“Mari ke sini!”kata Alexa memimpin tiga orang kawannya, yakni Joe, Natasha dan Jocelyn. Mereka jauh berlarian masuk ke dalam rimbunan hutan Farael. Itu hutan yang begitu besar, hampir menyesatkan mereka. Mereka masuk ke dalam hutan itu semata-mata untuk melarikan diri dari kumpulan Madonna yang suka membuli mereka, sehingga mengejar mereka menggunakan teksi. Madonna bersama dua orang kawannya, Nina dan Piqa, merupakan remaja yang mengambil kelas karate semata-mata ingin membuli remaja lain.
Alexa berhenti di tengah larian panik itu. Dia dihempap emosi memberi kesan kepada fikirannya. Joe, Natasha dan Jocelyn juga mematikan langkah. Mereka bingung akan Alexa yang mengigil ketakutan di hadapan mereka, meneliti sekeliling. Lama tercegat di sana, sedarlah mereka, di sekelilingi mereka merupakan kabus yang tebal. Hanya papan tanda sahaja kelihatan disebalik kabus, jelas mengatakan;
“Jangan seberang, bahaya di hadapan,”kata Natasha membaca sebuah papan tanda di hadapan mereka. Kabus tebal mengelilingi mereka, sehingga tidak sedar kehadiran sebuah jalan yang dikenali mereka..
“Jambatan!”kata Jocelyn setelah melangkah pantas ke lantai jambatan besar itu.
“Mari seberang, tentu mereka masih mengekori kita!”kata Alexa. Berlarianlah mereka ke arah kabus di jambatan itu. tetapi Joe, tertinggal di belakang, mematikan langkah.
“Tak tak, di sini jelas dinyatakan jangan seberang,”kata Joe. Natasha ketawa kecil.
“Kamu takutkah huh?”kata Natasha mencabar Joe. Joe berasa geram, hatinya membuak desakan diri membuktikan kepada kawannya, bahawa dia lelaki yang berani melakukan apa-apa. Tidak perlu berfikir dalam!
“Saya rasa ianya jambatan rosak, sebab tu papan tanda dinyatakan jangan seberang,”kata Alexa mulai berfikir rasional. Natasha mengejar Joe yang jauh ke hadapan. Jocelyn pula di sebelah Alex, diterpa firasat buruk mengenai jambatan itu.
“Hei Joe, kamu okaykah?”kata Alexa dari jauh. Kelibat Joe dan Natasha hilang dari kabus yang melanda di sekeliling jambatan itu.
“Saya okay saja, marilah seberang,”kata Joe dari jauh. Natasha mengorak langkah mendekati Joe.
“Saya dapat kamu,”kata Natasha di belakang Joe sambil bertahan di pagar jambatan. Jambatan itu bergoyang semasa mereka melangkah, menjadikan mereka perlahan-lahan mengorak langkah untuk menyeimbangkan jambatan itu.
“Ok kami ke sana!”kata Alexa. Jocelyn semakin jauh ditinggalkan Alexa apabila kasutnya terjatuh ke gaung. Dia berasa takut dan mengigil. Kabus semakin tebal seiring perjalanan mereka merentasi jambatan itu.
“Semakin banyak kabus la!”kata Jocelyn dari jauh.
“Teruskan berjalan, jangan tengok bawah!”kata Alexa. Dia menunggu suara daripada Joe dan Natasha sekiranya mereka berjaya seberang namun tiada. Seakan-akan mereka sudah pergi dari situ, meninggalkan mereka berdua. Kelibat Joe dan Natasha benar-benar hilang di sebalik kabus yang tebal. Alexa meneruskan usaha menyeberang sehingga kakinya menjejaki tanah yang padar. Kemudian, kabus diangkat ke udara, beransur hilang. Joe dan Natasha juga di situ, berasa terkejut dengan pemandangan di hadapan mereka.
“Ini sesuatu yang pelik... Betul tak?”kata Joe. Tidak lama kemudian, datanglah Jocelyn ke arah mereka, setelah berjaya menyeberang jambatan dengan perasaan takutnya. Dia sudah kehilangan sebelah kasut. Tentu dia tidak berasa selasa untuk berjalan lagi. Mereka terkejut dengan pemandangan di seberang itu. Penuh dengan lebah dan semut yang bersaiz besar daripada mereka. Termasuk pokok yang besar seperti saiz raksasa.
“Adakah kita kecil?”kata Alexa terkejut, lalu mengosok matanya.
“Tak tak, ini tentu mimpi buruk,”kata Alexa lalu mencubit tangannya.
“Betul tu, ini mesti mimpi,”kata Jocelyn dengan tangan mengigil cuba mencubit pipi gebunya. Joe bergerak ke hadapan, mendekati sebuah pokok yang besar. Buah epal jatuh dari dahan, saiz lebih besar daripada mereka.
“Wow,”kata Joe, lalu mendapatkan isi epal dan memakannya dengan lahap.
“Jangan curi epal saya!”kata suatu suara dari atas pokok.
“Argg! Tupai!”kata Natasha.
“Tupai berbadan kijang?”kata Alexa. Tupai itu berbadan kijang dan menjadikan ianya sukar untuk turun ke bawah. Dia hanya memekik dari dahan yang dipeluknya.
“Itu makanan saya, kamu curi,”kata tupai separuh kijang itu.
“Ok kamu bercakap dengan kami dan kami ragu jika kami masih hidup atau bermimpi..atau segalanya di sini adalah dunia yang jauh dari dunia manusia, I don’t know! But, you have to help us! Tolonglah tupai baik,”kata Alexa panjang. Tupai itu ketawa dan mulai turun ke bawah, lalu mengambil epal di hadapan Joe.
“Ok, kamu baru melintasi jambatan itu,”kata tupai itu.
“Apa? Jambatan? Adakah ni gurauan?”kata Jocelyn marah.
“Tak tak, ni serius, kamu di Blue Fairy Garden!”kata tupai tu, lalu mendekati mereka berempat.
“Mari saya tunjukkan sesuatu,”kata tupai itu lagi, membuatkan mereka berjalan melangkah mengikut tupai itu yang mulai bergerak.
“Adakah kami kecil atau segala di sini, adalah besar?”kata Natasha ingin tahu.
“Di sini segalanya besar,”kata tupai itu, lalu mereka berpandangan.
“Tak tak mungkin, ini sesuatu yang gila! Semua sini besar!”kata Jocelyn mulai meracau.
“Hei tenang, ada caranya untuk kamu balik,”kata tupai itu.
“Dengan cermin Magande, cermin yang berada di dalam istana puteri Merelda,”kata tupai itu lagi.
“Cermin tu boleh memberi petunjuk bagaimana kamu boleh balik,”
“Tak boleh ka seberang lagi jambatan tu?”kata Joe. Tupai itu berhenti.
“Cubalah dan kamu akan berada di dunia lain lagi, dunia yang paling gelap!”kata tupai itu mengejutkan mereka berempat.
“Ok itu menakutkan,”kata Jocelyn.
“Tenang, selagi kamu tak seberang jambatan tu, selagi itu kamu selamat,”kata tupai itu sambil meliarkan mata ke hutan tebal di hadapan mereka.
“Tunggu sekejap, saya akan bawa peta,”kata tupai itu. lalu bergerak ke atas pokok yang besar. Mereka hanya memandang dan menanti.
“Hmm boleh tahu siapa nama kamu?”kata Alexa.
“Boboi,”kata tupai itu tersenyum.
“Boboi, ni peta seluruh Blue Fairy Garden betul tak?”kata Alexa.
“Yup dan kamu harus ke istana berjumpa puteri Merelda, di sini,”Boboi menandakan warna merah ke arah suatu landskap di atas peta, di mana, tempat istana itu mesti mengatasi gunung ganang dan hutan tebal.
“Ok itu sangat jauh,”kata Joe.
“Adakah cara lain untuk kami balik? Ibu saya akan marah saya jika tak balik sebelum jam 5 petang!”kata Jocelyn takut.
“Oleh itu, kamu harus cepat!”kata Boboi.
“Baiklah, bergerak sekarang!”kata Joe.
“Tapi kamu harus berhati-hati, banyak makhluk yang menakutkan datang dari hutan,”kata Boboi membuatkan Jocelyn hampir pitam. Angin kuat mengiringi mereka, membuatkan rambut Joe yang lebat bergerak ke hadapan wajah sehingga hendak menutup keningnya.
“Biar saya berikan kamu sesuatu,”kata Boboi bergerak ke batang pokok yang mempunyai lubang besar. Kemudian, dia datang dengan pedang yang tajam dan panjang.
“Ini pedang sakti Timothy, jaga ianya baik-baik,”kata Boboi. Mereka berempat terhutang budi dengan Boboi itu. lalu, Jocelyn dan Alexa memeluk tupai itu. Tupai itu terkejut dan membiarkan sahaja mereka memeluk kakinya.
“Ok bye bye, good luck!”kata Boboi.
“Bye!”kata mereka bertiga, dengan Joe memegang pedang itu, bersedia untuk berlawan sekiranya terdapat bahaya di hadapan mereka.
“Mari bergerak,”kata Natasha sambil memegang peta. Mereka melihat arnab bermata enam dan burung berkaki unta terbang di udara. Kemudian, merentasi dahan yang besar buat mereka, termasuk batu yang besar.
Lama-kelamaan, mereka terjumpa sungai deras.
“Wow, macamana nak seberang?”kata Jocelyn risau.
“Kita buat rakit!”kata Joe yang mempunyai pengalaman tinggal di hutan kerana dia merupakan ahli pengakap.
Share this novel