SST - 36

Romance Completed 72474

Najemie bernyanyi kecil. Sungguh pagi itu suasana hatinya sungguh senang sehingga ruangan dapur itu habis berkilat dilapnya.

Dia membuka kabinet atas yang sedikit tinggi diatas kepalanya. Dia mahu membersihkan ruangan kabinet itu. Semak matanya melihat ada bungkusan beberapa jenis paket untuk membuat minuman panas yang sudah terbuka. Ada juga beberapa gelas yang tidak teratur. Dia mahu mengeluarkan gelas gelas itu untuk dicuci dan diletakkan ditempat yang sepatutnya.

Sedaya upaya dia bertumit untuk mencapai gelas gelas tersebut tetapi tetap tidak berjaya.

Beberapa saat, tiba tiba ada tangan panjang yang mencapai gelas itu. Najemie tergamam. Dia tahu itu Hariz. Hariz sedang berada terlalu rapat dibelakangnya sehingga dapat dirasai geseran tubuh Hariz pada belakangnya.

Najemie memalingkan tubuhnya untuk berhadapan dengan Hariz. Hariz selepas meletakkan gelas yang diambil tadi dimeja batu belakang Najemie, terus dibawa pula kedua belah tangannya melingkari pinggang isterinya. Ditundukkan sedikit wajah bagi melihat wajah menunduk Najemie. "Marah abang lagi?"

Gadis itu mengangkat wajahnya. Dia menggeleng. "Naj faham keadaan abang tengah serabut kan"

"Abang janji, abang akan ceritakan pada Najmi. Tapi bukan sekarang. Tunggu abang bersedia nak cerita. Okeyy?"

Najemie mengangguk mengiyakan.

Terukir senyuman dibibirnya. Hariz melepaskan lingkarannya. Dia terus mengambil gelas gelas tadi lalu dimasukkan ke sinki. Kerja mencuci dilakukan. "Harini Najmi cuti kan?"

"Ya abang. Kenapa?"

"Abang pon cuti. Nak ikut abang pergi jalan jalan?"

Matanya bersinar. Terus dia merapati tubuh lelaki itu. Baju Hariz ditarik sedikit lalu digoyang goyang seperti anak kecil. "Nak pergi mana?"

"Adalah. Rahsia. Kalau nak, Najmi pergi siap. Lepasni kita terus gerak"

Najemie melompat lompat riang. Sampai tak sedar dia telah menginjak air yang memercik dari sinki di lantai. Hampir sahaja dirinya mahu jatuh tergelincir. Mujur Hariz sempat menangkap tubuh kecil itu. "Hati hati, sayang"

Najemie menegakkan dirinya semula. Dia memandang Hariz lalu tersenyum nipis.

"Jalan elok elok." Pesan Hariz lagi.

.

"Air terjun?"

"Ya, sayang. Air terjun. Najmi suka kan?" Soal Hariz.

"Abang tahu Naj suka air terjun?" Tanya Najemie ingin tahu.

Hariz tersenyum kejap. "Maksu bagitahu. Dia cakap, Najmi suka air terjun."

"Banyaknya abang korek dari maksu kan."

"Abang nak kenal isteri abang. Abang nak tahu semua pasal Najmi. Dulu abang tak berkesempatan kan. Jadi, sekarang abang nak Najmi cerita kehidupan Najmi. Suka Najmi, duka Najmi, boleh?" Pinta Hariz lembut menggenggam tangan Najemie.

"Er.."

"Abang tahu, payah untuk Najmi ceritakan. Tapi boleh tak Najmi bagi peluang pada abang untuk abang dengar isi hati Najmi tu."

"Abang.. hm.. Najmi penatlah. Boleh tak kita balik sekarang?"

Hariz mengeluh perlahan. Dia tahu gadis ini mengelat untuk menceritakan kisah hidupnya. Dia harus cuba menerima keengganan itu.

"Najmi tak percayakan abang?"

"Bukan abang. I just can't" Najemie memandang pandangan mata Hariz tepat seakan memohon membiarkan dia untuk kali ini.

"Jom. Kita balik" Terus ditarik tubuh itu untuk kembali ke kereta.

.

Lelaki itu termenung jauh. Jauh disudut hati dia benar benar ingin tahu apa yang dialami Najemie semasa waktu kecil dahulu. Teringat akan perbualannya terakhir kali mengenai kehilangan ibu kesayangan gadis itu. Bila ditanya mengenai kehidupan Najemie semasa itu, terus Saodah seakan terdiam. Tidak ingin menceritakan hal itu, dia segera menghentikan perbualan itu dengan memberi alasan ingin masak untuk makan malam.

"Maksu.. Kenapa Najmi tu macam susah untuk kita teka apa yang dia fikir?" Tanya Hariz.

"Macam macam jadi kat dia dulu, Hariz. Siapa maksu untuk menceritakan lebih tentang kehidupannya. Biarlah bibirnya sendiri merelakan untuk menceritakan deritanya ketika itu." Ungkap Saodah menepuk bahu Hariz sekali.

Sebegitu deritakah Najmi sehingga maksunya sendiri tidak ingin membuka mulut?

Malam kelmarin, ada sedikit pertelingkahan yang terjadi antara Hariz dan Najemie yang menyebabkan wanita itu mengasingkan dirinya diruangan kerjanya. Itu kerana Hariz seakan memberi tekanan untuk Najemie menceritakan hal yang terjadi selepas kehilangan ibunya.

"Untuk apa abang nak tahu pasal Najmi?" Tengkingan itu sudah menggambarkan peritnya sakit yang dialaminya dahulu. Sungguh dia dapat merasakan bila melihat mata itu memandangnya tajam.

"Abang tak boleh tahu?"

"Najmi ni penting ke pada abang sampai ab.."

"Yes Najmi. Yes. Najmi penting pada abang." pantas Hariz memotong. "Najmi, kita boleh mula dari awal kan? Najmi ceritakan kesedihan Najmi supaya Najmi.."

"You are not the person I should trust to tell the story of my life. You are not the right person for me to tell my sadness. You are nobody to me!" Matanya sudah bergenang. Dia tak tahu kenapa dia seakan dapat merasakan sakit apabila mengungkapkan kata kata itu. Tapi dia terpaksa untuk membuatkan Hariz tidak terlalu pressure.

Hatinya seperti panas bila mendengarkan kata kata itu. Patutkan dia kecewa sekarang ini? "I'm your husband"

"Yes, I'm your wife. Tapi kenapa abang pon tak pernah cerita apa yang abang lalui selama ni?"

Hariz tersentap. "Ab.. abang.."

"Itulah apa yang Naj rasa abang. Tapi ada abang bukak cerita sedangkan abang tahu Naj isteri abang?"

"Ada abang tergerak hati nak cerita?"

"Hari hari Naj pikir, apa yang jadi pada suami Naj ni sebenarnya? Tak layak ke isteri abang ni tahu?"

"And that's it. Perasaan membuak buak ingin tahu Naj tu berbalik pada abang!"

"Abang terimalah hakikat yang kita ni sebenarnya tak sehaluan pon. And Naj tak kisah, apa akan jadi lepas ni. Lafaz cerai ada pada abang. Lagipon 365 days tu dah lama tamat dah pon" Itulah kata kata terakhir Najemie sebelum dia mengurungkan dirinya didalam bilik kerjanya sahaja.

Hariz melepaskan berat nafasnya. Diurut urut batang hidungnya bagi meringankan sakit kepala. Terngiang ngiang kata kata cerai itu difikiran. Penumbuk digenggam geram. "No, abang takkan lepaskan sayang. Sayang tahukan, selepas umi, sayang orang yang paling abang cintai. Hilanglah nyawa abang jika perpisahan benar benar terjadi" Tidak mahu dibayangkan jika Najemie pergi dari hidupnya. Itu adalah kesalahan terbesar yang dia lakukan malah lebih perit sakit itu dari kehilangan Aazad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience