Rate

Bab 5

Humor Series 82617

SATU cahaya terang berwarna putih menyilaukan pandangan aku sebaik saja membuka mata. Aku cuba mengamati cahaya putih itu lalu fikiranku menerawang ke saat-saat terakhir sebelum mata ini terpejam. Ya Allah! Tak mungkin... aku dah mati ke? Apa maksudnya cahaya putih ni? Aku menggosok-gosok mata supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Tolonglah... aku belum mahu mati lagi!

Sebaik saja aku membuka mata semula, aku ternampak seorang lelaki yang memakai baju putih sedang berdiri tegak memandang ke arahku. Cahaya putih serta lelaki berbaju putih? Adakah aku sudah pun berada di alam barzakh? Aku bingkas bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. Eh! Ada sofa? Meja? TV? Takkan semua barang-barang ini wujud di alam barzakh? Pelik!

“How do you feel?” Lelaki yang memakai baju putih itu mula bersuara. Takkanlah makhluk di alam barzakh boleh bertutur dalam bahasa Inggeris pula?

“Saya... ada kat mana ni? Saya dah mati ke?!” soalku dalam cemas. Aku menoleh semula ke arah lelaki berbaju putih itu. Wajahnya sudah dapat kulihat dengan begitu jelas sekali. Oh my Azdrel!

“Awak nyaris-nyaris mati tadi, Lana. Risau saya dibuatnya,” kata lelaki itu.

Aku? Nyaris-nyaris mati? Biar betul! “Apa yang terjadi kat saya?”

Azdrel mengambil tempat pada hujung katil tempat di mana aku berbaring tadi. “Saya syak awak terkena serangan jantung koroner tadi. Awak mesti stress sangat sebelum terkena serangan tu tadi, kan?”

Serangan jantung koroner? Bunyinya macam serius tu. “Yalah! Memang saya stress. Awak nak tahu sebab apa?”

“Sebab Azdwan kan?” Azdrel meneka dengan raut wajah yang sangat serius. Tak seronok pula aku tengok reaksi wajahnya begitu.

Aku mengangguk kecil. “Adik awak tu... kenapa jahat sangat mulut dia, ek?”

Aku melihat Azdrel sedang mengeluh berat. Dia menunduk sambil merenung ke tangan sendiri. Alamak! Aku tersalah bagi soalan ke? Aku memang nak tahu sangat adakah adiknya itu menghidap masalah mental? Yalah! Hanya orang mental saja yang berani berkelakuan seperti adiknya itu.

“Saya minta maaf, Lana. Lepas ni saya akan make sure yang Azdwan takkan sakitkan hati awak lagi,” kata Azdrel tanpa menjawab soalan yang kuajukan.

Tidak jadi aku hendak membuka mulut apabila dia mengangkat wajah lalu merenung aku dengan lembut. Ah! Matanya yang berwarna hazel itu... indah sungguh ciptaan Allah. Aku masih tidak dapat mengalihkan pandangan dari renungannya. Rasa bagaikan aku ingin terus tinggal di dalam mata yang redup itu.

“Awak dah rasa okey ke?” tanya Azdrel lalu tangan kanannya mendarat ke batang leherku pada sebelah kiri. Berderau darah aku dibuatnya!

“A... awak buat apa ni?”

“Periksa nadi awak. Denyutannya dah normal. Alhamdulilah.”

Aku terus tersengih kecil. Oh! Aku sangkakan dia nak buat apalah tadi. Azdrel mengangkat semula tangannya sambil tersenyum ke arahku. Wajah yang sebeginilah aku ingin lihat. Bukannya wajah yang serius seperti tadi. Dan tentu sekali bukan wajah seperti mamat heartless itu yang ingin kulihat! Wajah itu tak perlu muncul di depan mata aku buat selama-lamanya pun tak apa... lagi aman dan sejahtera hidup aku!

“Errr... awak yang selamatkan saya tadi, eh?” soalku ingin tahu.

Azdrel mengangguk kecil. “Saya nampak awak berlari keluar dari gim. Masa tu saya baru aje sampai. Mungkin awak tak perasan saya kut. Saya tengok awak macam ada masalah... saya terus ekori awak sampai ke lorong kecik tu. Nasib baik saya ada... kalau tak mungkin awak dah....”

Ayat Azdrel tergantung di situ. Dia kembali menundukkan wajah. Mungkin aku dah apa? Teruskanlah, Azdrel...

“Kalau boleh saya tak nak orang lain rasa kesakitan yang hampir sama dengan mati. Keadaan awak masa tu teruk sangat, Lana. Menggigil badan saya ni masa nak cuba selamatkan awak,” sambung Azdrel lagi.

Benarkah keadaan aku begitu teruk ketika terkena serangan itu? Ya Allah! Terima kasih kerana Kau telah memanjangkan usiaku ini. Terima kasih juga kerana Kau menghantarkan Azdrel sebagai penyelamatku. Aku bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk hidup. Mungkin jika Azdrel tidak menyelamatkan aku ketika itu... sekarang ini aku benar-benar telah berada di alam barzakh. Allahuakbar!

“Azdrel, thank you so much sebab awak dah selamatkan saya.”

“Don’t mention it, Lana. Awak pun bukannya orang lain... awak adik kepada Elfian, kawan baik saya sendiri.”

Aku tersenyum lagi. Alangkah indahnya kalau dia berkata ‘awak pun bukannya orang lain... teman istimewa saya juga’. Haih! Sempat lagi kau nak berangan, Lana... dia tu dah jadi superhero kau. Janganlah nak meminta yang lebih-lebih pula. Orang dah beri betis... aku nak peha pula. Tapi aku suka bahagian dada. Sexyyy... ha ha ha!

“I’m glad that you’re smiling again,” kata Azdrel yang masih lagi merenung aku sedari tadi.

Duh! ‘Cair’lah aku kalau terus macam ni. “Errr... awak, ni rumah awak ke? Saya ada kat mana ni?”

Aku terus menukar cerita. Seramlah nak main tenung mata lama-lama. Takut dari mata turun ke hati. Ehhh! Aku memerhatikan ruangan bilik yang agak luas itu. Kemas dan teratur sekali susunan perabot di situ. Katil yang aku duduk ni pun bukan main selesa lagi. Wah! Merasa juga aku duduk di atas katil lelaki bujang. Amboi...

“Oh! Sorry, Lana... saya tak tahu nak bawa awak ke mana lagi. Saya tak ada apa-apa maklumat pun tentang awak. Saya cuba call Pian kat Mekah tapi talian tak dapat disambungkan. Saya nak bawa awak ke hospital... satu dokumen tentang awak pun saya tak ada. So, saya decide untuk bawa awak balik ke rumah saya. Then, I call my personal doctor to check on you. Syukur... you’re survive,” jelas Azdrel panjang lebar.

Aku terus menepuk dahi. “Alamak! Handbag saya ada pada Intan la awak. My phone and everything ada kat dalam handbag tu. Sorry sangat-sangat sebab dah susahkan awak. Eh, wait!” Tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. “Macam mana awak bawa saya ke sini? Errr... I mean... saya pengsan tadi, kan? Kalau saya dah pengsan... mestilah saya tak boleh berjalan sendiri. Habis tu macam mana saya boleh....”

“I carry you, Lana. Saya dukung awak sampai ke sini.” Azdrel menepuk tilamnya sambil tersenyum. Sini yang dimaksudkan itu pastinya tilam ini, kan? Azdrel dukung aku sampai ke sini? Like seriously?! Walaweih... epik sangat kisah aku hari ni!

“Awak biar betul?” Aku bagaikan tidak percaya mendengar hakikat itu.

Azdrel tergelak kecil sambil memeluk tubuhnya. “Kenapa? Tak percaya? Awak ingat saya tak mampu ke?”

“Oh my God!” Aku terus menekup muka dengan kedua-dua belah tangan. Malunya! Rasa nak berguling-guling kat atas tilam ni! Eh... itu malu ke suka?

Gagahnya Azdrel mengangkat ‘guni beras’ yang seberat 90kg ni! Aku menurunkan semula tangan lalu tersenyum malu ke arahnya. Mamat ni betul-betul buat aku blushing tau... aku terus mencapai lengan Azdrel lalu aku urut dengan perlahan. Itulah tangan yang gigih mengangkat aku dari tempat kejadian sehingga ke atas katil yang empuk ini.

“Kesiannya tangan awak ni, Azdrel. Tak baik awak dera dia macam tu tau. Saya dah risau aje ni... takut esok lusa awak demam terkejut,” selorohku sambil mengurut lengannya yang berurat sasa itu.

Azdrel ketawa besar melihat gelagat aku. Tapi, dia hanya membiarkan saja aku terus mengurut. Sedap agaknya! Mama selalu cakap tangan aku ni ada bakat untuk menjadi tukang urut. Bak kata orang tua-tua, tangan macam aku ni ‘berasa’ kalau mengurut orang. Orang tua-tualah yang kata... aku tak kata apa-apa pun.

“Awak jangan risaukan sayalah, Lana. Sepatutnya awak risaukan tentang diri awak tu. Macam mana kalau serangan tu datang lagi dan saya tak ada kat situ? Awak boleh mati tau!” kata Azdrel bersama dahi yang berkerut-kerut. Risau sangatlah tu! How sweet...

“Habis apa yang patut saya buat?”

Bijak tak soalan aku? Tolonglah jawab yang awak akan sentiasa berada di sisi saya, Azdrel. Boleh gitu? Tak ada maknanya! Dia cuma bersimpati ajelah, Lana... bukannya dia ada hati dekat kau.

“Serahkan diri awak dekat saya,” kata Azdrel yang menyimpan seribu makna tersirat. Macam-macam maksud yang boleh terjadi melalui ayat itu. Aku malas nak fikir jauh sangat. Tapi, ayat tu memang lebih sweet daripada apa yang aku harapkan.

“What do you mean?”

Azdrel tiba-tiba memegang tangan aku yang sedang mengurut lengannya. Ada senyuman kecil yang terukir pada bibir lelaki itu. Eh... dia ni jangan macam-macam. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kenapa main pegang-pegang tangan pulak ni? Jangan-jangan dia nak ambil kesempatan ke atas aku kut! Tapi, bukan aku ke yang menggatal pegang tangan dia dulu tadi? Alasan nak mengurut konon!

“I would like to be your personal trainer. Saya nak ubah this Lana into a brand new Eleana Diane. What do you think?”

Apa yang dia merepek ni? Nak jadikan aku sebagai branding ke apa? “Saya tak fahamlah, Azdrel.”

“Okay... listen.” Raut wajah Azdrel kembali berubah serius. “A healthy outside starts from the inside, right? You must take care of your body... it’s the only place you have to live in. And obviously... you’re not healthy, Lana. Serangan yang berlaku ke atas awak tadi menandakan yang awak tak sihat. Saya cuma nak tengok awak sihat, okey? Don’t focus on the skinny, do focus on the healthy. Le me be your trainer. I want to inspire you, Lana. One fine day, I want you to look at me and say... ‘because of me, you did’nt give up’. That’s it!”

Terkebil-kebil mata aku merenung ke wajah tampan yang sedang cuba untuk membakar semangat aku supaya berubah. Selama ini, aku tak pernah ‘termakan’ nasihat orang yang ingin melihat aku mengubah cara hidup. Entah mengapa, nasihat yang diberikan oleh Azdrel tadi ibarat air sungai yang dingin lalu ke dalam setiap urat nadiku. Ketegasan dalam kelembutan yang dituturkan itulah yang menyenangkan aku. Langsung aku tidak rasa seperti dipaksa untuk melakukan perubahan.

Mama, along, Dik Yan... mungkinkah ini masanya untuk Ngah kalian ini berubah? Seperti yang Azdrel katakan tadi... he would change this Lana into a brand new Eleana Diane. Bagaimanakah agaknya perubahanku nanti jika nasihat yang Azdrel berikan tadi aku sahut? Aku membalas genggaman tangan lelaki itu bersama satu hembusan nafas yang penuh bersemangat. Lagi pun, dia yang bakal menjadi pelatih aku nanti. Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak. Kali ni aku memang bersetuju dengan kata-kata orang tua itu.

“Being a happy girl are the prettiest, right? I am happy if you’re willing to guide me to be happy and healthy,” kataku menandakan yang aku telah bersetuju dengan keinginan

lelaki itu untuk menjadi pelatih kepada Eleana Diane.

Senyuman pada bibir Azdrel kembali mekar. “Alhamdulillah. Thank you, Lana. Thank you very much for loving your own self. Saya janji... saya akan jaga awak dengan baik. Tapi awak pun kena janji juga dengan saya... no cheating sepanjang buat training dengan saya. Okey? Promise?”

Azdrel meleraikan genggaman tangan lalu menyuakan jari kelingkingnya di depan wajahku. Aku tersengih kecil. Comel aje dia nak buat pinky promise macam tu. He he he! Aku membalas dengan mengaitkan jari kelingkingku pada jari kelingkingnya.

“Promise is a promise. I won’t be cheating. The most importantly, awak kena guide saya elok-elok. Jangan tinggalkan saya, okey?”

“It’s my pleasure to be always by your side,” bisik Azdrel lalu dia mengenyitkan mata kananku kepadaku.

Hey... naughty boy! Aku tergelak melihat kelakuannya itu. Sungguh tak disangka lelaki yang sering aku angankan sejak pertemuan kami di rumah mama semalam kini sedang berada di depan mataku sekali lagi. Dan yang paling membuatkan aku teruja, dialah hero yang menyelamatkan nyawa aku untuk hari ini. Nasihat yang dia berikan tadi pun ibarat bakal menyelamatkan nyawa aku buat selama-lamanya. Aku yakin aku pasti boleh berubah! Ya, itu sudah pasti. Tapi, buat masa ini....

“Errr... awak, perut saya laparlah. Ada apa-apa yang saya boleh makan tak? Like chicken chop ke... lamb chop ke... or beef steak maybe?” Aku tersengih kambing sambil memegang perut yang sedang ‘bergoyang bali’ berderup-derap. Kali ini Azdrel tergelak kuat. Apa yang kelakar sangat dengan permintaan aku tu?

“Come.” Lelaki itu memimpin tanganku supaya turun dari katil setelah sakan mentertawakan aku tadi. Kalau macam inilah layanan yang dia berikan... rasa tak nak balik rumah sendirilah pula. Boleh gitu? Thee! Gatal teruk dah kau ni, Lana...

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience