Rate

BAB 81 - KELAHIRAN

Romance Completed 455449

Situasi cemas.. Namun semuanya dalam keadaan terkawal.. Bagi Raif, keluarga Nasrin adalah orang yang terdekat dengannya. Mereka yang banyak membantu dalam proses pengurusan Inas di hospital di negara itu.. Raif yang kelihatan tenang duduk menunggu di kerusi menunggu sehingga namanya dipanggil untuk masuk kedalam.. Setiap langkah yang dia aturkan cukup mendebakarkannya..

Berlainan pula dengan jururawat yang sedang tersenyum ceria mengalu-alukan kedatangannya kedalam bilik itu.. Melihat Inas yang sedang terbaring.. Lemah dengan wajah yang pucat lesu membuatkan hatinya diserang satu rasa gentar.. Satu rasa yang meliputi gelisah, takut dan cemas..

Jururawat memintanya untuk berada dekat dengan katil inas.. Sekaligus memberikan sokongan buat Inas.. Tapi belum sempat Raif lakukan apa-apa, Inas terus menariknya.. Bukan lengannya yang ditarik inas.. Melainkan kolar bajunya.. Sehingga sesak nafasnya dengan cengkaman itu.. Manakala jururawat sibuk memberi sokongan buat Inas.. Mengurut lembut belakang Inas. Setiap jerit payah Inas menyesakkan dada Raif.. Dia yang buntu bagaimana hendak menenangkan Inas.. Melainkan, merelakan saja Inas mencekam erat menarik kolar bajunya.. Didalam hatinya.. Hanya mampu berdoa meminta proses itu berjalan dengan lancar..

Satu alunan tangisan bayi.. Bergema memenuhi ruangan itu.. Raif terus memeluk Inas.. Matanya bertukar menjadi berkaca-kaca.. Akhirnya bayi mereka selamat dilahirkan kedunia.. Dahi Inas dicium lama.. Kedua-dua mereka sama-sama tersenyum melebar.. Senyuman yang penuh dengan kegembiraan.. Bayi yang lahir selepas pasangan itu melalui perbagai rintangan bersama... Senyuman itu bertambah lebar bila.. bayi itu, diletakkan di atas dada Inas oleh jururawat...

Raif kemudiannya di minta keluar seketika.. Bila proses bersalin Inas selesai.. Dia mengikut saja ke mana anaknya di bawa oleh jururawat.. Melihat setiap proses jururawat itu lakukan kepada bayinya.. Sementara Inas pula diuruskan oleh jururawat yang lain..

Raif kemudiannya masuk semula kedalam bilik, selepas semuanya selesai.. Jururawat meletakkan kembali bayi mereka disamping Inas. Di dalam bilik itu turut ada keluarga kecil Nasrin bersama dengan mereka.. Sedang menyampaikan berita gembira itu kepada keluarganya yang ada di tanah air.

''terima kasih sayang.. Ini hadiah yang paling besar tahun ni buat manja..yang paling berharga sepanjang hidup manja.. My little manja junior..'' kata Raif. Dahi Inas diciumnya lagi.. Wajah Inas dielus-elusnya merapinya rambut-rambut Inas yang melekat dan masih lembap dengan peluh.

''hadiah untuk birthday papa kan.. Nak juga dia kongsi bulan sama dengan papa dia..'' Inas melihat kearah bayinya yang sedang diusik oleh Raif..

Bayi kecil itu diangkat oleh Raif dengan hati-hati.. Belum sempat inas bertanya.. Raif yang ada disamping katilnya itu terus mengalunkan azan yang kedengaran sangat sayu dan tenang buat Inas..

''comelnya! baby.. Geramnya sayang.. Meh dekat aunty sayang..'' Nasrin menepuk tangannya beberapa kali meminta bayi yang berada di dalam dukungan Raif dari tadi..

''Nasrin nak ke?'' tanya Raif dia bagaikan tak mahu memberikan anaknya kepada sesiapa.. Bagaikan belum puas mendukung si kecil itu..

''manja..'' panggil Inas.. Dia yang tadinya baring kini bangun duduk..

''ikatkan rambut manis..'' kata Inas, Raif yang sedang mendukung bayinya terpaksa juga menyerahkannya kepada Nasrin.. Dihulurkan nya dengan cermat kepada Nasrin..

''comel.. Inas.. Ikut muka ayah dia lah..'' kata Nasrin mendongak melihat kearah Raif yang sedang berada di belakang Inas mengikat rambut Inas..

''itulah.. Kak, boleh pula keluar sebiji ikut papa dia.. '' balas Inas mencebik kepada Raif.

''ni mesti sebab Inas selalu rindu papa dia.. Teringatkan Raif selalu.. Tu yang ikut muka papa dia.. Nama apa baby ni?'' tanya Nasrin, berjalan membawa bayi itu kepada suaminya yang sedang melayang kerenah anak lelaki mereka..

''nama.. Manja dah ada nama?'' tanya Inas.. Mendongak melihat kearah Raif..

''ada beberapa nama.. Tapi buat masa ni kita panggil dia Muhammad dulu boleh? '' kata Raif.. Membawa tubuh Inas berbaring semula..

''Muhammad ?'' tanya Nasrin..

''ya, sebab Raif tak tahu anak Raif .. lelaki ke perempuan.. Lagi satu kena bincang dengan Inas dulu kan.. Nanti kalau Raif letak.. Ikut Raif.. Ada orang mengamuk macam mana..?'' kata Raif seraya itu cubitan terus singgah di lengannya.

'aduh!' ternganga mulut Raif menahan rasa perit itu.

'wah! Dalam keadaan yang macam ni pun.. Memang tahap kuasa cubitan tu kekal ek..' bekerut dahinya merenung dalam kearah Inas.

''asal nama tu mempunyai maksud baik-baik.. Takkan manis nak mengamuk.. Lainlah kalau manja bagi nama macam nama anak bulu manja tu.. Memang nak kena lah..'' Inas memberi amaran..

''haish! Tak lah!'' potong Raif.

Seminggu juga Raif menemani Inas menguruskan bayi mereka.. Kini, dia harus pulang ke Malaysia.. Kerana ada urusan yang perlu dia uruskan di sana dengan kadar segera. Terbang lah Raif ke Malaysia akhirnya..

Kepulangan Raif kalini dijemput oleh Hamzi.. Dari jauh dia sudah melihat abangnya berdiri di pintu gerbang utama menyambutnya.. Disamping Hamzi berdirinya seorang lelaki iaitu Widad..

''abang..! Ya Allah uncle.. Kenapa uncle datang.. Tak perlulah uncle datang jemput Raif ..'' kata Raif. Bersalaman dengan Widad dan juga Hamzi.

''tak apa kami kebetulan.. Baru keluar makan bersama.. Lepas tu Hamzi bagitahu nak jemput kamu.. Jagi uncle ikut sekali lah..'' terang Widad..

''ya betul tu! Raif balik seorang mana Inas ?'' tanya Hamzi.

''Inas tinggal disana lagi.. '' balas Raif. Dia kemudiannya tersenyum kearah Widad.

''apa lah manja ni! Dah pergi banyak kali pun masih tak juga dapat pujuk Inas! Haish.. Jangan sampai dia jatuh hati dekat orang lain nanti.. melepas manja.. Baru manja nak menyesal.. Kejar Inas tak nak bersungguh-sungguh..'' kata hamzi..

''abang jangan risau.. Inas hanya milik manja.. Manja dah simpul dia.. Insya Allah..'' balas Raif .. Widad sudah berdehem beberapa kali.. Manakan tidak.. Beberapa hari lepas dia sudah mendapat nama bayi pasangan itu.. Ungku Muhammad Rifqi.. Pewaris baru buat keturunan berdarah campuran keturunan raja itu.. Cuma belum diperkenalkan secara umum kepada semua..

"balik hotel? Atau?.."

"manja nak tengok mama.." Raif menjawab persoalan dari Hamzi. Kepala Hamzi jatuh mengangguk kepada Raif.

Bertolak lah mereka ke penjara yang menempatkan Wanita yang bergelar mama buat dua lelaki itu.. Raif setia menunggu disebalik cermin kaca menanti Maya tiba di sebalik cermin kaca sebelah sana..

Ktakk! Bunyi selakkan pintu besi memecah keheningan di antara dua ruangan terpisah itu.. Maya dibawa masuk kedalam dengan mengenakan baju penjara yang berwarna unggu.. Raif yang sedang duduk di kerusi mengadap kearah Maya yang sedang dibawa masuk itu membuatkan hatinya sayu.. Sebelah tangan Maya berbalut tergantung keatas dengan kain yang disangkutkan ke bahunya..

Bahu maya ditekan oleh pegawai penjara yang mengiringinya untuk duduk di kerusi menghadap kearah Raif.. Raif menunjuk kearah telefon yang tergantung dengan tangannya. Maya yang ada di sebelah sana mengangkat ganggang itu.

''Assalamualaikum.. Mama..'' Raif memulakan bicaranya.. Namun maya yang ada di sebelah sana diam sahaja..

''tangan mama kena apa?'' tanya Raif..

''puas kan! Semuanya dah jadi begini! Ini yang manja nak kan..! Suka tengok mama macam ni..? '' akhirnya Maya bersuara juga.. Dia yang berada disebalik cermin sana tersenyum senget kearah Raif.

''mama.. Bukannya manja nak mama ada disini, dalam keadaan yang macam ni.. '' kata Raif..

'sumpah ma! Tak terlintas sedikit pun nak buat mama macamni.. Walaupun mama memang ada salahnya.. Tapi mama yang membesarkan manja.. Walaupun mama membesarkan mama dengan cara yang salah.. Dendam yang membutakan mama.. Tapi manja tak sanggup ma.. '

''habis tu manja nak kata Hamzi yang buat mama ada disini.. Macam tu..? Yang selama ni Hamzi yang perangkap mama..!'' balas Maya..

''ya Allah ma.. '' sedih sekali dia melihat keadaan Maya.. Sekarang ni..

''datang nak tengok mama macam mana kan..? Sekarang manja dah tengok kan..! Dah puas!'' Maya di sebelah sana melemparkan ganggang telefonnya di sebelah sana begitu saja.. Terus dia bangun dari kerusinya.. Berpaling untuk masuk kedalam semula.

'aku tak boleh lama-lama di hadapan dia.. Sebelum aku sendiri menangis di hadapan dia..anak yang selama ini aku bela dan asuh kini sudah pulih sepenuhnya..'

Memang pada mulanya Maya marah! Marah dengan semua itu.. Tapi jauh di lubuk hatinya masih tersimpan satu rasa yang selama ini dia nafikan.. Iaitu keikhlasan Raif selama ini adalah tulus ikhlas.. Walaupun apa yang dia curahkan selama ini tak sejujur Raif. Sedikit sebanyak membuatkannya terasa dan terkesan dalam hati hitamnya..

''mama.. Bukannya manja datang nak perli mama ataupun apa ma...'' Raif menjelaskan di ganggang telefon yang masih melekat di telinganya.. Dia bangun dari kerusinya melihat kelibat maya yang sedang berjalan pergi.. Cermin kaca pemisah di ruangan itu disentuhnya.. Melaung-laung memanggil Maya..

Nak habis dah... Dua bab lagi.. - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience