BAB 8 ( PRT 1)
" Along ni kacau lah baru nak manja manja dengan Kak Tiara. Angah!!! " ucap Ayna terkejut. Terkejut beruk dibuatnya apabila melihat Ayden berada di depannya. Dia mahu menutup semula pintu bilik tetapi dihalang oleh Aydan.
" Aydan!!!kau nak buat apa dengan Tiara hah! " marah Ayden. Dia mengahampiri Aydan tetapi Aydan terlebih dahulu menolaknya sehingga dia terjatuh ke bawah. Tiara menghampiri Ayna. Dia menolong Ayna menutup pintu, tapi apakan daya kekuatan Aydan lagi kuat daripada mereka berdua.
" Jangan dekat dengan kak Tiara " marah Ayna. Dia cuba untuk menghalang tetapi kekuatan Aydan terlampau kuat. Aydan mengangkat ayna lalu dicampak ke lantai nasiblah Ayden sempat menahan kepala Ayna dari terhentak ke lantai.
" Kau tanya aku, aku nak buat apa dengan Tiara kan, aku nak main dengan dia " jawab Aydan lembut. Dia tersenyum sinis sebelum menutup pintu Tiara sedaya upaya untuk lari tetapi dihalang olehnya. Ayden menolak pintu supaya dia boleh masuk ke dalam tetapi kekuatan Aydan terlampau kuat ketika itu.
" Tolong lah Aydan, jangan lah buat saya macam ni saya merayu ". Tiara memangis teresak esak. Aydan menghampirinya, dia kebelakang kebelakang sehingga terbarin di atas katil. Tiara bangun dan mahu berlari keluar tetapi Aydan menarik tudungnya lalu Tiara terduduk di atas katil.
" Tergamak awak buat macam ni dekat saya Tiara. Saya masih boleh Terima lagi kalau awak curangi saya dengan lelaki lain, tapi yang saya tak boleh terima awak curangi saya dengan abang kandung saya sendiri. Perempuan jenis apa hah kau ni. Dasar perempuan tak sedar diri!!! " jerit Aydan. Tiara dalam keaadan yang sangat takut ketika itu. Aydan memukulnya beberapa kali
" Sumpah! saya pergi tempat yang awak cakap bilik yang awak cakap dekat saya. Tapi bila saya masuk awak takde dalam bilik tu, and then tiba tiba Ayden datang cari awak lepas tu tau tau je pintu kena ketuk dengan orang. Ayden dengan saya tak tahu apa apa " jawab Tiara tersangkut sangkut.
" Ohh, kau ingat aku akan percaya kata kata kau lah, ok kau nak sangat kan aku dah tak sabar nak kerjakan kau ni! " marah Aydan. Dia menanggalkan tali pingganya baru sahaja dia mahu membuka zip seluarnya, dia ditumbuk oleh seseorang.
" Kak Tiara! " jerit Ayna. Ayna dan Datin Asma saling berpandangan. Mereka menghampiri Tiara yang lemah sambil menangis nangis. Datin Asma memeluk menantunya itu. Dia cuba memujuk Tiara tetapi tiada satu pun kesan Tiara masih menggigil gigil ketakutan.
" Adik tak guna! tergamak kau buat macam tu dekat isteri aku! " marah Ayden. Dia menumbuk muka Aydan dengan kuat. Datuk Ilham yang terdengar pergaduhan mereka segera naik ke atas.
" Kau yang rampas dia daripada aku. Lepas tu kau nak marah aku pulak! sepatutnya aku yang marah kau! " jerit Aydan. Dia menumbuk muka Ayden dengan kuat. Perasaan marah Ayden lebih menguasai perasaan sayangnya terhadap insan yang bergelar adik.
" Hey hey! sudah sudah " marah Datuk Ilham. Ayden mengalah dia meleraikan pergaduhan. Aydan pula mengambil peluang ini untuk keluar daripada rumah itu. Ayden menghampiri Tiara, lantas dia memeluk susuk tubuh yang amat dicintainya itu. Dengan spontan Tiara membalas pelukan itu. Air mata Ayden gugur melihat Isterinya yang menangis dari tadi.
" Tiara takut, Tiara Takut, Tiara takut huk huk huk. Tiara takut " ucap Tiara teresak esak. Ayden mengusap usap kepala Tiara yang ditutupi dengan tudung itu. Datin Asma, Ayna dan Datuk Ilham hanya membiarkan sahaja mereka berdua berpelukan.
" Shhhh, jangan takut, abang kan ada. Abang akan selalu jadi penyelamat sayang sebab kan hero sayang " jawab Ayden lembut. Ayden mencium dahi Tiara dengan lembut.
" Along, along pergilah bawa Tiara masuk bilik. Muka dia pucat tu, mesti Tiara penat " ucap Datin Asma lembut. Datin Asma mengusap usap bahu Tiara dengan lembut.
" Ok Ma, jom sayang " ucap Ayden lembut. Tiara bangun daripada katil tetapi kakinya sangat sakit akibat cengkam kuat oleh Aydan tadi. Dengan spontan Ayden mengangkat Tiara dan membawanya ke bilik. Tiara terkejut dengan perlakuan Ayden namun dibiarkan sahaja Ayden mengangkatnya. Ayna sudah teesenyum senyum melihat pasangan itu sungguh manis.
" Ma, ma tengok tu. Sweetnya along. hmmm, bilalah Ayna nak kahwin ". Ayna sudah mula berangan. Tiba tiba pehanya dipukul oleh seseorang. Dia mengadu kesakitan.
" Tu lah siapa suruh gatal sangat, sebenarnya abang kamu tu dah lama suka dekat Tiara dari kali pertama diorang bertemu lagi. Macam kisah Mama dengan papa " ucap Datin Asma lembut. Datin Asma tersimpul malu.
" Hisy mama ni. Dia pulak yang tersenyum senyum orang cakap pasal along. Dah lah adik nak buat assigment. " ucap Ayna lembut. Dia berlalu ke mejanya dan membuka komputer riba miliknya.
Ayden meletakkan Tiara di atas katil dengan perlahan. Tiara membetulkan duduknya, kakinya masih terasa sakit lagi. Ayden kesian melihat isterinya itu, baru sahaja dia dipukul teruk oleh abangnya kini dia terpaksa pula menahan rasa sakit akibat dipukul oleh Ayda.
Ayden mengeluh berat. Tangan Ayden lantas menyelak tempat yang dipegang oleh Tiara tadi. Tiara terkejut dengan perlakuan Ayden. Pipinya berubah menjadi merah akibat terlalu malu. Ayden menyentuh tempat yang luka itu. Tiara mengadu kesakitan.
" Kenapa Sayang tak cakap yang kaki sayang luka. Teruk ni kita pergi hospital eh " marah Ayden lembut. Dia memandang tepat ke arah Tiara dengan harapan Tiara mengikut kata katanya untuk membawa Tiara ke hospital.
" Taknak, Tiara Taknak duduk hospital. Bosan, bosan sangat sangat. Tiara nak duduk rumah je. Please abang " Rayu Tiara lembut. Dia membuat muka comelnya agar Ayden tidak membawanya ke hospital.
" Ok fine ". Biarlah dia mengalah dengan Isterinya itu. Dia bangun dan pergi ke ruang menukar baju dan bilik air. Dia mengambil kit keselamatan untuk mengubat luka Tiara.
" Abang nak buat apa dengan benda tu " tanya Tiara lembut. Dia memandang Aydan pelik. Ayden tidak menjawab malah dia terus mengubati luka Tiara dengan perlahan lahan. Tiara mengcengkam baju Ayden kerana kakinya amat sakit ketika itu.
" Arghaaaa!!! " jerit Tiara. Dia menahan pedih apabila disapu ubat. Akibat terlalu sakit dia tertarik baju Ayden dan menyebabkan Ayden jatuh di atas badannya. Bulat mata Tiara dibuatnya, dia tidak tahu kenapa dia kaku dan tidak menolak Ayden
Ayden melihat bibir unggil milik Tiara. Kali ini dia tidak dapat lagi menahan nafsunya kerana bibirnya hampir tercium bibir Tiara. Dengan spontan Ayden mengucup bibir Tiara dengan lembut. Tiara terkejut dengan perbuatan Ayden, dia masih terdiam kaku.
Ayden melepaskan pelukan kerana tidak cukup nafas. Dia memandang tepat ke arah mata Tiara. Tiara masih diam membisu dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Ayden mencium bibir Tiara sekali lagi, kali ini Tiara membiarkan sahaja dan mengikut rentak Ayden.
Tidak lama kemudian Ayden melepaskan Ciumannya. Mata mereka bertentangan. Tiara tersedar daripada lamunannya. Dia tidak memandang ke arah Ayden kerana malu dengan apa yang berlaku tadi. Ayden memegang dagu Tiara dan membawa muka Tiara menatapnya, tetapi Tiara memejamkan matanya. Ayden mendekati telinga Tiara.
" I love you so much, my bidadari syurga " ucap Ayden lembut. Ayden bangun daripada peniarapanya di atas badan Tiara tadi. Dia tahu Tiara malu, dia terus keluar dari bilik dan membiarkan Tiara menenangkan dirinya.
" Huh!! panas panas wey. Fuh kenapa muka alu bahang ni ". Tiara menghembus nafas lega apabila Ayden berlalu keluar dari bilik. Dia tersenyum sedirian kerana teringat apa yang berlaku tadi.
" Tapi kan best jugak ae dia cium aku tadi. hehehe ". Tiara mengelamun sedirian. Dia tersedar dari lamunannya dan menepuk mulutnya.
" Astargfirullah hal azim, Tiara why you say that. tapi kan Takpe lah dia kan husband aku, dia dengan aku kan dah halal, apalah kau ni Tiara buat lawak bodoh, dah sekarang kena mandi badan dah busuk " bebel dia sendirian.
Ayden terdengar kata kata Tiara. Bibirnya terukir senyuman disaat Tiara mengakatan Ayden adalah suaminya. Ayna yang dari tadi melihat Ayden tersenyum sudah mengetahui apa yang berlaku. Dia segera turun ke bawah untuk memberitahu Mamanya.
Kelihata Datuk Ilham sedang sibuk membaca surat khabar. Ayna tidak menghiraukan Datuk Ilham. Dia terus pergi ke dapur untuk mencari kelibat Datin Asma.
Datin Asma pula sedang sibuk memasak bersama sama Mak Timah. Perlahan lahan Ayan melangkah ke arah mereka dua. Dia berhenti dan menjerit.
" Hai! masak apa tu? " jerit Ayna. Dia sengaha menguatkan kata katanya itu agar Datin Asma terkejut dan Mak Timah melatah.
" uyyy aku ketuk kepala kau kang mati kang eh kang eh ". Mak Timah melatah. Ayna ketawa terbahak bahak mendengar Mak Timah melatah. Mak Timah menepuk lembut bahu Ayna.
" Hahahaha! apalah mak Timah ni ". Ayna ketawa sendirian. Datin Asma memberi isyarat kepada Ayna supaya berhenti ketawa. Ayna terus memberhentikan ketawanya.
" Ada apa ni tiba tiba je datang dapur " tanya Datin Asma lembut. Memang selalunya Ayna tidak pergi ke dapur apabila Datin Asma dan Mak Timah memasak dia duduk diruang tamu dan menonton tv.
" Tadi kan Ayna tengok abang keluar bilik tersengih sengih Ma. Mesti ada something yang berbuat hati abang berbunga bunga. Tak pernah adik nampak abang happy macam tu " jawab Ayna lembut. Ayna ersengih sengih sambil bercerita.
" Ye ke, biasalah tu, orang baru kahwinkan memang lah macam tu " jawab Mak Timah beria. Mak Timah meberuskan memotong bawang. Datin Asma pula minum air sebelum menjawab kata kata Ayna tadi.
" Betul lah kata Mak Timah tu orang baru kahwin biasalah. Kalau nak rasa kahwin lah cepat cepat " perli Datin Asma. Ayna membuat muka masamnya dan berlalu ke ruang tamu.
Ayden menaiki tangga dengan perlahan lahan. Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam bilik, Tiara terlebih dahulu membuka pintu bilik. Ayden pelik melihat Tiara bertudung. Dia terlupa yang ayahnya sudah pulang dari bekerja.
" Sayang nak pergi mana ni " tanya Ayden lembut. Ayden menghalang Tiara dari bergerak ke bawah. Tiara memandang Ayden tajam.
" Tiara nak tolong mama dengan Mak Timah dekat bawah cik abang " jawab Tiara lembut. Dia menyuakan senyumannya kepada Ayden. Dia mahu berlalu daripada situ tetapi dihalang oleh Ayden.
" Abang! bagilah Tiara laluuuu " marah Tiara manja. Ayden membuat muka selambanya. Dia terus menerus mahu menghalang Tiara dari menolong Mamanya di dapur.
" Abang tengok tu " ucap Tiara beriya. Ayden memandang ke arah situ lalu Tiara pun meloloskan diri. Ayden mengejar Tiara sehinggalah Tiara di dapur.
" Tiara, Tiara, Sayang! " panggil Ayden. Tetapi Tiara tidak mengendahkannya dia pun terus menuju ke dapur untuk menolong Mama mertuanya dan Mak Timah.
" Eh! Tiara kenapa datang dapur. Kaki kan belum baik lagi tu " tanya Datin Asma lembut. Datin Asma memandang tajam ke arah Ayden. Sungguh dia geram kenapa anaknya itu tidak menghalang Tiara.
" Takpe dah ok dah ni, ada apa apa tak yang Tiara boleh tolong " tanya Tiara lembut. Dia bejalan ke arah Datin Asma dan Mak timah terencot encot.
" Tengok tu jalan terencot encot tu. Kaki Tiara sakit lagi tu " marah Datin Asma lembut. Dia menggelenhkan kepalnya melihat menantu kesayangannya itu.
" Tu lah Ma Ayden dah cakap dah tak payah tolong, nak jugak tolong. Menantu kesayangan mama ni degil sangat " ucap Ayden selamba. Baru sahaja kakinya ingin melangakah Datin Asma terlebih dahulu memanggilnya.
" Ayden! kamu nak pergi mana hah! bawak Tiara naik atas " marah Datin Asma. Ayden mengeluh berat, Tiara yang degil dia pula yang dimarahi oleh Datin Asma. Ayden mendekati Tiara, dia memegang tangan Tiara lalu ditariknya tetapi Tiara mengeraskan badannya dan tidak mahu berganjak dari situ. Kerana Ayden geram dengan kedegilan Tiara, dia pun membawa mengkendong Tiara.
" Isyy lepaslah! " marah Tiara. Dia meronta ronta kerana mahu dilepaskan, tetapi Ayden tidak mengendahkannya malah kakinya melangkah dan naik ke atas.
" Abang lepaslah! " marah Tiara. Tiara cuba untuk melepaskan diri dari dokongan dengan cara melepaskan pelukan tanagnnya di leher Ayden tetapi dia pula yang hampir terjatuh ke bawah. Tiara meneluk leher Ayden semula kerana ketakutan. Disebabkan terlalu geram dengan Ayden Tiara memuncungkan bibirnya. Sampai sahaja di dalam bilik Ayden mengunci pintu bilik lalu meletakkan Tiara perlahan lahan.
" Ni kenapa ni bibir tu muncung je " tanya Ayden lembut. Tiara memalingkan kepalanya tanda merajuk.
" Alololo Sayang merajuk ke " tanya Ayden lembut. Tetapi masih diam, tiada jawapan yang keluar dari mulut Tiara. Ayden mengeluh, dengan spontan dia mencium bibir Tiara. Tiara terkejut lalu menolak lembut kedua dua bahu Ayden.
" Abang! " marah Tiara. Dia memalingkan badannya ke arah Tingkap. Ayden tersenyum melihat karena Tiara yang terlalu manja itu.
' Dia dah mulai sayang ke dekat aku ' tanya Hati kecil Ayden. Ayden terus mendekati Tiara.
" Tu lah, siapa suruh Sayang muncungkan bibir sayang tu, kan dah kena ngap dengan abang " jawab Ayden selamba. Tiara memandang Ayden dengan perasaan marah. Ayden mengeluh sebelum bercakap.
" Ok ok, sorry, abang tak tahu kenapa. Lepas je abang kahwin dengan Tiara abang tak boleh tahan nafsu abang " jawab Ayden lembut. Tiara lantas menoleh ke arah Ayden. Dia sedar apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah salah.
" Abang Tiara minta maaf, Tiara, Tiara....." belum sempat Tiara menghabiskan kata katanya Ayden menyambung.
" Tiara rindu family Tiara kat kampung kan " sambung Ayden lembut. Tiara mengangguk perlahan. Akhirnya Air mata Tiara gugur, dia tidak tahu kenapa dia tidak ragu ragu untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
" Shhh, takpe abang kan ada " ucap Ayden lembut. Ayden menolak lembut kepala Tiara ke bahunya. Dia menepuk lembut bahu Tiara. Tiara menangis dia bahu Ayden sepuas puasnya.
Zamri keluar dari cafe miliknya. Dulu dia bekerja di kampung dan mengumpul duit agar dapat membuka cafe di Kl. Kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia terus memandu keretanya ke tempat yang mahu dituju.
Semasa di perjalan dia ternampak seorang perempuan bersama dua orang lelaki. Perempuan itu kelihatan seperti ketakutan akibat dikacau oleh lelaki lelaki itu. Dengan spontan Zamri memberhentikan keretanya di tepi stesyen bas. Zamri menuju ke arah mereka bertiga.
" Jangan lah! " marah Aisyah. Aisyah cuba untuk mengelak tetapi ditahan oleh seorang lelaki itu.
" Bro ada apa ni " tanya Zamri lembut. Dia memandang ke arah Aisyah dengan penuh persoalan.
" Diorang ni tiba tiba....." belum sempat Aisyah menhabiskan kata katanya Budak lelaki itu menyaampuk.
" Eh kau ni siapa hah " marah budak lelaki itu. Lantas budak itu ingin menumbuk Zamri tetapi Zamri sempat mengelak. Mereka bertumbuk sebelum budak budak lelaki itu lari. Kepala Zamri sakit dan pening akibat ditumbuk kuat oleh Budak budak lelaki itu. Tiba Tiba pandangan Zamri gelap, Zamri pingasan di situ.
HAI! ASSALAMUALAIKUM, AQIS KESIAN TENGOK KORANG TERTUNGGU TUNGGU TAKPE HARI NI AQIS UPDATE SEMUA...MAAF KALAU LAMBAT AND BANYAK TYPO OR TERSALAH FAHAM KE SORRYYY...SELAMAT MEMBACA ^_^
Share this novel