BAB 1 : TUNANG

Young Adult Series 4671

Kelihatan beberapa buah kereta memasuki ruangan halaman rumah dengan satu tujuan, meminang. Hubungan cinta aku dengan Ameer mekar sejak zaman sekolah menengah lagi. Aku dengan Ameer ibarat langit dan bumi pada awal pertemuan, setiap kali berjumpa atau bersama pastu bertengkar sehingga cikgu ugut untuk berjumpa ibu bapa. Tetapi, lama kelamaan perkara tersebut membuatkan kami semakin tertarik dengan satu sama lain mungkin betul pepatah berkata musuh menjadi cinta. Akhirnya Ameer mengaku yang dia menyukai aku dengan diam.

Hubungan kami hanyalah secara rahsia dan tidak disebarkan kecuali teman rapat kami. Aku dan dia hanya berjumpa di luar sekolah itu pun tempat tertentu untuk mengelak daripada bertembung dengan budak sekolah. Bayangkan, belajar sama-sama pun kena menyorok kalau bertembung dengan budak sekolah. Bukan sebab takut, tetapi peraturan sekolah tidak membenarkan murid sekolah untuk bercinta, dan jika diketahui oleh guru maka murid tersebut akan dikenakan slip disiplin. Itulah hakikatnya yang terpaksa dihadam, orang kata bukan cinta kalau tiada pengorbanan.

"Ameer! Red light red light" aku terjerit kecil bagi arahan untuk Ameer supaya menyorok. Tak fikir panjang aku terus pegang tangan Ameer untuk menyorok di bahagian rak buku.

"Asal kita menyorok kat sini?" Soalan Ameer dibalas dengan jelingan aku. Jarak yang rapat membuatkan hati Ameer terbang tinggi, jantung berdegup seumpama tiada hari esok, perut penuh dengan rama-rama yang terbang tanpa ade nya kepompong yang hidup.

"Pastu nak sorok mana? Kau tengok tuuuu" aku muncungkan bibir supaya Ameer melihat siapa didepan mata aku. Tetapi, Ameer lebih tertarik dengan kecantikan buah hatinya, kulit yang putih melepak dengan hidung yang mancung, badan yang langsing dan pipi pau yang gebu membuatkan tangan Ameer mencubit pipi aku tanpa sengaja. "Comelnya panda saya"

Aku terkejut dengan tindakan Ameer, dengan refleksnya aku tertampar lengan Ameer "Haa amik kau Ameer Faiz bin Mohd Rashid" muka aku sengaja dibuat marah padahal dalam hati berdebar-debar dah. "Aipsss jangan buat muka macam ni, nampak comel sangat panda saya ni". Memang itulah gelaran manja yang Ameer bagi kat aku, tah apa yang istimewa sangat kat panda sampai aku pun tak tahu.

"Ape yang panda saya cakap tadi?"
"Tu ha, sejak bila Dina dengan Akmal couple?"
"Macam mana awak tahu diorang couple ke tak?"
"Benda diorang peluk pegang tangan kat situ pastu nak label ape? Mak dan anak ke?"

Ameer tergelak kecil, "logik juga eh statement panda saya ingatkan reti makan je"

"OIIIII ERINNA LIM KAU SENYUM APE SORANG-SORANG" satu suara yang kuat cukup untuk bangunkan aku daripada mengelamun kisah lalu. 'Sial kau Elynna' dengus aku dalam hati. Aku terus memandang jam di dinding menandakan pukul 10 pagi, dalam beberapa minit lagi aku akan jadi tunang Ameer. Makeup di muka cepat-cepat aku touch up, hati berdebar-debar walaupun ianya hanyalah sebuah pertunangan.

Syukur kepada Allah memudahkan urusan kami, semoga hubungan aku dengan Ameer terus bahagia dan dapat membawa kepada jinjang pelamin abadi.

"Thank you sayangku panda, semoga kita diikat dengan hubungan yang sah melalui akad nikah selepas ni" senyuman manis mekar terukir di bibir.

Ade sepasang mata yang memandang pasangan tersebut dengan perasaan tidak puas hati dan penuh dengan hasad dengki. Senyuman dileretkan, hati hitam penuh dengan dendam, otak yang ligat berfikir untuk susun atur rancangan.

"Kau mangsa aku seterusnya" sepuntung rokok dipadamkan lalu beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience