Series
2918
IEZANI muncul di dapur dengan langkah perlahan. Iyyan yang sedang berdiri di tengah island table top sambil memegang secawan kopi terus berpaling.
Dan untuk sesaat?
Lelaki itu terpaku. Iezani berdiri kaku di sisi meja makan bulat dengan dress berwarna ungu lembut yang dibeli oleh Iyyan tadi. Potongan dress itu sederhana, labuh separas lutut dengan lengan panjang nipis yang membuatkan gadis itu kelihatan manis dan sopan.
Rambut panjang Iezani kelihatan masih sedikit basah, jatuh lembut membingkai wajah kecilnya yang polos. Cantik. Terlalu cantik. Tanpa sedar, Iyyan menurunkan perlahan cawan kopi di tangannya.
Mata lelaki itu seakan sukar dialihkan daripada memandang Iezani. Dan reaksinya itu membuatkan Iezani semakin gugup. Dia menundukkan wajah. Jari-jemarinya memulas hujung dress ungu itu perlahan.
?Kenapa?? soal Iezani perlahan apabila lelaki itu tidak berkata apa-apa.
Iyyan tersedar daripada lamunannya sebelum melepaskan tawa kecil.
?Tak ada apa.?
?Tapi, cara abang tengok saya tu, pelik??
?Sebab... you tu, cantik sangat! Comel!?
Jawapan spontan itu membuatkan wajah Iezani terus merah.
?K-kalau tak sesuai, saya boleh tukar.?
?Jangan.?
Iyyan melangkah menghampiri perlahan.
?Cantik sangat dah tu.?
Nada suara lelaki itu rendah dan lembut. Berbeza sepenuhnya daripada lelaki yang sudah hilang kawalan malam tadi. Namun, kerana itulah hati Iezani semakin berdebar. Dia masih takut. Masih keliru dengan apa yang berlaku.
Iyyan menghentikan langkah beberapa inci daripadanya sebelum mengeluh perlahan.
?Jom sarapan. I dah lapar ni.?
Iyyan koyak senyum, berbunga hatinya bila gadis genit itu memanggilnya dengan gelaran 'abang' itu. Rasa dirinya begitu dihormati, tatkala adik-beradiknya juga tidak pernah menggunakan panggilan hormat itu terhadapnya.
Iezani terus mengangkat wajah.
?A-abang nak cakap sesuatu kan tadi??
Soalan itu membuatkan wajah Iyyan berubah sedikit serius. Sunyi seketika memenuhi ruang dapur. Iyyan mengalihkan pandangan sebelum meraup belakang tengkuknya perlahan.
?I??
Lelaki itu seperti mencari kekuatan untuk bersuara. Tentang malam tadi. Tentang dirinya yang sudah hilang kewarasan.
Tentang tubuh kecil gadis itu yang dipeluknya tanpa belas ketika ubat sialan itu menguasai diri. Rasa bersalah mula menyesakkan dada Iyyan.
?I nak bertanggungjawab terhadap you.?
Jantung Iezani berdegup kencang.
?Apa? Betul ke apa yang saya dengar ni. Abang tak main-main kan??
Iyyan memandang tepat ke matanya.
?I nak minta maaf pasal apa yang jadi malam tadi.?
Air muka Iezani berubah perlahan. Wajah polos itu mula pucat.
Malam tadi?
Dia cuba melupakan semuanya. Cuba meyakinkan dirinya bahawa lelaki ini tidak sengaja. Namun, apabila perkara itu disebut kembali, dadanya terasa sakit semula.
Iyyan menggenggam tangan sendiri kuat-kuat. Rambut panjang lurus paras bahunya yang dibiarkan lepas, diraup ke belakang dengan gerakan sedikit kasar.
?I tak patut sentuh you macam tu.? Iyyan hela nafas kasar.
?Abang?? Iezani menggeleng. Air matanya yang sudah bertakung di kolam mata, hanya tinggal untuk gugur.
?I memang jantan tak guna.?
?Jangan cakap macam tu? saya percaya abang tak sengaja dan saya tak rasa abang ni jahat.?
?Tapi itu hakikatnya.?
Suasana menjadi semakin berat. Iezani menunduk perlahan sambil memegang dada kirinya. Pedih. Sakitnya semakin terasa sejak tadi.
Mungkin kerana terlalu banyak bergerak.
Mungkin kerana luka itu belum benar-benar dirawat dengan sempurna.
Iyyan yang menyedari wajah gadis itu berubah terus mengerutkan dahi.
?You okay tak ni??
Iezani cuba mengangguk. Tetapi pandangannya mula kabur. Tubuhnya terasa ringan secara tiba-tiba.
?You...??
Gadis itu cuba berdiri tegak. Namun, kesakitan di dada kirinya semakin mencucuk. Darah mula meresap keluar semula dari balik kain dress ungunya itu.
?Abang? sakit??
Baru sahaja dia melangkah untuk mendekati Iezani, tubuh kecil itu terus rebah ke depan.
?You!?
Iyyan sempat menyambut tubuhnya sebelum kepala gadis itu terhantuk ke lantai jubin putih berkilat di dapurnya itu. Wajah lyyan terus berubah panik.
?You! Hey, bangun!?
Tiada respon. Wajah Iezani yang putih kemerah-merahan itu terus berubah pucat lesi. Dan saat mata Iyyan terlihat tompokan darah yang mula membasahi bahagian kiri dress ungu gadis yang mula membuatkan hatinya gundah-gulana sepanjang saat ini, jantungnya terasa berhenti.
?Shit!?
Tanpa berlengah, Iyyan terus mengangkat tubuh kecil itu ke dalam dukungannya.
?You! Jangan buat I takut??
Namun, gadis itu tetap tidak sedarkan diri.
Tangannya terkulai lemah di dada Iyyan.
Dan untuk pertama kali dalam hidupnya,
Iyyan benar-benar takut kehilangan seseorang yang baru dikenalinya beberapa jam lalu.
***
HUJAN masih menggila di luar. Enjin kereta sport Ford Mustang Dark Horse SC hitam milik Iyyan mengaum garang membelah jalan raya yang hampir lengang pada awal pagi itu. Lampu merah diabaikan. Had laju langsung tidak dipedulikan.
Yang ada dalam fikirannya sekarang cuma satu. Gadis comel itu mesti selamat.
?You? bangunlah??
Suara Iyyan serak saat sebelah tangannya menggoncang perlahan tubuh gadis yang terbaring lemah di tempat duduk penumpang.
Kepala Iezani senget ke tepi. Wajahnya terlalu pucat dan darah yang semakin banyak meresap pada dress ungu itu membuatkan dada Iyyan terasa semakin sesak.
?Damn it??
Lelaki itu menekan pedal minyak lebih kuat.
Jarum meter kelajuan naik mendadak,
180 km/j. Hujan lebat membuatkan pandangan semakin kabur, tetapi Iyyan tetap memecut tanpa memikirkan bahaya.
Tangannya menggigil di stereng. Bibirnya tidak henti-henti mengomel.
?Please? janganlah jadi apa-apa??
Perasaan bersalah mula menghimpit tanpa belas. Kalau dia tak hilang kawalan malam tadi, kalau dia terus bawa gadis ini ke hospital selepas dia merawat lukanya,
kalau dia tak pentingkan nafsu sendiri...
?Arghhh!?
Iyyan menghentam stereng kuat. Dan saat itulah, sebuah lori tiba-tiba muncul dari simpang hadapan. Mata Iyyan membulat.
?Shit!?
Dia terus memulas stereng mengejut untuk mengelak. Tayar kereta menjerit kuat di atas jalan basah.
Screeeeechhh!
Kereta sport itu hilang kawalan. Tubuh Iyyan terdorong kuat ke depan.
?You!?
DOOMMM!!!
Dentuman kuat memecah kesunyian pagi itu. Kereta hitamnya berpusing liar sebelum merempuh pembahagi jalan dengan kasar.
Cermin pecah bertaburan. Bunyi besi bergesel memekakkan telinga. Dan akhirnya, kereta itu terhenti dalam keadaan senget di tepi jalan.
Sunyi.
Hanya bunyi hujan yang masih turun tanpa belas. Nafas Iyyan tercungap-cungap.
Darah mengalir perlahan dari dahinya akibat hentakan kuat tadi. Namun, dia langsung tidak peduli.
?You??
Lelaki itu terus berpaling ke arah tempat duduk penumpang. Dan jantungnya terasa luruh. Tubuh Iezani terkulai lemah. Kepalanya terkena sisi tingkap yang retak.
Darah merah pekat mengalir perlahan di dahinya.
?You!?
Panik mula menyerang seluruh tubuh Iyyan.
Dia cepat-cepat membuka tali pinggang keledar sebelum cuba menyentuh wajah gadis itu yang dingin.
