Aku Bukan Mainan Cintamu

Erna Md Nordin

Romance Series 422
0
(0 ratings)

Synopsis

Perjodohan mereka yang ditentukan sejak kecil membuatkan Iyyan Reyqhal agak keberatan untuk mempersetujui rancangan keluarganya. Dia memberontak pada mulanya, namun setelah terpandang buat kali pertama foto bakal isterinya, dia mengubah pendiriannya. Pesona aura jelita Nur Damia Iezani memang tidak dapat disangkal lagi. Dia yang dijaga oleh neneknya yang cerewet tentang penampilan membuatkan si gadis sunti hampir terlalu sempurna sehingga tiada kata- kata yang setanding untuk menggambarkan keindahan semulajadi yang dianugerahi Tuhan kepadanya. Sejak kecil Iyyan sudah terpikat dengan kejelitaan milik Iezani dan mahu kedua ibu bapanya meminang Iezani untuk dirinya. Dan rancangan itu diterima baik kedua-dua belah pihak keluarga memandangkan kedua-dua orang tua mereka sudah berkenalan dan berjiran hampir lima belas tahun. Namun, segalanya berubah setelah Iyyan meningkat dewasa. Perangai 'playboy' Iyyan yang semakin menjadi-jadi membuatkan ibunya, Datin Seri Irwanie Marshanda mengambil keputusan untuk segera menikahkan Iyyan dengan Iezani. Nur Damia Iezani yang memang selama ini menyimpan hati pada Iyyan Reyqhal hanya bersetuju dengan perjodohan ini tanpa dia tahu Iyyan yang dipujanya sudah berubah laku hampir 360 darjah. Segala harapan Iezani punah seawal malam pertama mereka kerana tingkah Iyyan yang jauh berbeza dari apa yang diimpikan Iezani. Dapatkah Iezani mempertahankan rumah tangganya bersama Iyyan? Menjadikan Iyyan suaminya yang perlu ditaati setelah mengetahui kebenaran sikap Iyyan yang hanya suka mempermainkan hati wanita. Dalam setiap doa yang dipanjatkan Iezani, dia berharap dirinya bukanlah menjadi mainan cinta lelaki yang selama ini dia letakkan begitu teristimewa di hatinya. Dia ingin disayangi, dibelai dan dilindungi seperti selayaknya seorang isteri. Mampukah Iezani mengubah Iyyan menjadi seperti putera impiannya atau redha pernikahan mereka terlerai begitu sahaja.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Erna Md Nordin

440 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience