Bukit tinggi itu, di bahagian puncaknya terdapat bentuk tengkorak manusia. Mereka berempat berhenti dan mengambil nafas. Joe naik ke bukit itu dan meneliti tengkorak manusia di sana.
“Tentu ni manusia yang pergi ke forest of demon ni,”kata Joe.
“Atau ianya sebuah pintu, gerakkan tengkorak tu,”kata Alina. Joe menyentuh tengkorak itu dan memusingkannya. Sebuah pintu bawah tanah terbuka, yakni benar-benar di atas tanah. Mereka berempat berpandangan dan mulai menuruni tangga ke bawah tanah itu. Pari-pari itu membentuk cahaya, membimbing perjalanan mereka.
“Ini..mesti tempat demon... atau..”kata Alexa.
Mereka berhenti dan terdengar bunyi metalik dipukul-pukul. Mereka mendapati terdapat butang di pagar dan Natasha cepat-cepat menekannya sehingga keluar suatu ruangan kecil yakni di hujung bawah tanah itu. Mereka beredar ke ruangan itu dan membawa mereka ke bawah lagi. Lebih dalam...!
Kemudian, mereka sampai ke sebuah ruangan besar, dengan kelibat seseorang yang sedang duduk di kerusi malas.
“Siapa kamu?”suara dari seseorang kedengaran.
“Kami..hanya melawat dunia ni, untuk mencari batu ungu, kamu siapa?”kata Joe. Lampu mentol di meja menerangi seluruh ruangan yang seakan-akan bilik kerana terdapat meja dan katil empuk di tepi sebelah kanan ruangan itu.
“Ohh batu ungu…” kata lelaki itu, mulai mendekati mereka berempat beserta pari-pari yang terbang di udara.
“Kamu bawa pari-pari dari Blue Fairy Garden, nampaknya pari-pari percayakan kamu,”kata lelaki itu, mulai mundar-mandir.
“Saya, Raul, seorang saintis,”kata lelaki itu sambil memegang pena beserta kertas di bahagian tangan sebelah kanan.
“Kamu manusia!”kata Jocelyn terkejut.
“Yup,”kata Raul tersenyum sinis, bermaksud sesuatu. Dia mengusik-usik janggutnya yang panjang. Kemungkinan dia berada dalam anggaran umur 50-an dengan berjambang dan berjanggut.
“Kamu tak takutkah tinggal di forest ne?”kata Natasha ingin tahu.
“Saya pemburu syaitan, saya bunuh mereka menggunakan ni,”Raul menunjukkan pistol yang pelurunya diperbuat dari kayu damak.
“Wow, hebat,”kata Joe memuji.
“Well.. mereka timbul dari bentuk apa sahaja, termasuk bentuk manusia dan kamu sila berhati-hati dengan mereka, mereka bijak menipu,”kata Raul membuat wajah berkerut.
“Siapa nama kamu?”kata Raul lagi.
“Saya Natasha, ini Joe, Alexa dan Jocelyn..dan Neut, pari-pari Blue Fairy Garden,”kata Natasha. Raul merenung pari-pari itu yang menghilangkan cahaya perlahan-lahan, memandangkan cahaya mentol di ruangan itu menerangi seluruh bilik.
Di atas meja pula, terserlah berbagai besi, nat dan pembuka nat, beserta sebuah besi yang merupakan robot kecil, bersayap.
“Kamu buat apa?”kata Alexa. Raul merenung tajam ke arah Alexa.
Dia mendekati Alexa dan menghidunya.
“Kamu tentu lapar,”kata Raul, lalu bergerak ke sebuah mesin besar, menyerupai peti sejuk, namun lebih kecil. Dia mengeluarkan makanan, terdiri dari buah epal dan daging ikan yang dipotong kecil-kecil. Mereka berempat melonjak gembira. Sudah lama mereka tidak mengisi perut, iaitu semenjak terperangkap dalam dunia itu.
Mereka mengambil piring berisi makanan dan memakannya dengan lahap. Jocelyn mengambil cebisan kecil, diserahkan kepada pari-pari di udara. Mereka juga makan.
Raul tersenyum dan sambil meneruskan kerjanya menyiapkan robot kecil itu.
“Itu apa? Kamu buat robot kecil?”kata Joe di tepi katil dengan perut kenyang.
“Ini Rudo, robot yang membawa kamera dan boleh terbang, ianya belum siap,hmm kemungkinan minggu depan siap,”kata Raul mengerutkan dahinya.
“Kamu tak nak balik ke dunia manusiakah?”kata Natasha membuatkan Raul hampir menjatuhkan nat dari tangannya.
“Saya…tak suka tinggal di bumi, semasa terperangkap di dunia ni, saya berjanji dengan diri saya untuk melawan demon …….yang telah membunuh isteri dan anak saya,”kata Raul tunduk bagi mengenang sesuatu di fikirannya. Mereka berempat terkejut.
“Kami bersimpati dengan kematian mereka,”kata Joe. kelihatan mata Raul mulai berkaca. Tentu mengenangkan keluarganya.
“Kamu bunuh dengan ni?”kata Alexa mengangkat sepucuk pistol berisi peluru damak. Raul mengambil pistol itu dan meletakkannya ke dalam laci meja.
“Yup, itu kelemahan mereka, seperti vampire,”kata Raul. Tidak lama kemudian, tanah dalam bawah tanah itu bergegar. Membuatkan mereka hampir terjatuh ke lantai.
“Mari ke sini,”kata Raul masuk ke dalam sebuah lubang tanah yang boleh memuatkan mereka berlima beserta pari-pari yang terbang di atas kepala. Selepas masuk ke dalam lubang, pintu ditutup untuk mengelakkan batu gua jatuh ke arah mereka. Selepas gegaran berhenti, Raul membuka pintu dan mengajak mereka keluar dari lubang itu.
“Itu gunung berapi, meletus setiap dua jam, kamu harus berhati-hati dengan lavanya,”kata Raul membuatkan mereka ketakutan.
“Jadi di sini, tempat persembunyian kamu?”kata Natasha.
“Dilindungi daripada demon dan lava, serta cuacanya yang berubah-ubah?"Kata Natasha lagi.
“Yup di sini selamat,”kata Raul.
“Dan mari saya tunjukkan sesuatu, iaitu melawan jenis-jenis demon,”kata Raul, lalu memakai pakaian besi dan memberikan mereka berempat pakaian besi masing-masing. Raul juga membawa sepucuk senapang dimasukkan di tepi pinggang, beserta pisau kecil.
Raul mengajak mereka masuk ke sebuah ruang yang mempunyai tangga bertali. Mereka memanjat tangga itu, sehingga sampai ke permukaan tanah. Mereka semua berjaya keluar bersama titisan peluh. Masing-masing penat. Lava di sekeliling mereka telah sejuk dan beku kerana salji. Lubang itu ditutup menggunakan batu, agar salji tidak berkumpul di dalam bawah tanah. Setelah menutupi gua, Raul mengajak mereka pergi ke gunung itu.
“Ingat… demon boleh berubah muka,”kata Raul. Mereka berempat kecut perut mendengar itu. Tidak lama kemudian, datang seekor babi hutan bertanduk merah. Dia cuba menanduk Raul yang mengetuai mereka xan Raul melepaskan tembakan. Babi itu berubah menjadi rangka manusia.
“Itu demon,”kata Raul, membuatkan mereka kehilangan kata dan sentiasa berwaspada ketika berjalan meredahi hutan.
Kemudian, datanglah asap hitam mengelilingi mereka. Raul mengeluarkan bom berasap putih dan berjaya menghilangkan asap hitam itu.
“Itu salah satu demon asap, bertukar menjadi manusia,”kata Raul.
“Kamu tak boleh pergi ke mana-mana, kecuali di perut saya, haha!”suara itu berbunyi dari sekeliling mereka.
“Ianya berada di mana-mana,”kata Jocelyn ketakutan, hampir memeluk Natasha.
“Jangan bergerak,”kata Raul, lalu menghayunkan pedang itu. Akhirnya, dia tertikam sesuatu yang keras di sebalik asap putihnya.
Lama-kelamaan, asap hilang dan timbullah seorang wanita cantik, ditikam di dadanya. Raul menikamnya lagi dengan 5 kali tikaman. Wanita itu jatuh ke tanah dan menjadi abu.
“Itu demon yang licik,”kata Raul lagi. Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke kaki gunung. Ketika itu, hujan turun dengan cepatnya menyebabkan banjir di sekeliling hutan.
“Kita kena cari gua,”kata Natasha.
“Tak usah, saya ada khemah,”kata Raul, mengeluarkan lipatan khemah dari dalam begnya.
Dia mengetahui segalanya tentang tinggal di hutan dan hal itu memberi kelegaan kepada mereka berempat.
“Kamu ingin mencari batu ungukan?”kata Raul lagi ke arah mereka. Mereka berempat menganggukkan kepala sambil mendirikan khemah di bawah pokok.
“Kita akan selamat, saya janji,”kata Raul.
“Terima kasih Raul!”kata Jocelyn lalu memeluk Raul yang terasa janggal dengan perbuatan Jocelyn itu.
“Hem hem hem,”kata Alexa mengusik.
Share this novel