ABMC : BAB 4 (BERUBAH)

Romance Series 2918

TIGA bulan sudah berlalu. Namun, seraut wajah jelita itu masih menghantui hidup Iyyan tanpa belas. Setiap kali dia memejam mata, bayangan gadis kecil bertubuh genit itu pasti muncul dalam fikirannya. Wajah pucat gadis yang tidak sedarkan diri di dalam keretanya sebelum sempat dia mahu menghantar gadis itu ke hospital menjadi mimpi buruk yang berulang-ulang menghukum dirinya.

Dan lebih menyakitkan, gadis yang belum sempat dia mahu kenali lebih lanjut itu hilang begitu sahaja. Tanpa jejak. Tanpa khabar. Tanpa peluang untuk dia menebus dosanya.

?Iyyan, you still cari perempuan tu??

Suara sahabatnya, Rayqal, memecahkan lamunan lelaki itu.

Iyyan yang sedang duduk di sofa pejabat mewahnya hanya diam sambil memandang sekeping kad pengenalan di tangan.
Gambar kecil Iezani pada kad itu direnung lama. Wajah polos dengan mata redup yang terlalu sukar dilupakan.

?Macam orang gila dah I cari dia.?
suara Iyyan kedengaran serak.

Rayqal mengeluh perlahan sebelum melabuhkan duduk di hadapan sahabatnya itu.

?You langsung tak tahu apa-apa pasal dia??

Iyyan menggeleng perlahan.

?Nama penuh dia pun I baru tahu lepas jumpa beg ni.?

???

Hari itu?

Selepas keluar dari hospital petang Rabu itu, Iyyan kembali semula ke hotel mewah berhampiran kelab malam tempat pertama kali dia bertemu Iezani. Dia tidak mahu berlengah lagi. Entah kenapa dia yakin pasti ada sesuatu milik gadis itu tertinggal di sana.

Dan sangkaannya benar. Sebuah beg kecil sandang gadis itu dijumpai oleh pekerja hotel di atas katil salah sebuah suite mewah yang terdapat di tingkat tiga puluh hotel terkenal itu.
Beg tangan kecil berwarna krim itu kelihatan lusuh sedikit mungkin sudah terlalu lama digunakan oleh si gadis kecil molek itu.
Dan di dalamnya, ada sebuah dompet kecil comel berwarna merah jambu lembut.
Di situlah dia menemukan kad pengenalan milik si gadis.

NUR DAMIA IEZANI BINTI ARIFFIN.

Umurnya ketika itu baru mencecah tujuh belas tahun. Tujuh belas. Angka itu membuatkan dada Iyyan terasa ditikam berkali-kali. Terlalu muda. Dan dia? dia telah merosakkan hidup seorang gadis yang masih terlalu mentah untuk mengenal dunia.

???

?I, memang syaitan?? bisiknya perlahan.

Rayqal terdiam mendengar ayat itu. Dia tidak pernah melihat Iyyan sehancur ini sebelumnya. Lelaki itu biasanya penuh ego, yakin dan sentiasa tenang menghadapi apa sahaja masalah.

Tetapi, sejak kemalangan itu? Iyyan berubah sepenuhnya.

?Alamat IC tu??

Iyyan ketawa hambar.

?I dah pergi.?

???

Dan lawatan itu menjadi satu lagi tamparan buat dirinya. Flat kos rendah di hujung kota itu kelihatan usang dan suram. Cat dindingnya sudah mengelupas. Tangga besinya berkarat.

Kawasan sekitar pula dipenuhi bunyi kanak-kanak bermain dan motosikal lama yang bersimpang-siur. Tempat seperti itu terlalu jauh berbeza daripada dunia mewah yang biasa didiami Iyyan. Namun, di situlah Iezani membesar.

Jantung lelaki itu berdegup tidak menentu ketika dia berdiri di depan pintu rumah bernombor C-14. Tangannya mengetuk perlahan. Tiada jawapan. Dia mengetuk lagi.
Masih sunyi. Saat itulah seorang wanita tua yang kebetulan sedang menyidai kain di depan rumah sebelah menegur.

?Cari siapa dik?? tanya seorang makcik dengan agak ramah.

?I cari penghuni rumah ni, aunty. Aunty tahu sesuatu??

Makcik itu terus menggeleng.

?Rumah ni dah lama kosong, dik.?

Wajah Iyyan berubah.

?Kosong??

?Ha?ah.?

?Mana penghuni dia pergi??

Wanita itu mengeluh kecil sambil memerah kain basuhannya yang masih basah sebelum diampai.

?Tak tahu lah. Setahu makcik, rumah ni disewa oleh seorang lelaki, Saiful namanya. Adik cari Saiful ke? Nak mintak hutang??

Iyyan hanya menggeleng. Terbit senyum sinis di wajahnya yang kelihatan agak angkuh itu.
'Saiful'.

Nama itu terus terpahat dalam kepala Iyyan.

?Dia ada anak saudara perempuan??

?Oh, budak cantik tu?? makcik tua itu terus menyampuk.

Degupan jantung Iyyan bertambah laju.

?Yes? I mean, ya.?

Makcik itu mengangguk perlahan.

?Kesian budak tu. Makcik anggap Iez tu macam anak makcik dah, hai tak tahulah apa nasib budak tu agaknya sekarang ni. ?

Dahi Iyyan terus berkerut.

?Kesian... kenapa??

Wanita separuh baya itu memandang sekeliling seolah-olah takut didengari orang lain sebelum merendahkan suara.

?Pakcik dia tu, kaki judi. Saiful tu siapa je tak kenal kat flat ni.?

Kenyataan itu membuatkan rahang Iyyan terus menegang.

?Selalu sangat orang datang cari hutang dekat rumah ni. Tu yang makcik ingat, adik datang sini, nak kutip hutang si Saiful ni tadi.?

Sepasang mata bulat hitam Iyyan mula mengeras. Kini, wajah Iyyan kelihatan semakin ketat.

?Lepas tu?? suara Iyyan tidak semena-mena meninggi nadanya.

?Kira-kira tiga bulan lepas, tiba-tiba diorang hilang macam tu je.?

?Hilang?? jejemari yang sudah terkepal menumbuk dinding simen rumah Pakcik Saiful yang sedia kosong itu, melepaskan amarahnya.

?Opocot, mak kau hijau. Ish, budak ni! Terkejut aku. Ha?ah. Rumah ni terus kosong.?

Kain baju yang terlepas dari pegangan makcik itu dikutip kembali oleh Iyyan.

"Maaf aunty, I tak sengaja tadi."

"Eh, jari-jari adik berdarah tu. Sini, makcik bubuh ubat. Kot ya pun marah, apa pulaklah ditumbuk dinding tu tadi, terkejut aku dibuatnya."

"Takpelah, aunty... sikit je ni. I nak cepat. Terima kasih."

"Hmm... elok-elok jalan tu."

Iyyan memandang pintu usang rumah Pak
Cik Saiful itu lama setelah makcik tadi masuk ke dalam rumahnya semula. Entah kenapa dadanya terasa semakin berat.

Tiga bulan lalu? bermakna tidak lama selepas malam kejadian itu. Adakah Iezani melarikan diri? Atau? ada sesuatu yang lebih buruk berlaku?

???

?Iyyan??

Suara Rayqal membawa lelaki itu kembali ke dunia nyata. Iyyan tersedar daripada lamunannya sebelum menggenggam erat kad pengenalan kecil itu. Matanya jatuh lagi pada gambar Iezani.

Untuk pertama kali, dia sedar satu perkara yang paling menakutkan. Dia tidak hanya mencari seorang gadis untuk bertanggungjawab atas dosanya. Tetapi, dia sedang mencari seseorang yang perlahan-lahan mula hidup dalam hatinya.

Namun, pencarian Iyyan tidak terhenti di situ. Setiap hari, setiap minggu, hidup lelaki itu seolah-olah hanya berputar pada satu tujuan. Mencari Iezani. Dan satu-satunya individu yang sentiasa berada di belakangnya menguruskan segala pencariannya itu ialah pembantu peribadinya sendiri, Kamal Hakimi.

Kamal bukan sekadar PA biasa. Lelaki berusia awal tiga puluhan itu sudah bekerja dengan keluarga Iyyan sejak bertahun -tahun lamanya. Tenang, cekap dan sangat dipercayai oleh arwah Datuk Seri Irwaniruddin, bapa Iyyan sendiri.

Malah, Kamal lebih banyak mengetahui sisi gelap hidup Iyyan berbanding orang lain.
Termasuk perubahan drastik lelaki itu sejak kehilangan Iezani.

?Bos.?

Pintu pejabat dibuka perlahan sebelum Kamal melangkah masuk sambil membawa beberapa fail nipis. Iyyan yang sedang berdiri menghadap tingkap tinggi pejabatnya langsung tidak berpaling.

?Ada apa??

?Orang kita dah check semua hospital swasta sekitar Kuala Lumpur.?

Sunyi seketika.

?Tak ada nama Nur Damia Iezani binti Ariffin.?

Rahang Iyyan terus menegang. ?Clinic??

?Pun tak ada.?

Iyyan memejam mata perlahan. Hampa.
Lagi-lagi jalan buntu. Kamal memandang belakang tubuh majikannya itu lama sebelum mengeluh kecil.

Sejujurnya, dia sendiri pelik melihat kesungguhan Iyyan mencari seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh singkat. Dan dalam tempoh tiga bulan berlalu, hampir setiap hari majikannya ini berubah seperti manusia yang kehilangan separuh jiwanya.

?Bos??

Iyyan membuka mata perlahan. ?Apa??

?Maybe perempuan tu memang tak nak dijumpai.?

Ayat itu membuatkan suasana pejabat terus membeku. Perlahan-lahan Iyyan berpaling.
Wajahnya tenang. Tetapi, mata lelaki itu terlalu gelap.

?I tak peduli.?

Kamal terdiam.

?I tetap akan cari dia.?

Suara Iyyan rendah, namun cukup tegas.
Dia berjalan semula ke meja kerjanya sebelum mencapai dompet kecil berwarna merah jambu lembut yang sentiasa disimpan di dalam laci. Dompet milik Iezani.
Satu-satunya barang yang menjadi penghubung antara mereka sekarang.

Kamal memerhati tanpa bersuara. Dia pernah nampak Iyyan termenung berjam-jam hanya kerana memandang gambar kecil dalam kad pengenalan itu. Seolah-olah jejaka itu sedang dihukum oleh rasa bersalahnya sendiri.

?Bos?? Kamal bersuara perlahan. ?Sebenarnya apa yang jadi antara bos dengan perempuan ni??

Soalan itu membuatkan tangan Iyyan terhenti menaip sesuatu di papan kekunci komputer. Beberapa saat, dia hanya diam.

?I dah rosakkan hidup dia.?

Kata-kata daripada Iyyan itu cukup membuatkan Kamal terpaku. Selama ini dia tidak pernah bertanya lebih lanjut kerana menghormati privasi majikannya.

Namun, dari cara Iyyan mencari gadis itu tanpa henti, dia sudah dapat mengagak pasti ada sesuatu yang 'besar' berlaku.

?I patut lindungi dia malam tu?? sambung Iyyan lagi sambil memandang kosong gambar Iezani. ?Tapi... I jadi lelaki paling hina dalam hidup dia.?

Kamal terus terdiam. Pertama kali dia melihat mata Iyyan dipenuhi penyesalan sedalam itu. Dan lebih mengejutkan, lelaki ego seperti Iyyan Reyqhal akhirnya jatuh dalam rasa bersalah yang tidak mampu dilepaskan.

Tiba-tiba, telefon di atas meja berbunyi.
Kamal cepat-cepat menjawab panggilan.

?Ya??

Beberapa saat kemudian wajah lelaki itu berubah sedikit serius.

?Betul??

Iyyan terus mengangkat wajah. Kamal mematikan talian telefon itu sebelum memandang majikannya.

?Bos??

?Apa??

?Ada orang nampak Pak Cik Saiful dekat Johor Bahru minggu lepas.?

Mata Iyyan terus mengeras. Selepas berbulan-bulan, satu jejak tentang Iezani akhirnya muncul kembali.

***

PERJALANAN ke Johor Bahru terasa terlalu panjang bagi Iyyan. Sepanjang lebuh raya, lelaki itu hanya diam membatu di tempat duduk belakang SUV mewah miliknya sambil memandang keluar tingkap. Fikirannya berserabut.

Setelah berbulan-bulan mencari tanpa arah, akhirnya nama Pak Cik Saiful muncul semula dalam pencarian mereka. Dan entah kenapa? hati Iyyan terasa sesak sejak awal perjalanan.

?Bos.?

Kamal yang sedang memandu memandang cermin pandang belakang sekilas.

?Kita dah dekat kawasan alamat yang orang tu bagi.?

Iyyan hanya mengangguk perlahan. Di sebelahnya, Rayqal mengeluh kecil sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.

?Harap-haraplah kali ni... tak sia-sia.?

Namun, sebaik sahaja mereka tiba di kawasan perkampungan usang di pinggir Johor Bahru itu, wajah Iyyan terus berubah.
Kawasan berkenaan kelihatan suram.
Beberapa rumah kayu lama berdiri rapat antara satu sama lain. Ada yang hampir roboh.

Sewaktu mereka bertanyakan tentang Pak Cik Saiful kepada beberapa penduduk sekitar, mereka menerima jawapan yang langsung tidak dijangka.

?Hah? Saiful??

Seorang lelaki tua yang sedang duduk di warung kecil terus mengerutkan dahi.

?Dia dah mati.?

Tubuh Iyyan terus menegang.

?Apa??

Rayqal dan Kamal turut saling berpandangan.

?Mati?? ulang Kamal perlahan.

Lelaki tua itu mengangguk sambil menghirup kopi.

?Kena bunuh.?

Jantung Iyyan terasa jatuh menjunam.

?Bila??

?Tak silap aku, tiga bulan lepas.?

Tarikh itu membuatkan nafas lyyan terus tersekat. Tiga bulan lalu? waktu yang sama selepas malam kejadian dengan Iezani.

?Kenapa dia dibunuh?? soal Rayqal pula.

Lelaki tua itu ketawa hambar. ?Hutang.?

Mata Iyyan mula mengeras.

?Saiful tu banyak hutang dengan orang.?

?Dengan siapa??

?Entah. Dia ramai musuh.?

Lelaki tua itu memandang sekeliling sebelum merendahkan suara.

?Dengar cerita dia jual macam-macam benda untuk bayar hutang.?

Rahang Iyyan terus menegang kuat. Dia tahu apa yang dimaksudkan. Hakikat itu membuatkan darahnya mendidih.

?Mayat dia jumpa dekat mana?? tanya Kamal.

?Belakang gudang lama dekat pelabuhan.?

Sunyi seketika. Hujan renyai mula turun membasahi bumi Johor Bahru petang itu.
Namun, rasa takut yang mula tumbuh dalam diri Iyyan terasa begitu menyakitkan.

Kalau Pakcik Saiful dah mati? maka ke mana Iezani pergi? Adakah gadis itu hidup?
Atau?

Iyyan terus menepis kemungkinan buruk tersebut daripada fikirannya. Tak. Iezani mesti masih hidup. Dia mesti hidup.

Malam itu, mereka menginap di sebuah hotel berhampiran bandar Johor Bahru.
Rayqal memandang Iyyan yang sedang berdiri di balkoni bilik hotel sambil termenung jauh.

?Aku rasa kau patut guna bantuan polis.?

Iyyan tidak berpaling. ?Tak.?

?Kau dah cari berbulan-bulan.? Rayqal mengeluh kasar sebelum berjalan menghampiri. ?Kalau betul ada jenayah besar berlaku, polis boleh cari lebih cepat.?

Iyyan memejam mata perlahan. Dia tahu.
Tetapi, dia juga terlalu sedar siapa dirinya sekarang. CEO muda syarikat gergasi yang sering menjadi perhatian media. Namanya sentiasa bersih. Reputasinya terlalu besar untuk dipalit sebarang kontroversi.

Dan kalau pihak polis mula menyiasat?
mereka pasti akan bertanya tentang malam dia bersama Iezani. Tentang kemalangan.
Tentang hubungan mereka. Tentang apa yang berlaku di kondominiumnya malam itu.

?I tak boleh libatkan polis.?

Rayqal mengerutkan dahi. ?Kenapa??

Iyyan berpaling perlahan. ?Masa depan I, akan hancur.? Sunyi seketika. ?I, CEO syarikat besar, Ray.? suaranya perlahan tetapi penuh tekanan.

?Kalau media dapat tahu I pernah rosakkan hidup budak bawah umur??

Ayatnya mati di situ.

Namun, Rayqal sudah faham segalanya.
Kamal yang sejak tadi diam turut memandang wajah majikannya lama.
Buat pertama kali, dia nampak ketakutan sebenar dalam diri Iyyan. Bukan takut kehilangan reputasi semata-mata. Tetapi, takut menghadapi hakikat dirinya sendiri.

?I akan guna private investigator,? sambung Iyyan akhirnya. ?Itu lebih selamat.?

Rayqal mengeluh perlahan sebelum mengangguk. ?Okay.?

Iyyan kembali memandang gelap malam di luar balkoni. Hatinya terasa semakin berat.
Kerana semakin dia mencari Iezani, semakin dia sedar bahawa kehilangan Iezani mungkin bukan satu kebetulan biasa.

Kalau macamnilah halangannya Iyyan, dpt jumpa ke Iezani tu balik ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience