ITS01-prolog

Family Completed 30166

"Hanif aku ada soalan untuk kamu," soal Fariza lewat panggilan telefon kepada kekasih hati yang berada jauh di mata. Perhubungan jarak jauh (PJJ) tidak menjadi pilihan utama Fariza namun setelah berkali kali menolak, Hanif telah meyakinkan Fariza untuk memberikan tempoh percubaan kepada perhubungan mereka. Fariza akhirnya bersetuju dengan pujukan Hanif.

ada apa sayang "balas Hanif.
" adakah kamu bakal menimang cahaya mata yang baru?. "tanya Fariza. Dia begitu pasti dengan mimpinya semalam, di dalam mimpi itu, Fariza telah melihat Hanif membuat hubungan kelamin bersama seorang gadis yang lebih muda.

" ya, betul tapi kamu tidak seharusnya mengetahui tentang perkara tersebut"marah Hanif.
"berapa lama kamu fikir boleh menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan aku?, " tempik Fariza.
" Aku cuma menantikan masa yang sesuai untuk menceritakan tentang hal itu tetapi aku musykil bagaimana kamu tahu tentang kehamilan pengasuh Alana?" soal Hanif tak puas hati.
Aku bermimpi melihat kamu mengadakan hubungan kelamin dengan seorang gadis muda, Aku langsung tidak percaya dengan jawapan jujur kamu, sekarang Aku tidak dapat mempercayai kamu lagi, semua kata kata kamu bahawa kamu mencintai aku adalah dusta"kesal Fariza.
"kita harus putus, nikahi gadis itu kerana dia sedang mengandung kan anak kamu Hanif"kata Fariza.
"tidak sayang, dia cuma akan menjadi ibu kepada anak anak aku dan kamu akan aku jadikan isteri, tempat dan kedudukan kamu lebih tinggi di hati aku"pujuk Hanif.
"kamu sudah mendustai perasaan dan hati aku Hanif,maaf Aku tidak sanggup berkahwin dengan kamu."ucap Fariza.

"Aku cinta kamu sayang, aku mohon jangan putus kerana Alana memerlukan kamu sebagai mummy nya," ujar Hanif.

"kamu kata gadis itu akan menjadi ibu kepada anak anak kamu, kahwin sajalah dengan dia " putus Fariza.
"Sayang, aku sudah membuat keputusan dan memilih untuk menikahi kamu dari 3 tahun yang lalu tetapi kamu sering kali menunda dan meminta aku memberi kan kamu masa.jangan cuma salahkan aku sayang aku kesunyian tanpa kamu di sini," balas Hanif.
"itu bukan nya alasan untuk kamu menyetubuhi pekerja kamu,dulu Kamu katakan, bahawa bekas isteri kamu meninggalkan kamu kerana kamu sibuk dengan urusan kerja. jadi kenapa sekarang kamu ada banyak masa untuk merasa sunyi?"kata Fariza.
"Dengar cerita aku sayang. semasa Aku menikahi Alina, ibu kepada Alana itu, aku beruntung kerana diterima bekerja di Singapura ini, tetapi sebagai seorang pekerja baru, aku terpaksa melalui tempoh percubaan sebelum diberikan jawatan tetap. persaingan sesama pekerja sangat sengit sehingga aku terlupa tentang tanggungjawab sebagai seorang suami, demi mengejar kerjaya aku. tetapi sekarang aku sudah dinaikkan pangkat sebagai seorang penyelia, pendapat aku lumayan banyak, dengan alasan itu aku memilih untuk melamar kamu."balas Hanif.
"Sekarang kamu dengar alasan mengapa aku menunda perkahwinan bukan hanya dari kamu tetapi daripada pemuda lain juga"kata Fariza.
"setelah ayah aku meninggal dunia aku perlu menguruskan taska swasta milik keluarga, tambahan pula, ibu aku sudah semakin uzur,aku lebih memilih untuk menyantuni ibu aku. "kata Fariza.
"sudah 3 tahun kamu masih belum bersedia?"soal Hanif.
"Ya aku sudah bersedia tetapi calon suami aku bukan kamu, kamu sudah tidak layak menjadi BN imam aku"balas Fariza.
"jangan begitu sayang, aku sudah menunggu kamu lama.aku berjanji sesudah kita bernikah aku akan memberhentikan Ayla sebagai pengasuh Alana."janji Hanif.
"Maaf, hati aku tidak dapat menerima diri kamu sebagai calon suami aku"Fariza membuat keputusan.
"Apa yang harus aku lakukan agar kamu dapat menerima aku semula?"soal Hanif.
"gugurkan kandungan gadis itu dan halau dia dari rumah kamu"putus Fariza.
"Tak boleh sayang, aku sudah berjanji akan menjaga gadis itu sehingga dia melahirkan. aku tidak sanggup untuk menghalaunya kerana di dalam rahim gadis itu ada anak aku. sesudah dia melahirkan, dia terpaksa berhenti Dan pulang ke Malaysia. saat kita menikah kamu akan menjaga anak anak kita bukan?"soal Hanif.
"aku boleh menjadi ibu kepada Alana, tapi tidak mahu menjadi ibu kepada anak haram kamu itu."kata Fariza.
"FARIZA!Awas bahasa kamu ya, anak aku bukan anak haram"kata Hanif.
"Anak yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan ialah anak tidak sah taraf, walaupun kamu tinggal di Singapura,hukum Allah tetap tidak berubah, "balas Fariza.
"Aku tak sangka kamu sekejam ini Fariza."kata Hanif dengan rasa sesal.
"ya aku fikir kamu sudah membuat keputusan dengan memilih pengasuh itu daripada aku, setakat ini sahaja perhubungan kita Hanif, aku akan meminta ibu aku untuk memilih calon suami untuk aku. tunggu sahaja kad undangan perkahwinan Aku nanti ya"sindir Fariza.
"Sayang mengapa mesti hubungan kita terpisah sebegini?sayu nada suara Hanif.
"Tanyakan pada diri kamu sendiri, kamu memilih pengasuh itu daripada aku, apa kamu fikir Aku tidak boleh memberi kan kamu anak?"marah Fariza.
"apa yang jadi sudah pun terjadi, Aku tidak mampu mengubah nya, cuma yang pasti, anak itu akan tetap dilahirkan."ujar Hanif.

Malaysia.
"Ayah, anak kamu si Ayla tu dah lama Aku tak nampak."kata puan Saleha, jiran Aysha.

"dia sekarang bekerja di Singapura, sebagai pengasuh anak,"balas puan Aysha bernada bangga.
"untunglah dapat kerja di Singapura,mahal gaji dia tu kan?"soal puan Saleha lagi.
"Alhamdulillah syukur, dapat lah tambah tambah duit belanja dapur, duit pencen allahyarham suami aku tu berapa jer, nak bayar bill pun tak cukup,"kata puan Aysha.
"Tapi kerja dia tu memang tak ada cuti ke?"hasut puan Saleha.
"nantilah aku telefon dia nanti"balas puan Aysha.
'Kau sebenarnya jeles dengan aku kan Saleha, tak habis-habis dengan perangai dengki, PHD sungguh.'kata hati puan Aysha.
pada malam itu puan Aysha menghubungi nombor telefon Ayla.

"Ayla.. sudah lebih setahun kamu bekerja di Singapura sana, bila Kamu boleh balik menjenguk mak di Malaysia ni."soal puan Aysha.
"Ala mak, Abang Hanif sibuk dan banyak keluar outstation, mungkin tahun depan Ayla boleh balik menjenguk mak ya, sabar ya mak, Ayla dah kumpul banyak duit ni.semua untuk mak"kata Ayla meyakinkan ibunya.
"mak nak tengok kamu jer sihat ke tidak,duit tu hak milik Ayla, mak tak nak pun tapi kalau Ayla nak bagi mak terima dengan rela hati."kata puan Aysha.
"ya mak, Ayla nak tidur dulu mak, penat sangat hari ni."ujar Ayla.
"baiklah Ayla, Good night my sweetheart."kata puan Aysha.
Selepas menamatkan panggilan, Ayla termenung sendiri.
'aku sanggup bekerja sebagai pengasuh demi untuk mendapatkan cinta abang Hanif, tetapi menurut kata Hanif dia sudah jumpa Bidadari hati untuk bersama dengan nya seumur hidup.'bisik hati Ayla.
'Aku akan guna bayi ini untuk mendapatkan cinta Hanif. Padan muka kau perempuan perampas, Hanif milik aku,selamanya milik Aku' bicara hati Ayla berterusan menghasut..

Ok che da bagi prolog dulu, chapter 1 is coming soon. Enjoy and tell me what do you think. Shout out for new followers Hapizah Hazammazari Knmy Akmal Amir, Oziee dan Aini, thank you for being part of che da's Squad team

Share this novel

Fukumen Hime
2022-04-18 12:50:27 

ayat dalam bahasa Inggeris ada banyak kesilapan.


NovelPlus Premium

The best ads free experience