EP 3 - JUMPA

Drama Series 12928

BAB 2 ( PART 1)

" Tolong Tolong Tolong!!!! " jerit Tiara. Dia masih lagi bergelut dengan Pencuri itu.

" Kenapa pulak tu ". Ayden yang mendengarnya berlari ke arah Tiara dan pencuri itu.

Ayden merampas beg itu dengan kasar sekali. Pencuri itu terkejut dan melarikan diri, kerana Ayden merampas begitu kasar sekali Tiara hampir terbongkang ke belakang nasiblah Ayden sempat menahan Tiara dari jatuh. Mereka berdua bertentangan mata. Tiara yang sedar segera melepaskan pelukannya di leher Ayden dan bangun dari dangkapan Ayden.

" Errrrr, Thank you " ucap Tiara lembut. Dia begitu malu sekali ketika itu.

" You are welcome, ohh ya this is your bag ". Ayden menghulurkan beg itu ke tangan Tiara.

" Err, sorry pasal tadi " ucap Ayden serba salah. Dia mengusap lehernya yang tidak gatal itu. Tiba tiba mata Tiara terpanah dengan darah yang ada di tangan Ayden.

" Errr tangan awak. Darah. " ucap Tiara risau.

" Ohh sikit je ni nanti saya sapu ubat " jawab Ayden.

" Takpe takpe biar saya tolong anukan luka awak sebab awak dah tolong saya kan " ujar Tiara.

" Ohh ok " jawab Ayden. Dia tidak tahu kenapa hatinya berdebar ketika itu. Mungkinkah dia jatuh cinta.

" awak tunggu kat sana, saya nak ambil ubat jap " ucap Tiara lembut. Dia menyuakan senyuman kepada Ayden. Jantung Ayden berdegup semaki laju. Dia segera pergi ke tempat yang diarahkan oleh Tiara.

" Kenapa jantung aku berdebar ni ". Tiara pelik kenapa jantungnya berdebar semasa melihat Ayden.

" Ke aku dah....eh tak boleh Tiara, kau dah tunang dah, astargfirullah halazim ". Tiara memarahi dirinya sendiri.

' Kenapa aku berdebar disaat dia menatap ku dan menyuakan senyuaman kepadaku. Adakah ini dinamakan cinta. Tetapi aku tahu aku pasti tidak bersekempatan untuk mengambilnya sebagai isteriku kerana dia sudah berpunya. Aku nampak cincin tu ada di tangannya. Ya allah mengapakah kau uji dengan seorang wanita yang telah dimiliki..tolong padamkan segala cinta aku padanya. Kerana kami tidak tertulis untuk bersama. ' ujar Hati kecil Ayden.

" Hisy mana ni hati tu aku letak kat dalam ni, Hah! jumpa pun ok done. Now I have to go " jerit Tiara. Nasiblah tiada siapa yang mendengar jeritannya.

" Ok, tangan awak letak dekat atas ni ". Ayden meletakkan tangannya dia atas penyandar kerusi.

" Tahan sikit tau sebab saya cuci dulu baru sapu ubat nanti kuman membiak " ucap Tiara lembut.

" Ok ". Tiara mula membasuh lukanya dengan detol. Muka Ayden kelihatan seperti menahan sakit. Tiara tersenyum melihat muka Ayden.

" eeesssss ". Ayden cuba sedaya upaya menahan kesakitan itu. Tiba tiba ada sekumpulan perempuan datang ke arah Ayden.

" Tengku Danish Ayden yang anak Tengku Ilham tu kan! " tanya salah seorang perempuan.

" Haah " jawab Ayden selamba.

" boleh tak...." belum sempat Perempuan itu mengahbiskan kata katanya Ayden menjawab.

" Saya tak nak ambil gambar dengan korang. Maaf. " Jawab Ayden lembut. Semua perempuan itu berlalu kerana malu.

" Awak anak CEO A.Y HOLDINGS tu!!! " terkejut beruk Tiara dibuatnya.

" Yes awak tak kenal saya rupanya " jawab Ayden.

" Saya pernah baca, tapu saya tak tengok muka awak patutlah awak famouse. Handsome " ucap Tiara. Tiba tiba dia menepuk mulutnya.

" Aduh Tiara kenapa lah kau cakap macam tu. Kalau tunang kau tau mesti dia mengamuk singa ni " Taira bercakap dengan nada yang perlahan.

" awak cakap apa " tanya Ayden lembut. Tiara hanya menggeleng.

Sofea dan Fazreena baru sahaja keluar dari dewan belajar. Mereka pergi ke sebuah cafe. Mereka terlupa janji janji mereka dengan Tiara mahu berjumpa dengan Tiara di cafe milik Mama Fazreena.

" Weh kau nak makan apa aku belanja " ucap Sofea dengan berlagak.

" Aku nak oder makanan paling sedap kat sini " jawab Fazreena. Fazreena memang pantang kalau orang mahu membelanjanya.

" Ok, waiters " panggil Sofea. Pelayan itu memberi buku menu. Fazreena menyelak satu persatu helaian untuk melihat menu. Matanya terpanah kepada satu spagethi cheese dan Jus delima.

" Saya nak Spagethi cheese and Jus Delima " ucap Fazreena lembut.

" Saya nak Stick yan one set punya dengan orange jus " ucap Sofea lembut.

" Kesian Tiara dia tak dapat makan makanan macam ni " ujar Fazreena.

" Kalau kita bawa pun dia makan ke. Dia mana boleh masuk makanan macam ni, kau ingat lagi kita pernha bawak dia lepas tu dia makan. habis muntah muntah kau tau " bebel Sofea.

" Haah lah tapi aku pelik kenapa dia tak boleh masuk aek ". Fazreena mengaru garu kepalanya yang ditutupi dengan tudung.

" Entah. Alahan kot " jawab Sofea.

" Eh jap kita cakap pasal Tiara ni, bukan kita... " belum sempat Sofea menghabiskan kata katanya Fazreena menjawab.

" Kita janji dengan dia yang kita nak, jumpa dia kat cafe mama aku " ucap Fazreena.

" Haah macam mana ni, ah macam ni kita cuba call dia " Sofea memberu cadangan.

" Tahan sikit je, ok done " ucap Tiara. Dia menyuakan senyuaman yang paling manis kepada Ayden.

" Thank you, oh by the way my name is....." belum sempat Ayden mengahabiskan kata katanya Tiara menjawab.

" Tengku Danish Ayden bin Tengku Ilham " jawab Tiara selamba. Dia membetulkan duduknya.

" macam mana awak tahu nama saya pulak ni ". Pelik Ayden dibuatnya.

" Dari kawan kawan saya dan tadi diorang ada cakap. Kawan kawan saya tu everytime cerita dekat saya pasal awak. Naik meluat saya dibuatnya " selamba Tiara menjawab.

" Eh bukan bermaksud saya meluat dengan awak ". Tiara sudah berasa serba salah dengan kata katanya.

" Its ok..saya tahu saya dah biasa dah orang cerita pasal saya " ucap Ayden. Tiba tiba ada seorang makcik menghampiri mereka.

" Nak, boleh tolong makcik, makcik nak ambil gambar dengan cucu makcik.Anak makcik pergi kereta jap ambil barang " ucap Makcik itu lembut.

" Boleh, mana Tiara tolong " jawab Tiara. Tiara mengambil beberapa keping gambar.

" terima kasih ya nak "

" Mak jom balik!! "

" Makcik balik dulu, oh ni suami kamu ke sesuai sangat kamu cantik dia kacak. Jaga dia baik baik bukan boleh dapat suami yang romantik dan kacak macam dia ni "

" tapi makcik..." belum sempat Tiara berterus terang makcik itu menjawab.

" Takpe Nak makcik faham. Tapi dari tadi makcik tengok dia asyik pandang kamu je. Makcik balik dulu ". Makcik itu pun berlalu dari situ.

" Kenapa....." belum sempat Tiara bercakap telefonnya berbunyi.

" sekejap saya nak jawab telefon " ucap Tiara lembut.

" Hello Tiara kau kat mana ok tak tu kau marah kat kita orang ke kau dah makan ke kau sihat ke " bertalu talu soalan yang ditanya dari Fazreena.

" Assalamulaiakum " ucap Tiara lembut.

" Waalaikumussalam kau.... " belum sempat Fazreena menghabiskan kata katanya Tiara menyuruhnya diam.

" Aku ok je, korang tak payah risau pasal aku, aku tau korang lupa ye lah siapalah aku ni kan. Budak kampung takde trant tak layak pun kawan dengan orang kaya macam korang " ucap Tiara. Dia hampir mengeluarkan air mata tetapi diseka olehnya sendiri.

" Alaa jangalah macam ni, ok sorry ok, aku rasa anything happend dekat kau. kalau tak kau tak nangis macam ni " ujar Sofea pula.

" Aku kena rompak tadi nasiblah takde apa apa " jawab Tiara.

" Wey kau ada luka ke ". Jantung Fazreena sudah berdegup kencang kerana kerisauan.

" Aku ok je kau ada nampak aku tak ok ke " tanya Taira lembut.

" Awak nak hujan ni jom kita berteduh dekat sana " ajak Ayden.

" Wey!!!!, Tengku yang handsome tu ke. Kan betul masin kan mulut aku " jerit Fazreena.

" Kau diam ae, aku ni dah bertunang bukan single lagi " marah Tiara. Riak muka Ayden yang ceria kembali sedih apabila mendengar kata kata Tiara.

" Ok lah wey bye " lantas Fazreena mematikan telefonnya.

" Awak nanti dulu nama saya Nur Tiara Medhiya binti Muhammad Ridhwan panggil Tiara je. Bye jumpa lagi assalamualaikum " ucap Tiara. Tiara hilang dari pandangan Ayden.

" Cantik nama, macam orangnya " ucap Ayden. Dia tersenyum sendirian.

" Woi!!! Tengku Danish Ayden! " panggil Arif.

" hah kenapa apanya ". terkebil kebil Ayden selapas tersedar dari berangan.

" Kau berangan apa, tak pernah pernah kau berangan, tadi, kau pergi mana, nasiblah dia tak minta apa apa yang kita orang takde tau " Marah Haikal.

" Sorry, sorry, sebenarnya tadi aku ada jumpa dengan sorang perempuan ni " ujar Ayden.

" And then " jawab Arif.

" Then setiap kali dia senyum dekat aku dia tatap muka aku aku rasa macam happy sangat sangat. aku pun tak tau kenapa " terang Ayden.

" Tak pernah pernah kau macam ni bro " ucap Haikal.

" Entah entah, kau dah jatuh cinta kot " serentak Arif dan Haikal berkata.

" Hah ye ke! Takkan lah " berlagak Ayden.

" Kau ni kan Ayden, cuba sesekali buang ego kau tu, kau lupa ke hah, pasal sumpahan tu " marah Arif.

" Haah takkan kau lupa kot ". Haikal memadang Ayden dengan sinis.

" Aku tak lupa " jawab Ayden ragu ragu.

" Ayden pergilah dapatkan dia sebelum muka kau berubah jadi hodoh. Kau ada masa beberapa bulan je ni. Aku taknak tengok kau sedih bro " nasihat Haikal.

" Yes bro betul apa Haikal cakap tu. Kau kena dapatkan dia juga. Kalau sumpahan tu kata kau kahwin je automatic akan hilang kau boleh je cari mana mana perempuan. Tetapi syarat untuk kau sembuh ialah kau kena kahwin dengan orang yang kau cintai walaupun dia terpaksa kahwin dengan kau bro " terang Arif.

" Aku nak dapatkan dia macam mana, dia tunang orang berdoa hukumnya " jawab Ayden dengan nada yang sedih.

" What!!! seriously kau fall in love dengan tunang orang " terkejut Arif dibuatnya.

" Kita nak buat macam mana ni lagi beberapa bulan je ni ".ucap Haikal.

" Aku tak kesah lah kalau aku hodoh pun " jawab Ayden tenang.

" Apa kau cakap tak kesah. Wey macam mana kalau orang tanya mana kau kenapa kau menghilang. Kitaorang takkan tunjuk muka kau kat orang " marah Arif.

" Yes, think before you speak Ayden " nasihat Haikal.

" Habistu nak buat macam mana cakap dengan aku. Sampai masa nanti muka aku ok jugak " jawab Ayden

Tiara mundar mandir di ruang tamu. Sudah banyak kali dia cuba menelefon Aydan tapi tidak dijawab. Sejak kebelakangan ni Aydan jarang menjumpai Tiara.

" Hisy jawablah! " marah Tiara.

" Wey kau kenapa macam beruk dah aku tengok tak...rerti duduk diam " tegur Fazreena.

" Haah pening aku tengok kau tau tak " marah Sofea.

" Aydan! " marah Tiara.

" Kenapa dengan tuanang kau tu " jawab Sofea. Fazreena hanya diam menunggu jawapan daru mulut Tiara.

" Banyak kali dah aku call dari dua minggu yang lepas. Aku geram tau. Ummi aku dah bising bila dia nak masuk meminang " rungut Tiara.

" Kau ni janganlah kusut sangat cuba duduk diam diam tarik nafas panjang panjang. Kita fikir sama sama " nasihat Sofea.

" Macam mana aku nak duduk diam. exam dah habis dia pulak buat hal. Abi aku kata tak baik tuanang lama lama " keluh Tiara.

" Ye aku tau tapi sekarang ni kau kena banyak bersabar. Takpe nanti kita sama sama pergi dia kat office. Dah lah kau pergi tidur rehatkan sikit otak kau tu " ucap Sofea.

~ CAN I CALL YOU BABY~
~CAN YOU BE MY FRIEND~
Tentera nama Aydan di kaca telefon dia terus menekan butang untuk menjawab telefon.

" Assalamualaikum, hello awak kat mana ni penat saya call " marah Tiara.

" Saya kat gym tadi tak perasan awak call kenapa sayang " tanya Aydan lembut.

" Dont call me sayang, esok saya nak jumpa awak share location nanti saya pergi " marah Tiara.

" Jangan lah marah awak, esok awak pergi lah rumah saya sebab Keluarga saya ada buat majlis jemput keluarga untuk berkenalan dengan awak "

" Ok " jawab Tiara

" Ok lah saya nak on the way balik ni bye sayang i love you, oh by the way you boleh bawa kawan you " ucap Aydan.

" Dont call me, isy dia main letak je " marah Tiara.

" Ayden, Aydan Ayna!!!, meh turun bawah sini kita sarapan sama sama " panggil Datin Asma.

" Ok Ma! " sahut mereka serentak. Masing masing keluar dari bilik.

" Ma, Pa Aydan nak mintak maaf pasal haritu Aydan tahu Aydan emo sangat " ucap Aydan lembut.

" Takpe Mama faham, dah lah kita tak payah lagi cakap pasal ni sebab mama tak suka " tegur Datin Asma.

" Haah Angah kita bukak buku baru tutup buku lama " ucap Ayden lembut.

Mereka semua duduk sambil menikmati sarapan. Keaadan menjadi senyap hanya kedengaran sudu dan garphu sahaja berlaga.

" Along, along punya Sakit tu dah ok " tanya Datin Asma. Ayden termenung jauh sehingga dia tidak perasan bahawa Mamnya memanggilnya.

" Along! " panggil Ayna.

" Along! " panggil Datuk Ilham.

" Along!!" jerit Aydan di telinga Ayden.

" Ya kenapa " terkebil kebil Ayden ketika itu.

" Mama tanya kamu punya sakit tu dah ok tak ". Datin Asma mengulang soalannya.

" Kamu ni kenapa Ayden mama tengok asyik termenung je " tanya Datuk Ilham.

" Along ok je Pa ma " jawab Ayden. Dia menyuakan senyuamnnya.

" Kamu fikir pasal sumpahan tu ke "

" Errr tak lah Ma " jawab Ayden ragu ragu.

" Along, mama tahu kalau Along fikir pasal tu " ucap Datin Asma lembut.

" Ma buat apa along nak pikir. Nanti Along kahwin sumpahan tu hilang kan " jawab Ayden.

" Tapi Ayden......." belum sempat Datin Asma mengahabiskan kata katanya Ayden menyambung.

" Semua kelebihan yang ada pada diri Along, hanyalah sementara. Nanti allah akan tarik juga. Mungkin juga Allah nak Along bebas. Ye lah kat mana pun Along pergi semua orang akan tegur. Ayden rimas ma ". Ayden tidak mahu merisaukan Datin Asma.

" Oklah kalau Ayden cakap macam tu, cuma mama nak cakap sumpahan tu mama tak yakin sangat " jawab Datin Asma.

Tiara menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan. Dia mengambil nuget ayam dan meletakkan ke dalam pinggan. Seperti biasalah rutinnya setiap pagi harus memasak. Kalau hendak menunggu kawannya memang tak makan lah sudahnya.

" Good morning Tiara " sape Sofea manja.

" Morning " jawab Tiara lembut.

" Wey sedap gila bau, sampai ke atas " tegur Fazreena. Fazreena dan Sofea menyenduk nasi goreng itu.

" Reena, fea....malam ni ikut aku boleh tak " ujar Tiara.

" Boleh, tapi pergi mana " tanya Sofea lembut.

" Pergi rumah Aydan. Aunty Asma ada buat perjumpaan keluarga dia untuk berkenalan dengan aku, lepas tu dia suruh bawak korang sekali " terang Tiara.

" Kalau perjumpaan kitaorang taknak lah ikut, kau pergilah sendiri " jawab Fazreena. Sofea hanya mengangguk sahaja.

" Alaa please lah, sebenarnya memang buat perjumpaan keluarga tapi dalam masa yang sama buat doa selamat, ada lah orang yang datang " terang Tiara lagi.

" Ok lah ok lah kitaorang pergi ae ya Tiara" jawab Sofea.

" Ok bagus ". Tiara menepuk tangan.

" Wey aku nak cakap sikit ni " Sofea memecah kesunyian.

" Cakap apa " jawab Fazreena.

" Tiara aku rasa Aydan tu macam tak serious je dengan kau, ye lah sebab bila kau ajak kahwun dia kata nanti bila kau ajak kahwin dia kata nanti " Ragu ragu Sofea berkata.

" Haah lah wey aku pun rasa benda yang sama. Kau kena tahu lelaki ni bila dia betul betul sayangkan kau dia akan suruh family dia terus masuk meminang kau " terang Fazreena.

" Entah lah korang, kadang kadang aku pun rasa benda yang sama, sejak je dia pindah dengan condo tu dia terus berubah, aku pun tak tau kenapa ". Air mata Tiara menitis.

" Wey kau janganlah nangis nanti aku nangis juga " ucap Fazreena. Mereka berdua memeluk Tiara.

Tiara turun ke bawah. Dia diminta Aydan untuk memakai baju ini. Agak kelihat terlampau bergaya tetapi dia terpaksa pakai agar Aydan tidak terasa.

" Wey kau kata pergi kenduri doa selamat yang kau pakai drees ni kenapa " tegur Sofea.

" Aku tipu korang je. Sebenarnya kenduri doa selamat dah buat dah minggu lepas. Hari ni Buat perjumpaan dengan semua kawan kawan family Aydan " jawab Tiara. Dia hampir ketawa.

" Peh kau ae kalau aku tau aku pakai cantik cantik " ucap Fazreena.

" Pergilah aku tunggu kat bawah ni majlis mula pukul 8 sekarang ni baru pukul 7 kan setengah jam je kita nak sampai " ucap Tiara.

" Ok thank you beb, tapi kau taknak makeup ke " tanya Sofea lembut.

" Kau ni macam tak kenal Tiara. Dia makeup ke tak makeup ke tetap cantik dah nama pun sedap Nur Tiara Medhiya common lah " sampuk Fazreen.

" Betul lah tu kau cakap kawan kita ni memang cantik sangat. Bertudung labuh dan natural beauty membuatkan dia nampak lagi cantik " ucap Sofea. Pipi dan hidung Tiara sudah kemerehan kerana menahan malu.

" Mana ada, dah lah pergilah cepat " marah Tiara.

" Hai Angah buat apa kat sini. Tunggu cik Tunang ke " tegur Ayden.

" Haah dah pukul 8 dah ni dia tak sampai sampai lagi. Risau lah Along " ucap Aydan.

" Alah kejap lagi dia sampai lah tu. Tunggu dulu kat dalam. Jangan risau lah. Jom " ujar Ayden. Dia sedaya upaya mahu melembutkan hati Adiknya itu.

" Abang masuk lah dulu nanti baru adik masuk " ucap Aydan.

" Ok lah " jawab Aydan.

" Aduh, mana kau ni hah, kalau bukan disebabkan tetamu dah ramai aku takde lah nak tercengang tunggu kau kat sini. Buang masa betul " marah Aydan.

Tidak lama kemudian Tiara pun muncul bersama sama sahabatnya. Mereka pergi ke arah Aydan yang mundar mandir dari tadi. Semua lelaki terpanah dengan kecantikan Tiara.

" Aydan sorry lambat ". Tiara menundukkan sedikit kepalanya. Aydan yang melihat Tiara begitu cantik, tercengang. Matanya tidak berkelip memandang Tiara.

" Aydan oh Aydan " panggil Tiara lembut. Akhirnya Aydan tersedar dari lamunan.

" You look so beutiful sayang " ucap Aydan lembut.

" Dont call me sayang call me Tiara. " ucap Tiara

" Ok jom kita masuk jumpa Mama " pelawa Aydan lembut.

Arif berlari ke arah Ayden dan Haikal. Dia tercungap cungap kerana kepenatan. Dia terus mencapai air yang baru diambil oleh Ayden tadi. Habis diminum olehnya.

" Wey tadi aku nampak ada sorang perempuan ni huyyyy cun wey. Lepas tu dia pergi tempat Adik kau, aku rasa tu tunang adik kau " ucap Arif tersangkut sangkut.

" Lah ye ke, mesti mama aku cari aku ni, aku pergi dulu bro nanti aku datang balik " ucap Ayden. Dia membetulkan bajunya. Dia menghampiri meja makan kerana semua sudah berkumpul.

" Hah Ayden, mana kamu pergi penat mama cari " marah Datin Asma. Tiara menoleh ke arah Ayden, dahinya berkerut kerana menjumpai orang yang pernah menolongnya.

" Ayden, Tiara " ucap mereka serentak.

***********

HI! SELAMAT MEMBACA. MAAF KALAU ADA KEKURANGAN. AQIS NAK UCAP TQ SBB BACA NOVEL AQIS ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience