Rate

BAB 75 - REALITI DAN KHAYALAN

Romance Completed 454604

Hamzi cemas di meja kerja Raif.. Dia segera membuat panggilan ke talian kecemasan melaporkan keadaan Raif.. ganggang telefon diletakkan semula.. Matanya melihat ada kesan darah yang melekat di ganggang telefon yang berona putih itu.. Tangannya diangkat keatas..

'ya Allah penuh darah..!' segera dia berpaling melihat kearah Raif yang dia duduk kan di sofa tadi.. berlari dia kearah Raif.

''manja.. abang minta maaf! disebabkan abang bergaduh dengan mama.. manja yang jadi mangsa! maafkan abang..'' kata Hamzi mengampu Raif ..

''tak apa abang.. Sikit je ni..'' Raif menekan lukanya...dengan sebelah tangannya.. Berkerut wajahnya tika itu..

''kejap lagi ambulan sampai.. Abang..'' cemas membuatkan Hamzi tak senang duduk.. Dia buntu..

''tuan.. Ada ambulan dibawah..'' seorang wanita yang dahulunya adalah setiausahanya masuk kedalam memaklumkan hal itu..

''maklumkan untuk mereka segera naik keatas..'' tegas suara Hamzi memberi arahan kepada wanita itu..

''baik tuan..'' terus wanita itu berlari keluar..

Tak lama selepas itu masuklah dua orang kakitangan kesihatan untuk memberi bantuan kecemasan sementara, untuk mengurangkan pendarahan Raif.. Kemudian mereka membawa Raif untuk rawatan susulan di hospital.. Sepanjang perjalanan kesana Raif ditemani oleh Hamzi..

''Tuan Widad!'' namanya di panggil kuat. Widad yang sedang meneliti setompok dokumen di meja kerjanya mendongak melihat kearah pintu menanti si pemanggil yang melaungkan namanya tiba di sebalik pintu kayu itu..

Plak.. Pintu itu ditolak kasar.. Masuk lah seorang anak muda,yang merupakan anak didiknya kedalam bilik ruang kerjanya.. Terbongkok-bongkok mengatur nafasnya..

''kamu ni kenapa.. Thaqif ?'' tanya Widad.. Cermin mata yang tersangkut di batang hidung dicabut keluar.. Diletakkan diatas dokumen yang menompok tadi..

''tuan ada masalah.. saya.. Saya baru dapat tahu ni....''

''kecoh berita ni..'' tangan yang memegang pintu dilepaskan.. Sehingga pintu itu tertutup semula.. Kakinya berjalan kearah meja kerja mentornya.. Telefon bimbit diberikan kepada Widad..

''video apa pula ni? '' tanya Widad.. Mendongak melihat kearah Thaqif.

''Tuan tengok dulu..'' Thaqif menekan skrin yang ada lambang seigitiga itu.. Video yang pegun tadi terus dimainkan..

''ini Raif ?'' tanya Widad melihat seorang lelaki sedang dibawa masuk kedalam ambulan.. Tubuhnya ditutup dengan kot yang dipegang kemas oleh Hamzi.

''bila kejadian ni berlaku?'' tanya Widad.. Dia masih menumpukan kearah video yang ada di hadapannya..

''baru saja tuan.. Tapi sudah viral tuan.. Video ni sudah tersebar ke merata-rata..'' kata Thafiq.

Widad meletakkan telefon bimbit Thafiq kemeja kerjanya.. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya mendail nombor Raif. Tapi panggilan it tidak diangkat.. Widad terus mencari nombor Hamzi. Hasilnya juga sama..

''inilah masalahnya.. Kalau call.. Tak berangkat..'' rungut Widad tak puas hati..

''saya tahu mereka bawa Tuan Raif ke hospital mana tuan.. Tuan nak kesana.. Saya boleh bawakan tuan..'' kata Thaqif .

''ya-ya! Kita kesana.'' putus Widad..

Dia keluar dengan Tergesa-gesa kearah pembantunya.. Memaklumkan ke mana arah tujuannya kepada mereka.. Dia dan Thaqif terus ke hospital untuk menjenguk Raif sekaligus untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku..

Thaqif mengekori langkah Widad yang sedang melangkah laju di koridor.. Lelaki separuh baya itu melangkah gagah.. Mengalahkan orang muda mencari kelibat sesiapa yang dia kenali sehingga di melihat ada Hamzi di situ..

''hamzi!'' Widad terus melaung memanggil nama itu.. Hamzi yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik kecemasan itu segera berpaling melihat kearah suara yang memanggilnya.

''uncle!'' balas Hamzi. Tergejut dia melihat Widad datang bersama seseorang lelaki bersamanya..

'macam mana uncle boleh ada disini? Jangan cakap yang uncle dah tahu apa yang berlaku..'

''Hamzi! Apa yang sedang berlaku sebenarnya.. ?'' tanya Widad..

''sebenarnya uncle.. Raif kena serang dengan mama.. Hmm.. Mama marah.. Dan dia tikam belakang bahu Raif..'' terang Hamzi.

''apa? Raif diserang Maya! Raif ditikam?'' tanya Widad.. Dadanya dipegang erat..

''maaf uncle.. Semua tu berlaku terlalu pantas.. Hamzi tak sangka yang mama akan buat macam tu kepada manja..'' terang Hamzi kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh mamanya..

''tak apa- tak apa.. yang itu kita urus kemudian.. Uncle nak tahu keadaan Raif.. Macam mana dengan keadaan dia sekarang.. '' Tanya Widad..

''doktor kata tak serius.. Cuma tadi darah dia tak berhenti mengalir.. Tu yang masih ada di dalam.. '' terang Hamzi.

''alhamdulillah ..mujur Raif tak apa-apa.. '' ucap Widad.. Lega dia mendengar apa yang baru diberitahu oleh hamzi..

Seorang jururawat datang menemui Hamzi dan Widad yang sedia menunggu di luar bilik rawatan Raif dirawat.

''uncle cadangkan Raif tinggal saja di hospital untuk rawatan susulan..'' kata widad..

''tapi uncle.. Raif okay ni.. Sikit saja ni uncle..'' Raif menolak cadangan Widad..

''bukannya apa, uncle cuma takut kalau Raif balik ke hotel tak ada siapa nak jaga Raif nanti..'' kata Widad..

''betul cakap uncle tu manja.. Lagipun di luar akan ada pegawai polis yang akan awasi Raif nanti.. Mana tahu kalau mama datang kembali..'' kata Hamzi.

''polis?''

''abang buat laporan polis?'' tanya Raif . Hamzi mengangguk dengan yakin.

''ya! Sekarang pihak polis sedang mencari mama...''

'' Abang.. Tak nak pekara ni berulang lagi.. Abang takut mama akan datang ganggu manja lagi... Abang sendiri terkejut tengok mama tadi.. Mama nekad dengan niat nak kena kan manja..'' kata Hamzi.. Menunduk sambil mengeluh..

''apa yang kamu katakan ni hamzi? Mama kamu nekad untuk apa?'' tanya Widad..

''uncle..'' panggil Hamzi.

''manja..'' Hamzi berpaling melihat kearah Raif pula..

''sebelum ni.. Hamzi dah biasa tengok mama yang selalu bersemangat tinggi untuk mempertahan sesuatu.. Tapi tadi.. Mama berbeza.. Mama penuh dengan amarah.. Nekad mahu membiarkan manja.. Tanpa mahu membantunya.. Dia mencegah Hamzi dari call ambulan untuk memaklumkan keadaan manja.. Dia juga nak Hamzi biarkan manja terus macam tu.. Itu yang Hamzi tak faham.. Sungguh sanggup nya mama untuk lakukan macam itu.. Mama...'' berat hati untuk Hamzi menyambung lagi ayatnya..

Widad melihat kepada Raif yang sedang duduk di atas katil.. Kepalanya mengangguk perlahan, begitu juga dengan Raif mengangguk kembali kepada Widad.

''abang.. Raif ada benda nak abang tahu...'' kata Raif..

''apa tu..'' Hamzi mengangkat wajahnya melihat kearah Raif.

''sebenarnya abang.. Mama nak ulang semula.. Perkara yang pernah dia lalukan sebelum ni.. Perkara yang sama dia lakukan kepada arwah ayahanda..'' kata Raif.

''abang tak faham? Bukannya ayahanda kemalangan? Apa kaitan dengan mama pula?'' tanya Hamzi tak percaya..

''sebenarnya abang.. Mama ada kaitan dengan kemalangan ayahanda.. Ianya bukannya kemalangan.. Tapi semua tu hanya untuk kaburkan kita semua.. Semua yang mama lakukan selama ni.. Hanya untuk membuat kita percaya.. Percaya dengan apa yang kita lihat.. Percaya ianya adalah kemalangan.. '' terang Raif..

''kemalangan itu bukannya.. Sebetulnya kemalangan... Abang.. Manja ingat lagi di malam yang kelam dengan langit yang sedang turunnya hujan yang sangat lebat.. Ayahanda membawa manja ke satu tempat.. Berjumpa dengan seseorang..''

''ayahanda minta manja untuk tinggal didalam kereta.. Tapi bila ayahanda pergi terlalu lama.. Manja turun dari kereta itu.. Berjalan dalam gelap mencari ayahanda..''

''manja nampak semuanya.. Mama dengan ayahanda bertengkar hebat malam tu.. Mama sedang meminta sesuatu yang ayahanda tak setuju.. Dan.. Ketika ayahanda ingin berpaling pergi.. Ayahanda ditembak oleh mama.. Bunyi guruh yang selama ini didalam mimpi manja.. Sebenarnya bukannya guruh melainkan bunyi tembakkan....'' Raif mengesat air mata yang sedang bertakung di kelopak matanya.. Sebelum sempat air mata itu mengalir turun..

Apa yang sedang dia ceritakan terbayang dimindanya.. Bagaimana ayahandanya merayu minta untuk dilepaskan.. Tapi Maya tak peduli dengan semua itu.. Tembakan terus dilepaskan sehingga kali yang ketiga.. Sampaikan ayahandanya terdiam kaku ditanah.. manakala dia berlari masuk kedalam kereta semula.. Menyembunyikan diri di sebalik tempat duduk belakang..

''manja yang ada di tempat duduk belakang pada waktu itu dihumban keluar oleh seseorang.. Disebabkan takut.. Yang hanya manja nampak adalah sepasang kaki yang datang menghampiri manja.. Dan kaki itu ada milik mama..''

''mayat ayahanda diletakkan semula di dalam kereta.. Semuanya telah dibuat seperti kemalangan.. Kenderaan yang melanggar ayahanda memang sudah berpakat dengan mama.. '' terang Raif.. Membuatkan seisi ruang bilik itu sunyi sepi seketika..

''Tapi.. Manja selamat kan?'' tanya Hamzi.. Raif mengangguk..

''manja terselamat kerana manja tak terlibat dengan kemalangan yang dicipta oleh mama tu..'' jawap Raif..

''tak mungkin..'' Hamzi menggelengkan kepalanya..

'tak mungkin mama sekejap itu? Menembak ayahanda ? Membunuh ayahanda ?' lemah lututnya kini.. Hamzi berjalan mengundur mencari tempat untuk bersandar..

''abang..'' panggil Raif.

''abang okay.. Cuma.. Abang terkejut..'' balas Hamzi putus-putus.

''cukuplah setakat tu untuk Hamzi tahu..'' kata Widad mencelah.. Dia kelihatan tenang.. Kerana dia sendiri sudah mengetahui cerita sebenarnya..

''masih ada lagi yang Hamzi perlu tahu tentang mama..? Jelaskan semuanya.. Biar Hamzi tahu semuanya..'' kata Hamzi dengan sebak..

''abang pasti?''

''nak tahu semuanya?'' tanya Raif.. Hamzi yang sedang bersandar di dinding mengangguk dengan lemah..

'walaupun kenyataan pahit untuk ditelan.. Abang harus juga laluinya untuk mengetahui kebenaran disebaliknya.. Kerana selama ni abang umpama hidup di dalam dunia yang dicipta oleh mama.. Bezanya abang dengan manja.. Hanyalah realiti dan khayalan..'

Sambung... - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience