Cahaya ungu Alexa memancarkan sebuah portal besar, lalu kunci itu menjadi lingkaran di sekeliling portal. Portal itu memaparkan rumah-rumah di perkampungan dan wajah-wajah manusia yang dikenali mereka berempat. Itu keluarga mereka.
“Ok, kami pulang, terima kasih Neut!”kata Alexa tersenyum. Semua pari-pari bersorak dan melambai tangan ke arah mereka berempat. Setelah masuk ke portal itu, mereka seperti diserap memasuki dunia lain.
Mereka tiba di suatu hutan besar, di mana menjadi kawasan mereka melarikan diri dari hutan Farael. Hutan di mana, mereka melarikan diri dari kumpulan Madonna yang membuli mereka!
“Yaass dah balik!”kata Jocelyn riang. Dia terlompat-lompat di tanah hutan. Joe pula berwaspada dan meliarkan mata di sekeliling.
“Saya lupa di mana keberadaan kita,”kata Joe. Alexa melangkah ke suatu sudut hutan dan memanggil mereka bertiga.
“Lihat tu,”kata Alexa menunjukkan sebuah jambatan yang dipenuhi kabus.
“Kita dah berjaya keluar,”kata Alexa lagi. Jambatan itu kelihatan putus dan jatuh ke gaung dalam.
“Mereka merosakkan jambatan itu,”kata Joe.
“Siapa yang buat?”kata Jocelyn.
“Kemungkinan Raul,”kata Alexa tersenyum.
“Ok guys mari pergi dari sini,”kata Natasha ingin segera kembali ke rumah. Mereka mendapati hutan itu sedikit berubah, menjadi lebih kering dari biasanya.
“Apakah tarikh sekarang?”kata Alexa ingin tahu. Mereka berjalan kaki memasuki kawasan perumahan Lavender. Di situ, berdiri suatu rumah besar, bertanda “Dijual”.
“Apa? Ne rumah saya!”kata Natasha menangis.
“Tenang, mereka mungkin kembali ke kampung,”kata Joe.
“Kampung Orkid, tentu di sana,”kata Natasha. Mereka ternampak orang melintasi di kejiranan rumah itu. Alexa mendekati seorang lelaki berbaju jaket tebal.
“Maafkan saya encik..sekarang tarikh apa? 24 Februarikah?”kata Alexa memandangkan mereka masuk ke hutan itu pada 24 Februari 2012, yakni selepas habis persekolahan.
‘Sekarang 24 Februari,”kata lelaki itu bingung.
“Tahun?”kata Alexa.
“2025,”kata lelaki itu lalu beredar dari situ. Mereka berempat ternganga. Tentu keluarga mereka mencari mereka di merata tempat sepanjang tahun itu dan mungkin akhirnya berpindah ke tempat lain.
Joe menahan sebuah teksi dan memeriksa duit dalam poketnya, masih ada. Dia menghembus nafas lega dan memandang ke arah mereka bertiga.
‘Kita pergi tengok family kita, lihat jika mereka masih tinggal di rumah lama,”kata Joe memberi cadangan. Natasha berwajah sedih, rindu akan keluarga yang sudah berpindah.
“Bawa ke perumahan Titik Emas,”kata Alexa kerana itu merupakan kawasan di mana terdapat rumah keluarganya.
Setelah sampai, Joe membayar duit tambang dan bersedia menemani Alexa menjumpai keluarganya di aras 10.
Mereka menaiki lif dan sampai ke aras 10 itu, kemudian, Alexa mencari nombor bilik keluarganya. Sesampainya di rumah sewa itu, dia mengetuk pintu.
“Siapa?”kata seorang wanita dari dalam rumah.
“Itu suara ibu saya!”kata Alexa.
Alexa fokus dan keluarlah cahaya ungu dari tangannya membentuk skrin di udara. Terbitlah wajah-wajah keluarga mereka satu-persatu.
“Jangan risau, mereka masih ada,”kata Alexa. Pintu rumah dibuka dan kelihatanlah ibu Alexa, Amirah, dia ternganga dan terkejut. Dia cepat-cepat memeluk anaknya itu yang masih nampak muda seperti 10 tahun lalu!
“Kamu…seperti kelihatan masih budak berumur 14 tahun,”kata Amirah terkejut dan melihat mereka berempat.
“Kamu di mana? Puas kami mencari kamu! mari masuk,”pelawa Amirah kepada mereka bertiga.
“Panjang ceritanya,”kata Alexa.
Alexa dengan gembira, melambai mereka bertiga, berharap mereka menemui keluarga masing-masing. Keluarga Alexa memberitahu mereka bahawa betapa bertungkus-lumus polis mencari mereka. Madonna, Nina dan Piqa pula juga memberi penerangan kepada polis kerana mereka mengejar dan mencari Joe, Natasha, Alex dan Jocelyn sehingga ke hutan tebal Farael.
“Ok ke rumah Joe,”kata Natasha. Jocelyn berharap akan berjumpa keluarganya di kampung mutiara merah. Mereka turun ke halaman rumah pangsapuri dan menahan teksi lagi. Mereka pergi ke kediaman alam mesra. Setelah itu, Joe berdiri di hadapan sebuah rumah besar.
“Knok. Knok,”pintu rumah diketuk.
Seorang wanita yang memegang gelas minuman membuka pintu dan menjatuhkan gelas tanpa sedar. Badan wanita itu mengigil, matanya terbeliak, bergenang tangisan yang ditahan-tahan!
“Joe!!”kata wanita itu memeluk anaknya itu.
“Kamu di mana selama ini? Ibu risaukan kamu!”kata ibunya, Esma.
“Panjang ceritanya,”kata Joe. Lalu dia melambai tangan ke arah Natasha dan Jocelyn.
“Hei saya akan temankan kamu ke kampung Orkid, sekiranya saya menjumpai keluarga saya,”kata Jocelyn tersenyum pahit kepada Natasha.
“Well.. harap mereka di sana,”kata Natasha sayu.
Mereka sampai di sebuah rumah, yakni di kampung mutiara merah. Keluarga Jocelyn berada di sana dan memeluk Jocelyn dengan erat sekali. Natasha yang bercampur gembira dan sedih dipelawa masuk ke dalam rumah itu.
“Apa? Jambatan?”kata ibu Jocelyn, Anna. Anna menghidangkan pelbagai juadah kepada mereka berdua.
“Ok ibu, kamu kena percayakan kami, banyak perkara kami tempuhi di sana,”kata Jocelyn.
“Ok, ok ibu percayakan kamu dan bagaimana kamu keluar? Jumpa seorang putera dan meminta bantuannya?”kata Anna mengusik.
“Tak. Tak ada putera di sana, kecuali puteri Merelda. Kami berjaya keluar melalui sebuah kunci yang membuka portal,”kata Jocelyn. Tidak lama kemudian, Natasha ingin keluar dan Jocelyn ingin mengikutinya. Mereka menahan teksi lagi dan meminta dibawa ke kampung Orkid. Di sana, Natasha berhenti di sebuah ruang dinding, di mana kertas dengan wajah mereka berempat terpapar di kertas itu, menyatakan, “Kehilangan sekumpulan remaja”.
“Mereka berusaha mencari kita,”kata Jocelyn, air matanya gugur juga.
“Harap keluarga kamu masih berada di kampung ni,”kata Jocelyn lagi. Natasha hanya diam. Cukup berdebar untuk kembali ke keluarganya selepas 13 tahun. Mereka sampai di sebuah rumah besar, dengan kereta di dalam garaj sederhana besar. Bunga yang menghiasi halaman rumah sangat berwarna-warni. Seorang wanita kebetulan keluar dari pintu rumah dan terkejut melihat mereka berdua.
“Natasha!”kata ibu Natasha itu, Marimar. Marimar memeluk erat anaknya itu.
“Kamu ke mana selama ni? Puas kami cari kamu,”kata Marimar sambil menangis.
“Panjang ceritanya ibu,”kata Natasha sambil menarik tangan Jocelyn.
“Kami…boleh dikatakan, mempunyai adventure di dunia lain,”kata Natasha. Marimar terpaku, hanya memperhatikan anaknya itu dan ketawa kecil.
TAMAT
Tq siapa2 yg sudi baca karya saya!!! keep supporting me, love u guysss
Share this novel