SST - 78

Romance Completed 72474

Pintu dikuak perlahan. Hariz masuk ke dalam bilik. Langkahnya sedaya upaya dilakukan tanpa sebarang bunyi. Niat tidak mahu mengganggu lena sang isteri.

Dia mencapai tuala. Kamar mandi dituju. Dia perlu membersihkan diri. Ingin menunaikan solat fardhu isyak.

Sesudah mengaminkan doa. Dia melipat sejadah. Matanya merenung tubuh yang sedang lena itu.

Hariz menghampiri katil. Menghenyakkan tubuh di atas tilam empuk itu.

Ditarik tubuh Najemie lalu didakap erat kedalam pelukan.

Najemie tersedar. Sambil memeluk pinggang lelaki itu, dia berkata. "Abang tak penat?"

"Penat apa, sayang?" Syahdu suaranya. Hariz menyelesakan pembaringannya. Dikucup ubun-ubun Najemie. Langsung dibiarkan bibirnya melekat disitu.

"Berlegar-legar dalam mimpi Najmi?" Dibuka matanya. Kantuk masih tersisa.

Hariz tersenyum nipis. "Tidur sayang."

Mata Najemie masih terkebil-kebil. Hariz terteleng seketika bagi melihat wajah itu.

Jari telunjuk dan jari tengah dibawa ke kedua belah mata Najemie. Kelopak mata itu dikatup dengan jari.

"Semua dah selesai, sayang. Najmi jangan risau lagi okeyy?"

"Abang takkan pergi lagi?"

"Tak. Abang akan sentiasa dengan Najmi." Jawab Hariz.

"Janji?"

"Janji, manja abang"

Najemie tersenyum manis. "Abang suka Najmi?"

"Tidur, sayang. Dah lewat"

*****

"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni, Haziq? Aku ni ayah kandung kau" Bicara Dato Kusyairi dihujung talian. Cermin yang memisahkan jarak mereka. Dua-dua sedang duduk menatap satu sama lain. Bezanya, Haziq diluar. Ayahnya didalam.

Dia merenung kedalam mata ayahnya. "Daddy tak pernah anggap Ziq ni anak daddy pon selama ni."

"Apa motif kau Haziq? Aku ada buat salah kat kau ke sampai kau khianat ayah kau sendiri?" Soal Dato Kusyairi kesal.

"Kenapa daddy bawak Mia masuk dalam family kita daddy?" Soalan dibalas soalan.

Dato Kusyairi kelihatan terkedu.

"Sedaya upaya daddy nak Ziq terima dia sebagai kakak Ziq."

Dato Kusyairi hanya diam.

"Takpe. Ziq dah ada jawapan. Sebab daddy yang mengandungkan mak dia kan?"

"Daddy tahu mak dia dah bersuami, kenapa daddy sanggup buat mak Mia macam tu daddy?"

"Sebab daddy, mak dia kena halau. Hidup sebatang kara. Bersusah payah dia jaga Mia dari kecik sampai besar. Sebab rasa serbesalah, daddy bawak dia dengan mak dia tu jumpa mummy. Yang peliknya, kenapa mak Mia sanggup menjaga anak kepada perogol?"

"Jangan kurang ajar, Haziq. Aku bapak kau" Tempik Dato Kusyairi.

"Daddy jangan lupa dan jangan sesekali lupa daddy. Tolong jangan pura-pura yang seolah-olah daddy ayah paling baik dekat dunia ni. Ziq tahu apa yang daddy sorok selama ni. Kenapa sebab anak tak sah taraf tu, daddy sanggup membunuh."

"Selama ni Ziq diam sebab Ziq takde bukti. Ziq bukan pendendam daddy. Tapi Ziq nak tegakkan keadilan. Keadilan atas kematian mummy."

"Rupa-rupanya orang yang Ziq anggap hebat adalah seorang pembunuh!"

"Daddy bunuh mummy. Daddy bersubahat dengan Mia untuk bunuh Aazad. Ziq takkan berdiam daddy. Ziq bukan kerbau dicucuk hidung."

"Tak bermakna, Ziq anak daddy. Ziq akan sokong apa yang daddy dah buat selama ni."

"Bukan setakat membunuh, dadah, rasuah. Apa semua tu?"

Dato Kusyairi nampak tersentap. Terkejut mungkin.

"Ziq datang sini sebab Ziq nak bagitahu yang ada pembeli yang dah beli syarikat Dato Kusyairi. Jadi Ziq bersetuju. Sebab dah takde guna pon syarikat tu."

Terbuntang mata Dato Kusyairi mendengarkan itu. "Aku tak setuju"

"Ziq bukan mintak persetujuan daddy. Ziq bagi penyataan yang Ziq dah pon jual syarikat tak guna tu. Lepas ni Ziq dah takde kat sini. Mungkin ni kali terakhir Ziq jumpa daddy sebelum daddy ke tali gantung."

Terus diletakkan telefon itu. Memandang ayahnya yang sedang menggila. Dia tak dengar jeritan itu kerana bilik yang kedap bunyi. Tapi dia dapat menyaksikan bagaimana ayahnya menahan geram dengannya sekarang ini.

Dua orang anggota membawa tubuh tua itu untuk kembali ke bilik penjaranya semula.

Hilang bayangan ayahnya. Terus menitik air matanya jatuh mambasahi pipi. 'Maafkan Ziq daddy'

*****

Najemie menoleh kearah orang yang sedang melambai kearahnya. Senyuman diberikan. Dia membalas lambaian itu.

Lelaki itu menghampiri tubuhnya. "Nah" Dihulurkan segelas tin coca cola. Najemie menyambut.

"Okeyy ke sekarang?"

"Okeyy. Lebih tenang"

Lelaki itu tersenyum nipis.

"Apa sebenarnya yang berlaku?" Soal Najemie.

"Saya nak sambung study yang tergendala kat luar negara tu."

"Oh. Seronoknya."

"Nanti ada masa, awak datanglah jenguk saya kat sana."

Najemie mengerling kearah Haziq. "Kenapa? Awak tak balik Malaysia dah ke?"

Haziq menunduk sedikit. "Mungkin saya terus menetap disana. Takde keperluan dah saya dekat sini. Jiwa saya kosong."

"Tapi tempat awak dekat sini" Perlahan suara Najemie berkata.

"Mungkin cinta saya je dekat sini." Ujar Haziq memandang sisi wajah Najemie.

Tiada balasan.

"Nanti baby dah keluar, awak update tau. Saya nak tengok jugak Najmi junior tu" Pantas Haziq menukar topik. Tidak mahu ada suasana janggal.

Najemie melepaskan tawanya. "Takkan la saya tak update pada awak. Saya nak anak saya kenal dengan uncle yang selalu tolong susah senang mak dia ni"

Haziq turut ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience