Prolog

Romance Series 6776

" Hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Maka jangan sulitkan hidupmu memikirkan orang yang tidak pernah menghargaimu. "

Dek kerana sebaris ayat yang dibaca itu, Nufa segera berpaling. Namun saat melihat figura itu dia tergamam hingga tidak mampu untuk bersuara walau sepatah kata sekalipun.

Sungguh, Nufa terperanjat melihat wajah yang tidak ingin ditemuinya. Haqiem Fuad! Dalam banyak-banyak manusia yang hadir ke pameran itu, mengapa wajah ini juga yang harus muncul? kenapa harus mereka bertemu di sini setelah bertahun tidak bersua muka?

" Kerinduan takkan pernah mampu dipadam. Semakin cuba dipadam, semakin ia menyakitkan. "

Nufa kemam rapat kedua bibirnya. Cuba menguatkan hati yang dirasakan rapuh tiba-tiba. Pertemuan ini benar-benar menyakitkan. Sungguh, benar-benar menyakitkan hingga mampu merobek kembali sekeping hatinya yang pernah dilukai suatu ketika dahulu.

Kini pandangan Nufa terarah pada tulisan yang terlakarkan atas kanvas yang tergantung.

Ah, bodohnya kau Nufa. Memilih untuk meluahkan segala isi hati kau di atas kanvas ni. Sekarang tengoklah? kau sendiri yang dapat malu.

" I tahu I salah. I dah lukakan hati you. Dan I sedar, I mungkin bukan lelaki yang terbaik untuk you. Tapi percayalah, I tak pernah maksudkan apa yang I cakap dulu. "

" Do I know you? "

Dengan lagak sombong Nufa menyoal. Menjongket sebelah keningnya seolah inilah kali pertama mereka berdua dipertemukan.

" Dear, I ..... "

" Sorry! Saya rasa awak dah salah orang! "

Tegas sekali bait bicara Nufa. Kelembutan dan tertib suara yang pernah dimilikinya sebelum ini seolah lenyap bila berhadapan dengan lelaki itu.

" I tahu you marahkan I. dan I juga tahu you bencikan I .... "

" so??? "

Nufa tayang muka bosan. Dia malas nak dengar hujah Haqiem yang panjang berjela.

" I datang ke sini untuk mintak maaf. "

" No need! and please dont disturb me, Sir! "

Terus Nufa berpaling. Berpura-pura sibuk menyusun helaian kertas yang sudah sedia tersusun elok di atas meja. Itu lebih baik rasanya dari pandang muka Haqiem yang menjengkelkan.

Haqiem memasang senyum hambar. Dari awal lagi dia tahu kedatangan yang tak diundang ini pasti akan menimbulkan kemarahan gadis itu. Tapi demi sebuah kemaafan, dia sanggup. Katalah apa saja. Dia sanggup terima. Asalkan sekeping hati itu mampu menjadi milikinya semula.

" Eh! awak ni tak reti bahasa ke? awak buat apa lagi dekat sini? awak pergi balik boleh tak! saya rimaslah tengok muka awak dekat sini! menyemak je! " cemuh Nufa bila menyedari Haqiem masih lagi tidak berganjak dari situ. Sejenis manusia tak reti bahasa agaknya.

Haqiem tersentak. Panas peluput telinganya mendengar kata cemuhan yang dilontarkan. Bahasa Nufa terlalu kasar. Tercabar egonya sebagai seorang lelaki. Nufa buat dirinya seolah langsung tiada nilai. Namun khilaf lalu menyedarkan Haqiem, kemaafan itu perlukan pengorbanan. Lantas Haqiem pujuk hatinya agar bersabar.

" Dahlah datang tak diundang! "

" Tak diundang? rasanya ayat tu langsung tak sesuai digunakan. Sebab dekat pintu luar sana tu, jelas bertulis pameran ni terbuka untuk semua orang awam. Dan sebagai orang awam yang tak ada melakukan apa-apa kesalahan jenayah, I rasa I bebas untuk pergi ke mana saja yang I nak. Its right?" tutur Haqiem dengan hujah yang padat.

" Memanglah. Tapi tempat macam ni tak sesuai untuk orang suci macam awak! "

" Suci? habis tu you nak cakap semua orang dekat dalam ni tak suci ke? macam tu? oh, teruknya pemikiran you, Nufa! "

Berderau darah panas ke muka Nufa. Rasa marah dan geram yang berkeladak jadi semakin membuak-buak. Kalau tidak difikirkan di mana mereka berada sekarang, mahu sahaja dia menghalau lelaki itu pergi dari situ. Sudahlah datang tak diundang. Berlagak bagus pulak tu. Huh!

" Saya memang teruk! saya memang keji! sekarang awak dah tahu perangai sebenar saya kan? so tunggu apa lagi, balik lah! Jangan pernah jatuhkan maruah awak untuk perempuan hina macam saya ni, Haqiem Fuad! " bentak Nufa tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan lelaki di hadapannya.

" Semakin you halau I, semakin buat I rasa tak nak pergi dari sini. You nak tahu sebab apa? hmm... "

Haqiem melangkah setapak ke hadapan. Meletakkan telapak tangan di atas dada sambil mengukir senyuman nakal.

" Sebab I tetamu. So, obviously you sebagai tuan rumah kena layan tetamu you elok-elok. Cuba you bayangkan, kalau press nampak you layan I teruk macam ni. Tentu jadi berita hangat kan? dan I tak rasa you nak biarkan kerjaya you musnah disebabkan lelaki hensem macam I. " Haqiem peluk tubuhnya yang berotot. Menyimpan tawa sebaik melihat muka Nufa yang semakin kelat dan kelabu.

Rengusan kasar Nufa terhembus keluar. Semakin sakit hati Nufa melayan telatah lelaki seperti Haqiem. Terlalu bijak bermain kata hingga buat otaknya tepu untuk membalas.

Namun demi terpandangkan lensa kamera yang sedang bercahaya, terpaksa Nufa mengubah rentak layanannya. Memaniskan muka lalu menyantuni Haqiem seperti tetamu yang lain meski hatinya menjerit tidak rela.

" Welcome, Sir.  Thanks, for coming. "

Di sebalik suara mesra itu hati Nufa tak henti menyumpah seranah. Geram dan sebal beradun sebati hingga buat jemarinya menggeletar sendirian.

" Nice to meet you, dear. Thanks, anyway. " Haqiem membalas ramah dengan wajah penuh sinikal. Terukir senyuman manis di ulas bibirnya biarpun tiada siapa yang sudi membalasnya.

Sebab Haqiem faham. Senyuman Nufa tidak lagi semurah dahulu. Nufa bukan lagi gadis lembut dan naif. Mungkin nilai senyuman Nufa jauh lebih tinggi dari harga berlian dan batu permata.

" Huh, tak payah nak menggatal sangatlah! Nak berdear-dear bagai. Geli dengar! " Selar Nufa.

" Eh, bukan dulu you suka ke dengan panggilan tu? " balas Haqiem sengaja mengusik. Anak mata yang sedikit menunduk tadi diangkat, memanah tepat pada wajah Nufa yang keras. Sungguh, dia terlalu rindukan gadis itu. Rindukan senyuman dan hilai tawa yang pernah menyerikan hidupnya.

" Kalau awak nak saya hormat awak sebagai tetamu, tolong hormat juga saya sebagai tuan rumah! Jangan sesekali awak berani ungkit kisah lama kita dekat sini. Saya tak nak dengar! dan kalau boleh saya tak nak ingat apa-apa lagi dah! "

Sekali lagi Haqiem tergamam saat bait bicara itu dilontarkan. Jadi benarlah andaiannya, kehilangan Nufa selama ini kerana mahu melupakan kisah mereka?

" Semudah itu you tamatkan kisah kita? "

Nufa herotkan hujung bibir. Namun tatapan dan renungan tajam mata Haqiem buat Nufa terpaksa mengali nafas sendiri dalam-dalam.

" It’s not a big deal. Melupakan seseorang yang tak pernah menghargai saya bukanlah sesuatu yang susah, Haqiem Fuad! "

" Mudah bagi you, susah untuk I. " Merintih jiwa Haqiem setiap kali mendengar Nufa menyeru nama penuhnya. Seolah dirinya terlalu asing buat si gadis. Padahal satu waktu dulu bukankah hati mereka pernah bersatu di bawah satu rasa yang sama?

" Susah? woowww. i'm shock! Orang berduit dan ada kuasa macam awak takkan tak laku dekat pasaran? eh, kejap. kejap. Dulu bukan awak pernah cakap ke, duit awak tu boleh beli segalanya. Awak boleh dapat apa saja yang awak nak termasuklah beli maruah orang. Sekarang apa dah jadi? duit awak dah tak laku ke? atau awak nak bagitahu saya yang dah tak ada perempuan suci yang nakkan lelaki macam awak? "

Fuhhh. Puas hati Nufa melepaskan apa yang terbuku. Itulah dulu bongkak sangat. Bercakap macam dunia ni dia yang punya. Sekarang apa dah jadi? duit berkepuk-kepuk tu dah tak laku ke? Huh, sadisss.

" Kalau duit tu boleh beli segalanya, you orang pertama yang akan I beli, Nufa. Tapi malangnya, you sendiri pun tak nak duit I. Sanggup menghilangkan diri. Sedangkan I setengah mati mencari you. " Haqiem kawal rentak suaranya yang kian berubah kendur.

"... lepas you pergi, Emir jatuh sakit. Hampir sebulan dia dimasukkan ke hospital. Menangis siang malam mencari you. Hingga doktor sahkan Emir .... "

" Kenapa dengan Emir? " pangkas Nufa laju.

Haqiem renung wajah Nufa. Bibirnya melakar senyuman tipis dan hambar.

" Penting lagi ke Emir pada you? "

" Saya tanya kenapa dengan Emir? " tegang mukanya menyoal. Rentak dada sudah berlagu resah. Rasa tak sabar Nufa nak tahu perkembangan anak kecil yang ditinggalkan.

Namun tindakan Haqiem yang sengaja mengunci mulut, buat jiwa Nufa semakin diamuk keresahan.

" Emir baik-baik je kan? dia sihat kan? "

" I masih tinggal di rumah yang sama. Dan I tahu you masih ingat jalan untuk ke sana. Kalau you rasa nak tahu pasal Emir, you boleh datang jenguk dia di sana. "

" tapi .... "

" Eh, Encik Haqiem pun ada dekat sini? dah lama ke sampai? "

Serentak mereka berdua menoleh. Lelaki berkumis yang sedang memacu langkah ke arah mereka buat Nufa segera membetulkan rentak nafasnya. Sungguh, lelaki ini hadir langsung tidak kena pada masanya.

" Nope. I baru je sampai. "

Keduanya saling berjabat tangan. Senyuman manis Zakwan dibalas seadanya oleh Nufa. Kemesraan yang sedang dipertontonkan buat otak Nufa diterjah pelbagai persoalan.

" Oh ya? tak berjumpa pulak kita dekat parking tadi. By the way, kenalkan ini Nufa Aulia, my future wife. " tersengih malu Zakwan saat memperkenalkan gadis di sisinya.

" Future wife? "

Saat melihat anggukan yakin Zakwan buat Haqiem menelan payah liur sendiri.

Oh, tak! Tak mungkin!

Nufa milik aku! Ya. Dia milik aku seorang.

Hati Haqiem mula menjerit tak rela.

bersambung .....

Idea menulis dah ada. Tp mcm biasa slow² sy update. Novel ni free. Tak perlukan coins. Hrp uolls suka dengan cerita ni. Btw Haqiem Fuad tu abang heroin dlm novel seindah takdir cinta. Boleh selami dulu watak hero dekat sana :) Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience