Series
2918
TEPAT jam sebelas malam Iyyan memanjat malas anak tangga menuju ke kamarnya kini terpaksa dikongsi bersama si isteri yang baharu sahaja dinikahinya beberapa hari lepas. Namun, bila teringatkan pesona milik Iezani, sepasang kaki panjangnya tidak sabar lagi mahu menghabiskan panjatannya pada kira-kira sepuluh mata anak tangga yang membawanya terus ke kamar.
"Iyyan, amboi laju betul... tahulah isteri Iyyan tu cantik, sabar sikit... tak lari gunung dikejar, slow and steady my boy, jangan gelojoh." sakat Dato' Seri Iqbal Rahiemy, bapa tiri yang sangat menyayangi Iyyan Reyqhal.
"Eh... daddy ni, mana ada laju, biasa je. Iyyan dah mengantuklah daddy. Good night daddy." jerit Iyyan yang sudah hampir ke anak tangga terakhir.
Langkah Iyyan jadi kaku tiba-tiba, namun naluri lelakinya sudah melonjak apatah lagi bila terlihat peha gebu putih melepak Iezani yang terdedah sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
"Hey, you ni sengaja nak goda I ke apa ni? Pucuk dicita ulam mendatang. I'm coming baby." bisik Iyyan perlahan cukup untuk didengari oleh halwa pendengarannya sahaja.
Lampu bilik segera dipadam dan hanya meninggalkan lampu tidur yang berdiri di sisi katil bersaiz king milik Iyyan. Sekujur tubuh Iezani yang dibaluti baju tidur kain satin berwarna merah jambu lembut itu sudah lena diulit mimpi. Iyyan menelan liur pabila isterinya itu melakukan pergerakan kecil walaupun matanya masih terpejam. Kini, Iezani dalam posisi menelentang.
Berkerut dahi Iyyan buat masa ini melihat dada yang berombak lembut sedikit terdedah dek potongan baju tidur berbentuk "V" itu. Liurnya terpaksa ditelan beberapa kali sehinggakan biji halkumnya turut turun naik tidak menentu. Nafasnya juga sudah tidak terkawal jadinya pabila menyaksikan sendiri permandangan yang bisa mengugat keimanannya itu.
Tanpa membuang waktu, Iyyan lepaskan segala pakaian yang membaluti tubuh bak atletnya. Hanya menyisakan boxer ketat yang melindungi 'aset mahalnya' itu. Entah mengapa tubuhnya terasa seperti 'terbakar' walaupun penghawa dingin dipasang pada tahap paling maksimum.
Kakinya terus memanjat katil, lantas berbaring di sisi Iezani. Dia mengiring menghadap si isteri yang tertidur polos. Wangian yang terbit dari tubuh Iezani berjaya memikat naluri kelakiannya.
Iyyan juga sudah hampir tertewas sebaik sahaja menghidu bauan lembut syampu dari rambut panjang lurus yang sedikit mengurai paras pinggang milik si isteri.
"Cantiknya isteri I ni, tak rugi I dengar cakap mom and my dad." bisik Iyyan sambil membelai pipi mulus isterinya.
Pergerakan kecil Iyyan itu membuatkan Iezani tersedar dan sedikit terkejut, namun melihat senyuman Iyyan yang manis bak gula, Iezani terus mempamerkan senyuman manisnya khas buat suami tercinta walaupun dalam keadaan dirinya yang masih malu-malu. Mana taknya, baru tiga hari Iezani bergelar isteri kepada jejaka tampan ini.
Ya, memang tidak dinafikan lagi Iezani menyayangi Iyyan setulus hatinya seawal umurnya memasuki sembilan tahun lagi. Sudah hampir 12 tahun rasa suci dan murni itu lahir dalam dirinya buat Iyyan yang dikasihinya dalam diam itu.
Malam ini, jika Iyyan menuntut haknya sebagai suami, Iezani tidak akan pernah mempersoalkan kerana dirinya sudah cukup bersedia mengalas tanggungjawab itu. Ya, dia memang sudah cukup bersedia dari segala aspek.
"Eh, abang... maaf tak tunggu, Iez mengantuk sangat ta-"
Tak sempat Iezani nak lanjutkan bicara, Iyyan terus memagut bibir mungilnya. Terbuntang mata Iezani yang masih dalam keadaan mamai. Langsung segar biji matanya.
Iyyan tidak menunggu lama. Kedua belah tangannya sibuk melucutkan pakaian Iezani yang membaluti tubuh montoknya itu. Dia sudah tidak keruan mahu menakluki segenap inci milik mutlaknya. Pencahayaan suram dalam bilik itu membuatkan tubuh mulus putih gebu Iezani berkilauan, sekaligus membuak-buakkan gelora yang bergejolakkan di hati Iyyan tatkala ini.
Ciuman yang berleretan berlabuh di ceruk leher jenjang milik Iezani sekaligus membuatkan tubuhnya menegang. Sentuhan sensual daripada Iyyan itu turut menerbitkan desahan dan rengekkan kecil daripada bibir mungil merah merekah Iezani. Terpapar senyuman kemenangan di wajah kacak milik Iyyan memperlihatkan pesona yang memukau. Iezani sudah hilang arah.
Meleret senyuman Iyyan tatkala melihat si isteri yang sudah keresahan akibat sentuhannya. Melihat kedua-dua belah pipi putih Iezani yang sudah kemerahan, membuatkan Iyyan lebih bersemangat melayari bahtera indah malam pernikahannya yang sudah ditangguhkan selama dua hari itu. Namun, pergerakan Iyyan terhenti tiba-tiba apabila terlihat ada parut kecil panjang di sebelah dada kiri Iezani.
Jejemari panjang kasarnya mengelus lembut parut itu. Namun, jemari tirus milik Iezani yang lebih pantas menepisnya membuatkan Iyyan segera bangun dari tubuh si isteri yang berada di bawah kepungannya.
Dan ketika itulah?
Tubuh Iyyan tiba-tiba membeku.
Pandangan matanya tertancap tepat pada satu garis halus panjang di dada kiri Iezani.
Parut kecil. Sangat kecil. Tetapi cukup untuk membuatkan seluruh dunia Iyyan berhenti berputar. Degupan jantung lelaki itu bertukar kacau. Nafasnya tersekat. Memori lama mula menyambar tanpa belas.
???
Malam... tiga tahun lalu,
Gelap. Hujan lebat ketika itu. Jeritan seorang gadis kedengaran sipi-sipi. Apabila dirinya cuba mencari arah suara itu datang, tiba-tiba dada bidang kekarnya terpaksa menahan rempuhan tubuh seorang gadis. Tangan gadis yang melekap di dada kirinya dipenuhi darah. Tubuh kecil itu menggigil ketakutan di dalam pelukannya. Akhirnya, gadis itu terkulai layu.
Dan? parut itu. Parut yang sama. Di tempat yang sama seperti milik Iezani, yang pernah dia rawat pada malam kejadian itu.
???
Iyyan tersentak kasar lalu menjauh secara tiba-tiba. Iezani terpinga-pinga.
?Abang Iyyan??
Wajah lelaki itu berubah pucat. Mata tajam tadi kini dipenuhi ketakutan yang sukar difahami.
?Abang, kenapa ni??
Lelaki itu bangun mendadak dari katil sambil meraup wajahnya kasar.
Iezani termangu-mangu.
?Abang??
?Tak? tak mungkin??
?Abang?? Iezani cuba mengapai lengan Iyyan, namun tidak kesampaian.
?Parut tu?? suara lelaki itu serak.
Iezani terpaku. Parut kecil di dadanya disentuh perlahan.
?Kenapa dengan parut ni??
Iyyan memandang wanita itu seperti sedang melihat hantu dari masa silam.
???
Tiga tahun lalu.
Malam paling gelap dalam hidupnya.
Malam yang cuba dipadamkan daripada ingatan. Dia mabuk dan hilang kawalan kendiri akibat minumannya yang sudah dicemari ubat perangsang nafsu.
Dan seorang gadis tidak dikenali menjadi mangsa keadaan. Sejak hari itu, rasa bersalah membunuh dirinya sedikit demi sedikit kerana dia sendiri tidak pernah tahu siapa gadis itu.
Tetapi sekarang? Parut itu muncul kembali di depan matanya. Pada tubuh isterinya sendiri.
???
?Abang?? suara Iezani mula bergetar.
?A-abang kenapa pandang Iez macam tu??
Iyyan menggeleng perlahan sambil berundur beberapa langkah.
?Mustahil??
?Abang!?
?Parut tu?? lelaki itu menutup mata rapat. ?Macam mana you dapat parut tu??
Iezani terpinga.
?Soalan apa ni??
?Jawab!?
Nada suara yang meninggi membuatkan tubuh genit Iezani tersentak ketakutan. Air matanya mula bertakung di hujung mata.
?Iez? Iez jatuh masa kecil...?
?Jangan menipu!?
Bilik itu tiba-tiba menjadi terlalu sempit.
Terlalu menyesakkan. Iyyan menggenggam rambutnya sendiri. Kepalanya terasa mahu pecah dengan bayangan malam silam yang kembali menghantui.
Dia masih ingat gadis itu menangis. Meronta. Memohon dilepaskan. Dan dia?
dia langsung tidak mampu mengawal diri ketika itu.
?Abang?? suara Iezani semakin lemah. ?Abang takutkan Iez ke??
Iyyan memandang isterinya itu lama. Cukup lama. Pandangan yang tadi penuh cinta kini berubah asing. Penuh kekeliruan dengan rasa bersalah yang membunuh dirinya perlahan-lahan.
Tanpa sepatah kata, Iyyan mencapai kunci kereta di atas meja setelah lengkap dia berpakaian semula.
?Abang! Abang nak pergi mana??
?I perlukan udara.?
?Abang!?
Namun, lelaki itu terus melangkah keluar.
Pintu dihempas kuat. Dan Iezani terduduk di atas katil sambil memeluk tubuh sendiri yang ditutupi selimut tebal itu. Air matanya jatuh tanpa henti.
Dia tidak faham apa yang baru berlaku.
Sedangkan beberapa minit tadi, lelaki itu memandangnya seperti wanita paling dicintai di dunia.
Tetapi sekarang?
Pandangan Iyyan terhadapnya terasa seperti satu dosa yang terlalu menakutkan untuk disentuh kembali.
***
IYYAN memandu tanpa arah. Hujan malam yang semakin lebat langsung tidak dihiraukannya. Wiper kereta bergerak laju, namun bayangan wajah Iezani tetap jelas bermain dalam fikirannya.
Parut itu. Parut kecil di dada kiri wanita itu.
Sama. Terlalu sama.
?Mustahil?? bisiknya serak.
Stereng digenggam kuat sehingga urat di tangannya timbul jelas. Nafasnya tidak teratur. Kepalanya terasa mahu pecah dengan serpihan memori yang mula kembali satu demi satu.
Dia masih ingat malam itu. Malam yang menghancurkan hidupnya. Iyyan memberhentikan kereta secara mengejut di tepi jalan sunyi. Dadanya turun naik menahan sesak. Hujan yang mengetuk bumbung kereta seolah-olah menjadi latar kepada kekacauan jiwanya.
Tangannya menggeletar saat mencapai kotak rokok di dashboard. Namun, belum sempat dia menyalakan api, suara seorang gadis kembali bergema dalam kepalanya.
?Jangan? tolong jangan??
Iyyan memejam mata rapat.
?Arghhh!? Iyyan menjerit lantang menghamburkan keresahan hatinya.
Penumbuknya menghentam kuat stereng keretanya. Bunyi hon memecah malam.
Dia berdosa. Selama tiga tahun, dia cuba mencari gadis itu. Namun, segala usaha menemui jalan buntu. Dia bahkan pernah sanggup membayar orang untuk menyiasat siapa gadis malang yang menjadi mangsanya malam itu.
Tetapi, takdir seolah-olah mempermainkannya. Dan sekarang?
Gadis itu mungkin isterinya sendiri.
Tubuh Iyyan terasa lemah secara tiba-tiba.
?Ya Allah??
Bibirnya bergetar halus. Kalau benar Iezani gadis itu?
Bagaimana dia mahu hidup dengan kenyataan tersebut?
Sementara itu?
Iezani masih duduk di atas katil dengan mata merah membengkak. Baju tidur kain satin bersama pakaian dalamnya yang tadi tergeletak pasrah di atas permaidani berbulu lembut itu, perlahan-lahan dikutip dan kini, disarungkan kembali ke tubuhnya. Selimut dipeluk erat seolah-olah cuba melindungi dirinya daripada rasa dingin yang tiba-tiba menyerang.
Kepalanya berserabut. Dia tidak faham.
Kenapa hanya kerana parut kecil itu, Iyyan berubah seperti orang lain? Air matanya jatuh lagi. Malam pertama yang diimpikan indah bertukar menjadi mimpi ngeri.
Telefon di atas meja berbunyi mengejutkan dirinya. Nama ?Mama? terpapar di skrin.
Iezani cepat-cepat mengesat air mata sebelum menjawab panggilan.
?Helo, ma??
?Dah tidur?? suara lembut Puan Indrayani kedengaran ceria.
Iezani menggigit bibir.
?Belum lagi.?
?Eh, kenapa suara macam tak sihat ni??
?Tak ada apa-apa??
Naluri seorang ibu terlalu kuat untuk dibohongi.
?Kamu menangis??
Soalan itu membuatkan air mata Iezani kembali jatuh.
?Iez??
Sunyi.
?Iyyan ada buat apa-apa ke??
Cepat-cepat Iezani menggeleng walaupun wanita itu tidak mampu melihatnya.
?Tak ada??
?Jangan bohong mama.?
Iezani memejam mata rapat.
?A-ada, ma... mungkin salah Iez kot??
?Apa benda yang kamu merepek ni?? suara Puan Indrayani mula risau. ?Iyyan mana??
?Abang Iyyan, keluar.?
?Keluar? Tengah malam macam ni??
Iezani diam. Dan diamnya cukup untuk membuatkan hati seorang ibu mula tidak keruan.
"Takpe, kamu tidurlah... jangan risau, mungkin Iyyan ada hal kat luarlah tu. Mama letak dulu, nanti mama call lagi. Bye."
"Bye, ma."
Iezani meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja sisi katil. Dia membawa dirinya bersandar di kepala katil. Matanya semakin layu mahu terus berjaga. Entah bila dia tertidur. Dia sendiri tidak menyedarinya.
Dua jam kemudian, pintu bilik ini dibuka perlahan. Iezani yang tertidur sambil bersandar di kepala katil terus tersedar.
Matanya bertembung dengan wajah Iyyan.
Lelaki itu kelihatan basah kuyup. Rambutnya kusut. Wajahnya pucat dan penat.
Namun, yang paling menyakitkan?
Pandangan mata lelaki itu, kosong. Seolah-olah ada jurang besar yang tiba-tiba muncul antara mereka.
?Abang??
Lelaki itu menutup pintu perlahan sebelum berdiri kaku tidak jauh dari katil. Beberapa saat berlalu tanpa suara. Kemudian, Iyyan mula berbicara setelah menghelakan nafas panjang.
?I minta maaf.? suara Iyyan perlahan sambil melepaskan baju t-shirt yang sudah basah lencun di tubuhnya.
Iezani menahan sebak.
?Kenapa abang buat Iez takut macam ni??
Iyyan menunduk.
?I??
Ayatnya mati. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Iyyan tidak tahu bagaimana mahu bercakap. Dia seorang lelaki yang sentiasa yakin dengan dirinya. Tetapi malam ini, dia terasa terlalu hina untuk berdiri di depan isterinya sendiri.
?Abang menyesal kahwin dengan Iez?? tanya Iezani perlahan.
Soalan itu menikam dada Iyyan.
?Jangan cakap macam tu.?
?Habis tu kenapa abang pandang Iez macam Iez ni? jijik??
Terus kepala Iyyan terangkat.
?I tak pernah jijik pandang you.?
?Tipu?? Air mata Iezani jatuh lagi. ?Abang terus tolak Iez macam Iez ni buat dosa besar kan??
Iyyan menutup mata seketika.
?Kalau betul abang bencikan parut ni?? suara Iezani mula pecah, ?Iez boleh buat pembedahan. Tapi, abang kena janji yang abang takkan buat Iez macamni lagi.?
?Jangan!?
Nada suara Iyyan yang meninggi membuatkan Iezani tersentak. Lelaki itu segera meraup wajahnya kasar.
?Jangan buang parut tu??
?Kenapa??
Sunyi.
Soalan itu terasa terlalu berat untuk dijawab.
Iyyan memandang tepat ke mata isterinya sebelum bersuara perlahan.
?Sebab? I pernah nampak parut tu sebelum ni.?
Jantung Iezani berhenti berdegup sesaat.
?Apa maksud abang??
Iyyan menggenggam tangan sendiri kuat-kuat.
?I rasa?? tekaknya terasa perit, ?I kenal you sebelum kita bertemu semula.?
Perkataan itu membuatkan seluruh tubuh Iezani terasa sejuk. Dan entah kenapa?
dadanya mula dihimpit rasa takut yang tidak mampu dijelaskan.
Assalamualaikum dan hai semua... terimalah nukilan terbaharu daripada author...semoga diterima baik..Jgn lupa dropkn comment anda tnda support.. Tq...syg semua???
Share this novel
Sib baik jumpa semula.. Tertanya2 ni.. cmner leh jumpa semula.. slps 3 tahun mencariā¦
i suka lh novel ni