stileto 3 inci ->3

Short Story Series 5306

Dia selalu menolong Yus menghantar barang-barang pengantin.Kalau terdesak sangat,kakanya yang gemuk macam anak lembu tu akan meminta dia menggubah barangan hantaran.Tidak pernah mendapat upah.Leteran free adalah.Kejam kan?
"Awak teman kan lah saya makan dulu.Kita sembang-sembang."What?!Pemuda itu seperti ingin bermanja.Kurang kasih sayang ke mamat ni?
"Aikk. Tunang awak tak marah ke?"Tanya Mawar dengan jujur dan bendul.Dia memanng perempuan yang lurus macam Highway Utara Selatan.Betul seperti pembaris.Sebab itu dia senang diambil kesempatan oleh ibu dan kakak tirinya.
"Selepas ni saya janji saya akan dekat disisi dia sepanjang masa dan sepanjang hayat"Dia mengangkat tangan lagak seperti membaca ikrar.Sejurus kemudian,seorang pelayan mendekati meja mereka selepas dipanggil oleh pemuda itu.
"Bagi saya neslo dan Char kway teow..awak nak tau..Char kway teow kat sini sedap tau..baik awak cuba."kata pemuda itu dituju kepada Mawar.
"Saya nak minum je. bagi saya jus lobak Susu.Tak nak manis."ujar Mawar kepada pelayan .
Setelah menyedut empat kali air lobak susunya,Mawar meminta diri untuk pergi.
"Maaf Encik..saya pergi dulu..Terima Kasih sebab belanja saya."Dia mengangkat punggung lalu melangkah laju.Rasa bersalah bertitil dihatinya kerana terlanjur menemani lelaki itu.Namun langkah Mawar terpelesot.Hujung kakinya tersepak kaki meja.Dia terjatuh di lantai.Lutut nya berdarah dan kasut setinggi dua inci nya terputus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience