BAB 3

Romance Series 6776

" Lama lagi ke Mak Uda? Saya dah lewat sangat ni. " tanya Haqiem buat kesekian kalinya. Wajah yang terlihat tenang tadi sedikit demi sedikit sudah mulai bertukar wajah. Jelas terpampang perasaan geramnya kerana terpaksa menunggu lama seperti ini. Kalaulah tidak kerana desakan Faiqa tadi, tidak ingin Haqiem membuang masa seperti ini.

" Nufa kata kejap lagi, tuan. " bagitahu Mak Uda takut-takut. Sedari tadi kepalanya asyik menunduk. Langsung tak berani bertatap mata dengan majikannya yang terlihat seakan sudah hilang sabar.

Haqiem berdecit keras. Di hantar lagi pandangannya ke arah muka pintu tandas yang masih bertutup rapat.

" Apa yang dia buat kat dalam tu? lama sangat! Apa dia ingat saya ni tak ada kerja lain ke?! " marah Haqiem dengan suara yang tertahan-tahan.

" Mintak maaf tuan. Tadi lepas Mak Uda ajak dia minum, dia terus sakit perut. Masuk kali ni dah 4 kali dia keluar masuk ke tandas. " terang Mak Uda dengan riak serba salah. Malah terasa dirinya adalah punca mengapa Nufa jadi begitu.

Haqiem merengus. Kakinya segera di bawa ke arah pintu tandas.

" Excuse me! Lama lagi ke you nak duduk dalam tandas tu? " soal Haqiem sebal. Kerana geram, dia sengaja mengetuk-ngetuk permukaan pintu tandas itu dengan kuat.

Nufa yang sedang menahan rasa sakit perutnya jadi kaget dengan tindakan yang sedang dilakukan oleh Haqiem. Sudahlah sakit perutnya tidak berkurang. Ketukan bertalu-talu Haqiem sangat menganggu ketenteramannya kala itu.

" Hello!!! ada orang tak dekat dalam ni?! " kali ini suara Haqiem sudah memekik kuat. Tindakan Nufa yang hanya mendiamkan diri terasa benar menguji tahap kesabarannya.

" Ada. Ada. "

Sayu-sayu suara itu menyapa gegendang telinga Haqiem.

" Haaaaa!! Ada pun orang. Ingatkan dah pengsan dekat mangkuk tandas tu tadi! " balas Haqiem sinis. Masih keras nada suaranya seperti mahu menelan hidup-hidup figura yang ada di dalam tandas itu.

Terkedu Nufa mendengarnya. Herot mulutnya menahan rasa geram. Tak sangka baru hari pertama bekerja, majikannya sudah mengeluarkan kata-kata yang dirasakan sangat tidak sesuai. Apa majikannya itu ingat dia suka-suka ke jadi penunggu dalam tandas ni.

" So sekarang ni you nak keluar ke tak?! I tak ada banyak masa nak tunggu you lama-lama dekat sini." Tegas dan lantang sekali Haqiem bersuara. Tak ada lagi dah nada lembut yang selalu dia gunakan untuk orang yang baru dia kenali. Nak-nak lagi bila memikirkan gadis di dalam tandas itu bakal menjadi punca dia terlewat hari ini.

" 5 minit! Ya. Lagi 5 minit saya keluar. "

Fffttttt.....

Haqiem yang sudah bercekak pinggang segera menghembuskan nafas kasar. Tegang sekali air mukanya hingga Mak Uda disebelah diam tak terkutik.

" You waist my time very well!!! " jerkah Haqiem lantas segera meninggalkan ruangan itu.

" Mak Uda! nanti bagi perempuan tu barang ni. Itu pun kalau dia serius nak bekerja dengan saya! " sempat lagi Haqiem memberikan arahan pada Mak Uda yang sedang terkocoh-kocoh mengekorinya dari belakang.

" Baik, tuan. " balas Mak Uda segera menyambut bungkusan yang diberikan oleh Haqiem.

.
. .
Kedua tangan disilangkan atas dahi. Mata merenung tajam permukaan siling bilik yang rata. Sesekali permukaan kulit wajahnya diraut berulang kali. Nufa pandang lagi bungkusan yang diserahkan oleh Mak Uda sebelum dia pulang ke rumah tadi.

Haish... apa yang perlu aku buat ni?

Nufa garu-garu kepalanya. Entah kenapa hatinya kini sedang berbolak balik untuk melakukan apa yang telah dia sendiri persetujui tempoh hari.

" Nufa! Nufa! "

Kemunculan Kelly yang tiba-tiba meredah masuk ke dalam biliknya buat Nufa segera bangkit dari baringan. Segera bungkusan pemberian dari Mak Uda tadi disorokkan di bawah bantal. Dengan dahi berkerut matanya mengekori jejak Kelly sebelum gadis itu mara duduk disebelahnya.

" Kau okay tak ni, Nufa? "

" Aku? dah kenapa pulak dengan aku? kau ada nampak aku tak okay ke? "

Selamba saja Nufa layangkan pertanyaan itu. Kepalanya menggeleng seketika. Pelik pulak Nufa tengok tingkah Kelly yang tiba-tiba meredah masuk ke biliknya.

" Eh, kau ni. Main-main pulak. Cakaplah betul-betul, kau okay ke tak? " tanya Kelly separuh mendesak. Jelas sekali dia tak puas hati dengan jawapan yang Nufa berikan.

" Aku okay! yang kau beria sangat tanya keadaan aku ni dah kenapa? padahal kau sendiri pun tahu kan, kalau aku tak okay dah tentu aku ada dekat hospital. Betul tak? " seloroh Nufa diiringi ketawa kecil. Malas nak layan perangai kelam kabut Kelly yang entah apa-apa.

" Hisyhh, kau ni. Ke situ pulak dah. "

Kelly tarik muka ketat. Tak suka betul dia dengan gurauan Nufa yang tak kena masa.

" Habis tu, kau nak aku jawab apa lagi. Dah sah-sah aku sihat kan. Kau tu je yang risau tak bertempat. Ni, yang kau ni balik-balik terus tanya aku okay ke tak dah kenapa? Kau ada mimpi seram ke tadi? "

Kepalanya menyenget demi menilik muka Kelly yang masih terbias resah. Manalah tahu tabiat Kelly yang suka tidur petang tu buat dia bermimpi perkara yang bukan-bukan..

" Eh, mana ada! "

" Habis tu, yang kau beria sangat tanya keadaan aku ni dah kenapa? "

" Aku cuma risaukan kau. Si Bob sebelah rumah kita ni kata Pak Darus ada datang ke sini. Tu yang aku risau tu. Mana lah tahu Pak Darus tu ada apa-apa kan kau ke... " Kelly hela nafas perlahan. Walaupun dia melihat keadaan Nufa baik-baik saja tapi hatinya tetap berasa bimbang.

" Lah. Sebab tu je ke? Ala, aku tak ada apa-apalah. Aku okay je. Lagi pun Pak Darus tu datang ke sini pun sebab nak mintak duit sewa. "

" Mestilah aku risau, Nufa. Kita bukannya tak kenal dengan perangai Pak Darus tu. Dia kalau tak dapat apa yang dia nak, mula lah dia buat pasal. " sempat lagi Kelly merungut perihal Pak Darus, pemilik rumah sewa mereka.

" Elok sangatlah tu kalau kau kenal perangai Pak Darus tu. Jadi apa alasan kau tak bayar duit sewa? tiga bulan pulak tu! " soal Nufa sambil menekan perkataan tiga bulan. Kalau tidak kerana mengenangkan budi Kelly padanya, dah lama Nufa tinggalkan temannya itu tinggal sorang-sorang di rumah ini.

Spontan air muka Kelly berubah rona.

" Hmmm.... sorry Nufa. Aku.... aku dah terguna duit tu. " bagitahu Kelly dengan muka bersalah.

" Kau buat apa dengan duit aku tu? kau guna untuk berjoli ke? " serkap jarang Nufa buat Kelly segera bersuara.

" Eh, bukan. Aku tak guna duit tu untuk berjoli. Aku.. aku guna duit tu untuk bayar kereta aku. "

Kata-kata Kelly buatkan Nufa menghela nafas panjang.

" Hisyhhh... Kau ni kan, Kelly! sampai hati kau guna duit tu tak bagitahu aku. Patutlah hari tu Pak Darus tu marah sangat dekat aku, yang aku ni pulak sibuk pertahankan kau sebab ingatkan kau terlupa bagi duit tu dekat dia. " giat Nufa. Sedikit meninggi suaranya kerana geram dengan Kelly. Kadang Nufa tak faham jugak dengan sikap orang macam Kelly ni. Dah tahu gaji bulanan hanya cukup-cukup untuk makan, lagi nak pakai kereta mahal-mahal. Pakai kereta murah kan boleh. Janji mampu bayar bulan-bulan.

" Sorrylah Nufa... Aku memang nak bagitahu kau. Tapi.... "

" Takut??? habis tu kau tak takut pulak dengan Pak Darus tu? Dahlah dia datang macam gengster. Siap bawak anak dia lagi untuk ugut-ugut aku. "

" Anak dia yang hensem tu ke? "

" Khatijah Razak!!!! "

" Eh, kau ni. Janganlah jerit-jerit. Aku gurau je lah! " Kelly tayang sengih. Risau pula bila nama penuhnya diseru sebegitu kuat oleh Nufa.

" Tahu pun takut! Ni nasib baiklah aku dah dapat kerja tau. Kalau tak memang hidup merempatlah kita sebab kena halau dengan Pak Darus tu. " ngomel Nufa masih belum habis sisa geramnya dengan tindakan Kelly. Bertambah geram bila teringatkan Kelly yang sudah 2 hari tak balik ke rumah. Entah manalah dia pergi agaknya. Tapi Nufa malas nak tanya lebih-lebih.

" Ala kau janganlah cakap macam tu. Aku mintak maaf okay sebab menyusahkan kau. Aku janji aku bayar balik. So, kau dapat kerja dekat mana pulak kali ni? " soal Kelly senang dengan berita yang di sampaikan. Seingat dia sudah 2 bulan Nufa kehilangan pekerjaan selepas dia dipecat secara tiba-tiba.

" Kerja dekat sini-sini jugak. Nak cari kerja yang jauh-jauh pun susah jugak. Aku mana ada kenderaan. "

" Elok jugak kalau kau dapat kerja area sini. Nanti boleh la aku hantarkan kau pergi kerja. Lagi pun minggu ni aku kerja shif pagi. " cadang Kelly bersungguh menawarkan pertolongan.

" Eh, tak payah. Aku boleh pergi sendiri. Dahlah, aku lapar ni. Tadi aku ada tapau makan. Jom. Kita makan sekali. " ajak Nufa pantas bangkit meninggalkan Kelly. Menuntun langkah menuju ke ruang dapur. Tempat mereka berdua menyewa sejak setahun yang lalu.

Nasi goreng kampung yang dibeli tadi Nufa letakkan ke dalam pinggan. Dibahagikan kepada dua, sebelum satu pinggan diserahkan pada Kelly yang sedang setia menanti.

" Kau dapat kerja dekat company mana? " tanya Kelly seraya meletakkan cawan yang sudah berisi air diatas meja.

" Company kecik je. "

" Sebagai apa? "

Nufa pandang Kelly didepannya. Tak senang dengan soalan Kelly yang bertali arus.

" Err... jawatan.. jawatan yang biasa-biasa je. " beritahu Nufa terbata-bata. Tak semena seleranya terpangkas sebaik memikirkan tentang hal yang satu tadi.

" Tahu lah biasa. Tapi sebagai apa? "

Pertanyaan Kelly dibiarkan seketika. Nufa capai mug putih di atas meja lalu diteguk perlahan air itu bagi melegakan tekak yang kehausan. Sesudah itu pandangannya kembali singgah pada wajah Kelly yang masih setia menantikan jawapan.

" Kerani. " sebaris ayat dari Nufa buat dahi Kelly berkerut panjang.

" Hah??? kerani??? eh, boleh ke kau buat kerja tu, Nufa? " soal Kelly dengan riak tak percaya.

" Boleh kot. Mula-mula mungkinlah susah. Lama-lama nanti mesti ok "

" Hmmm... nampak gayanya memang kempunanlah Encik Ariq tu nak kau kerja dekat tempat dia semula. "

Nufa diam tak membalas. Sebaris nama yang disebut Kelly benar-benar buat otaknya jadi sakit. Nak-nak lagi mengingatkan sikap Encik Ariq padanya. Namun demi mengelakkan Kelly berfikir yang bukan-bukan Nufa paksa dirinya untuk mengukir senyum biarpun terlihat sangat hambar.

.
. .

" Sayang cuba cakap, sayang nak buat apa dengan benda-benda ni semua? " berkerut-kerut dahi Adam menilik satu persatu kotak kecil yang sudah siap bersusun di atas meja di tepi katil kelamin mereka.

" Abang yang beli. Takkan abang tak tahu nak guna untuk apa. " balas Faiqa mudah. Sikit pun menoleh ke arah Adam. Fokusnya lebih tertumpu pada telefon di tangan.

" Of course la abang tahu. Tapi yang sayang suruh abang beli benda ni banyak-banyak nak buat apa? "

" Ada la. "

" Sayang!!! "

Naik seoktaf suara Adam bila sejak tadi Faiqa hanya bersikap acuh tak acuh saja menjawab pertanyaannya. Sudahlah bercakap tanpa memandang mukanya. Tangan Faiqa pula sejak tadi tak henti berbalas whatsapp dengan entah siapa gerangannya.

" Eh, abang ni! Buang tebiat ke apa? tahu la malam ni malam Jumaat. Tapi tak payahlah nak berteriak bagai. Nampak sangat gelojoh tak bertempat! " tukas Faiqa. Matanya menjeling tajam pada Adam yang hanya mengenakan seluar pendek ala boxer disebelahnya.

Geram disindir begitu, Adam lantas merampas telefon isterinya sebelum disorokkannya di belakang badan.

" Dah tahu malam ni malam Jumaat, yang sayang tak reti-reti lagi nak off telefon tu dah kenapa? dah tak selera dengan abang ke? " sengaja Adam layangkan soalan yang dia sendiri rasakan tidak relevan untuk Faiqa jawab.

Faiqa gerakkan bebola matanya atas bawah. Telatah Adam yang selalu meminta dirinya dilayan persis anak kecil dikerling sekilas.

" Kalau tak selera tak adalah tiap-tiap tahun Aika nak beranakkan anak abang. Eh, tapi bagus jugak kan kalau Aika tak ada selera kat abang. Sebab Aika pun ingat dah tak nak beranak dah lepas ni. Nak tutup kilang terus. Cukuplah 3 orang termasuk yang dalam perut ni. "

Faiqa yang tadinya duduk, lantas merebahkan tubuhnya di atas katil. Telefon miliknya yang masih ada dibelakang badan Adam cuba di ambil namun cepat saja tangan Adam mengalihkan pada kedudukan yang lebih jauh.

" Sayang macam tu lah. Sikit-sikit nak ugut abang. Padahal dulu bukan main sayang berjanji nak bagi abang anak satu team bola sepak kan... " ungkit Adam turut berbaring di sebelah tubuh Faiqa. Perut Faiqa yang sedikit membukit itu di usap lembut dengan senyuman penuh bangga. Bangga kerana diberikan nikmat sekali lagi untuk bergelar seorang ayah selepas mereka memiliki sepasang cahayamata.

" Itu dulu. Sekarang tak laratlah nak beranak ramai-ramai. " balas Faiqa selamba.

" Alaa... "

Adam buat muka kesian. Tapi Faiqa macam biasalah, rajuk Adam mana dia nak layan.

" Sayang .... "

" Hmmm.... "

" Abang nak cakap sikit ni. "

" Cakaplah. Pasal apa? "

" Pasal Aqiem. "

" Kenapa dengan Along? "

" Abang tak sukalah kalau sayang masuk campur sangat dalam urusan Aqiem tu. Kalau boleh biarlah dia sendiri yang buat keputusan. " ujar Adam seraya menarik Faiqa masuk ke dalam pelukannya. Ah, rindunya Adam rasa setelah berbelas jam dia tak jumpa isteri sendiri.

" Maksud abang apa? tentang lamaran Zalea tu ke? "

" Hmm... abang rasa betul jugak apa yang mama cakap tu. Aqiem memang perlukan seorang isteri untuk bantu jagakan anak dia. Kalau dah Zalea sendiri yang offer diri untuk jadi isteri Aqiem, abang rasa dia betul-betul ikhlas untuk jaga Emir. " luah Adam mengulas senyum. Kekura tangan Faiqa diusap lembut, penuh kasih sayang.

" Macam mana nak kahwin kalau dua-dua saling tak cinta. "

" Mungkin sekarang tak cinta. Mana tahu satu masa nanti perasaan tu akan berubah. "

Meledak tawa kecil dari hujung bibir Faiqa.

" Takkan la abang tak kenal lagi dengan perangai along tu. Dia bukannya jenis orang yang mudah nak terima orang lain dalam hidup dia. "

" Habis tu takkan nak biarkan Emir tu macam tu je. "

" Tentang Emir, abang jangan risau. Aika dah settle kan semuanya. "

Dahi Adam berkerut.

" Settle? apa yang settle? abang tak tahu apa-apa pun. " soal Adam curiga. Di angkat sedikit kepalanya demi mencari wajah si isteri.

" Aika dah carikan orang untuk jagakan Emir. " Beritahu Faiqa terus terang.

" Tapi sayang tahu kan, Emir tu dia bukan saja perlukan orang untuk jaga dia tapi.... "

" Ya. Aika tahu. Sebab tu lah Aika suruh abang belikan ubat-ubat tu semua. " terang Faiqa sekaligus menjawab soalan yang sejak tadi menjadi tanda tanya bagi Adam.

" Eh, sayang ni biar betul. Sayang tahu kan ubat-ubat ni semua untuk apa? "

" Tahu. Pil hormon. "

" Eh, jangan buat pasal sayangggg... Emir tu anak Aqiem. Bukannya anak kita. Buatnya Aqiem tak setuju macam mana? " tanya Adam yang nyata tidak bersetuju langsung dengan cadangan pelik isterinya. Kepala turut digelengnya berkali-kali.

" Along setujulah. Ni semua idea dia la ni. "

Terlopong terus mulut Adam mendengarnya. Di sangka isterinya yang tidak waras. Rupanya Haqiem pun dua kali lima.

Eh, apa masalah dengan dua beradik ni ha???

bersambung....

jemput baca semua :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience