Di manakah garis sempadan antara keperluan, kasih sayang, dan hukum agama? Hanif kehilangan isteri tercinta, Alina, dan tinggal bersama anak perempuan mereka, Alana. Kehadiran Fariza memberi harapan baru, cinta yang menyala kembali, dengan janji untuk disatukan secepat mungkin. Namun, tiga tahun berlalu dan perkahwinan belum juga terlaksana. Dalam sepi dan kesunyian, Hanif telah tersasar. Ayla, pengasuh kepada anaknya, menjadi tempat dia mencurahkan rindu, lalu satu malam merubah segalanya. Ayla hamil. Hanif memintanya untuk tidak menggugurkan kandungan itu. Fariza yang mendapat tahu tentang kehamilan itu, berasa dikhianati. Namun, Hanif bertegas: Ayla hanya ibu kepada anaknya, sedangkan cinta hatinya tetap Fariza. Selepas Ayla melahirkan anak lelaki Hanif, dia menuntut hak. Bukan sahaja sebagai ibu kepada anak itu, tetapi juga sebagai wanita yang pernah dimiliki Hanif. Siapa yang benar-benar berhak ke atas Hanif? Dan apakah status anak yang dilahirkan Ayla? "Ibu Tumpang" bukan sekadar kisah cinta dan pengorbanan, tetapi sebuah pencarian makna terhadap cinta, tanggungjawab, dan ketentuan Ilahi.
Update 06 December 2024
2023-03-04
Assalamualaikum semua terima kasih kepada semua readers yang sudi menjengah ke novel Che da, jalan lupa untuk follow Che da @Ayunifalin untuk mendapatkan notifikasi setiap kali Che da update chapter atau novel baru
2022-04-19 1 Replies
saya tengok cover
2021-12-27 1 Replies
Yeayyyy, dah tamat.. Tak sabar nak tunggu next novel