Rate

BAB 60 - DEGIL

Romance Completed 452298

Hari ini pasangan itu seperti sedang menjauhkan diri, antara satu sama lain.. Kalau tidak melekat saja kerjanya.. Perkara itu disedari oleh seisi umah.. Tapi tak siapa pun nak menegur hal itu.. Inas dengan caranya begitu juga Raif dengan perangainya..

''mama pergi dulu.. Hamzi kamu nak pergi hotel nanti kan?'' tanya Maya..

''ya ma.. Lepas makan ni hamzi pergi hotel.. Manja nak ikut tak.. ?'' hamzi menyiku bahu manja yang duduk disebelahnya..

''tak perlu lah bawa manja.. Nanti dia tak selesa dengan orang ramai di hotel tu.. Hamzi pergi seorang sudah lah..'' pantas Maya memotong sebelum sempat Raif membalas kepada Hamzi.

''ma..''

''manja nak duduk rumah.. Lagipun Inas nak ajak manja keluar hari ni..'' Raif cepat memotong sebelum sempat hamzi menghabiskan ayatnya.. Inas yang tertunduk makan tadi tersentak lalu mendongak bila namanya dipetik Raif sebentar tadi. Tercengang - cengang, dia melihat wajah-wajah yang ada di depannya..

'aku tak janji pun dengan dia nak ke mana-mana.. Jadi kami nak kemana pula hari ini?'

''ha elok lah tu.. Mama pergi dulu yea..'' bangun lah Hamzi, kemudiannya Raif untuk bersalaman dengan Maya.. Melihat akan hal itu Inas pun turut bangun bersalaman dengan Maya..

Setelah selesai hamzi makan.. Dia, pula berangkat pergi.. Kini tinggal lah Inas dengan Raif di ruang makan.. Rohana dan melati sudah pergi ke dapur menguruskan kerja kerjanya yang lain.

''kita nak kemana?'' tanya Inas.

''adalah!'' Raif terus bangun dari tempat duduknya..

'tengok tu.. Akal apa pula kali ni..' garu kepala Inas melihat Raif sedang berlalu pergi..

''manja tunggu didalam kereta..!'' laung Raif dari depan sana.

'what! Dia nak memandu!' Cepat-cepat Inas menghabiskan makanan yang ada di dalam pinggannya..

''kak Ann...'' panggil Inas sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya..

''kak Ann.. Inas dah nak kena pergi ni.. Manja dah nak keluar....'' tangan Inas sibuk menyusun pinggan kotornya disatukan dengan pinggan Raif dn yang lain - lain..

''tinggal je Inas .. Kak Ann buatkan nanti.. Inas pergilah kejar manja tu.. Entah apa pula akal dia kali ni..'' kata Rohana sebaik dia sampai di meja makan.. Menyambut pinggan yang ada di tangan Inas..

''ya kak! Inas pergi dulu ya..'' kata Inas.. Berlalu pergi ke ruang tamu.. terus keluar di pintu utama..

Tangannya mengambil kasut yang ada di almari kasut lalu dilemparkan ke lantai.. Di dalam garaj.. Enjin kereta kelabu itu sudah mengaum beberapa kali.

'tolonglah.. Semput aku dibuatnya..' kaki Inas menyarung kasut dengan kelam kabut.. Tapi itu bukannya memudahkan.. Malah melambatkan lagi adalah..

'arrghh kasut.. Nak cepat jadi lambat..' Inas menunduk .. Kali ni dia memasukkan kakinya dengan betul.. Kemudian turun berlari ke arah garaj.. Terus membuka pintu kereta di sebelah pemandu.. Di mana ada Raif sedang duduk di situ..

''kita nak kemana?'' tanya Inas.. Sebaik pintu itu terbuka meluas.

''rahsia..'' jawap Raif..

''manja..''

'' kalau tak nak ikut tak apa.. Manja pergi sendiri..'' kata Raif.. Pintunya ditarik ditutup semula.

'aku dah kata ini Raif.. ' Inas menggigit bibir bawahnya.. Geram!

Raif yang ada didalam kereta memberi isyarat dengan menggerakkan kepalanya menyuruh Inas masuk kedalam kereta.. Inas akur lalu berjalan ke sebelah sana dan membuka pintu kereta masuk kedalam.. Memakai tali pinggang. Diam saja Inas sepanjang perjalanan mereka ke tempat yang di katakan 'rahsia' oleh Raif itu.

''kita.. Kita..''

''manja!'' jerit Inas kuat di dalam kereta.. Bila Raif berhenti betul-betul di hadapan Cafe yang ada banyak gambar kucing itu.

''kita dah sampai!'' break tangan ditarik oleh Raif.

'dia nak hukum aku ke apa ni? Sampai bawa aku ke tempat yang macam ni!' kecut saya wajah Inas ketika itu .. Terasa bagaikan hendak menangis disitu juga.. Tapi berbeza dengan Raif.. Wajahnya bersinar- sinar bagaikan mentol lampu yang baru pertama kali dinyalakan.

''kalau tahu kita nak kesini.. Manis tak nak ikut..'' keluh inas..

Inas menjenguk melihat ke arah luar.. Papan tanda kedai itu dibacanya.. 'lovely cat cafe'.

'lovely lah sangat! Macam rumah hantu ja aku rasa nak masuk Cafe tu..'

''jom!'' ajak Raif..

''kenapa Manja ni kejam sangat! Dah tahu manis tak suka kucing.. Kenapa bawa manis ke sini?'' tanya Inas..

''bukan manis dah boleh dengan kucing.. Manis kan dah rapat dengan anak-anak Ash dan Pearl .. Tak kan manis takut lagi?'' tanya Raif .

'apa dia kata? Dia kata aku rapat dengan anak bulu tu!!!'

Raif keluar dari kereta.. Berjalan ke arah pintu inas.. Pintu Inas di bukanya dari luar..

''tak adil lah macam ni.. Manis bawa manja pergi tempat yang manja suka .. Tapi manja.. Manja bawa.. Manis ke tempat yang manis tak suka.. Tak cukup ke Ash dan pearl..'' Inas mula merungut.. Tapi tak terkesan kepada Raif.. Tali pinggan Inas dilepaskan oleh Raif.. Kemudian Inas ditarik keluar dari kereta.

''manja tak baik.. tahu tak.. Dah ada Pearl dan Ash.. Tapi masih juga cari yang lain..'' Inas sambung membebel sambil di heret oleh Raif masuk kedalam Cafe itu..

Sepanjang mereka berada didalam Cafe itu.. Inas diam tak bersuara.. Malah mematung saja .. Sampai pucat wajahnya..

''manis okay ke ni..?'' tanya Raif yang ada duduk di depannya memegang seekor kucing persis seperti Ash.

'boleh tanya lagi! Nak aku jerit ke dalam Cafe ni.'

Inas tak menjawap.. Melainkan berpaling melihat ke arah tingkap kaca yang ada di sebelahnya.. Memandang ke luar..

''nak cuba pegang?'' tanya Raif. Inas berpaling semula.. Cepat-cepat dia mengeleng.. Dalam fikirannya hanya untuk segera keluar dari tempat yang menakutkan itu..

''lama lagi ke.. kita?'' tanya Inas .

''dah nak balik ke? Manja tak puas main lagi dengan mereka semua.. '' Raif mengangkat kucing itu lalu di lagakan dengan pipinya..

'' okay..'' Inas berpaling ke luar semula..

''lima belas minit lagi kita balik ya..'' kata Raif .. Mengangguk saja Inas.. Akur.

Setelah lima belas minit berlalu.. Mereka keluar dari Cafe tersebut.. Terus mereka bertolak balik ke rumah.. Lega Inas akhirnya dapat keluar dari tempat yang membuatnya merinding sepanjang dia berada didalam Cafe itu..

Inas yang sedang memandang ke luar terasa pipinya disentuh.. Berpaling lah dia, melihat belakang tangan Raif sedang menempel di pipinya.

''marahkan manja lagi?'' tanya Raif.. Inas mengambil tangan Raif lalu dijauhkan dari wajahnya.

''tangan manja ada bulu kucing..'' balas Inas.. Mambawa tangan Raif diletakkan diatas peha tuannya sendiri.

''manja dah basuh lah tadi.. Tengok mana ada bulu kucing!'' kata Raif mengangkat tangannya semula dan dilayangkan di hadapan wajah Inas..

''hemm!'' tangan Raif ditepis semula..

''degil..'' ngumam Raif..

''apa?''

''manja cakap apa tadi..'' Inas berpaling kearah Raif..

''mana ada cakap apa pun..'' balas Raif.

''manis dengar tadi.. Manja ada cakap tadi....'' kata Inas tak puas hati.

''kalau dengar.. Kenapa manis tanya..? Kalau betul dengar tadi.. Apa yang manja cakap?..'' tanya Raif.. Mengangkat sebelah keningnya keatas memandang ke arah Inas.

'' tak apa.. Manja jangan menyesal..'' ugut Inas.

'Gaya begitu.. Hanya Raif yang selalu buat.. Bukannya manja yang polos tu.' Inas melipat tangannya memeluk tubuhnya.

''menyesal pulak..?? Manis ni kan.. Selalu kelirukan manja..'' berkerut dahi Raif memandang ke arah Inas..

''memang pun.. manis selalu buat manja keliru.. Sebab manis pun keliru.. Keliru dengan manja..'' balas inas.. Dia melihat Raif yang sedang menggelengkan kepalanya.

Sampai saja di rumah Inas terus masuk kedalam rumah.. Naik keatas mengurung dirinya didalam bilik.. Raif mengeluh melihat saja arah Inas..

Inas turun semula bila tiba waktu makan malam.. Di ruang meja makan sudah ada Raif dan Hamzi menunggu disitu..

''korang berdua ni kenapa ek? Gaduh ke?'' tanya Hamzi.. Dari tadi dia nak bertanya akan hal itu.. Sekarang barulah berkesempatan..

''taklah'' pantas Raif menjawap. Inas sekadar menarik senyumannya sebaris kearah mereka berdua..

''Inas dah habis makan.. Inas naik dulu..'' kata Inas.. Cepat-cepat dia berjalan naik keatas..

'' Inas..'' panggil hamzi.. Tapi tetap juga Inas berlari naik keatas..

''sikit sangat dia makan tu manja.. Korang ni bergaduh ke apa?'' tanya Hamzi.. Melihat kearah Raif yang ada disampingnya..

''taklah abang.. Tak tau..'' jawap Raif mengangkat bahunya.. Dia kemudiannya melihat kearah pinggan Inas..

Inas naik keatas terus menuju kedalam biliknya.. Pintu bilik air ditolaknya kasar.. Terus di ke mangkuk tandas memuntahkan segala isi perutnya.. Sehingga tak bersisa satu pun.. Muntah itu membuatkan dia merasa letih.. Selepas berkumur terus Inas memanjat naik keatas katil dan berbaring diatasnya..

Raif membuka pintu bilik inas.. Melihat kearah katil yang ada satu tubuh terbaling diatasnya.. Kaki dihayun melangkah merapat kearah katil.. Wajah Inas yang nampak tenang tidur seperti bayi itu diperhatikannya lama.. Raif membongkokkan tubuhnya.. Menunduk mencium dahi Inas.. Rambut Inas dielus lembut sampai ke belakang kepala.

''degil'' Bibir merah Raif tersuing naik keatas menghasilkan senyuman mengiasi wajahnya.. Raif kembali keluar dari bilik itu.. Menutup rapat pintu bilik itu seperti asalnya.. Tidak mahu mengganggu Inas yang sedang dibuai mimpi..

Alhamdulillah.. Selesai.. Untuk harini.. Ha.. Cam ne?.. Rasa-rasa hampa.. Raif dah pulih ke?.. Hihihihi.. Terima kasih.. Pembaca hebat semua.. Singgah luangkan masa jenguk manja harini.. Tq.tq.tq.. Sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

K Monalissa
2020-11-01 17:03:36 

sambung

Durra shuhada
2020-10-31 19:04:36 

rasa mcm dah ok..cuma buat cmtu nk cr bukti kot..hr2 sis tggu tau..tq..


NovelPlus Premium

The best ads free experience