?Bangun? please bangun??
Tiada respon.
?You, jangan macam ni??
Suara Iyyan mula pecah. Tangannya menggigil memegang pipi Iezani. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Iyyan terasa benar-benar takut. Takut kehilangan seseorang. Takut menanggung dosa yang tidak mampu ditebus.
Dan lebih menakutkan?
Takut jika gadis yang baru dikenalinya itu pergi membawa bersama rahsia hitam yang bakal menghancurkan seluruh hidupnya.
***
BAU ubat-ubatan menusuk deria. Bunyi mesin yang berdetik perlahan memecah kesunyian ruang putih itu. Kelopak mata Iyyan terasa terlalu berat untuk dibuka. Kepalanya berdenyut sakit seolah-olah dihentak berkali-kali tanpa henti.
Namun, cahaya lampu yang terang menyilau akhirnya memaksanya membuka mata perlahan. Pandangannya kabur. Samar-samar dia melihat siling putih sebelum suara seseorang mula kedengaran.
?Iyyan? sayang??
Suara wanita itu bergetar. Iyyan mengerutkan dahi perlahan sebelum menoleh ke sisi. Wajah elegan seorang wanita separuh umur terus memenuhi pandangannya. Mata wanita itu merah dan sembab seakan terlalu lama menangis.
?Mom??
Suara Iyyan serak dan lemah. Datin Seri Irwanie Marshanda terus menggenggam tangan anak lelakinya erat.
?Ya Allah? finally you wake up.?
Iyyan memejam mata seketika akibat sakit kepala yang mencucuk sebelum kembali membuka mata perlahan.
?Apa jadi??
Datin Seri Irwanie mengesat air mata di pipinya cepat-cepat.
?You accident, Iyyan.?
Serpihan memori mula menyerbu. Hujan.
Darah. Gadis comel itu dan dentuman kuat.
Mata Iyyan terus membulat sedikit.
?My Baby girl??
Dia cuba bangun mendadak, namun sakit pada kepala membuatkan tubuhnya kembali lemah.
?Slow down!? Datin Seri Irwanie cepat-cepat menahan bahunya. ?Kepala you injured teruk.?
?Mana dia??
Suara Iyyan berubah cemas secara tiba-tiba. Datin Seri Irwanie sedikit terpinga melihat reaksi anaknya.
?Who??
?Girl yang ada dengan Iyyan malam tu!?
Wajah lelaki itu mula pucat. ?Mana dia??
Datin Seri Irwanie terdiam beberapa saat sebelum mengeluh perlahan.
?You baru sedar lepas tiga hari koma, Iyyan.?
Jantung lelaki itu terasa berhenti.
?Tiga? hari??
Ibunya mengangguk perlahan.
?You lost too much blood masa accident.?
Iyyan terkedu. Tiga hari? Habis? macam mana keadaan gadis itu sekarang? Panik mula menguasai dirinya. Saat itulah pintu wad dibuka perlahan. Seorang jururawat muda melangkah masuk sambil membawa fail pemeriksaan.
?Good morning, Mr Iyyan.?
?Mana girl yang accident dengan I tu??
Soalan itu keluar terlalu laju sehingga jururawat tersebut sedikit tersentak.
Datin Seri Irwanie turut memandang pelik ke arah anaknya. Jururawat itu membuka fail di tangan sebelum menjawab perlahan.
?Perempuan yang dihantar sekali dengan encik tempoh hari??
?Yes!?
?Dia masih dirawat.?
Nafas Iyyan terasa tersekat.
?Keadaan dia macam mana??
Jururawat itu teragak-agak seketika. ?Dia kehilangan banyak darah.?
Wajah Iyyan terus berubah pucat.
?Tapi, dia selamat kan??
?Buat masa sekarang, ya.?
Bahu lelaki itu sedikit jatuh mendengar jawapan itu. Namun, belum sempat dia menarik nafas lega,
?Cuma?? Jururawat itu terdiam.
Jantung Iyyan kembali berdegup tidak sekata.
?Cuma apa??
?Dia masih belum sedarkan diri sejak hari kemalangan.?
Terus sunyi memenuhi ruang wad. Kata-kata itu terasa seperti batu besar yang menghempap dada Iyyan.
'Belum sedar? sudah tiga hari?' hatinya mengumam.
Tangannya mula menggigil perlahan di atas selimut hospital. Buat pertama kali sejak dia membuka mata tadi, rasa bersalah itu datang menghentam dirinya tanpa belas.
Malam berlalu dengan terlalu perlahan bagi Iyyan. Walaupun ubat tahan sakit yang diberikan doktor membuatkan tubuhnya terasa lemah, fikirannya langsung tidak mampu berehat. Bayangan wajah gadis itu sentiasa bermain di kepala.
Wajah pucat gadis itu. Darah yang membasahi dress ungunya dan tubuh kecil yang tidak sedarkan diri dalam pelukannya sebelum kemalangan berlaku. Iyyan meraup wajah perlahan sambil memandang siling wad VIP hospital itu. Dia tak boleh duduk diam lagi. Dia perlu tengok sendiri keadaan gadis itu.
Keesokan paginya, sebaik sahaja jururawat datang untuk pemeriksaan rutin, Iyyan terus bersuara.
?Sister.?
Jururawat itu berpaling sambil tersenyum sopan.
?Yes, Mr Iyyan??
?I nak jumpa perempuan yang accident dengan I hari tu.?
Jururawat itu sedikit teragak-agak.
?Doctor belum benarkan encik banyak bergerak lagi.?
?I?m fine.?
?Encik masih perlukan rehat.?
?I cuma nak tengok dia sekejap.?
Nada suara lelaki itu perlahan, tetapi cukup tegas.
Jururawat tersebut akhirnya mengalah.
?Okay? nanti saya bantu.?
Lega sedikit dada Iyyan mendengarnya.
Sepanjang beberapa minit berikutnya, dia langsung tidak mampu duduk diam. Kakinya bergerak gelisah di atas katil hospital.
Datin Seri Irwanie yang kebetulan baru masuk ke dalam wad terus mengerutkan dahi melihat keadaan anaknya.
?You nak pergi mana ni??
?I nak tengok someone.?
?Girl tu??
Iyyan terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Datin Seri Irwanie memandang anaknya lama. Dia kenal benar Iyyan. Anaknya itu bukan lelaki yang mudah mengambil berat tentang orang lain.
Tetapi sekarang?
Cara Iyyan menyebut tentang gadis itu jelas menunjukkan sesuatu yang berbeza.
?Who is she actually?? tanya wanita itu perlahan.
Namun, Iyyan hanya mengalihkan pandangan.
?I sendiri tak tahu.?
Jawapan itu membuatkan Datin Seri Irwanie semakin pelik. Beberapa minit kemudian, jururawat tadi membantu Iyyan berjalan perlahan keluar dari wad. Kepalanya masih berbalut. Langkahnya juga sedikit goyah.
Namun, Iyyan tetap berkeras mahu pergi.
Mereka berhenti di depan sebuah wad di hujung koridor.
?Itu bilik dia,? ujar jururawat itu.
Degupan jantung Iyyan terus bertambah laju. Tangannya terasa sejuk secara tiba-tiba. Entah kenapa dia takut. Takut melihat keadaan gadis itu. Dan lebih takut jika dia membencinya apabila sedar nanti.
Dengan nafas yang sedikit tidak teratur, Iyyan terus membuka perlahan pintu wad itu.
Langkahnya terus terhenti pabila melihat
katil itu kosong. Selimut putih tersusun kemas. Tiada sesiapa. Mata Iyyan terus membulat.
?Mana dia??
Jururawat di belakangnya juga kelihatan sedikit terkejut sebelum segera memeriksa fail di hujung katil.
?Oh??
?Apa maksud 'oh' tu??
?Patient ni dah discharge pagi tadi.?
Jantung Iyyan terasa jatuh menjunam.
?Discharge??
Jururawat itu mengangguk perlahan.
?Ahli keluarga dia datang ambil.?
Wajah Iyyan terus berubah.
?Siapa??
?Saya tak pasti??
Lelaki itu terus menggenggam kuat sisi katil kosong tersebut. Pergi? Macam tu saja?
Tanpa sempat dia melihat keadaan gadis itu? Tanpa sempat dia meminta maaf dengan betul? Tanpa sempat dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku?
?Mr Iyyan??
Suara jururawat itu kedengaran perlahan.
Iyyan langsung tidak memberi sebarang reaksi. Pandangannya tertancap tepat pada katil kosong tersebut.
Dan entah kenapa?
Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia terasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat penting sebelum sempat memilikinya.
Boleh percaya lagi ke kat si Iyyan ni ...????
Share this novel