EP 2 - GADUH

Drama Series 12928

BAB 1 ( PART 2)

" What!!!!, Pa bukan ke papa cakap syarikat tu diserahkan sepenuhnya kepada Aydan. Apa semua ni hah! " marah Aydan.

" Memang Papa ingat syarikat tu milik Aydan sebab tok ayah pernah cakap dengan Papa. Tapi semalam peguam ada datang dia cakap syarikat tu diserahkan sepenuhnya kepada TENGKU DANISH AYDEN ". Terang Datuk Ilham.

" Tak Aydan tak percaya! " marah Aydan. Sifat tamak Aydan dari kecil lagi tidak pernah hilang. Dia tidak boleh melihat sesiapa lebih dari padanya.

" Betul Aydan kalau tak percaya jugak esok ikut papa pergi office " ucap Datuk Ilham tegas.

" Tak ini tidak adil! ". Aydan mencampak pinggan ke lantai. Habis berterabur makanan dan kaca yang pecah.

" Kamu ni kenapa Aydan " marah Datuk Ilham.

" Aydan tak kira, Aydan nak juga hak Aydan!!!! ". Mereka semua terkejut dengan tingka laku Aydan. Aydan tidak pernah menjadi macam ni.

" Aydan dah lah tu kamu dapat hak kamu kann sayang " ucap Datin Asma lembut.

" Dari dulu lagi mama dengan Papa lebih kan along! daripada Aydan! Semuanya along along along !!!! " jerit Aydan.

" Angah! tak baik lah tinggikan suara dengan Mama and Papa " marah Ayna.

" Kau tak payah masuk campur urusan aku lah!!!!! " marah Aydan.

" Aydan! kalau Aydan nak marah, jangan marah Mama dengan Papa marah along " ucap Ayden lembut.

" Ok, sini kau tak pernah rasa penumbuk aku kan, sini kau! ".Aydan membawa Ayden ke dinding. Tangannya masih lagi mencengkam baju Ayden. Datin dan Datuk menyuruh Aydan melepaskan Ayden tapi Aydan tidak menghiraukannya. Ayden hanya membiarkan Aydan menumbuknya.

BUK!, BUK!, BUK!!

Muka Ayden berubah berwarna ungu kerana ditumbuk begitu kuat oleh Aydan. Hidung dan mulutnya berdarah darah. Kerana rasa tidak berpuas hati Aydan menumbuk perut Ayden.

" Aydan dah lah tu nak lepaskna abang kamu..isk isk " Datin Asma menangis sambil merayu.

" Aydan lepaskan abang kamu tu! " marah Datuk Ilham. Banyak kali Datuk Ilham melarangnya tetapi Aydan menolak Datuk Ilham sehingga jatuh ke bawah.
"Dah...lah....ma....pa....biar...je....arghhhhh!...Aydan.....pukul.....argggghhhhh!....ayden....arrrrgghhh! " Tergagap gagap Ayden berkata kata kerana menahan sakit.

" Angah!, dah lah kesian along " marah Ayna.

" Angah dah lah....isk isk isk " Ucap Datin Asma lembut.

" Aydan dah lah! " tegas Datuk Ilham.

" Kau ingat ae!, ni baru sikit aku buat!, aku boleh buat lagi teruk lah!!!! " marah Aydan. Ayden lemah ketika itu. sudah banyak darahnya keluar dari mulut akibat ditumbuk kuat oleh Aydan.

" Ayden, Ayden ok tak nak isk isk isk " Datin Asma menangis.

" Mama jangalah menangis Ayden on tengok Ni Ayden boleh bangun. Sikit je ni. Ayden naik atas dulu ok. Mamma janganlah risau " ucap Ayden lembut. Di mengagahkan diri dia.

" Along biar adik bawak along naik atas ae " pelawa Ayna.

" Takpe along boleh bangun maksudnya along ok je " ucap Ayden lembut. Dia melangkah kaki untuk masuk ke dalam bilik.

Kelihatan Tiara duduk di atas sofa sambil menonton drama kegemarannya. Mulutnya tidak henti henti menguyah keropok yang dibelinya petang tadi.

" Hoi mak cik!, sedap makan, tak ajak " marah Fazreena.

" Habistu kau tu tak habis habis dengan k-drama. Aku faham sebab aku pun minat korea, tapi takdelah sampai macam korang tu " ucap Tiara selamba.

" Amboi!, sedapnya dia mengata kita berdua ". sofea menyampuk. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Tiara. Tangannya masuk ke dalam balang yang berisi keropok itu.

" Hey budak ni!, dah lah asyik layan K-drama. Korang ni tak takut ke nak final exam aku takut au " marah Tiara.

" Nur Tiara Medhiya binti Muhammad Ridhwan kitaorang bukan macam kau pun. Kau ulat buku kitaorang ni musuh buku. Lagipun bukannya aku baca buku tapi nanti buku tu baca aku. hehehehe " gurau Sofea.

" Kau ni pun, aku pun sama macam kau, tapi kau kena lawan lah, normallah kalau kita belajar mengantuk. Syaitan kan ada, biasalah " jawab Tiara lembut.

" ohhh, faham!, Sofea oh sofea. Aku nak..... " belum sempat Fazreena menghabiskan kata katanya Tiara menyambung.

" Nak suruh Sofea belanja dia lah tu " ucap Tiara lembut.

" Heheheh, macam mana kau tahu "

" Tahulah kau bff aku " jawab Tiara lembut.

" Kau nak beli apa " tanya Sofea.

" Aku ada beli baju kat shoope, semuanya dalam 150 " ucap Fazreena manja.

" Wey bapak banyak siot kau beli " terkejut Sofea dibuatnya.

" Kau ni banyak sangatlah aku nak jimat sikit duit tu hari tu kan aku dah belanja kau. Ni mintak lagi pulak Dady dengan mumy aku pun aku tak bagi lagi tau duit. Kau beli lah sendiri " marah Sofea.

" Aku bukan taknak beli sendiri tapi kan, Mama aku belum masukkan duit lagi lah wey. Nanti aku bayar balik aku promise " ucap Fazreena lembut.

" ye la ye lah " jawab Sofea.

" Thank you Fea " ucap Fazreena lembut.

" Tiara kau nak beli apa aku belanja tapi nanti kau dah ada duit kena bayar balik lah " ucap Sofea.

" Tak payah lah aku tak nak menyusahkan bff aku ni " ucap Tiara lembut. Dia mencubit pipi Sofea.

" Ok "

" Eh!, Reena cuba kau jimat sikit duit. Sekarang ni kau tengah senang. Nanti kalau kau susah company mak kau bankrap macam mana " marah Tiara.

" Tak susah Papa aku kan ada company juga " jawab Fazreena selamba. Papa dan Mamanya bercerai semasa dia berumur 12 tahun.

" Ye lah anak orang kaya kan " sampuk Sofea.

" Haah biasalah. Lain lah macam kita ni anak orang biasa biasa je " ucap Tiara.

" Kau je aku pun anak orang kaya " ucap Sofea

" Ye lah aku sedar lah siapa aku dimata korang. Takpelah biarlah aku meratap kesedihan ini sendiri " ucap Tiara. Tiara berpura memangis.

" Alololo siannya kawan kita ni. " ucap Fazreena. Fazreena dan Sofea memeluk Tiara.

" Aku gurau je " jawab Tiara. Fazreena dan Sofea sudah membuat muka geramnya.

KRING KRING KRING!!!!!

Ayden mematikan jam locengnya. Dia sudah biasa bangun seawal ini. Dia mahu bangun dari pembaringan tetapi perutnya sangat sakit akibat ditumbuk kuat malam tadi. Dia cuba sedaya upaya untuk bangun.

" Arrrgggghhhh!!!! " jerit Ayden. Dia memang betul betul sakit ketika itu.

Ayna mendengar jeritan itu dari bilik abangnya. Dia Meletakkan telekongnya lalu keluar dari bilik. Dia cuba mendekati pintu bilik Ayden.

" Abang! abang ok ke tu " tanya Ayna lembut.

" Ok!! " lantas Ayden menjawab. Tangannya masih memegang perutnya lagi. Dia masih lagi duduk di atas katil.

" Kalau ok kenapa Ayna dengar abang menjerit tadi " jawab Ayna..

" Abang terpijak benda tajam tadi ". Ayden sedaya upaya menipu adiknya.

" Ohh ok ke tak kaki tu " tanya Ayna risau.

" Ok je tak payah lah Ayna risau " marah Ayden.

" Ok ".

Ayden mencuba untuk beridiri tetapi tidak boleh. Dia menyelak sedikit bajunya untuk melihat perutnya.

" Kuat juga dia tumbuk badan aku ada six pat kot". Ayden mengeluh. Dia tidak larat lagi untuk memaksa dirinya bangun. Kerana terlalu percaya yang dia kuat untuk menunaikan kewajipan akhirnya dia bangun. Dia mengenggam bajunya akibat terlampau sakit.

" Arrrrrghhhhhh!!!!! ". Jerit Ayden. Kali ini perutnya begitu sakit

" Abang, abang!, abang!, ni Ayna ni! Bukak pintu abang Abang " jerit Ayna. Ayna risau kerana mendengar abangnya menjerit tadi.

" Heyy kau ni bising bising pagi pagi buta ni kenapa hah! " marah Aydan. Aydan dalam keaadan mabuk ketika itu.

" Astargfirullah halazim angah!, angah ni kenapa hah! " Ayna terkejut melihat abangnya yang dalam keadaan mabuk. Datuk Ilham dan Datin Asma yang mendengarnya terus naik ke atas untuk melihat apa yang terjadi.

" Astargfirullah halazim ". Datin Asma hampir pingsan melihat Keaadan anaknya itu. Nasiblah Datuk Ilham menahan Datin Asma dari terjatuh.

" Ya allah, kamu ni kenapa Hah Aydan Mama dengan Papa tak pernah ajar kamu macam ni! " marah Datuk Ilham. Datin Asma sudah menangis teresak esak dan dipujuk oleh Ayna.

" Kenapa bunyi mama menangis kat luar tu ". Ayden masih lagi menahan kesakitan. Perlahan lahan dia berjalan. Pintu dikuak dari dalam kelihatan Aydan hampir menolak Datuk Ilham.

" Tengku Danial Aydan bin Tengku Ilham!!!! " panggil Ayden. Saja dia menjerit agar Aydan mendengar dengan jelas. Semua yang berada di situ terkejut dengan perbuatan Ayden.

" Hey, perampas harta. Apa khabar sihat ". tangan Aydan berada di bahu Ayden ketika itu. Ayden cuba untuk menahan marahnya.

" Kau kalau tak puas hati lagi jangan buat apa apa dekat Mama, Papa dengan adik. Kau tak fikir apa yang kau buat ni betul ke tak " marah Ayden. Sudah tidak ada lagi gelaran abang dan angah, hanya gelaran Aku kau sahaja.

" Memang kau memang perampas!!! " Aydan menumbuk perut Ayden dengan kuat sekali, sehingga darah keluar dari mulut Ayden.

" Aydan!!!! " marah Datuk Ilham.

" Kau diam orang tua! " marah Aydan.

" Aydan please jangan pukul Along lagi. Please Aydan. Ibu merayu, sayang please " Datin Asma merayu. Hanya Datin Asma sahaja yang boleh melembutkan hati Aydan. Aydan berlalu keluar, Ayden pula terus jatuh dan pengsan setalah ditumbuk sekuat itu.

Tiara mengambil cawan kerana dia kehausan. Dia mencapai cawan lalu dibawanya ke Penapis air (coway). Tiba tiba sahaja cawannya terjatuh dan pecah. Tiara terus mengigil kerana ketakutan.

" Tiara! apa yang pecah tu " tanya Fazreena setelah mendengar bunyi kaca yang pecah.

" Ya allah Tiara!, kau ok tak ni kenapa mengigil macam ni " tanya Fazreena risau.

" Fia! Fia " panggil Fazreen. Fazreena mengutip kaca yang pecah. Tiara masih lagi mengigil ketakutan.

" Ya! " sahut Sofea.

" Ya allah kenapa Tiara menggigil ni wey! " tanya Sofea kepada Fazreena.

" Aku pun tak tau, tadi aku dengar bunyi benda pecah, aku datang tengok Tiara dalam keaadan mengigil " jawab Fazreena lembut.

" Tiara, Tiara kau ok tak ni " tanya Sofea risau.

Ayden tersedar dari pengsan. Dia melihat keaadan sekeliling. Datin Asma dan Datuk Ilham lega melihat Keaadan Ayden yang sudag sedar itu.

" Ma, Ayden kat mana " tanya Ayden lemah. Dia mencuba untuk bangun tapi di halang oleh Datin Asma.

" Ayden jangan bangun, Along sekarang ni ada dekat hospital " jawab Datin Asma lembut.

" Macam mana Ayden boleh ada dekat sini Ma, Pa " tanya Ayden lembut. Ayden adalah seorang anak yang baik. Tidak pernah sekali pun dia mengingkar kata kata Ibu bapanya.

" Ayden kena tumbuk lepas tu pengsan " jawab Datuk Ilham.

" Kenapa Along tak bagitahu Mama yang semalam teruk Along kena tumbuk dengan angah " marah Datin Asma tetapi lembut.

" Along tak nak mama dengan Papa risau pasal Along " jawab Ayden ragu ragu.

" Dah jadi macam ni lagi Mama risau tau " jawab Datin Asma.

" Dah lah tu Asma Along tengah sakit ni. Kan doktor cakapa dia tak boleh banyak cakap sebab perut dia tu belum ok lagi " marah Datuk Ilham.

" Nah Air, wey kau ok tak ni rusau lah aku " ujar Fazreena. Tiara mencapai gelas lalu dia minum air kosong itu sebelum menjawab soalan sahabat sahabatnya itu.

" Aku tak tau, masa tu aku nak minum, aku pergilah dapur lepas tu aku terlepas cawan kaca tu, and then tiba tiba aku mengigil aku pun tak tau kenapa " terang Tiara.

" Cuba kau call Ummi dengan Abi kau mana tahu ada anything happend yang kau tak tahu ". Sofea memberi cadangan.

" Ok jap " Tiara terus mendail nombor Puan Rozi iaitu Umminya.

" Assalamualaikum, hello Ummi " ucap Tiara lembut.

" Waalaikumusslam, ya, Bukan kamu ada kelas ae pukul 10 pagi ni " tanya Puan Rozi.

" Hari ni kelas tengah hari, ummi sihat "

" Alhamdulillah sihat "

" Semua ada ke tu " tanya Tiara lembut.

"Ada semua ada Ayah kamu pun ada ni nak cakap ke dengan ayah " tanya Puan Rozi lembut.

" Takpelah Ummi Tiara nak tanya tu. Nanti lepas habis kelas Tiara call Ummi ok, hah ok, ya ummi jangan risau kirim salam kat semua. Iya. Assalamualaikum " ujar Tiara.

" Ummi kirim salam dekat korang " ucap Tiara.

" Macam mana Anything happend " tanya Fazreena lembut.

" Tak de apa apa pun " jawab Tiara lembut. Dia menarik nafas lega.

" Ke Tunang kau Tiara " jawab Sofea.

Ayden melangkah menuruni tangga satu persatu. Dia melihat Datin Asma dan Datuk Ilham sedamg sedap makan bersama. Dia gembira melihat pasangan itu. Dia berharap kisah cinta dia akan terjadi seperti mana kisah Mama dan Papanya.

" Ma, Pa Ayden nak keluar jap " ucap Ayden lembut.

" Along baru je kan keluar hospital, ni dah nak keluar, nak pergi mana " marah Datin Asma.

" Alah Ma kejap je Ayden nak jumpa client, Mama jangan lah risau Ayden dah besar. Ayden boleh jaga diri sendiri " jawab Ayden lembut.

" Macam mana mama tak risau Along kamu tu belum sembuh lagi " marah Datin Asma.

" tak boleh ke batalkan " tanya Datuk Ilham lembut.

" Tak boleh sebab Dah banyak kali dah Ayden batalkan " jawab Ayden lembut.

" Ok lah macam tu Papa izinkan " ujar Datuk Ilham.

" Abang! " marah Datin Asma.

" Apa " tanya Datuk Ilham selamba.

" kalau jadi apa apa kat anak kita macam mana " marah Datin Asma.

" Dia dah besar pandailah dia jaga diri ". Datuk Ilham menyuapkan nasi ke dalam mulut.

" Hisy abang ni cuba kalau sesekali risau pasal anak, ni tak " marah Datin Asma.

" Suka hati awaklah "

" Mana diorang ni kata nak jumpa kat sini. Dah pukul 12 dah ni class dah habis kan. Aku ajak makan kat rumah taknak, nak juga makan kat sini, tak pasal pasal aku kena duduk terperap kat dalam kereta ni " keluh Tiara. Dia pun keluar dari perut kereta. kawasan di situ tidak lah begitu sunyi.

" Bukak lagu I like you so much". Dia membuka lagu lalu mendengar menggunakan earphone.

~ I like you usual the way went you pretend not to care ~

~ I like the dimples on the corner of the smile that you wear ~

~ I like you more the world ~

~ May no be dont be scare ~

~ Cause im falling dipper baby be preapead ~

Sedang Tiara mengambil angin sambil mendengar lagu tiba tiba handbagnya dicapai oleh seseorang Tiara terkejut dengan perlakuan orang itu. Dia bergelut dengan pencuri itu.

" Tolong!!!Tolong!!!! "....

*********

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT MEMBACA SEMUA....MAAF KALAU ADA KEKURANGAN...TQ PADA YG SUDI BACA NOVEL AQIS...HAPPY READING

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience