EP 5 - MENANGIS TANPA RASA SEDIH?

Drama Series 12928

BAB 3 (PART 1)

" Hai sayang " ucap Aydan lembut. Dia bersandar di depan kereta hondanya. Kalau diikut hati Aydan dia tidak mahu berjumpa dengan Tiara kerana sakit hatinya masih belum hilang, tetapi dia terpaksa berpura pura baik agar semua orang tidak mengesyakinya nanti.

" Awak buat apa dekat sini " marah Tiara. Dia memalingkan mukanya dari melihat Aydan. Luka dilehernya masih lagi belum hilang.

" Saya nak ajak awak lunch lah " ucap Aydan selamba. Riak muaknya seperti tidak terjadi apa apa diantara mereka.

" Saya taknak lunch dengan awak, eh tak cukup ke apa yang awak buat dengan saya selama ni hah " marah Tiara. Dia mengeluh berat. Tidak lama kemudian mucul Ayden.

" Jom! " ucap Ayden. Alangkah terkejutnya dia melihat Aydan berada di depan Tiara.

" Ohh, patutlah awak tak nak keluar dengan saya, awak nak keluar dengan abang saya kan! " marah Aydan. Ayden meraup wajahnya kasar.

" Apa awak cakap ni Aydan " marah Tiara.

" Apa saya cakap, atau mungkin korang berdua ni ada hubungan sulit belakang aku. Ke korang berdua ni dah tak suci " ucap Aydan selamba. Dia tersenyum sinis.

PANG!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Aydan, Aydan menyentuh pipinya itu. Tiara tidak lagi boleh menahan marahnya, cukuplah selama ini dia mengalah dan berdiam.

" Lelaki jenis apa hah awak ni, saya boleh terima kalau awak cakap saya, tapi yang saya tak boleh, terima awak cakap abang kandung awak sendiri. Buanglah ego awak tu Aydan. Saya dah penat, penat dengan awak, selama ni saya diam, bukan sebab saya suka. Tapi saya diam sebab saya cintakan awak " marah Tiara. Dia mengengam tangannya. Muka Ayden berubah apa bila Tiara mengucapkan cinta kepada Aydan.

" Eh! Aydan, kalau perangai awak macam ni boleh je saya buang cinta saya pada awak. Saya pernah buat semua tu awak jangan cabar saya. Awak kena ingat bila saya dah hilang sabar!, bila saya dah benci dengan perangai awak. automatik saya akan benci diri awak " marah Tiara. Nafasnya turun naik kerana menahan marah.

" Korang Along bukan nak masuk campur tapi along rasa bincanglah baik baik " nasihat Ayden. Dia tidak mahu melihat Tiara dan Aydan bergaduh di depan orang ramai.

" Pergi " ucap Tiara perlahan.

" Pergi " ucap Tiara tegas. Aydan mengalah dia berlalu dari situ.

Tidak lama kemudian muncul kelibat Sofea dan Fazreena. Mereka terkejut melihat Tiara yang dalam keaadan sedih, Arif dan Haikal pun terkejut melihat Tiara menangis sambil dipujuk oleh Ayden.

" Weh Tiara kau kenapa ni " tanya Sofea risau. Tiara diam membisu, bukan kerana dia sengaja hendak diam membisu tetapi kerana dia tidak boleh meluahkan apa apa apabila dirinya menangis teruk.

" Tadi....Aydan dia datang sini....lepas tu ada salah faham sikit " jawab Ayden.

" Lah, dia buat apa jumpa kau, isyy dia ni kan tak serik lagi ke " marah Fazreena.

" Aku rasa serik bila kita yang buat nanti " sampuk sofea.

" Ahh betul lah tu tangan aku ni dah lama tak pukul orang " jawab Fazreena.

" Hahaha " tiba - tiba sahaja Tiara ketawa. Sofea dan Fazreena terkejut dan menoleh ke belakang.

" Awak ni orang tengah sedih, boleh pulak buat lawak " marah Tiara lembut.

