Bab 4; Forest of Demon

Fantasy Series 401

Mereka meredahi hutan tebal dengan menaiki burung yang memakan cacing bersayap kecil. Cacing itu boleh terbang di udara dan menjadi makanan burung yang nampaknya kelaparan.
“Okay itu, mengelikan,”kata Alexa membuat wajah meluat. Kadang-kadang Alexa dan Jocelyn terpaksa tunduk untuk mengelak dari cacing yang terbang di tepi-tepi mereka.
Mereka berjumpa lagi Boboi yang berada di atas pokok, melambai mereka.
“Hai!”kata Boboi dari jauh.
“Mari jumpa boboi dulu!”kata Joe, lalu menyuruh burung merpati yang dinaiki mereka, hinggap di dahan pokok yang besar. Boboi mendekati mereka dan tersenyum, bagai sudah lama tidak bertemu.
“Kami ingin mencari batu ungu,”kata Joe. Boboi mulai mengerutkan wajahnya.
“Ianya berbahaya, di dunia gelap, banyak demon akan 'memakan' kamu!”kata Boboi lagi.
“Mengapa Blue Fairy Garden selamat dari demon tu?”kata Joe bijak berfikir.
“Sebab tempat ni dilindungi kuasa sakti, datang dari rakyat pari-pari,”kata Boboi.
“Pari-pari? Itu dia!”kata Natasha.
“Kita harus bawa pari-pari bersama kita, untuk dapatkan batu tu!”kata Natasha lagi.
Mereka semua memandang Natasha. Rejam dan Markus juga berpandangan sesama mereka.
“Tak tak ianya berbahaya untuk kami, kami mungkin dapat melawan demon, tapi kemungkinan banyak yang terkorban..kami tak mahu merisikokan nyawa kami,”kata Markus membuatkan mereka berempat sayu, bagai putus asa.
“Tapi kamu ada kuasa, kami pula tiada..kecuali pedang dari Boboi itu,”kata Natasha.
“Tolonglah.. bantu kami, kami akan lakukan apa-apa untuk kamu,”kata Alexa mengharap.
“Hmmm baiklah... mari pergi jumpa teman kami yang lain dahulu,”kata Rejam.
“Saya setuju dengan pari-pari lelaki itu, kamu perlukan askar pari-pari melindungi kamu,”kata Boboi. Mereka beredar dari situ, menuju ke sebuah pokok yang dihuni oleh ribuan pari-pari. Mereka mendekati rakyat jelata makhluk mitos dan kemudian, Rejam mengumpulkan mereka semua untuk membuat pengumuman.
“Kami mendapati manusia ni perlukan perlindungan dari pari-pari, sebab kita mempunyai sakti, mereka hendak mencari batu ungu di forest of demon…sesiapa hendak ikut mereka?”kata Rejam menunggu jawapan daripada semua pari-pari.
“Tolonglah kami! Kami hendak pulang ke bumi!”kata Natasha.
“Kami merayu! ..dan akan buat apa sahaja untuk kamu,”kata Joe.
Seekor pari-pari datang ke arah mereka berempat dengan wajah uzurnya.
“Kamu, manusia, dari mana kamu tahu pasal batu ungu?”kata pari-pari tua itu.
“Dari cermin Magande,”kata Joe.
“Forest of demon sangat berbahaya, kami tak mahu merisikokan nyawa kami, hanya demi manusia,”kata pari-pari lelaki itu lagi.
“Tolonglah, kami merayu,”kata Alexa. Semua pari-pari melihat mereka berempat. Minda dan Alina mendekati mereka.
“Kami berdua akan ikut kamu,”kata Minda membuatkan mereka berempat bagai ingin menangis sujud!
“Siapa lagi? Rejam? Markus?”kata Joe, melihat Rejam dan Markus yang membuat wajah sayu, tidak ingin bertentangan mata dengan mereka.
“Kami tak akan pergi, maafkan kami,”kata Rejam. Markus bersetuju dengan kata putus Rejam.
“Kamu memang gila, saya ikut,”kata seorang pari-pari lelaki dari kumpulan makhluk itu.
“Saya juga,”kata seorang pari-pari wanita yang sangat comel. Lama-kelamaan sebanyak 10 ekor pari-pari ingin mengikuti mereka. Mereka berempat rasa bersemangat dan menghargai pari-pari yang hendak membantu mereka, dengan memikirkan lebih baik 10 daripada dua makhluk pari-pari saja mengikuti penjelajahan ke Forest of Demon.
“Okay, kita kena pergi ke gua gunung ni,”kata Natasha membentangkan peta di tanah berumput. Semua pari-pari yang menyertai mereka iitu mengangguk
“Baiklah, mari pergi,”kata Joe. Mereka meredahi sungai deras dan sampai ke rimbunan hutan di mana, mereka berempat terjumpa Boboi buat kali pertama.
“Tidak lama lagi, jambatan ke dunia gelap,”kata Alexa. Mereka melalui lorong sepi jjambatan Andosa dan kelihatanlah kabut mulai timbul dari seberang jambatan. Mereka mendapati sebuah portal hitam berada di seberang itu.
“Itu dunia gelap, sedia?”kata Minda.
“Sedia!”kata semua pari-pari. Mereka berempat hanya mengikut kumpulan pari-pari yang dahulu memasuki portal gelap itu.
Satu-persatulah mereka memasuki portal itu sehingga mereka semua mendarat di atas tanah berlumpur.
“Apakah tempat ni?”kata Jocelyn, matanya liar melihat sekeliling.
Mereka ternampak pokok yang kecil daripada mereka dan mendapati sesuatu yang aneh. Semua pemandangan hutan menjadi normal, seakan-akan sudah berada di bumi!
“Kami di dunia nyatakah?”kata Joe, berjaya mengeluarkan diri dari cengkamani tanah lumpur, lalu perlahan-lahan berjalan ke atas ruangan rumput kering.
Semua pemandangan mengambarkan pokok-pokok kering, beserta padang besar dengan rumput berduri. Langit pula menjadi hitam dan terdapat portal hitam di kalangan udara awanan pelik itu.
“Mereka... bagaimanakah bentuk demon tu?”kata Natasha.
“Kami tak tahu, tidak pernah ke dunia ni selain Rejam dan Markus,”kata seorang pari-pari lelaki bernama Antoni. Mereka berempat pun duduk di atas tanah berumput kering, lalu berdiri memandang atmosfera alam aneh itu. Pari-pari yang bersaizkecil daripada mereka berempat mulai terbang tinggi, memerhatikan apa situasi mereka lalui sekarang.
“Adakah kita berubah ke bentuk asal?”kata Natasha.
“Nampaknya begitu,”kata Minda.
“Yass!”kata Joe, bersyukur tapi di sudut hati, ketakutan dengan bencana yang bakal terjadi selepas itu
“Kamu siapa?”kata suatu suara garau timbul dari ruangan hutan itu.
“Kami hendak mencari batu ungu di dalam gua!”kata Joe lantang.
“Kamu akan menemui kematian di dunia ini!"kata suara itu, lalu tanah bergegar, merekah bagai ada gempa bumi di sana. Mereka semua mencari sesuatu untuk berpaut. Joe dan Natasha memegang batang-batang pokok, manakala, Alexa dan Jocelyn memegang kaki Joe dan Natasha. Mereka hampir termasuk ke tanah yang merekah. Pari-pari pula terbang di udara, panik dan malap cahaya sayap mereka!
“Kita kena pergi dari sini!”kata Natasha, tidak lama kemudian, sebuah gunung meletus dari jauh.
“Gunung berapi!”kata Jocelyn lalu menangis ketakutan.
“Biar kami uruskan,”kata Antoni, sayup-sayuplah suara mereka.. Pari-pari diarahkan Antoni untuk berkumpul di tengah padang dan masing-masing fokus menghasilkan sebuah ambang ke tempat lebih selamat. Cahaya terang menelan mereka semua!
Jocelyn melihat mereka semua berdiri di sebuah kawasan luas, tanpa gunung berapi dan lava meledak!!!
“Kita selamat, terima kasih kamu!”kata Natasha. Pari-pari itu tersenyum. Salji pula tiba-tiba timbul dari langit gelap. Cahaya terang daripada pari-pari menjadi malap dan mereka berempat pun duduk di atastanah, berasa lega dan penat seketika. Alexa menyentuh salji tebal, merasa ingin meminum kopi panas-panas.
“Okay sekarang sejuk,”kata Jocelyn, mengumpulkan salji di telapak tangannya.
“Ianya .. seperti berubah musim, betul tak?”kata Alexa.
Dengan tiba-tiba lagi, matahari memancar dari arah langit dan membakar hutan dengan sinarannya yang membara. Mereka berlari-lari untuk mengelak api itu. Salji mencair dengan pantas. Pari-pari kemudiannya membuat gumpalan cahaya lut sinar..
“Ini melindungi kamu dari bahang api,”kata Serina, pari-pari wanita yang memakai daun hijau sebagai pakaian penjelajahan.
“Sekarang kemarau, what a world!”kata Natasha, keluhan membuatkan temannya rasa depresi.
Kemudian, api hasil bahang mentari menyebabkan separuh hutan terbakar. Dalam 10 minit selepas itu, awan yang berarak tebal menutupi matahari, membentuk kehitaman mendung yang besar! Lama-kelamaan, hujan pun turun membasahi dunia itu. Mereka pula masih dilindungi oleh pari-pari.
“Terima kasih kerana melindungi kami,”kata Jocelyn yang rasa selamat dalam cahaya jernih paru-paru semasa mereka bergerak. Angin sejuk mengiringi mereka dan sehinggalah, muncullah sesatan kabus menutupkan jalan di hadapan sehingga mereka terpaksa berhenti. Mereka buntu, terperangkap dalam kabus tebal itu.
“Macamana nak jalan ni?”kata Joe buat jarang kalinya merasa risau kerana dia sememangnya seseorang yang tenang.
“Biar kami lihat dari atas,”kata Antoni, lalu tiga ekor pari-pari bergerak terbang, dengan tingginya hampir separas awanan hitam. Hujan mencurah-curah ke arah mereka, namun mereka tidak peduli. Masa itu sangat getir!
“Di sana,”kata Antoni menunjukkan jalan di sebelah timur. Setelah itu, mereka semua pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sebuah bukit tinggi di sebelah timur alam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience