stileto 3 inci ->4

Short Story Series 5306

"Awak tak apa-apa?"tanya pemuda itu cemas.Pada hari itu,Mawar mendapat tiga perka
ra.Pertama,dia dapat malu kerana jatuh di hadapan lelaki tampan.Dua,dia dapat minum air free dan ketiga,dia dapat pengajaran iaitu kita jangan nak mengacau tunang orang!
Esok lusa,lelaki itu akan berkahwin.Kalau lah tunang lelaki itu dapat tahu tunang dia layan perempuan lain,mahu tak meroyan?
"Aku dah ganggu tunang orang..haduhh..Inilah balasan nya .Allah dah bayar cash."bisik hati Mawar.Pengajaran kedua,kita mestilah amanah.Pesan Yus,sudah hantar terus blah tapi aku terus tunggu.Siap teguk air Lobak susu lagi!
"Saya tak apa-apa.Cuma lutut je berdarah."jawab Mawar dengan rasa malu.Muhur tak ada sesiapa disitu.Kalau tak..sah-sah kena ketawakan.
"Kasut awak putus,macam mana nak balik?"lelaki itu mengerut kan dahinya.
"Emm..tak apa..awak pinjam kasut ni dulu"Cadang nya sambil menghulurkan kasut milik tunangnya yang disewa untuk hari bahagianya.
"Eheh..takpa..takpa..ini kasut tunang awak."
"Its okay..Awak pakai dulu tapi awak jaga baik-baik tau.Awak datang dengan motor kan?"Mawar mengangguk.
"Esok awak telefon saya.Saya datang ambil dekat tempat kerja awak."
"Tapi.."
"Kalau awak nak balik dengan kaki ayam macam ni tak pa.."Lelaki tersebut terus menghulur kasut stileto berukuran 3 inci berwarna putih dihiasi dengan manik-manik.Ringkas tetapi menawan.Tapi kasut tu..kasut sewa.Dengan serba salah Mawar menyambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience