BAB 2

Romance Series 6776

Nufa perlahankan langkahnya sebaik dia tiba di lokasi yang tertera pada skrin telefon miliknya. Dalam gerak perlahan, pintu kaca sebuah restoren ditolak sebelum pandangannya singgah pada lambaian tangan seorang wanita yang duduknya di meja hujung restoren tersebut.

" Duduklah. " perlawa wanita itu ramah sebaik Nufa berdiri betul-betul di hadapannya.

Nufa angguk lantas duduknya di labuhkan. Nafas diatur biar sekata dan tidak berombak. Sempat anak matanya melirik jam dipergelangan tangan kiri. Pffff.... Nasib baik dia sampai tepat pada masanya.

" Boleh kita mulakan sekarang? "

Nufa angguk lagi kepalanya. File yang dibawa yang dalamnya berisi sijil-sijil akademiknya langsung diserahkan pada wanita itu.

" Dah berkahwin? "

Dahi Nufa berkerut. Soalan pertama yang diajukan tersasar jauh luar dari kotak fikirannya.

" Belum. Saya masih bujang lagi. " balas Nufa tidak lama kemudian.

" Sekarang tinggal dengan family atau menyewa? "

" Menyewa dengan kawan. "

Nufa senyum sambil teringatkan teman serumahnya yang bernama Kelly.

" Family? "

Kepalanya digelengkan. Ada senyum tipis yang sedang menghiasi bibir mungil Nufa.

" Tak ada. "

" Tak ada? maksudnya? dah meninggal ke? " ada kerutan terlukis di dahi wanita itu. Tumpuannya terarah pada Nufa yang sejak tadi di soal persis seorang wartawan.

" Err... "

Nufa tundukkan sedikit kepala dan wajahnya. Sedang dia berkira-kira untuk membalas, wanita itu bersuara lagi.

" Oh, divoice. "

Laju Nufa anggukkan kepalanya. Kini dia membiarkan wanita itu terus membaca pengenalan ringkas tentang dirinya pada helaian kertas putih yang sedang ada ditangannya.

" Kalau boleh saya tahu, apa yang buat Cik Nufa berminat dengan kerja ni? err... sebab Cik Nufa belum pernah berkahwin, jadi saya fikir ... "

" Saya perlukan duit! "

Tersenyum wanita itu mendengar jawapan Nufa. Entah apa yang wanita itu fikirkan agaknya. Tapi apa yang Nufa bagitahu tu memang betul. Dia perlukan duit dan keadaannya sekarang sangat mendesak untuk dia mencari pekerjaan.

" Jadi Cik Nufa dah faham apa yang perlu dibuat? "

Nufa senyum seraya mengangguk. Ya. Dia tahu apa yang perlu dia buat. Lagi pun sehari sebelum dia datang ke sini, wanita itu ada menelefon dan menerangkan serba ringkas tentang kerja yang perlu dia lakukan.

" Kalau macam tu baguslah. Jika Cik Nufa bersetuju, Cik Nufa boleh sign di sini. " arah wanita itu lantas menyuakan sekeping kertas beserta pen kepadanya.

" Sebelum tu, boleh saya tanya sesuatu? "

Wanita itu mengangguk. Kedua tangan langsung dilipat atas dada sambil menantikan soalan yang mahu ditanyakan oleh gadis muda di hadapannya.

" Andai kata dalam tempoh yang ditetapkan tu, saya gagal tunaikan semua arahan, apa yang akan terjadi? " tanya Nufa polos. Tapi dia benar-benar nak tahu.

" Semua dah dinyatakan dalam aggrement tu. Cik Nufa boleh lihat dan baca. Tapi secara ringkasnya jika Cik Nufa gagal menjalankan tugasan yang diberikan, pihak kami boleh dakwa dan saman Cik Nufa dengan bayaran ganti rugi yang lebih tinggi. " balas wanita itu.

Nufa angguk perlahan kepalanya. Mendengar perkataan ganti rugi buat Nufa terasa payah mahu menelan liur dikerongkong sendiri. Tapi terkenangkan Pak Darus yang datang ke rumahnya dua hari lepas buat Nufa hela nafas perlahan.

" Ganti rugi? " gumam Nufa perlahan.

" Ya. Sesuai dengan perjanjian kita. Tapi... Cik Nufa jangan risau bayaran yang kita bagi pun setimpal dengan apa yang Cik Nufa kerjakan. "

Ya. Tentang gaji memang tak ada apa yang Nufa perlu risaukan. Malah apa yang ditawarkan juga lumayan, lebih dari apa yang Nufa mahukan.

" Ada apa-apa lagi soalan yang Cik Nufa nak tanya? "

" Err.. bila saya boleh mula berkerja? " lambat-lambat Nufa menyoal.

" Esok. "

Nufa anggukkan kepalanya. Pen dicapai sebelum dengan yakin Nufa turunkan tandatangannya di situ.

.
. .

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi Nufa sudah keluar dari rumah. Menunggu teksi di hentian berdekatan rumah sewanya untuk ke tempat kerja baru. Seperti yang dimaklumkan oleh adik majikannya semalam, dia perlu datang ke lokasi tempat kerja barunya seawal jam 8 pagi.

Turun saja dari teksi, kakinya terus di bawa mendekati pintu pagar yang sudah terbuka luas. Nampak sangat penghuni rumah itu sedang menantikan kehadirannya.

" Selamat pagi. "

" Ya. Selamat pagi. Cik ni .... "

" Saya Nufa. Datin boleh panggil saya Nufa je. Saya pekerja baru dekat sini." Terang Nufa pada seorang wanita yang dia temui di tepi pintu pagar rumah banglo tersebut.

" Datin? Hisyhh, mengarut je. Mak Uda ni bukannya datin. Cuma pembantu rumah dekat sini aje.. " tersenyum-senyum wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Mak Uda. Dengan pakaian baju lusuh sebegini, rasanya dia belum layak lagi digelar datin.

" Oh yeke.. Saya mintak maaf. Saya ingatkan Mak Uda ni tadi pemilik rumah ni. " ucap Nufa sambil garu pelipis sendiri. Berniat menyembunyikan rasa malu yang sedang bergayut di tangkai hati.

" Tak apa. Mak Uda tak salahkan kamu pun. Dah. Jom kita masuk ke dalam. Tuan pun belum sampai lagi ke sini. " pelawa Mak Uda ramah.

Nufa angguk kepala. Langkah Mak Uda diekori dari belakang. Seperti orang jakun matanya melilau memandang seisi rumah banglo itu. Pertama kali dalam hidupnya, dia berpeluang jadi tetamu di rumah sebesar ini.

" Nufa duduk dulu ya. Mak Uda nak siapkan sarapan kejap. " Tanpa menunggu jawapan dari Nufa, wanita itu terus berlalu meninggalkan Nufa di ruang tamu rumah itu.

.
. .

" Eh, Along! Kejap. Kejap. Aika ada benda sikit nak cakap dengan Along ni. " Halang Faiqa sebaik dia nampak kelibat Haqiem di ruang tamu.

" Aika nak cakap pasal apa? Along rushing ni. " soal Haqiem sambil membetulkan kolar baju kemejanya.

Faiqa senyum segaris. Suka matanya melihat penampilan Haqiem pagi ini. Nampak lebih kemas dari beberapa minggu sudah. Agaknya Haqiem dah move on kot pasal lamaran Zalea tempoh hari.

" Eh dia ni. Orang nak cepat. Boleh pulak dia tersengih-sengih macam tu. Cepatlah cakap. Aika nak cakap pasal apa tadi? " gesa Haqiem lantas menghampiri adiknya. Haish, waktu-waktu dia sibuk beginilah, Faiqa nak ajak berborak. Padahal bukan mereka tak boleh berjumpa dekat pejabat nanti.

" yang Along ni nak cepat-cepat sangat ni Along nak pergi ke mana? Hari ni kan kita tak ada meeting. Pergi ke ofis lewat sikit pun tak apa. " balas Faiqa masih lagi menayang sengih. Macam saja je nak bagi Haqiem tu naik angin. Padahal bukan dia tak faham, Haqiem tu lelaki workholic. Mana boleh orang curi masa dia untuk perkara tak penting. Kang tak pasal kena marah.

" Memanglah tak ada meeting. Tapi pagi ni Along ada hal lain. " ujar Haqiem tak lekang membelek jam di tangan. Nampak jelas dia mengejar waktu ketika ini.

" Hal apa yang penting sangat tu? pagi-pagi lagi dah kelam kabut. Jangan-jangan Along nak pergi jumpa.... " usik Faiqa sengaja membiarkan ayat itu tergantung. Saja betul nak mengundang marah Haqiem.

" Dah. dah. Jangan nak mengarut. Pagi ni Along kena pergi Damansara. Check site dekat sana. Tapi sebelum tu, Along nak kena balik ke rumah dulu, file projek tertinggal pulak dekat rumah sana. " terang Haqiem sekaligus menyangkal fikiran nakal adiknya.

Faiqa betulkan duduknya. Menepuk perlahan kerusi disebelah. Memberi isyarat agar Haqiem duduk di situ.

" Aika nak bagitahu, Aika dah dapat dah orang untuk jagakan Emir. " beritahu Faiqa sebaik Haqiem melabuhkan duduk disebelahnya.

" Dah dapat dah ke? Wah, cepatnya Aika buat kerja. " Teruja pula Haqiem mendengarnya.

" Haritu Along jugak yang cakap nak cepat kan? So Aika pun carikanlah cepat-cepat. "

Lagi pun memang Faiqa rasa permintaan Haqiem itu perlu disegerakan. Kalau boleh dia tak nak Haqiem serabut fikirkan soal Emir lagi. Nanti banyak kerja yang akan terganggu.

" Memanglah Along nak cepat. Tapi hari tu Aika jugak yang cakap permintaan Along tu mengarut. Kononnya susah nak ditunaikan. Jadi Along tak sangka la pulak boleh dapat secepat ni. " ujar Haqiem seraya melepaskan nafas lega. Jika sebelum ini dia rungsing memikirkan tentang Emir, jadi harapnya kali ini dia mampu memberikan yang terbaik buat anak kecilnya. Dan dalam masa yang sama dia tak perlu lagi nak fikirkan soal lamaran Zalea tempoh hari.

" Tengok oranglah! Ini Aika tau. Sentiasa cemerlang dalam setiap tugasan. " Faiqa tayang muka bangga. Siap tepuk dada sendiri semata nak tunjuk bertapa hebatnya diri dia pada Haqiem.

" Cemerlang setelah 5 kali gagal. " tukas Haqiem sekaligus mematikan senyuman bahagia adiknya.

" Alaaa, Along ni! Potong stim betul lah. Baru nak riak. " gerutu Faiqa dengan muka mencuka.

" Tak baik dik... Syaitan suka orang riak ni. " tambah Haqiem sengaja mengusik. Suka tengok muka mencuka si adik.

" So kali ni berapa banyak pulak yang Aika offer? " Soal Haqiem kembali serius. Rasanya kalau bukan ditawarkan dengan jumlah yang banyak belum tentu ada yang sudi menjaga Emir.

" Er..soal harga tu Aika up sikit. Tapi Along jangan risau. Masih dalam kemampuan Along " balas Faiqa tersengih-sengih memandang Haqiem. Lagipun Faiqa tak rasa Haqiem akan berkira bab duit. Seperti yang Haqiem pernah cakap, Emir lebih bernilai dari segalanya.

" Iyelah. Tapi berapa? takkan half million pulak. " Jadi was-was pulak Haqiem dengan senyuman adiknya. Nampak sesuatu sangat.

" Eh, tadi Along kata nak cepat kan. Hah, pergilah cepat. Mungkin Nufa tu dah sampai kat rumah Along agaknya. " pandai Faiqa cari peluang untuk mengelak. Siap tolak badan Haqiem agak lelaki itu segera beredar.

" Nufa?? siapa pulak tu? " Haqiem keraskan tubuhnya biarpun ditolak berkali-kali oleh Faiqa.

" Nama pengasuh Emir tu lah. Cantik budaknya tau. Aika rasa .... " Faiqa sungging senyum nakal.

" Dah. Dah. Tak payah nak main rasa-rasa pulak. " potong Haqiem laju. Malas nak layan usikan Faiqa yang tak sudah.

" By the way, Kenapa buat keputusan tak bagitahu Along dulu. Kan along dah cakap pagi ni Along sibuk. Mana sempat nak jumpa budak tu. " gumam Haqiem. Sekali lagi dia menilik jam di tangannya. Adoii, dia dah betul-betul lewat sekarang.

" Laa, tadi Along jugak yang cakap, Along nak balik ke rumah dulu. Nufa tu pun dah ada dekat sana. Alang-alang Along jumpalah dia terus. "

Faiqa jungkit-jungkit keningnya. Berusaha memujuk Haqiem yang kadangkala dilihat lebih mengutamakan kerja berbanding anaknya. Padahal hari tu bukan main beria Haqiem memintanya mencarikan pengasuh untuk anaknya Emir.

" Tengokla nanti macam mana. Kalau sempat Along jumpalah dia. Dahlah. Along dah lewat sangat ni. Along pergi dulu. " tak menanti lagi, Haqiem terus bingkas bangun meninggalkan Faiqa.

" No! Along tetap kena jumpa dia jugak! " perintah Faiqa tegas. Kalau di layan perangai Haqiem yang pentingkan kerja tu, sampai ke sudah la si Emir tu tak dapat pengasuh.

Malas nak melayan, Haqiem sekadar mengangkat tinggi sebelah tangannya ke atas. Isyarat yang Faiqa sendiri tidak pasti.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience