dik Yan yang masih berada di meja makan berdehem. Aku menoleh ke arahnya yang sedang tersengih kambing. Nak mengusik akulah tu!

“Well... kita anggap kes ni dah selesailah, ye? Boleh gitu, ngah?” usik along pula. What’s wrong with this people? Memang sejak awal lagi tak ada apa-apa masalah, kan? Cewah! Aku menggigit hujung bibir. Siot aje adik-beradik aku ni tau!

“Hish! Buat berdebar mama ajelah korang ni. Ingatkan ada apalah yang serius sangat tadi. Haaa... dah! Along, ajak kawan kamu tu makan sekali... kesian dia baru sampai dah kena serang dengan si ngah. Budak bertuah betul!” ngomel mama sambil mengisi nasi ke dalam pinggan kosong. Pastinya buat lelaki itu.

“Sorry.” Sempat aku berbisik sebelum pergi mengemas meja bagi memberi ruang kepada Azdrel untuk menjamu selera. Aku melihat lelaki itu sekadar tersenyum nipis sambil mengenyit mata. Eh! Sampai hati awak main kenyit-kenyit mata kat kita tau... malulah kita macam ni. Ha ha ha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience