Stileto 3 inci ->1

Short Story Series 5306

Mawar Insyirah terpegun.Persona kornea mata tidak lepas memandang seorang jejaka tampan dihadapannya.Siapa nama dia?Stop..stop..stop..Mawar Insyirah oii..Mohon jangan tanya dan jangan berangan!!Tak payah tahu kerana tugasnya sekarang hanya mengotakan amanah seseorang.Yusadelina yang meminta dia ke sini.Opss..bukan meminta,lebih tepat memaksa.Dia perlu menyerahkan barang untuk seorang lelaki.Mulanya,dia teragak-agak mahu pergi.Dia bukan biasa di tempat penuh manusia sebegini.Rimas.Dunia nya hanya dikelilingi dengan kanak-kanak di Nursery Cahaya.Pesan Yusadelina,sudah serah terus bla.Jangan cakap walau sepatah pun.
"Yus tak datang?"Mawar menggeleng.Masih tercegat seperti mula-mula datang tadi.Tak ubah seperti patung di pasar raya yang memperagakan pakaian.
"Duduklah dulu?"Lelaki itu bersikap ramah seperti sudah lama mengenalinya.Kerana tidak mahu dicop sombong,Mawar akhirnya mengalah.Mawar duduk bertentangan dengan pemuda asing itu.Dia tidak mahu dikatakan sombong atau kekwat.
Dah lama kerja dengan Yus?Selama ni saya tak nampak pun awak dekat butik pengantin Yus."Pemuda yang tidak diketahui nama itu memulakan bicara.Pemuda ini yang mahu berkahwin pada hujung bulan ini.Itu yang diceritakan Yus.
"Saya bukan pekerja dia.Pekerja dia jaga kedai.Saya tolong dia saja.Yus ke Bandung cari barang-barang butik dia."Jawab Mawar satu persatu seperti kanak-kanak yang baru belajar bercakap.
"Awak ni siapa?kawan dia ke?"
"Haishh..banyak soalan betul lah mamat ni.Lepas satu,satu macam polis pula dia ni,nasib baik kau handsome."
"Emm..saya adik Yus.Adik lain emak.Emak saya dah meninggal,kemudian ayah saya kahwin dengan emak Yus."Terang Mawar tanpa beralih mata ke arah lelaki tampan itu.Kalau dia memandang berkali-kali tentu dia akan jatuh cinta.Jatuh cinta? Bagaimana eh agaknya jatuh cinta?Bahagia ke derita?Dia belum pernah jatuh cinta.Jatuh tangga pernah lah.Sakit weii..Emm..
"Awak kerja kat mana?"
"Cikgu Taska kat Nursery Cahaya kat Taman Universi tu."jawab Mawar teragak-agak.
"Ouhhh..patut la!"Aikk patut lah??Apa maksud dia.Kening Mawar sedikit terjongket.Mencari jawapan kepada maksud 'patut' pemuda itu.
Hendak ditanya terus-terang,Maksud 'Ouh patutlah'ada rasa malu pula yang menebal.Biar jelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience