Bab 1

Romance Series 2585

GETARAN telefon pintar di atas kerusi pemandu membuatkan Serena menoleh. Itu telefon pintar milik bakal suaminya, Shah Hakimi, yang sedang ke tandas. Telefon itu dibeli bersama dengannya beberapa minggu lepas sempena mereka yang akan berkahwin nanti. Hari ini ialah hari terakhir pertemuan mereka sebelum masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan akan menjaga diri sebelum tarikh pernikahan mereka.

Darah manis katanya.

Entah mengapa, rasa ingin tahu yang biasanya mampu Serena abaikan, kali ini terasa begitu mengganggu. Dia memandang ke arah telefon pintar itu. Ada notifikasi masuk daripada Telegram. Dan nama pengirimnya membuatkan dahi Serena berkerut.

“Mail Pancing?” Serena tersenyum geli. Nama itu pelik, tetapi justeru membuatkannya semakin penasaran. Apatah lagi mesej yang muncul juga tidak kurang menimbulkan tanda tanya dalam kepalanya.

Sejak bila dia ada kenalan kaki pancing?

+ Tak tahan sangat dah ni. +

Serena membacanya perlahan, seolah-olah tidak yakin. Tukang pancing mana yang menggunakan bahasa seperti ini? fikirnya.

Lalu dia memutuskan untuk mencapai telefon itu. Jari telunjuknya bergerak sendiri, membuka isi mesej kerana skrin telefon Shah memang tidak berkunci.

Seketika kemudian, skrin telefon itu memaparkan sebuah video. Serena hampir menjatuhkan telefon Shah daripada genggamannya setelah melihat isi video tersebut.

Seorang wanita, hanya mengenakan lingerie nipis, berposing di hadapan cermin. Wajahnya mencabar dengan gerakan sensual. Matanya menatap kamera seolah-olah sedang berbicara terus kepada orang yang merakamnya.

Nafas Serena mula tidak teratur. Namun sebelum dia sempat memproses apa yang dilihatnya, satu lagi notifikasi masuk.

Video lagi. Disusuli sebuah mesej teks yang berbunyi,

+ You’re so hot! +

Dengan tangan menggigil, Serena membuka video itu. Dan pada saat itu juga, dunia di sekelilingnya terasa runtuh.

Wanita tadi dan Shah. Mereka berdua berada di sebuah bilik. Di atas katil, dengan tubuh telanjang.

Tanpa sebarang sensor, semuanya terpampang jelas di mata Serena. Mereka saling bercium rakus dengan tangan saling meraba, hingga desahan demi desahan mengalun syahdu seolah-olah mereka tidak peduli dengan dunia di luar sana.

Dalam video itu, wajah Shah kelihatan jelas. Terlalu jelas. Dan senyumannya kelihatan mengembang, menikmati setiap adegan yang mereka lakukan.

Serena hanya mampu menatap skrin itu dalam diam. Telefon di tangannya bergetar, tetapi kali ini bukan kerana notifikasi baharu. Melainkan kerana tangannya sendiri tidak lagi mampu menahan gelora di dadanya. Perlahan namun pasti, hatinya tersayat oleh sesuatu yang tidak kelihatan, tetapi terasa semakin menggores.

Tidak mahu kelihatan bodoh seorang diri, Serena segera menghantar kedua-dua video itu ke telefon pintarnya sendiri, meskipun tangannya masih menggigil hebat. Dia belum tahu apa langkah seterusnya, tetapi satu perkara pasti, bukti itu harus disimpan.

Setelah video terkirim, dia menyusulinya dengan beberapa tangkapan skrin isi perbualan antara Shah dan wanita itu. Mereka saling mengirim foto-foto lucah, dan panggilan mesra yang membuatkan perutnya mual.

Sebaik semuanya selamat di telefonnya, Serena menghapuskan jejaknya daripada telefon Shah. Dia memadam video yang baru masuk, lalu mengembalikan telefon itu ke tempat asal. Tepat pada posisi seolah-olah telefon itu belum pernah disentuh oleh tangannya, seakan-akan tiada apa-apa yang baru sahaja berlaku.

Tidak lama selepas Shah datang sambil mengelap tangannya dengan tisu. Dengan wajah santai, lelaki itu berjalan ke kereta dan masuk semula.

“Sorry lambat. Sakit perut pulak,” katanya sambil tersenyum, lalu duduk semula di tempat duduk pemandu.

Serena tersenyum kecil. Dia cuba kekal tenang dan terkawal. Padahal dalam kepalanya, video itu terus berputar tanpa belas kasihan.

“Tak apa,” balas Serena ringan. Dia menatap Shah lama dan dalam. Seolah-olah ingin mengukir baik-baik wajah lelaki itu dalam ingatannya. Orang yang selama ini dia percaya, yang akan dinikahinya. Namun dalam diam, lelaki itu telah membawa badai dalam hidupnya.

“Kenapa tengok I macam tu?” Shah ketawa kecil. “Muka I handsome sangat eh?”

Serena menggeleng perlahan, masih menatapnya.

Meluatnya.

“Tak. I cuma tetfikir, kita betul-betul nak kahwin ke sebulan lebih lagi ni, ya?”

“Betullah,” jawab Shah, menggenggam tangan Serena di atas paha Serena. “Mestilah. You’re the one.”

Serena memandang genggaman itu.

Tangan yang sama, yang beberapa waktu lalu membelai wanita lain di atas katil. Dan sekarang menggenggam tangannya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dia menarik nafas dalam. Lalu tersenyum.

“Ya. The only one.”

Dan di sebalik senyuman itu, Serena menyimpan luka yang mula sakit.

Akhirnya mereka memutuskan untuk pulang. Shah dengan santai cuba meraih tangan Serena seperti biasa. Namun Serena mengelak dengan halus, membetulkan beg tangannya, lalu berpura-pura sibuk mengangkat telefon yang sebenarnya tidak berdering.

Shah tidak curiga. Dia hanya ketawa kecil. “You nervous ke nak kahwin ni?”

Serena hanya tersenyum samar. “Maybe.”

Dalam perjalanan pulang, Shah terus bercakap. Tentang katering, jemputan, tentang bulan madu impiannya di Eropah. Tetapi Serena hanya mengangguk dan menjawab seadanya. Sambil menatap keluar tingkap, dia menyembunyikan luka yang masih terasa panas di dadanya.

Kereta akhirnya berhenti di hadapan rumah Serena.

“Dah sampai,” ujar Shah sambil mematikan enjin.

Serena membuka tali pinggang keselamatannya, masih dengan senyuman yang dipaksakan. “Terima kasih sebab hantar. Hati-hati drive.”

“Kejap. Sebelum you turun…” Shah mendekat sedikit, senyumannya mengembang. “Minta peluk sekejap, boleh? Sekejap je. Kan tak lama lagi kita tak jumpa dan tak boleh nak berjumpa sebab darah manis.”

Serena menatap mata Shah sejenak, lalu tersenyum manis. Senyuman yang membuatkan lelaki itu yakin bahawa semuanya baik-baik saja.

“Hmm, tak apalah,” jawabnya lembut. Serena menyentuh lengan Shah perlahan. “Tunggu halal. Nanti tak nak lepas pun tak apa.”

Shah ketawa, nampaknya dia salah faham. “Eish, you ni memang buat I makin tak sabar. Jadi tak sabar tiap-tiap malam nak peluk you.”

Serena hanya memberi jawapan melalui senyuman, lalu dia membuka pintu dan keluar. Langkahnya cepat dan penuh keyakinan. Dia melambaikan tangan seolah-olah hingga detik ini semuanya memang masih baik-baik saja.

Dan saat kereta Shah sudah berpusing arah lalu hilang di selekoh, sebuah kereta yang sejak tadi Serena pesan datang perlahan ke hadapan rumah.

“Cik Serena nak pergi mana?” tanya si pemandu kereta.

Serena mengangguk. Tanpa kata, dia naik ke tempat duduk di sebelah. Dia memberitahu arah tujuan untuk mengekori Shah. Dia ingin memastikan satu perkara sebelum mengambil keputusan penting.

Jika kali ini Tuhan memberikan satu petunjuk lagi, maka Serena akan merelakan semuanya. Hubungan bertahun-tahun, rancangan perkahwinan yang hampir sempurna, dan semua mimpi yang telah mereka bina bersama.

Serena duduk tegak, matanya tajam mengawasi kereta Shah dari kejauhan. Dia meminta pemandu itu menjaga jarak selamat, cukup dekat agar tidak kehilangan jejak, tetapi cukup jauh supaya tidak menimbulkan curiga.

Kereta Shah terus meluncur membelah jalanan kota yang mulai lengang. Namun entah mengapa, arah yang dituju terasa asing. Bukan laluan ke rumah Serena, bukan juga ke pejabat. Bukan ke rumah ibu bapa Shah, malah bukan ke arah lokasi majlis perkahwinan yang biasanya mereka kunjungi.

Serena menelan air liur. Tangannya mengepal di atas lutut.

“Awak, jangan terlalu dekat ya,” bisiknya kepada staf yang bekerja di pejabatnya. Ya, dia meminta tolong Siti untuk menemaninya malam ini.

“Baik, cik,” jawab Siti sambil memperlahankan kereta ketika kereta Shah membelok ke jalan kawasan perumahan.

Mata Serena terus mengikuti arah kereta Shah. Jalan itu sunyi, dikelilingi rumah-rumah teres sederhana. Lampu jalan tidak begitu terang, dan suasana di situ mendadak berubah. Seolah-olah firasat buruk merayap masuk perlahan-lahan.

Kereta Shah berhenti di hadapan sebuah rumah kondominium.

Serena menatap tajam ke arah rumah itu. Lalu pandangannya beralih kepada Shah yang sudah masuk ke kawasan berpagar dan memarkirkan kereta di tempat visitor parking.

“Siti, kejap ya.”

Serena turun dan memerhatikan daripada luar.

Kemudian muncul seorang wanita rambutnya dibiarkan lepas, kemeja-T nipis tergantung di tubuhnya. Dan meskipun pencahayaannya tidak sempurna, Serena mengenali wajah itu.

Wanita dalam video. Wanita yang menjadi alasan semua ini.

Jantungnya berdegup keras saat melihat Shah memeluk wanita itu. Bukan sekadar pelukan ramah. Tetapi pelukan yang terlalu hangat. Bahkan satu ciuman mendarat di bibir wanita itu, hingga akhirnya mereka menghilang masuk ke dalam lobi, dan pintu tertutup perlahan.

Serena masih terpaku. Pandangannya kosong, tetapi wajahnya tenang. Tiada air mata atau esakan yang terdengar. Yang ada hanya diam yang menyesakkan dada. Dia terus masuk ke dalam kereta.

“Siti… pusing balik. Kita balik,” ucapnya akhirnya.

Sejenak dia memejamkan mata. Nafasnya terasa tersekat. Pemandangan tadi terlalu jelas dan menyakitkan.

Dan dalam diam, dia membuat satu janji dalam hati. Dia tidak akan pernah memberi ampun atas pengkhianatan ini.

Dan malam ini, dia ingin tidur sendiri. Menilai semula hatinya. Dan mula menyusun rancangan baharu, untuk hidup yang akan dia bina tanpa Shah Hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience