"Ambil nombor telefon saya!"Arah lelaki itu.Sekali lagi Mawar akur sambil mengeluarkan telefon 'cap ayam'nya tanpa malu-malu.
"Jaga baik-baik kasut ni.Nanti tak kawin pula saya."Mawar mengangguk dan segera berlalu.Sepuluh langkah dia menapak,baru dia teringat untuk mengucap terima kasih kepada lelaki itu.Tapi tak mungkin dia akan berpatah balik kerana langkahnya yang sedikit tidak betul semata-mata untuk mengucap terima kasih.Teringat kasut bertumit dua inci milik nya yang sudah putus talinya.Ada sedikit rasa terkilan.
Kalau lah aku tak tergopoh-gopoh tadi tentu aku takkn jatuh,fikirnya.Dia sayang kasutnya itu.Itulah satu-satunya kasut yang dia miliki.Aduhh...jawab nya berselipar la aku esok ke Nursery nanti.
--------------------
"Habislah kalau Mak cik nampak aku pakai kasut ni.
Share this novel