Bab 2 : Pari-pari

Fantasy Series 401

Mereka mengumpulkan bambu dan kayu keras kecil di tepi sungai yang besar, lalu Joe mengikatkannya menggunakan lilitan tali hutan yang ditemuinya di celahan batang pokok. Saiz rakit itu kecil, sesuai untuk mereka berempat.
“Mari bertolak!”kata Joe. Joe dan Natasha mendayung rakit di hadapan, manakala Alexa dan Jocelyn mendayungkan rakit di bahagian belakang. Mereka meredah sungai sehingga arus membawa mereka di seberang sungai. Mereka berjaya mendarat dan menghentikan rakit di celah-celah batu kecil.
“Mari pergi,”kata Joe yang mulai mengetuai mereka berempat. Di sepanjang perjalanan, mereka terdengar berbagai bunyi. Ada bunyi gauman ala-ala harimau dan bunyi serigala mengaum seakan-akan memanggil temannya. Matahari memancarkan cahaya warna jingga di atas lelangit jingga biru.
“Teruskan berjalan,”kata Joe, dengan Jocelyn mendekati Alexa kerana ketakutan, mengigil badannya. Mereka berhenti di sebuah gua yang besar, dengan harapan tiada beruang atau haiwan lain di dalam gua itu. Tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi. Yang pasti itu merupakan bunyi sayap dikepak, ditambah lagi bunyi itu datang dari sesuatu yang terbang di atas kepala mereka.
“Burung bermata empat!”kata Natasha. Mereka bersembunyi di sebalik batu dan menunggu burung itu keluar dari gua. Akhirnya burung itu pun keluar dari gua, meninggalkan mereka dengan bunyi sayap dikepak berhampiran lubang gua. Mereka ternampak dua makhluk kecil seperti manusia, dengan sayap di belakang badan mereka. Makhluk tersebut melihat mereka dan tersenyum.
“Kamu... pari-pari!”kata Alexa, hampir menjerit!
“Dan kamu tentu manusia yang menyeberang lagi kawasan jambatan Andosa,”kata seorang pari-pari wanita, dengan badan dihiasi daun hijau.
“Jambatan Andosa?”kata Natasha.
“Itu jambatan yang menghubungkan dunia lain dengan dunia manusia,”kata seekor lagi pari-pari wanita berpakaian kelopak bunga matahari.
“Kamu.. pari-pari? Betul tak?”kata Alexa lagi terpesona melihat dua ekor pari-pari itu.
“Yup.. kami, Neut, penjaga tempat ni, Blue Fairy Garden,”kata seorang pari-pari berbaju daun.
“Kamu siapa?”kata Jocelyn.
“Ini Minda dan saya, Alina,”kata Alina tersenyum.
“Kamu tentu ketakutan kerana merasa kecil di sini, well… kecil seperti kami,”kata Minda. Mereka berempat mengangguk.
“Mari kami tunjukkan kamu sesuatu,”kata Minda. Mulai bergerak ke luar gua, dengan mereka berempat berlarian mengikuti pari-pari itu.
Mereka meredahi medan taman yang dipenuhi oleh bunga matahari dan bunga daisi. Kemudian, ternampaklah suatu pokok besar yang dihuni oleh ratusan pari-pari! Jocelyn teruja melihat koloni makhluk itu
“Sini tempat tinggal kami,”kata Minda.
“Wow,”kata Alexa, melihat pari-pari yang terbang di udara, ada segelintir mereka membawa bakul kecil yang diperbuat dari kayu dan daun dan ada sesetengah mereka membawa air di dalam suatu dulang kayu. Tentu untuk keperluan harian mereka.
“Kamu tinggal dan menjaga tempat ni?”kata Natasha.
“Yaa, sesiapa yang masuk ke Blue Fairy Garden, mesti mengatasi kami dahulu,”kata Minda.
“Bolehkah kamu mengiringi kami berjumpa puteri Merelda?”kata Jocelyn berharap pari-pari itu akan mengikuti mereka.
“Boleh, kami akan menghantar dua ekor pari-pari untuk mengiringi kamu, tentu ni ada kena-mengena dengan cermin Magandekan?”kata Alina menduga.
“Ya, kami perlukan itu untuk kembali ke dunia manusia,”kata Natasha.
“Rejam dan Markus!”kata Alina memanggil dua ekor pari-pari lelaki yang terbang ke arah mereka.
“Another human?”kata Rejam. Rejam berpakaian daun tebal, manakala Markus berseluarkan daun hijau, yang hanya menutup separuh badannya.
“Hai, saya Joe, ini Alexa, Natasha dan Jocelyn,”kata Joe memperkenalkan setiap satu di kalangan mereka. Rejam tersenyum.
“Saya akan melindungi kamu sepanjang perjalanan,”kata Rejam.
“Dan kita harus terbang,”kata Markus.
“Terbang?”kata Jocelyn mulai panik, melihat kiri dan kanan.
“Tak tak, kami hendak berjalan,”kata Jocelyn lagi.
“Sebab lebih selamat?”kata Jocelyn.
“Tak tak, terbang memakan masa yang cepat dari berjalan,”kata Markus lalu membunyikan siulan dari mulutnya dan datanglah dua ekor burung merpati bermata enam.
“Okay naiklah,”kata Rejam. Mereka berempat terkejut, ternganga seketika dan mulai akur akan arahan pari-pari itu. Natasha dan Joe bersama-sama menaiki seekor burung, manakala Alexa dan Jocelyn sama-sama menaiki seekor lagi burung merpati.
Rejam dan Markus terbang ke barisan hadapan mereka, memimpin mereka. Hutan tebal direntasi, sehingga sampai di sebuah kawasan berpasir.
“Ini realm of sand,”kata Rejam.
“Berjalan kaki tak akan berjaya merentasi pasir kering itu, segalanya kering,”kata Rejam.
Kemudian, mereka ternampak sebuah raksasa seperti rupa bentuk manusia, kecuali kakinya yang menyerupai kaki itik. Dia tinggal di pasir itu, sambil pari-pari mencuci kakinya di sebuah kolam.
“Nampaknya pasir ini taklah kering sangat,”kata Natasha.
“Itu dipanggil troll. Ianya mempunyai perjanjianl dengan pari-pari sehinggakan pari-pari sanggup berbuat apa sahaja untuk dia,”kata Rejam.
“Jadi bermaksud pari-pari jadi hamba?”kata Joe meneka.
“Lebih kurang, lebih kepada urusan politik, yup, di dunia manusia, segalanya berkaitan politik,”kata Markus.
“Kamu pernah ke dunia manusia?”kata Jocelyn.
“Sekali sahaja, lepas tu, saya berjanji tak akan pergi lagi ke tempat asal kamu, ianya menakutkan bagi makhluk seperti kami,”kata Markus. Memberikan seribu persoalan kepada mereka berempat.
“Boleh ceritakan kepada kami apa terjadi?”kata Jocelyn ingin tahu. Markus melihat Jocelyn dan mulai berkerut wajahnya.
“Ianya mengenai seorang manusia bernama Joseph,”
“Dia masuk ke dunia kami seperti kamu,”
“Kemudian, dia membuat perjanjian dengan pari-pari untuk membawa mereka ke dunia manusia, menerusi cermin Magande. Cermin itu memaparkan tanah dan udara,”
“Seterusnya portal di buka selepas manusia itu menyediakan persembahan seperti haiwan kancil dan arnab, dibentuk menjadi abu dan hilang ke tanah dan udara,”
“Portal dibuka dan kumpulan pari-pari sebanyak 10 ekor, mulai mengikuti manusia itu,”
“Manusia itu tamak dan menggunakan pari-pari untuk menjadikan dia terkenal, pari-pari ditangkap dan dikurung, dijadikan bahan eksperimen,”
“Akhirnya saya dan seorang lagi pari-pari bernama Zara, melarikan diri dari dunia manusia dan meredah lagi jambatan Andosa untuk sampai ke Blue Fairy Garden ni,”
“Tapi segalanya bertukar,”
“Kenapa? apa yang berlaku?”kata Alexa ingin tahu.
“Kami terkurung di dunia kegelapan bernama forest of demon, di mana, terdapat roh jahat telah menakluki badan kami, tetapi kami berjaya melarikan diri menerusi Kristal Mayomi, kami tak sangka akan berjaya,”
“Kami berjaya sampai ke Blue Fairy Garden dan berjanji tak akan keluar lagi dari sini lagi,”kata Markus menamatkan ceritanya.
“Tentu Joseph sekarang senang lenang dengan kekayaannya hasil daripada kamu, pari-pari!”kata Natasha.
“Dia dah lama meninggal dunia,,”kata Markus mengejutkan mereka semua.
“Dia kembali ke dunia ini setelah semua pari-pari yang dikurungnya mati kebuluran dan kemungkinan hasil eksperimennya gagal,”
“Setelah kembali ke Blue Fairy Garden, dia menemui ajal apabila dibaham harimau,”kata Rejam yang sudah lama berdiam diri kerana mendengar cerita Markus.
“Wow, dia sangat tekad, malang nasibnya,”kata Jocelyn.
“Padan mukanya!”kata Joe.
“Sebab itu, kami tak percaya manusia,”kata Markus.
“Tapi kami, kamu percayakan?”kata Alexa.
“Kamu semua kelihatannya manusia baik,”kata Markus tersenyum lebar.
“Bila perkara itu berlaku?”kata Jocelyn masih tertanya-tanya dengan cerita daripada Markus itu.
“50 tahun lalu,”kata Markus.
“Sejak itu, adakah lagi manusia masuk ke sini?”kata Joe.
“Ada... ada lima orang dan semuanya terkorban di hutan ini kerana sikap tamak mereka,”kata Rejam.
“Harap segalanya baik bagi kami,”kata Jocelyn bimbang menular dalam diri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience