Erinna bersama dua lagi sahabatnya merempuh masuk bilik hotel yang didiami oleh tunangnya Ameer bersama seorang perempuan. Namun, perkara yang lebih mengejutkan ialah Ameer bersama kembarnya Elynna tidur berpelukan tanpa seutas benang di atas katil. "SAMPAI HATI YOU BUAT I MACAM NI! SAMPAI HATI KAU ELYNNA!" Suara jeritan Erinna menyedarkan pasangan itu.
*PAPP* satu tamparan hinggap di pipi Ameer yang masih mamai. Elynna yang sedar sepenuhnya melutut merayu depan kakaknya. "Kak, bukan salah saya kak, dia yang rogol saya dia yang tarik saya!" Tangisan Elynna pecah dan menjadi-jadi sengaja dipalsukan supaya tidak menimbulkan kecurigaan Erinna pada dirinya.
Disaat tunangku Ameer ditangkap khalwat bersama kembarku sendiri iaitu Elynna Lim, serta merta aku memutuskan hubungan dengan mereka. Orang yang paling aku percaya selama ini, paling aku sayang, paling aku cinta, akhirnya memperlakukan aku sedemikian rupa. Benarlah, kita perlu berjaga-jaga dengan orang yang paling dekat dengan kita termasuk keluarga. Benarlah, kita harus mencintai seseorang secara sederhana.
Jijik! Untuk mengingat dan mengimbas kembali. Hati yang telah berkecai masih tersimpan segala dendam dan kesakitan. Walhal, aku tahu rancangan mereka tetapi masih sakit. Air mata ditahan, "No jangan nangis, aku kuat" pujukan di hati. Susah ke untuk dicintai dan disayangi?
Share this novel