" Time orang tengah sedih lah, kita kena buat lawak. Supaya orang yang sedih tu happy " jawab Ayden lembut.

" Oh bye the way just call me Along sebab, ye lah tak lama lagi kan Tiara nak jadi adik ipar Ayden " ucap Ayden lembut. Dia menyuakan senyuaman yang kelat.

" Ok " Tiara menyuakan senyuman yang paling manis buat Ayden.

" Alang alang semua dah ada dekat sini, apakata kita pergi lunch sekali " ajak Arif. Fazreena tersimpul malu mendengar cadangan Arif.

" Aku ok je " jawab Ayden. Tiara mengangguk.

" Saya ok je " ucap Fazreena lembut. Arif mengeyitkan matanya.

" Haikal dengan Sofea macam mana " tanya Ayden lembut.

" Ok " jawab mereka serentak. Mereka memandang antara satu sama lain dan tiba tiba tersenyum.

" Ok jom, naik Van aku je " ucap Ayden lembut.

" Ok " jawab Haikal.

DING DONG DING DONG!!!!

Aydan menekan loceng beberapa kali sebelum pintu dibuka. Kelihatan Zarah yang memakai bathtobe. Aydan terus masuk tanpa meminta izim Zara.

" Why you look angry " tanya Zara lembut. Dia mendekati Aydan.

" I stress lah dengan Tiara tu " marah Aydan. Aydan duduk di sofa dan mengeluh berat

" What did you do at you " tanya Zara. Zara duduk bersebelahan dengan Aydan.

" Dia boleh marah I depan abang I and orang ramai I menyampah dan benci dengan perangai dia tu " lauh Aydan.

" Eiii jahatnya dia. Why dia buat macam tu kat you. Takpe I kan ada " ucap Zara menggoda.

" Thank you sayang I love you so much " ucap Aydan.

" Habsitu Tiara " tanya Aydan lembut.

" Biarlah dia " marah Aydan.

Tiara tidak menyentuh makanan yang dipesannya. Dia termenung sendirian. Ayden risau melihat keaadannya.

" Tiara, kau ok tak ni " tanya Sofea lembut.

" Ok ". Tiara menyaukan senyuamn nipis buat kawannya itu.

" Habistu kenapa kau tak makan " sampuk Fazreena.

" Aku, fikir something " jawab Tiara ragu ragu.

" Fikir apa " jawab Fazreena lembut.

" Kau fikir apa sampai tersalah pesan ni " tanya Sofe lembut.

" Aku fikir sampai bila aku nak bertahan dengan Aydan " lantas Tiara menjawab.

" Kau tak payah fikir lah pasal tu, dah makan " ujar Sofea.

Tiara menyuapkan Spagheti cheese di dalam mulutnya. Muka Tiara berubah apabila menyuapkam makanan itu ke dalam mulutnya.

" Uwalkk " Tiara hampir muntah di situ. Dia berlari ke tandas yang berdekatan.

Semua terkejut melihat perlakuan Tiara. Fazreena dan sofea bangun. Mereka mengejar Tiara yang berlari ke tandas.

" Uwalllllkkkkkkk ". Semua isi diperutnya keluar.

" Tiara kau ok tak ni " tanya Fazreena risau. Tiara memberi isyarat sekejap.

" Aku ok, uwallllkkkkkk ". Tiara termuntah lagi sekali.

" Ni mesti kau makan spagethi cheese kan tadi " sampuk Sofea. Sofea mengusap usap belakang Tiara.

" Spagethi cheese " tanya Tiara pelik.

" Ye lah takkan kau tak perasan kot kau oder spagethi tu " jawab Fazreena.

" Bila masa aku oder spagethi cheese " tanya Tiara pelik. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

" Eh budak ni takkan tak perasan " marah Fazreena.

" Kau fikir apa " tanya Sofea lembut.

" Aku fikir pasal Hubungan aku dengan Aydan " jawab Tiara lembut.

" Dah dah sekarang ni jom kita masuk kedai balik. Aku lapar " sampuk Fazreena.

" Ok " jawab Tiara dan Sofea serentak.

Mereka bertiga pun keluar dari tandas. Kaki mereka melangkah masuk ke dalam cafe tadi. Mereka terus duduk di tempat masing masing. Tiara memandang makananya lama.

" Macam mana aku boleh oder spagheti cheese " ucap Tiara perlahan. Dahinya berkedut kerana pelik melihat makanan yang diodernya tadi. Perlahan lahan dia menyuap makanan itu. Dahinya berkerut menahan muntah keluar. Dia memaksa dirinya menghabiskan makanan itu. Tiba tiba Ayden mengambil makanan Tiara ditukarnya dengam makananya. Ayden menyuapkan makanan yang telah dimakan oleh Tiara tadi. Muka Tiara pelik. Semua terkejt dengan perlakuan Ayden.

" Kenapa along ambil makanan Tiara " tanya Tiara lembut.

" Sebab Tiara, tak boleh makan makanan ni kan " ujar Ayden. Selamba dia makan bekas Tiara.

" Kalau Tiara taknak makan bekas along tu takpe, Tiara oder baru, aling belanja ". Baru sahaja Ayden mahu menganggkat tangan Tiara bersuara.

" Its ok, Tiara makan " Ayden sudah tersenyum gembira.

" Sedap? " tanya Ayden lembut.

" Emmm not bad " jawab Tiara. Akhirnya dia terlepas daripada dugaan beratnya. Makanan itu dihabiskan olehnya. Sejujurnya Ayden pun tidak makan makanan seperti itu. Tetapi dia memaksa dirinya kerana cintanya kepada Tiara. Arif dan Haikal juga pelik melihat Ayden makan makanan seperti itu.

" Hello bila kita nak mulakan rancangan ni Aku dah serik lah tunggu. Dengan perangai Tiara yang degil tu lagi. Dia buat aku ni macam takde perasaan " marah Aydan. Dia memandu keretanya dengan laju sekali. Muka nya masam mencuka kerana terlalu marah dengan Tiara.

" Ya sabarlah, tapi aku nak tau kenapa kau dendam sangat sangat dengan Tiara tu hah " tanya Faizal pula.

flasback 7 tahun sebelumnya.

" Assalamualaikum Teaacher boleh Tiara masuk " tanya Tiara lembut.

" masuk lah " jawab Teacher Aqira. Pintu dikuak dari luar. Dia membetulkan bajunya sedikit sebelum masuk ke dalam bilik guru kelasnya. Tiara memang pantang kalau ada murid yang mengingkari arahannya, terus sahaja memberitahu guru kelasnya atau pengetua. Aydan lah yang paling banyak mengingkari arahannya.

" Ya Tiara awak nak lapor apa dekat saya " tanya Teacher Aqira lembut. Tiara sudah pelik dengan Teachernya apabila Teacher Aqira menyuakan soalan sebegitu kepadanya.

" Saya nak lapor yang maa di dalam kelas, semasa guru guru mesyuarat Aydan dia main lompat lompat atas meja. Semua murid dah tegur tetapi dia degil " ucap Tiara lembut. Dia menundukkan mukanya. Dia masih menuggu jawapan dari guru kelasnya.

" Aydan sorang je " tanya Teacher Aqira lembut. Matanya Masih lagi tertumpu kepada komputer. Bukan dia tidak mahu melihat ke arah Tiara, tetapi dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Tiara mengeluh kasar apabila mendengar Teacher Aqira menyuakan soalan sebegitu.

" Dengan Faizal dan Haris Teacher " jawab Tiara lembut. Dia menyuakan senyuman yang paling manis buat gurunya itu. Dia masih lagi berdiri menunggu gurunya membalas kata katanya sebentar tadi.

" Panggil diorang datang sini " ucap Teacher Aqira tegas. Tiara mengangguk, dia meminta izin sebelum keluar. Dari kecil lagi Tiara sudah diajaj untuk beradab. Tiara terus masuk ke dalam kelas dengan muka garangnya.

" Aydan, Haris dan Faizal! pergi bilik Teacher Aqira sekarang " arah Tiara tegas. Mereka terpaksa akur dengan kata kata Tiara kerana Teacher Aqira adalah guru disiplin, dah namanya guru disiplin sudah pasti seorang yang garang.

Aydan membuka pintu dari luar. Mereka tahu yang mereka akan dimarahi oleh Teacher Aqira kerana tadi Tiara memberi amaran kepada mereka. Faizal mengeluh berat sebelum masuk ke dalam. Faizal dan Haris berdiru bersebelahan dengan Aydan. Mereka menundukkan sedikit kepala kerana takut.

" Awak tahu apa salah awak " tanya Teacher Aqura tegas tetapi lembut sedikit. Dia terus mencapai rotannya dan bergerak mengelilingi mereka bertiga.

" Cepat jawab! ". Teacher Aqira menghentakkan rotan ke meja. Mereka bertiga terkejut. Faizal Apabila sudah takut memang tidak boleh lah dia bersuara. Aydan dan Haris lah yang menjadi mangsa harus menjawab segala soalan Teacher Aqira.

" Ya kami tahu " lantas Aydan menjawab kerana ketakutan. Aydan mengeluh berat. Dia sudah mengagak yang Tiara akan mengadu kepada Teacher Aqira. Tangganya digenggam kemas, sungguh dia sakit hati dengan perangai Tiara yang suka mengadu kepada cikgu.

" Ok, kalau awak dah tau senang lah kerja saya. Tunjuk tangan! " marah Teacher Aqira. Perlahan lahan mereka mengeluarkan tangan mereka. Teacher Aqira merotan tangan mereka sebanyak tiga kali. Sudah lah dia banyak kerja lepas tu murid muridnya pula menambahkan kerjanya. Pening kepala dibuatnya.

" Keluar dari bilik saya " marah teacher Aqira. Mereka bergegas keluar dari bilik Teacher Aqira. Aydan menumbuk dinding beberpa kali. Sungguh dia geram dengan Tiara. Dendamnya semakin membara.

Ayden memakirkan vannya di garaj yang disediakan. Senyuaman tidak terlepas dari bibirnya. Sungguh dia gembira dapat meluangkan masa bersama sama Tiara.

" Assalamualaikum " ucap Ayden lembut. Dia masuk dan menyalami tangan ibunya yang berada di ruang tamu. Datin Asma pelik melihat senyuman yang tidak lepas dari bibir Ayden.

" Anak Mama ni kenapa, senyum tu tak lepas pun, selalunya balik kerja muka monyok. Ke...dah jumpa dengan bakal menantu mama ni " tanya Datin Asma lembut. Ayden ketawa terbahak bahak mendengar kata kata Mamanya itu.

" Memang lah dapat rebut tunang orang " sampuk Aydan. Muka Ayden berubah apabila Aydan menyampuk. Baru dia teringat yang dia harus melupakan Tiara dari hidupnya.

" Tunang orang, siapa " tanya Datin Asma lembut. Dia kembali duduk di sofa. Matanya tidak lepas memandang ke arah Aydan kerana menunggu jawapan dari mulut Aydan.

" Nur Tiara Medhiya binti Muhammad Ridhwan " jawab Aydan lembut. Dia tersenyum sinis kerana dapat mengenakan abangnya itu. Dia berlalu naik ke atas tanpa mendengar kata kata Ayden.

" Betul ke ayden " tanya Datin Asma lembut. Mukanya berkerut mendengar kata kata Aydan. Percaya ataupun tidak dia sendiri tidak tahu. Tetapi hatinya rasa gembira jika anak sulungnya itu berkenan kepada Tiara. Bukan apa, dia kesian melihat Tiara itu sering disakiti oleh Aydan.

" Ma kalau Aydan berithau ni Mama janji jangan bagitahu siapa siapa " ucap Aydan lembut. Aydan memang manja dengan Datin Asma. Datin Asma pun tidak terlalu membeza bezakan anakk anaknya, cuma, Aydan sering dimarahi kerana sifatnya yang terlalu nakal.

" Apa dia, mama janji takkan bagitahu siapa siapa " ujar Datin Asma. Dia memandang tepat ke arah mata anaknya. Dia mengharap yang anaknya itu mengaku dia menyukai Tiara.

" Ayden sebenarnya suka dekat Tiara Ma " ucap Ayden sedih. Air matanya hampir keluar tetapi diseka. Dia tidak sanggup menahan rasa cintanya terhadap Tiara. Dari mula lagi mereka berjumpa Ayden sudah memberi hatinya sepenuhnya kepada wanita yang bernama Nur Tiara Medhiya binti Muhammad Ridhwan.

" Betul ke ni, Ayden ". Datin Asma teruja mendengar kata kata anak sulungnya itu. Dia bukan mahu melebih lebihkan Aydan tetapi sejak daripada kejadian hari itu. Dia mulai tahu dan perasan yang Aydan tidak lagi mencintai Tiara. Firasat seorang ibu tidak pernah salah kan.

" Ya Ma Ayden suka dekat Tiara. Ayden cintakan dia. Tapi Ayden tahu itu mustahil " ucap Ayden sebak. Dia tidak dapat lagi menahan air matanya. Air matanya mengalir dengan deras sekali. Datin Asma tahu yang anak sulungnya benar benar mencinta Tiara dengan sepenuh hati.

" Ayden, jangan nangis ok, sekarang ni Ayden kena banya berdoa, mama tak boleh tolong, mama tak boleh nak backing sapa sapa. Tapi dia dia je yang boleh tolong Ayden. Dan mama yakin Tiara jodoh Ayden sama ada cepat atau lambat sayang " jawab Datin Asma. Dia sebak melihat Anak sulungnya menangis di depannya. Ayden bering di riba Datin Asma. Dia merasakan nyaman apabila barinh di riba ibunya itu.

" Tapi Mama dia jodoh Aydan. Ayden tak nak jadi permpas. Mustahil untuk Tiara jadi milik Ayden ". Tersangkut sangkut Ayden berkata kerana menangis. Dia tidak dapat lagi menahan air matanya dari keluar.

" Ayden pandang mama, kalau dah tertulis ada jodoh antara Ayden dan Tiara. Walau dengan apa sekali pun walaupun korang disatukann dengan cara kotor sekali pun. Itu bermakna jodoh dan takdir " terang Puan Asma. Dia turut sedih melihat anaknya itu. Sudahlah anak sulungnya adalah keturunan terakhir dari sumpahan nenek moyangnya itu.

" Terima kasih ma " ucap Ayden. Dia memejamkan matanya. Sungguh di rindu saat dia baring di riba ibu kesayangannnya itu. Datin Asma mengusap usap kepala Ayden.

" Kutuliskan kenangan tentang......" belum sempat Tiara menghabiskam kata katanya Fazreena menyambung.

" Huyyy sedapnya suara. Kenangan dengan siapa tu " perli Fazreen. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Tiara. Dia merampas remote dari tangan Tiara. Tiara membuat muka marahnya.

" Reen! sedap je kau rampas benda ni dari tangan aku ae " marah Tiara. Dia menarik nafas sedalam dalamnya lalu mengehebuskan nafas. Sofea ketawa melihat Tiara membuat begitu. Tiba Tiba Tiara berasa sebak. Tanpa sedar air matanya mengalir dengan deras.

" Weh, Tiara kenapa kau nangis " tanya Sofea pelik. Dia mendekati Tiara. Fazreena memandang Tiata dengan seribu soalan. Tiara tersedu sedu menangis. Sofea memeluk Tiara dengan erat.

" Aku tak tau tiba tuba kau rasa sebak ". Tersangkut sangkut Tiara berkata kata kerana menangis. Dengan spontan dia barin di riba Sofea. Sofea terkejut melihat perlakuan Tiara yang pelik sejak kebelakangan ini. Fazreena dan Sofea saling memandang antara satu sam lain.

" Wey kau kenapa ni " tanya Fazreena pelik. Dia hampir ketawa melihat perlakuan kawannya itu tetapi ditahan oleh Sofea. Buang tebiat ke apa Tiara jadi begitu. Sofea hanya membiarkan sahaja Tiara menagis di ribanya. Tiara Nangis tanpa merasai apa apa pun. Pelik!.

" Tiara kau ok tak ni tapi aku nampak kau happy je. siap menyanyi lagi, kau ada something ke yang kau tak bagi tahu kitaorang bagitahu je lah " tanya Fazreena risau. Logik ke kalau Tiara kata dia menangis tanpa sebab dan rasa apa apa pun.

" Aku tak rasa apa apa " tersedu sedu Tiara menangis di riba Sofea. Sofea memberi isyarat kepada Fazreena agar Fazreena diam, tetapi Fazreena degil seboleh bolehnya dia mahu mendapatkan jawapan dari mulut Tiara sendiri.

" Kau kenapa. Logik ke kau menangsi tanpa sebab. Pelik lah kau ni " ucap Fazreena selamba. Sofea menepuk peha Fazreena yang ditutupi dengan seluar. Fazreena membuat muka marahnya. Dia pelik betul melihat Tiara menangsi tanpa sebab.

" Aku tak de rasa apa apa. Aku tak tau air mata aku yang nak keluar " ucap Tiara tersangkut sangkut. Air matanya semakin mengalir deras. Tiba tiba sahaja air matanya berhenti. Dia terus bangun dari riba Sofea dan mengelap air mata.

" Aku tak tau kenapa aku menangis. aku tak rasa apa apa. Jujur sumpah aku tak rasa sedih langsung hari ni aku happy sangat. Aku pun tak tau kenapa air mata aku menagalir sedangkan aku happy sekarang ni " terang Tiara. Dia cuba membuat Fazreena percaya tetapi Fazreena tetap dengan jawapannya, tidak logik. Tiara yang penat dan malas untuk melayan Fazreena masuk ke dalam bilik.

" Kau tengok tu main masuk je, aku tak tanya apa apa lagi " marah Fazreena. Fazreena memeluk tangannya. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan jawapan Tiara. Menangis tanpa rasa sedih tidak pernah berlaku di dalam hidupnya dan tidak pernah berlaku di sekelilingnya. Inilah pertama kali dia melihat.

" Isyyy diam lah Fazreena! Kau tak boleh faham ke. Kau kan bff dia asal tak percaya dia pulak. Pelik lah aku tengok kau ni. Pening tau tak pening! " marah Sofea. Sofea meninggalkan Fazreena sendirian di ruang tamu. Malas dia melayan karena Fazreena yang kepala batu dan berego itu.

" Tengok, tengok aku pulak yang kena marah " keluh Fazreena. Dia membebel sendirian. Tangannya lantas mencapai remote dan menukar siaran. Sakit betul hatinya kali ini.

Tiara meletakkan makanan yang baru dimasaknya di atas meja makan. Baru sahaja dia mahu memanggil Sofea dan Fazreena, Mereka sudah turun ke bawah. Sofea dan Fazreena turun ke bawah lalu duduk di atas kerusi.

" Weh sorry pasal semalam aku tau aku tak patit paksa kau " ucap Fazreena lembut. Dia menyeduk Mee goreng ke dalam pingganya. Dia mencapai Telur mata yang telah dimasak oleh Tiara.

" Its ok aku tak ambil hati pun lah " Tiara menuang air ke dalam cawan lalu diserahkan kepada Sofea dan Fazreena. Sebenarnya dia pun terfikir juga kenapa dia beria ria menangsi semalam.

" Weh, Tiara boleh tak aku tukar bidang dengan kau, tak sanggup lah dapat bos macam tu " rungut Sofea. Dia membuat muka comelnya dihapdapan Tiara. Tiara mengeluh melihat muka comel kawannya itu.

" Megat Sofea Qalishah, aku bukan taknak tukar dengan kau, tapi aku buakan sesiapa aku pun studen kat situ so aku takde hak lah. Tak pasal pasal nanti aku kena buang. Kau sabar je lah Dengan tuan Haikal tu " tegur Tiara. Dia menyuapkan Mee ke dalam mulutnya.

" Aku tengok Tuan Haikal tu baik apa. Ke kau ada masalah dengan dia " perli Fazreena. Dia menyedut minuman yang baru sahaja dituang oleh Tiara.

" Sofea dah dah lah tu, buang lah masa silam kau dengan dia. Aku tau dia tak bersalah langsung " marah Tiara. Tiara menutup mulutnya kerana terlepas cakap. Sofea sudah memandangnya tajam.

" Kau ada rahsia kan apa apa ke dari Sofea pasal Haikal " tanya Fazreena lembut. Dia menunggu jawpaan dari mulut Tiara.

" Errr, sebenarnya Aleesya yang kau nampak dengan Haikal masa tu Kakak dia " jawab Tiara ragu ragu. Dia sudah menelan air liurnya kerana takut yang Sofea akan memarahinya. Pernah berlaku Yang Sofea mengamuk apabila Fazreena merahsiakan sesuatu yang berkaitan dengannya, habis semua barang dibalingnya.

" What!!!! kenapa kau tak bagi tahu aku " marah Sofea. Dia meraup wajahnya kasar. Dia sungguh berasa bersalah ketika itu. Sudahlah dia menghentam teruk Haikal Ketika itu, sekarang tahu tahu semuanya salah faham, kesian Haikal.

" Jom! aku nak pergi office sekarang ". Sofea terus mencapai beg handbagnya. Fazreena dan Tiara terkejut dengan perlakuan Sofea. Mereka hannya akur sahaja kerana takut Sofea akan memarahi mereka.

Sofea membuka pintu bilik Haikal. Dia masuk dengan seribu rasa bersalah ke atas dirinya. Sofea manaril nafas sedalam dalamnya. Haikal terkejut melihat Sofea mendekatinya.

" Kenapa awak tak jujur dengan saya " marah Sofea. Air matanya hampir keluar tetapi di sempat menahan. Haikal memandangnya dengan pelik. Tiba tiba sahaja muncul dan menanyakan soalan sebegitu kepadanya.

" Saya tak jujur dengan awak pasal apa " tanya Haika lembut. Matanya tertumpu kepada Sofea. Sofea manarik nafas panjang sebelum berkata kata. Dia berat mahu mengakatan ini tetapi dia terpaksa juga mengatakan itu.

" Kenapa awka tak bagitahu saya yang perempaun tu kakak awak ". Kali ini Sofea tidak dapat lagi menahan air matanya dari keluar. Rasa cintanya pada Haikal masih ada lagi walaupun sudah lama mereka berpisah. Muka Haikal berubah apabila mendengar kata kata Sofea.

" Jadi awak dah tau lah, saya bukan taknak bagi tahu awak tapi awak yang tak nak dengar " ucap Haikal lembut. Sungguh hatinya sakit apabila melihat Sofea menangis di hadapannya. Dia turut mengalirkan air mata jantannya.

" Maafkan Fea, Kal, Fea, Fea, selalu sakit kan hati Kal, Fea tak sepatutnya mencintai Kal " ucap Sofea tersangkut sangkut kerana menangis.
Hati Haikal semakin sakit apabila mendengar kata kata Sofea.

" Fea tak pernah salah, kal yang salah, kal yang bodoh sebab Kal tinggalkan Fea macam tu je. Maafkan Kal " ucap Haikal tersangkut sangkut. Sofea mengelap air matanya.

" Kita mulakan hidup baru Fea taknak kehilangan Kal setelah Fea dengar dan tahu semua ni dari mulut Tiara " ucap Sofea lembut. Haikal hanya menangguk.

" Kita mulakan hidup baru ". Tiba tiba mereka berdua ketawa.

Hai Assalamualaikum....selamat membaca....maaf kalau ada kekurangan..dalam dua hari Aqis tak boleh update sbb tak sihat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience