BAB 2: GELISAH

Young Adult Series 4671

Gerakan mundar-mandir Puan Noraini di hadapan suaminya Encik Lim dapat mengesan sesuatu yang menggangu fikiran isterinya. Perangai isterinya sangat dia mengerti, pasti ada sesuatu perkara yang membuatkan buah hatinya tidak senang.

"Aih datin, tak lenguh ke kaki awak tu jalan depan belakang kiri kanan?" Encik Lim menyilang tangan memandang gelagat Puan Noraini.

"Takde lah bang, saya cuma risau pasal Erinna je"

"Kenapa pulak nak risau? Tak perlu lah risau pasal hal mereka tu ha tapi ce cite ce cite" Encik Lim memeluk dari belakang, membelai rambut isterinya.

"Awak rasa layak ke Ameer tu jadi suami Erinna? Jadi menantu kita?"
"Kenapa awak tiba-tiba rasa macam tu?"
"Bukan nak cakap apa lah bang, ye betul meraka memang sekufu cuma saya tak berapa suka sangat dengan Ameer tu. Masa mereka bercinta dulu pun, Erinna banyak nangis sebab dia terbalik pulak anak kita yang kena pujuk dia sayang dia. Saya menyampah!"

Puan Noraini lega menyatakan perasaannya yang gundah gulana, hanya tinggal mendengar pendapat suaminya pula. Hati dan naluri ibu tidak pernah salah. Baginya, sepatutnya lelaki yang lebih mencintai pasangannya supaya hubungan itu berkekalan. Dia berharap kesemua anaknya akan mempunyai hubungan cinta yang kekal seperti dia dan Encik Lim. Tetapi perkara itu tidak terjadi pada hubungan anaknya, sudah banyak kali dia melihat Erinna menangis keseorangan dalam bilik hanya kerana seketul Ameer. Pada mulanya dia memang tidak merestui hubungan cinta Erinna dengan Ameer, tetapi apakan daya Erinna sanggup melutut merayu depan ibunya supaya menerima Ameer membuatkan Puan Noraini terpaksa mengalah.

"Abang rasa, biarlah mereka yang menentukan kehidupan mereka sendiri. Kalau sebarang perkara terjadi pada Erinna, akan abang lunyaikan Ameer" pipi Puan Noraini dicium. Bukan dia tidak sayang pada Erinna, tetapi anak-anaknya sudah cukup matang dan besar walaupun berlakuan budak-budak kadangkala"

Sekarang, pertanyaan cinta hatinya melekat di fikiran Encik Lim. 'mampukah mereka bertahan?'

Setelah tiga bulan bertunang, Ameer makin jarang berjumpa dengan aku apatahlagi makan bersama. Aku hanya ingin melepaskan rindu dengan melihat dia walaupun hanya beberapa minit. Telefon pintar tidak lepas dari tangan aku, mata aku hanya menatap skrin menunggu message dari dia dan otak aku menerawang jauh memikirkan dia. Adakah aku sudah tidak penting?

"Cikgu Erinna okey?" Kawan sekerja aku menepuk bahu aku. Mungkin dia melihat aku gelisah semenjak ini.

"Saya okey je Kak Ning" senyuman terpaksa diukir di bibir untuk meyakinkan orang hadapan sedangkan perasaan sekarang hanya Tuhan yang tahu.

"Nanti kelas Erinna pukul berapa?"
"Pukul 11.10 untuk darjah lima pula" terus aku memandang jam tangan.

"Alamak akak, saya baru perasan sekarang dah kul 11.15" bergegas aku mengemas barang-barang dan alat tulis aku untuk digunakan bagi sesi mengajar.

"Ha mengelamun lagi, fikir cinta hati lah tu" terkekek Kak Ning melihat gelabah aku. Aku hanya mengiyakan sahaja kata-katanya. Dengan segera aku berjalan ke kelas aku.

Badan aku direbahkan atas katil, penat sangat. Telefon aku dicapai, aku hanya mampu menatap skrin telefon. Kadang-kadang jari aku lari menekan gallery melihat gambar aku dengan Ameer. Message aku langsung tidak dibalas, terakhir dilihat hanyalah petang tadi itupun dibalas dengan "okay". Aku cuba menyedapkan hati aku supaya tidak berfikiran negatif dan bersikap syak wasangka pada Ameer.

Satu panggilan tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Dengan malas aku menjawab.

"Hello, siapa ni?" Tiada jawapan, aku terus menamatkan panggilan.

Sekali lagi panggilan tidak dikenali yang sama terpapar.

"Siapa kau?" Intonasi aku berubah menjadi lebih tegas.

Pemanggil tidak dikenali tersebut akhirnya bersuara.

"Nak tahu tak Ameer kat mana?"

korang rasa sape eh yang call tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience