stileto 3 inci ->2

Short Story Series 5306

"Nak minum?"Mawar tidak menjawab.Hadoiii...Nampak nya aku dah langgar arahan Yus.
"Sudah serah barang-barang tu terus blah.Jangan cuba-cuba nak main-main mata pula.Budak tu dah nak kahwin.Nanti tak pasal kena pelangkung tunang dia.Tunang dia tu kuat cemburu sikit."Itu kata-kata amarahyang terbit dari bibir merah Yus,Kakak tiri yang sukaa sangat membulinya.Entah apa yang Yus tak puas hati dengan dirinya yang kurus dan terlebih cantik sedikit daripadanya..hahaha..masuk bakul angkat sendiri lah kau ni Mawar!
Mawar tidak mempunyai apa-apa,hidupnya pun
menumpang kasih dan rumah orang.
Yusadelina gemuk macam anak lembu.Hitam pulak tu tapi dia ada perniagaan yang maju.Butik Yus sudah terkwnal di merata-rata tempat.Sibuk menguruskan perkahwinan orang lain,diri sendiri tak kawin-kawin.Huhuhu..malangnya jadi perempuan tu.38 tahun tetapi masih tidak ketemu jodoh.
"Awak nak minum apa?"
"Ha?Terpinga-pinga Mawar seketika.Matanya berkelip-kelip cantik menanti suara ulangan lelaki itu.Mawar tidak menjawab.
"Awak fikirkan apa?Awak bimbang Yus marahkan awak sebab tak terus balik selepas serah kan barang-barang ni kat saya?Tanya pemuda itu.Mawar diam membisu.
"Tak apa.Kalau dia marah saya tolong back up awak.Okey??.Now..saya nak belanja awak lunch."
"Saya nak balik."Ujar Mawar berkira-kira untuk beredar.
"Saya belanja sebagai membalas budi awak tolong hantar barang-barang ni.Awak telah berjasa pada saya."
Jasa?Hekhekehek..Apalah sangat jasanya kepada pemuda ini?Setakat hantar barang je pon.Bukan berat sangat pun.Walaupun tak ada upah,tetapi dia melakukannya ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience