Series
2918
TIGA tahun lalu?
Hujan turun mencurah-curah membasahi kota Kuala Lumpur. Kilatan cahaya neon dari bangunan mewah memancar di sebalik cermin tingkap hotel eksklusif itu, namun langsung tidak mampu menghilangkan ketakutan yang sedang mencengkam jiwa seorang gadis remaja bernama Iezani.
Tubuh kecilnya menggigil. Jantungnya berdegup terlalu laju sehingga terasa menyakitkan dada.
?Pakcik? kita nak pergi mana sebenarnya ni??
Suara polos itu membuatkan lelaki separuh umur di sebelahnya menjeling sekilas sebelum tersenyum hambar.
?Jumpa orang penting. Lepas ni hidup Iez senang.?
Iezani menggenggam hujung cardigan nipisnya erat. Dia tidak sedap hati sejak awal. Namun, dia terlalu mempercayai lelaki itu. Pakcik Saiful, adik arwah bapanya.
Satu-satunya keluarga yang dia ada selepas kematian bapanya. Ibunya pula sudah berkahwin lain, kini tinggal di Australia. Sebab itu, dia ikut sahaja ketika lelaki itu menyuruhnya bersiap cantik malam itu.
Gaun pendek ketat berwarna hitam kemerah-merahan yang dipakai membuatkan dia berasa kekok. Terlalu singkat. Terlalu mendedahkan. Tetapi, pakciknya pandai memujuk.
?Kita nak jumpa orang kaya. Jangan malukan pakcik.?
Iezani yang terlalu naif? hanya menurut.
Pintu suite hotel dibuka. Langkah kaki Iezani terhenti. Seorang lelaki lingkungan lewat empat puluhan sedang duduk sambil menghisap cerut. Wajahnya dipenuhi senyuman menjijikkan saat memandang tubuh Iezani dari atas ke bawah.
'Dato? Alex Bastian'.
?Ini budaknya?? suara lelaki Indonesia itu serak.
Pakcik Saiful terus mengangguk sambil senyum terpaksa.
?Masih muda, Dato?. Cantik orangnya.?
Jantung Iezani mula berdegup tidak sedap.
Pandangan lelaki itu membuatkan bulu romanya meremang.
?Pakcik?? bisiknya perlahan.
Namun, lelaki itu mengelak memandangnya.
Dato? Alex bangun perlahan lalu menghampiri Iezani. Jemarinya yang kasar cuba menyentuh dagu gadis itu, tetapi cepat-cepat Iezani menepis. Lelaki itu ketawa kecil.
?Masih liar rupanya.?
?Pakcik?? suara Iezani mula bergetar. ?Saya nak balik.?
?Diam!? jerkah Pakcik Saiful tiba-tiba.
Iezani tersentak.
Untuk pertama kali dalam hidupnya, lelaki itu meninggikan suara terhadapnya sebegitu rupa.
?Pakcik??
?Kau ingat aku bela kau percuma selama ni!? herdik lelaki itu lagi.
Air mata Iezani mula bergenang.
?Apa maksud pakcik??
Pakcik Saiful mengalihkan pandangan.
?Hutang pakcik terlalu banyak.?
Dunia Iezani terasa berhenti berputar.
?D-dan??
?Kau tolong pakcik malam ni.?
Ayat itu membuatkan wajah Iezani terus pucat lesi.
?Tak??
Dia menggeleng berkali-kali.
?Tak? pakcik jangan buat saya macam ni??
Dato? Alex ketawa perlahan sambil meneguk segelas minuman.
?Aku dah bayar mahal untuk kau, manis.?
Tubuh Iezani mula menggeletar hebat.
?Pakcik? tolonglah??
Namun, lelaki itu langsung tidak sanggup memandang wajahnya. Saat itu barulah Iezani sedar, dirinya telah dijual.
?Jangan dekat!?
Iezani menjerit sambil menolak tubuh besar Dato? Alex yang cuba merangkulnya. Gaun ketat yang dipakainya menyukarkan pergerakan. Air matanya sudah membasahi pipi.
Dato? Alex mula hilang sabar.
?Kau jangan buat aku marah!?
?Lepaskan saya!?
Tubuh kecilnya meronta sekuat hati ketika lelaki Indonesia itu mula menarik lengannya kasar.
?Pakcik! Tolong saya!?
Namun, pintu suite itu sudah tertutup rapat.
Tiada siapa datang membantu. Tiada siapa peduli. Tamparan kuat singgah di pipinya sehingga tubuh Iezani terjatuh ke lantai.
Kepalanya berpinar. Dato? Alex terus menerkam.
Nafas Iezani terasa sesak. Dan ketika itulah tangannya terasa sesuatu di dalam tas tangan kecilnya. Pisau kecil. Benda yang selalu dibawanya untuk berjaga-jaga ketika pulang lewat dari kelas tuisyen.
Tanpa berfikir panjang, dia terus menghunus pisau itu.
?Arghhh!?
Dato? Alex menjerit marah apabila lengannya tertoreh. Namun, dalam pergelutan itu, mata pisau kecil miliknya tersasar lalu melukakan dada kiri Iezani sendiri.
Pedih. Darah mula membasahi kulit putihnya. Tetapi, ketakutan mengatasi segalanya. Iezani menolak lelaki itu sekuat hati sebelum berlari keluar dari suite itu. Kaki kecilnya berlari tanpa arah.
Tangisan bercampur hujan. Tubuhnya menggigil ketakutan.
?Tolooong??
Namun, jalan malam itu terlalu sunyi. Dan ketika tenaganya hampir habis? dia terlanggar seseorang.
?Hey!?
Tubuh Iezani hampir rebah jika tidak disambut lelaki tinggi di hadapannya. Mata mereka bertembung. Dan untuk sesaat,
Iyyan terpaku.
Cantik!
Itu yang pertama terlintas di fikirannya.
Walaupun gadis itu dalam keadaan kusut, menangis dan ketakutan? wajah polosnya itu terlalu sukar diabaikan.
?Apa dah jadi ni?? soal Iyyan.
Iezani menggigil sambil memegang dadanya yang berdarah.
?Tolong, abang??
Suara kecil itu membuatkan naluri lelaki Iyyan tersentuh. Ketika itu dia masih waras.
Masih mampu berfikir. Tanpa banyak soal, Iyyan terus membawa Iezani masuk ke dalam keretanya.
Namun, apa yang Iyyan tidak tahu?
minuman yang diambilnya di kelab malam tadi telah dicampur sesuatu dan kesannya mula perlahan-lahan membakar tubuh lelaki itu.
Kondominium mewah milik Iyyan sunyi sepi.
Iezani duduk kaku di atas katil sambil menahan sakit pada luka di dadanya.
Air mata masih tidak berhenti mengalir.
Iyyan keluar dari bilik air bersama peti kecemasan.
?Biar I tengok luka you.?
Iezani masih teragak-agak. Namun, akhirnya dia perlahan-lahan menurut. Jemari lelaki itu menyentuh kulitnya untuk merawat luka.
Dan saat itulah? nafas Iyyan berubah.
Matanya tertancap pada dada putih gebu yang agak terdedah di sebalik gaun pendek ketat itu. Tubuhnya mula membara pelik. Ubat itu mula menunjukkan kesan. Iyyan menelan liur berkali-kali.
"Sial?!"
Dia cuba mengalihkan pandangan. Namun, semakin dia cuba melawan, semakin tubuhnya terasa panas. Iezani yang polos langsung tidak sedar perubahan lelaki itu.
?Terima kasih sebab tolong, abang??
Suara lembut itu hanya membuatkan pertahanan Iyyan semakin runtuh. Lelaki itu bangun menjauh sedikit sambil meramas rambutnya kasar.
?I nak keluar?you tidurlah.?
Tetapi, langkahnya terhenti. Pandangan matanya jatuh semula pada tubuh kecil di atas katilnya. Gaun hitam kemerah
-merahan itu terlalu mencengkam kewarasannya. Ditambah pula udara malam yang dingin dan aroma lembut tubuh gadis itu menusuk derianya. Iyyan menutup mata rapat. Namun, bayangan tubuh genit itu tetap bermain dalam kepala.
?Abang Iyyan??
Panggilan kecil dalam igauan gadis itu membuatkan lyyan hilang pertimbangan.
Dia berpaling semula. Kali ini? tiada lagi kewarasan yang tinggal dalam diri
Iyyan.
***
Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui celah langsir terasa amat menyakitkan. Iezani mengerutkan dahi, cuba menghalau rasa pening yang berdenyut-denyut di belakang kepalanya.
Dia cuba berpusing, namun setiap inci otot badannya menghantar isyarat sakit yang luar biasa. Lenguh, kebas, dan... pedih.
Dia menatap siling putih yang asing. Siling itu bukan miliknya.
Kesedaran pertama itu datang bagai renjatan elektrik. Iezani tersentak duduk. Selimut tebal yang melorot ke pinggang mendedahkan sebahagian tubuhnya yang ramping. Jantungnya mula berdegup kencang, rentaknya tidak sekata, mengetuk dinding dada dengan kasar. Cepat-cepat dia tarik selimut menutupi kembali tubuhnya yang terdedah itu.
Dia menunduk melihat tubuh sendiri. Pakaiannya yang dipakai semalam kini tiada lagi tersarung di tubuhnya. Matanya terpaku di atas lantai, di tepi katil, sehelai baju sendat hitam yang dipakainya semalam terdampar layu, tercampak dalam keadaan renyuk dan koyak di hujung lengan.
"Tak... tak mungkin," bisik Iezani.
Suaranya pecah, tersekat di kerongkong yang kering. Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Diari ingatannya kabur. Dia ingat dirinya diselamatkan oleh seorang lelaki tinggi lampai dari menjadi habuan seorang ahli perniagaan yang bergelar Dato' dan sempat lelaki itu merawat luka di dadanya malam tadi.
Dia mengelus dadanya yang bertampal plaster luka sederhana besar itu. Selepas itu... gelap. Hanya ada serpihan memori yang menakutkan, suara garau yang berbisik, berat tubuh yang menindihnya dan rontaan lemahnya yang langsung tidak diendahkan.
Pandangan Iezani beralih ke sisi katil. Kosong. Namun, bantal di sebelahnya kemek, meninggalkan bau wangian maskulin yang asing dan pekat. Bau yang serta-merta membuatkan perutnya memulas mual.
Realiti mula menghempas tanggul penafiannya. Dia bukan sekadar tersalah tempat tidur. Dia telah diperkosa. Cecair hangat mula bertakungan di kelopak mata. Iezani memeluk lututnya rapat ke dada, cuba mengecilkan diri seolah-olah mahu ghaib dari dunia. Badannya menggigil hebat, bukan kerana kedinginan penghawa dingin, tetapi kerana rasa jijik yang amat sangat terhadap tubuh sendiri yang kini dirasakan kotor.
Air matanya tumpah, membasahi lutut. Tiada esakan yang kuat, hanya tangisan dalam diam yang mencengkam dada, sejenis kesakitan yang terlalu dalam hingga tidak mampu diluahkan dengan jeritan.
Iezani masih duduk membatu di hujung katil sebaik sahaja matanya meliar mencari keberadaan lelaki semalam. Suasana sunyi itu membuatkan ketakutannya perlahan-lahan kembali mencengkam. Tubuhnya masih menggigil halus.
Dia memeluk tubuh sendiri sambil memandang sekeliling ruang bilik mewah tersebut. Terlalu asing. Terlalu sunyi.
Namun jauh di sudut hati, dia tahu lelaki itu tidak berniat jahat ketika membawanya pulang malam tadi.
Tapi? mungkin dengan penampilannya, menjadi asbab lelaki asing itu bertindak luar kawalan. Mengingati itu, buat tubuh Iezani meremang semula. Iezani mengesat air mata yang masih bersisa sebelum perlahan-lahan bangun dari katil.
Tubuhnya terasa semakin tidak selesa hanya dibaluti selimut tebal itu, lebih-lebih lagi bahagian dada kirinya masih pedih akibat luka yang masih berdarah. Matanya tertancap pada almari besar yang sedikit terbuka.
Dengan langkah perlahan, dia menghampiri almari itu lalu membukanya. Deretan pakaian lelaki tersusun kemas di dalamnya.
Wangian maskulin yang lembut terus menusuk deria. Entah kenapa, dada Iezani terasa sedikit tenang.
Tangannya mencapai sehelai t-shirt hitam milik Iyyan yang kelihatan besar pada tubuh kecilnya. Tanpa banyak fikir, dia terus menanggalkan selimut berwarna biru laut itu sebelum menyarung t-shirt itu ke tubuhnya.
T-shirt itu hampir menutupi separuh pahanya. Longgar. Tetapi, cukup membuatkan dirinya terasa lebih selamat berbanding gaun mencolok mata itu.
Iezani menarik nafas lega perlahan.
Namun, baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari bilik, langkahnya terus terhenti.
Tubuhnya menegang. Iyyan sudah berdiri di muka pintu. Lelaki itu menjinjit beberapa buah beg kertas di tangannya. Mata mereka bertembung.
Dan serta-merta wajah Iezani berubah pucat. Dia berundur setapak secara refleks.
Ketakutan malam tadi kembali menjalar dalam dadanya. Iyyan yang menyedari reaksi itu hanya tersandar santai di bingkai pintu sebelum menghadiahkan satu senyuman kecil. Manis. Tenang. Berbeza daripada pandangan tajam pertamanya malam tadi.
?I bukan nak makan you,? usiknya perlahan.
Iezani terus menunduk. Jari-jemarinya menggenggam hujung t-shirt longgar itu erat-erat. Tapi, yang anehnya ketakutannya terhadap lelaki itu terus lenyap untuk seketika.
'Bukan ke abang ni dah 'makan' aku malam tadi?' gumam Iezani.
Iyyan melangkah masuk perlahan sebelum menghulurkan beg-beg kertas itu kepadanya.
?Nah.?
Iezani teragak-agak beberapa saat sebelum menyambut huluran itu dengan tangan yang masih terketar-ketar.
?Terima kasih??
Suara gadis itu terlalu perlahan mengetuk dedaun telinga milik Iyyan. Iyyan memandang wajah polos itu beberapa saat sebelum matanya perlahan-lahan jatuh meneliti penampilan Iezani dari atas ke bawah.
Dan tanpa sedar, bibir lelaki itu terukir senyuman nipis. Comel. Terlalu comel. Macam seseorang dari zaman kecilnya. 'Damia', seorang budak perempuan comel yang sering menemaninya ketika dia pulang ke kampung. Damia merupakan teman sepermainan kesayangan Iyyan dan dia ialah anak jiran neneknya.
"Damia..." Iyyan menyebut sebaris nama itu di dalam hatinya. Mata terpejam sebentar sebelum dia membukanya perlahan-lahan.
Sepasang mata hitam pekatnya terarah ke arah figura yang masih berdiri di muka pintu biliknya itu. Tubuh kecil itu hampir tenggelam dalam t-shirt hitam miliknya.
Rambut panjang Iezani yang sedikit kusut membuatkan gadis itu kelihatan terlalu rapuh di matanya.
Perasaan aneh mula mengetuk dada Iyyan.
Sesuatu yang sukar dijelaskan.
?Besar sangat ke baju I tu?? soal Iyyan sengaja mengusik.
Iezani cepat-cepat menarik hujung t-shirt itu ke bawah sambil wajahnya merona malu.
?E-erm pinjam kejap, ya??
?Hmm... nak ambik terus pun I tak kisah.?
Iyyan ketawa kecil. ?I tak marah.?
Makin tunduk wajah Iezani dibuatnya.
Lelaki itu kemudian mengangkat dagu ke arah beg kertas di tangan gadis itu.
?Ada pakaian baru dalam tu.?
Iezani memandangnya perlahan.
?I beli yang simple je. Entah saiz ngam ke tak.?
Gadis itu membuka sedikit beg itu lalu terlihat beberapa helai pakaian wanita yang masih baru. Matanya terus membulat kecil.
?Abang? beli semua ni untuk saya??
?Yelah, takkan untuk makcik guard bawah tu pulak??
Iezani tergamam seketika sebelum ketawa kecil tanpa sedar. Dan untuk pertama kalinya, Iyyan melihat wajah gadis itu tersenyum.
Cantik. Hati lelakinya terasa aneh saat melihat senyuman itu.
?Pergi mandi dulu,? ujar Iyyan perlahan sambil menyandarkan tubuh pada dinding. ?Lepas tu tukar baju.?
Iezani menggigit bibir kecilnya.
?Bilik air dekat mana??
Iyyan terus menunjuk ke arah pintu di hujung bilik.
?Sana... sebelah kiri.?
Iezani mengangguk perlahan sebelum melangkah menuju ke bilik air sambil memeluk beg kertas itu erat ke dada.
Namun, baru beberapa langkah, Iezani berpaling perlahan semula setelah Iyyan memanggil dirinya. Iyyan memandangnya seketika sebelum bersuara rendah.
?You, tertinggal towel ni. I keluar dulu? nanti pergi dapur. I nak bincang sikit. Dapur kat sebelah kanan.?
Dan entah kenapa? ayat itu membuatkan wajah Iezani kembali terasa berbahang. Setelah lengkap berpakaian, Iezani muncul di dapur seperti yang diarahkan. Bulat mata Iyyan menatap penampilan Iezani dalam dress ungu itu.
Aduhhh...apa jadi pada Iezani tu ya...?
Share this novel