BAB 1 (PART 1)
Kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja bersama coat dan kelihatan segak berjalan masuk ke dalam pejabat milik Syarikat À.Y HOLDINGS. Semua perempuan yang berada di situ terpanah dengan ketampanan Tengku Danish Ayden. Mukanya yang seperti mamat korea itu membuatkan dia ramai peminat. Diantara Tiga orang adik beradiknya dialah yang paling kacak. Tengku Danish Ayden adalah anak pertama dari tiga orang anak Tengku Ilham dan Datin Asma.
" Good morning Tengku Ayden " ucap salah seorang pekerja di pejabat itu.
" Morning " ucapnya selamba. Dia terus melangkah kakinya ke lift. Bukannya dia sombong tetapi dia sudah terlewat untuk meeting pagi ini.
" Wey handsome doh, cuba kau bayangkan, kalau dia jadi suami aku. Peh! conferm meletop " ucap salah seorang perempuan yang terserempak dengan Ayden.
" Hisy beranganlah kau ni. Setau aku Tuan Ayden tu dia tak suka lah perempuan macam kita ni. Dia suka perempuan yang pakai tudung tutup aurat bukan macam kita ni free hair " ucap Atikah selamba. Atikah Ialah PA Ayden, bekerja dengan seorang yang tegas dan garang seperti Ayden ini memang perlu banyak bersabar.
" Good morning Tuan Ayden " ucap Megat Arif merangkap sahabat Tengku Danish Ayden.
" Kau jangan kacau aku boleh tak. Aku dah lambat ni, ada meeting " marah Ayden.
" oh bye the way kau cakap dengan Haikal, Ayden pesan jangan lupa meeting kejap lagi " selamba sahaja Ayden menyuruh sahabatnya itu.
" Kau ni nampak muka aku je cakap Haikal, Nampak muka aku je cakap haikal. Aku ni bff kau juga tau bukan dia sorang je " bebel Arif.
" Hello, be propesional, this is office, not kedai mamak ". Sedikit lagi Ketawa Ayden mahu terkeluar tapi sempat ditutup oleh terlapak tangannya sendiri.
" Baiklah Tuan Tengku Danish Ayden, aku faham kau bukan boleh kalau aku masuk bab pribadi dekat office ". Arif memeluk lengannya tanda merajuk. Ayden malas melayan sahabatnya itu, dia berlalu dan masuk ke dalam bilik.
" Apa punya bff lah, main bla je. Takpelah aku faham. Haikal!, Haikal! " jeritnya sambil mencari cari kelibat sahabatnya itu.
Pintu dikuak dari luar. Ayden membaca bismillah sebelum masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg bimbitnya dan mengeluarkan tab agar senang untuk mencatat apa yang diperlukan oleh cliet.
" I have to go Now, so good luck Ayden. Do your best! ". Begitulah sikapnya apabila dia harus melakukan sesuatu. Kata kata itu boleh membuatkan dirinya lagi bersemangat.
Dia terus menuju ke bilik meeting. Tiada siapa di dalam bilik meeting itu. Dia mengambil tempat dan duduk sambil memeriksa apa yang patut. Tidak lama kemudian semua pekerja yang turut sama menyertai meeting pada pagi ini pun masuk. Mereka ketakutan melihat Ayden ada sebelum adanya mereka di bilik meeting.
" Korang ni apahal duduk kat pintu ni!, sana aku nak masuk " marah Haikal. Ayden terlalu khusyuk sehinggakan tidak sedar mereka semua masuk.
" Ayden, Ayden!, Tengku Danish Ayden bin Tengku Ilham! " ucap Hikal dengan kuat. Semua yang disitu memandang ke arah Ayden dan Haikal.
" Ye, aku dengar kenapa " jawab Ayden lembut.
" Ni meeting pasal projek kat Putrajaya tu kan, bukan ke sepatutnya Arif yang ikut kau meeting kenapa pulak aku " tanya Haikal lembut.
" Arif dia ada dua projek yang dia kena handle, tu yang aku ambil kau untuk join aku pasal projek ni. Lagipun kau kan sekarang ni takde projek, apa salahnya ganti Arif ". Mata Ayden masih lagi tertumpu kepada Tabnya.
" Ohh ok. Aku tak kesah pun, cuma aku peliklah " jawab Haikal selamba.
" Ohh bye the way, bukan ke sepatutnya PA kau ke yang kena turut serta sekali ". Sebenarnya Haikal mahu menghindar dari mendapat projek ini. Maklumlah selama ini dia hanya menguruskan penglawatan ke kilang dan program kebajikan sahaja.
" Kau taknak tolong aku cakap aku boleh cari orang lain. Tapi gaji kau potong 90% lah " ucap Ayden selamba. Ayden kalau di office memang sedikit dingin.
" Eh tak tak siapa cakap taknak tolong kau " Lantas Haikal menjawab.
Tidak lama kemudian muncul Datuk Ilham bersama sama client. Semua bangun dan bersalaman ( hanya lelaki ) dengan client sebelum memulakan Meeting.
" Ok guys next week we continue ok. Thank you " ucap Lecture yang mengajar di dewan itu. Semua mengemas barang barang kerana kelas sudah habis. Tiara dan sahabat sahabatnya melulu keluar dari dewan
" Wey guys, so whats up, nak pergi mana " tanya Sofea kepada Tiara dan Fazreena.
" Kita pergi makan!, aku lapar lah " lantas Fazreena menjawab. Sofea ketawa mendengar jawapan dari mulut kawannya itu.
" Kau ni kan asyik makan je " ujar Tiara.
" Lah, aku lapar, salah ke " tanya Fazreen lembut.
" Tak salah kalau hang lapar yang salahnya hang ni asyik lapar memanjang ". Keluar sudah loghat Kelantan dari mulut Sofea.
" Huyyy pulak doh keluar sudah loghat kelantan kau ye, dah dah jom, aku belanja, nak makan dekat mana " ujar Tiara.
" Lah nasiblah kitaorang ada kawan baik macam kau ni, kita pergi makan kedai mamak " lantas Sofea menjawab. Tadi dia yang cakap orang lapar memanjang tetapi dia pula yang terlebih exited apabila Tiara mempelawa untuk membelanja.
" Huyyy Hang tadi kato kita. Ni hang pulak yang lebih apa pasal " bebel Fazreen.
" Alaa sekali sekali kan aku exited, apa salahnya. Dah lah jom cepat " marah Sofea.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta honda milik Sofea. Sofea memang berasal dari keluarga yang kaya. Dia tidak pernah berkira dengan kawannya itu.
" Ok Guys thats all, Thank you Datuk, Thank You Ayden " ucap Datuk Khairil lembut. Mereka berjabat tangan. Datuk Kahiril dan pekerja keluar dari situ. Semua yang berada di situ sudah mengemas kerusi sebelum keluar dari bilik.
" Semua duduk dulu " suruh Datuk Ilham.
" Haikal panggilkan semua staf masuk ke dalam bilik ni " suruh Datuk Ilham lembut.
" Baiklah Datuk " sahut Haikal. Haikal berlalu keluar dari situ. Tidak lama kemudian ruangan meeting itu dipenuhi oleh semua staf staf.
" Seperti yang semua tahu umur saya dah semakin meningkat. Saya pun dah tua. Jadi saya rasa dah sampai masanya, untuk saya mengalihkan tugas saya, kepada anak saya. Mulai dari Hari ini Tengku Danish Ayden lah CEO besar syafikat A.Y holdings. Raisya!, saya nak awak buat laporan dan sidang media secepat mungkin untuk syarikat ni. Ada apa apa lagi ke. Kalau takde semua boleh bersurai ". Ayden terkejut mendengar perkhabaran itu.
' Bukan ke Aydan yang dapat syarikat utama di Kuala Lumpur sepenuhnya, kenapa jatuh ke tangan aku pulak. Tak boleh ni. Aku tak boleh jadi perampas '. Minda Ayden mulai berfikir.
" Pa, pa! " panggil Ayden. Datuk Ilham menoleh ke belakang. Ayden pun menghampiri ayahnya itu.
" Kenapa Ayden " tanya Datuk Ilham.
" Bukan ke syarikat utama jatuh ke tangan aydan sepenuhnya kenapa pulak Ayden kena jadi CEO Pa, ini tidak adil " tegas Ayden.
" Sebenarnya memang dalam perancangan Papa, papa nak buat macam tu, sebab tok ayah pernah cakap yang dia nak serahkan syarikat ni pada Aydan. Tapi Ayah ada terjumpa satu perjanjian yang Syarikat utama akan diserahkan kepada Ayden sepenuhnya. Kalau Ayden taknak pun Ayden tetap kena jadi juga CEO besar syarikat A.Y HOLDINGS sebab Tok ayah dah upah peguam supaya Ayden dapat syarikat ni, dan sebab tu juga lah arwah Tok ayah tak bagi sebahagian hartanya kepada Ayden " terang Datuk Ilham panjang lebar.
" Tapi Pa macam mana dengan Aydan. Dia exited bila dapat tahu syarikat ni akan diserahkan kepada dia sepenuhnya Pa ". Ayden masih lagi tidak boleh terima yang dialah waris kuat syarikat A.Y HOLDINGS.
" Yang tu Ayden tak layah risau. Papa tau nak cakap apa dekat Aydan. Ok ". Datuk Ilham menepuk bahu anaknya itu.
Sofea memakirkan keretanya di depan kedai Mamak. Mereka masuk ke dalam kedai. Mereka mengambil tempat duduk. Tidak lama kemudian datang seorang pelayan membawa buku kosong dan pen.
" Nak oder apa " tanya pelayan itu lembut.
" Air tea o ais 1, sirap ais 1, milo ais 1 " jawab Fazreena lembut.
" Makan? " tanya pelayan itu lembut.
" Bagi saya mee goreng 1, tu je, sebab diorang nak makan nasi " jawab Tiara.
" Ok, siapa nak makan nasi ikut saya ". pelawa pelayan itu lembut. Sofea membawa mereka makan disebuah kedai melayu tetapi rasa masakannya seperti makan di kedai mamak. Tiara mengeluarkan telefonnya. Dia membelek belek satu persatu telefonnya.
" CEO A.Y. HOLDINGS akan memberikan syarikat utama sepenuhnya kepada anak sulungnya ". Sofea dan Fazreen yang mendengar kata kata Tiara lantas merampas telefon dari tangan Tiara. Tiara terkejut dengan tindakan sahabatnya itu.
" Mana, mana, mana, wey tadi kau baca mana! " marah sofea.
" Haah mana " marah Fazreen.
" Siapa suruh korang main rampas je aku dah tertekan restart " jawab Tiara selamba.
" Alaa kau ni baru aku nak baca. Kau tak tau ke yang dia ni famouse sebab muka dia macam mamat korea " ujar Sofea.
" Tak, kau ingat Aku ada masa ke aku nak layan berita. Final exam kan dah nak dekat memang tak lah aku nak layan apa apa pun, kalau ada tsunami dekat area sini pun aku org last yang tau " jawab Tiara selamba.
" Haah betul juga, kau bukannya ambil port pun, tapi kan aku tengok dalam drama, orang yang tak ambil port pasal Tengku Danish Ayden tu dialah yang akan jadi isteri Tengku Danish Ayden tu nanti " jawab Fazreena.
" Ohhhh, drama....kau tak payah nak drama sangat lah. Bak sini handphone aku. " marah Uyaina.
" Alaa kau ni, Fazreena gurau je, tapi memang biasanya jadi macam tu pun " jawab Sofea selamba.
Aydan memandu keretanya masuk di rumah agam milik bapanya itu. Dia memakirkan keretanya di tempat yang disediakan. Setelah itu, Aydan pun masuk ke dalam rumah.
" Assalamualaikum "
" Waalaikumussalam, Aydan, rindunya mama dekat kamu. Heyy dah lama kamu tak balik sini. Eh jap, ni beg banyak banyak ni nak pergi mana " tegur Datin Asma.
" Aydan nak duduk sini lah Ma, rumah Aydan yang Aydan beli tu Aydan jual " jawab Aydan lembut.
" Ohh baguslah kalau macam tu, jom kita bual bual dulu, dah lama dah mama tak bual dengan kamu ni ". Aydan hanya mengangguk sahaja mendengar kata kata Ibu kesayangannya itu.
" Hasnah, ambil beg ni bawakkan ke bilik Aydan! " panggil Datin Asma.
" Baik Puan " sahut Kak Hasnah.
" Ni, mama nak cakap. Lepas ni kamu yang akan ambil alih syarikat utama sepenuhnya " ucap Datin Asma lembut.
" Ye ke Ma. Yes! ". Aydan terloncat loncat kegembiraan.
" Tapi tu lah...."
" Kenapa Mama, syarikat kita ada problem ke ". tanya Aydan dengan risau.
" Syarikat kita ok je cuma...Mama kesian tengok Ayden dia tak dapat satu pun harta atuk " ucap Datin Asma sedih. Ayden adalah serang budak yang baik tetapi sering dibuli oleh Aydan.
" Lah nak buat macam mana, dia dah takde rezeki " jawab Aydan selamba. Sakit pula dia mendengar nama Ayden ditelinganya. Hendak sahaja dia membunuh Ayden.
" Memanglah tapi sepatutnya Arwah Tok ayah kena adil lah. Ye lah semua dapat bahagian kecuali Ayden " marah Datin Asma. Aydan geram melihat Datin Asma membela Ayden. Sejak kecil lagi Mamanya selalu melayan Ayden lebih daripadanya. Padahal sama sahaja cara layanan Datin Asma.
" Assalamuakaikum ". Ayden membuka pintu untuk ayahnya masuk. Hari ini mereka berdua naik kereta yang sama.
" Eh abang, Ayden, jom makan, Hasnah dah hidang dah tu " ajak Datin Asma lembut.
" Mama dengan Papa pergilah dulu, Ayden nak letak beg jap kat atas " jawab Ayden. Ayden melangkah naik ke atas. Dia masuk ke dalam bilik. Coatnya diletakkan di atas katil. Dia membuka stoken dan tienya. Setelah itu dia bergegas turun ke bawah. Alangkah terkejutnya melihat Aydan ada di meja makan itu.
" Eh, abang Ayden jom makan " ajak Tengku Daiyan Ayna. Tengku Daiyan Ayna adalah anak last dari tiga orang anak Tengku Ilham dan Puan Asma. Aydan yang mendengarnya berubah muka kerana menyampah dengan abangnya itu.
" Eh!, Aydan kenapa tak cakap dengan along yang Aydan balik hari ni " ucap Ayden lembut. Memang dulu Aydan sering dibuli oleh Ayden, tetapi tidak pernah terlintas pun di hati Ayden untuk berdendam dengan adiknya itu.
" Baru je kenapa tak suka ke aku balik ". Walaupun Aydan benci dengan abangnya tetapi dia tetap melayan dan menghormati abangnya itu.
" Bukan tak suka along cakap je " lantas Ayden menjawab.
Suasan di meja makan itu kembali senyap. Walaupun mereka semua orang kaya tapi cara mereka seperti biasa sahaja. Mereka makan tidak menggunaka sudu hanya menggunakan tangan.
" Sebenarnya ada benda Papa nak cakap ni ". Kata kata Datuk Ilham memecah kesunyian.
" Papa nak cakap apa " jawab Ayna.
" Pasal syarikat " lantas Datuk Ilham menjawab.
" Aydan dah tau mesti Papa nak suruh Aydan jadi CEO baru tu kan. Ye lah Aydan kan dapat syarikat utama sepenuhnya. " ucap Aydan berlagak. Ayna yang mendegarnya mencebik.
" Syarikat utama A.Y HOLDINGS akan diserahkan sepenuhnya kepada TENGKU DANISH AYDEN BIN TENGKU ILHAM " tegas Datuk Ilham berkata kata.
" What!!!!!!, pa, pa bukan ke syarikat utama milik Aydan sepenuhnya " marah Aydan.
" Memang Papa ingat syarikat tu milik Aydan sepenuhnya sebab arwah tok ayah ada cakap nak bagi Aydan. Tapi semalam ada peguam datang sebab nak serahkan syarikat utama kepada Ayden, dan kerana itulah Ayden tak dapat sebahagian harta Arwah tok ayah " jelas Datuk Ilham panjang lebar.
" What!!!!!! ". muka Aydan berubah marah.
********
HAI!!!, SELAMAT MEMBACA SEMUA NOVEL FIRST AQIS...MAAF KALAU ADA KEKURANGAN...TQ SEBAB SUDI MEMBACA
Share this novel