1

Thriller Series 244

ZARA terbaring di atas katilnya yang empuk setelah selesai mendekorasi bilik. Kini biliknya dipenuhi dengan hiasan yang cantik dan enak di pandang. Lukisan yang dilukisnya juga ditampal pada dinding. Lampu mini digantung di sekeliling bilik. Meja solek juga dipenuhi dengan alatan make-up dan skincare yang tersusun kemas. Langsir juga digantinya dengan yang baru saja dibeli beberapa hari lepas. Dia puas dengan hasil kerjanya!

Lalu deringan telefon berbunyi. Dia mencapai telefon yang berada di atas meja lalu menjawab panggilan.

"Hello, Wawa! Ada apa call aku ni? Aku baru je nak rehat. Seharian aku decorate bilik tau." Kata Zara sambil berbaring.

"Amboi, rajinnya! Sorry ganggu kau. Aku cuma nak share satu hot news dengan kau!" Jawab Wawa yang teruja.

"Apa hot news tu? Spill cepat!" Balas Zara menanti jawapan daripada sahabatnya itu.

"Dekat tempat kerja aku ada boss baru! Handsome gila! Nama dia Han Malik! Aku rasa dah tercrush dekat dia! Setiap kali aku tengok muka dia aku jadi angau babe!" Wawa memberitahunya dengan bersemangat. Zara senyum senget.

"Ish! Aku ingat apalah tadi. Takde lah menarik sangat hot news kau ni! Aku dah muaklah kau asyik bagitahu aku benda sama. Lelaki mana je yang kau tak cakap handsome? Kau ni kan Wawa, angau je kerja!" Bebel Zara yang kini sudah menegakkan badannya.

"Zara Danisha, boleh tak kau dengar je apa aku cakap? Janganlah asyik membebel je. Memanglah aku selalu cakap pasal lelaki. Tapi bos aku tu lain daripada yang lain! Percayalah cakap aku. Kalau kau tengok, mesti kau pun tergila-gilakan dia. Hot and sexy kot!"

Kali ini Wawa pula yang membebel. Dia geram kerana kawannya itu tidak memberi sokongan malah asyik membebel tak tentu pasal.

"Sorry. Aku tak berminat nak tahu. Kau teruskanlah dengan angau kau tu ye? Perut aku dah lapar ni. Baik aku makan daripada layan kau ni." Balas Zara lagi.

"Susahlah bercakap dengan kau ni, Ara! Nanti kalau kau nampak dia depan mata, jangan terkejut pula." Pesan Wawa.

"Emh takkan terkejutlah. Eh dahlah. Bye!"

"Zara! Aku tak habis cakap lagi-"

Belum sempat Wawa menghabiskan kata, Zara sudah menamatkan panggilan. Zara menghembuskan nafasnya lalu menggeleng dengan perangai Wawa.

"Tak habis-habis dengan koleksi lelaki dia tu. Dah tahu aku tak berminat, nak juga bagitahu. Haih, nasib sayang." Kata Zara lalu turun dari katil.

Dia mencari kelibat mummunya di dapur.

"Mummy, Ara laparlah." Rengeknya kepada Zanida yang sedang memasak bersama Ayla.

"Kesiannya anak mummy. Lapar ya? Sekejap lagi siap la ni."

"Mummy masak apa?" Soal Zara.

"Ayam masak merah dan keli goreng. Along yang request ni."

"Sedapnya! Tak sabar nak rasa." Zara tersenyum lebar.

"Ara pergilah panggil daddy dan along makan. Diorang ada dekat ruang tamu tu." Kata Ayla, kakak iparnya dengan lembut. Kini dia sedang mengandung anak pertama. Perutnya juga sudah membesar. Tunggu masa untuk melahirkan je.

"Baik, bos!"

Zara tabik setelah menerima arahan. Kemudian dia berjalan menuju ke ruang tamu.

"Wahai daddy dan along kesayangan, hamba datang untuk mengajak kalian bersantap bersama hamba, mummy dan akak di dapur. Jadi, marilah kita menjamu sampai kenyang." Kata Zara dengan penuh bersemangat tapi dalam nada lembut.

Kamarul dan Zafrul tertawa dengan kelakuan Zara.

"Baiklah, dinda Zara Danisha Mohd Kamarul. Kami menurut perintah." Balas Zafrul, alongnya.

"Zaf, macam mana dengan syarikat yang nak bergabung dengan kita tu? Bila nak adakan meeting? Lagi satu, diorang dah bagi dokumen ke?" Soal Kamarul semasa di meja makan.

"Dah, daddy. InsyaAllah esok kita adakan meeting. Lagipun syarikat tu dah memang setuju nak buat esok." Jawab Zafrul. Kamarul mengangguk faham.

Zara yang ceria tadi sudah bertukar bosan.

"Dekat office dah bincang pasal kerja, dekat rumah pun nak bincang lagi? Ish Ara tak fahamlah." Sampuk Zara sambil membuat mimik muka.

"Eh, sibuk je dia ni. Ara yang tak tahu apa-apa baik duk diam. Kerja pun tak, ada hati nak membebel." Balas Zafrul.

"Biarlah. Lagipun Ara tak suka kerja office. Sangat memenatkan otak. Baik buat online business. Lagi relax."

"Eh, dah. Jangan nak bergaduh depan rezeki. Tak elok." Tegur Zanida supaya mereka berhenti bergaduh.

"Sorry, mummy." Serentak mereka berdua.

Mereka akhirnya menjamu selera hingga kenyang.

Zara duduk menikmati brownies sambil menonton TV.

"Amboi, khusyuknya. Tengok cerita apa tu?" Soal Zanida sebaik saja keluar dari bilik.

"Tengok english movie. Marilah duduk sini, mummy. Kita tengok sama-sama. Best tau cerita ni." Ajak Zara lalu memberi ruang kepada mummynya untuk duduk. Zanida duduk di sebelah Zara.

"Sebenarnya mummy ada sesuatu nak bincang dengan Ara ni." Ujar Zanida sambil memandang anak daranya.

"Hmm? Apa dia, mummy?"

"Mummy ada kenal dengan seorang lelaki ni-"

Belum sempat Zanida ingin menyambung, Zara terus memotong.

"What?! Mummy! No! Ara tak benarkan mummy kahwin lain. Tak kesian ke dekat daddy?"

Tak semena-mena pahanya ditampar oleh Zanida. Zara mengaduh kesakitan.

"Bila masa pula mummy nak kahwin lain ni? Lain kali dengar dulu mummy cakap sampai habis, jangan asyik nak menyampuk aja." Balas Zanida dalam geram.

"Hehe. Sorry mummy. Sambunglah apa yang mummy nak cakap."

"Mummy nak kenalkan Ara dengan anak lelaki kawan mummy. Nama dia Nazmi. Elok budaknya. Nanti mummy baw." Sambung Zanida. Zara mencebikkan bibirnya tanda tidak suka.

"Mummy, Ara tak naklah bincang pasal ni. Bagilah Ara enjoy dulu masa muda ni. Lagipun Ara belum ready lagi nak ada suami." Zara menolak cadangan Zanida. Zanida mengeluh perlahan.

"Mummy tak kira. Nanti Ara kena ikut mummy juga. Kalau tak, jangan harap Ara boleh dapat kereta yang daddy nak belikan." Ugut Zanida. Zara terkejut besar.

"Daddy nak belikan Ara kereta? Betul ke mummy?" Soal Zara yang teruja.

"Itu pun kalau Ara dengar cakap mummy." Kata Zanida lagi. Zara mengeluh.

'Ikut jelah. Janji aku dapat kereta!' Bisik hati Zara.

"Hm yelah. Ara ikut cakap mummy." Balas Zara lalu tersenyum.

"Ha macam tulah anak mummy. Mendengar kata." Zanida akhirnya berpuas hati.

"Bila daddy nak bagi Ara kereta? Kereta apa, mummy?" Tanya Zara lagi yang sudah lama teringin nak ada kereta sendiri. Buat apa ada lesen kalau kereta tak ada?

"Itu Ara kena tunggu. Daddy sebenarnya nak buat surprise dekat Ara. Tapi mummy dah spoiled. Jangan bagitahu daddy tau?" Jawab Zanida yang terlepas cakap. Kalau anaknya mendengar kata, tak adalah dia nak bagitahu pasal ni.

Zara tersenyum lebar.

New novel updated! Hope you guys enjoy! LUSM !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience