Makanan yang terhidang tidak dijamu, fikiran menerawang memikirkan nasib diri dan Ameer. Kalau benar itu kelakuannya, entah macam mana cara untuk aku menjawab dengan mama papa dan orang lain di kampung? Segala persiapan kahwin termasuk cincin dan dewan untuk melangsungkan perkahwinan kami sudah dilakukan. Hanya tinggal tiga bulan lagi untuk kami mempunyai ikatan yang sah. Aku takut untuk menghadapi kebenaran, takut untuk sakit dan takut untuk kehilangan dia.
Di tengah kekalutan memikirkan rancangan, terlupa tentang adik kembarku, pasti dia risau kerana tiada siapa di rumah. Panggilan daripada Elynna masuk, nasib baik dia menelefon aku terlebih dahulu.
" Wei, ni zai na li? (kak erin kat mana)?" Dahlia melekat di telinga kanan, Yana pula melekat di telinga kiri. Sebab ape? Memang tabiat mereka pasang telinga mendengar perbualan aku.
" Dui bu qi, wo wang le yao gen ni shuo wo men zai Melaka ming tian cai hui jia. (Sorry, akak lupa nak cakap kat Elyn kitorang kat Melaka esok baru balik)."
"Buat apa kat Melaka?!" Kedengaran suara Elynna memekik di sebelah sana. Tiba-tiba berbahasa Melayu dengan lancarnya bila marah.
"Asal kau nak marah pula ni?" Sengaja aku tinggikan suara tak puas hati.
"Tak, sekarang ni apa masalah kau pergi Melaka tak bagitau apa-apa kat aku setan!" Panggilan terus dimatikan oleh Elynna.
Entah apa masalah dia sampai emosi memekik kat sana. Yana mencebik tak puas hati dengan sikap adik kembar aku itu. Sememangnya sejak perkenalan lagi Yana dengan Elynna tidak serasi. Bak kata Yana "aura perempuan sihir" dan sememangnya aku tidak menafikan pernyataan Yana. Walaupun aku dan Elynna kembar tapi kami sangat tidak serasi dan sehati. Di luaran dan depan mama papa hubungan kami hanyalah sekadar lakonan. Kalau mama papa tiada di rumah, abang Qash menjadi saksi pergaduhan kami berdua semuanya dimulai dengan mulut Elynna. Sejak kecil, cara layanan mama papa sayang aku tidak boleh lebih dari dia. Segala permintaan dia haruslah ditunaikan seperti anak manja jika tidak dia akan melarikan diri dari rumah atau mengugut untuk membunuh diri. Aku kasihan dengan mama papa perlu melayan karenah buruk Elynna menyebabkan aku membeli barang yang aku mahukan dengan duit sendiri. Akan tetapi, setiap barang aku di rumah hampir menjadi hak milik dia, kalau boleh semua barang aku dirampas. Kami duduk serumah atas paksaan dari mama papa kalau tak memang seorang duduk kat utara seorang lagi duduk kat selatan.
"Budak ni en, kalau balik nanti kena lah dia" Dahlia geram.
"Biarlah dia tu, buat serabut otak je. Kita sambung balik plan kita tadi okey." Kata ku memujuk Dahlia.
"Nanti aku duduk di kerusi lobi dekat dengan bahagian kaunter, bila aku nampak diorang aku call korang. Pastu korang keluar bilik ni standby duduk kat tangga ikut diorang dari belakang sampai diorang masuk bilik pastu sergah diorang. Korang faham tak?"
"FAHAM!" Aku dengan Dahlia menjawabnya.
"Kau nak gerak pukul berapa babe?" Tanya Dahlia sambil memandang Yana.
"Sekarang. Bye korang nanti aku call." Dengan semangatnya Yana keluar dari bilik.
Jam sudah menandakan pukul 12.30 tengah malam tetapi tiada kesan atau penampakan dari Ameer. Tidak mungkin aku telah ditipu oleh pemanggil itu. Panggilan dari Yana masuk, tetap sama jawapannya tiada kemunculan Ameer langsung dalam hotel itu.
Dahlia bertukar tempat dengan Yana, sekarang Dahlia yang menunggu di lobi hotel manakala kami menunggu di berhampiran tangga. Pegawai keselamatan pasti musykil dengan tindak tanduk kami tetapi kami juga pelanggan dalam hotel itu jadi dijamin sangat tidak akan dihalau. Tiga puluh minit yang seterusnya sudah lepas menunjukkan sudah pukul 1 awal pagi. Kami gagal mengesan penampakan Ameer. Sah! Pasti aku ditipu dengan panggilan palsu tu.
Selepas tiga hari pulang dari Melaka, perasaan aku tentang kecurangan Ameer semakin kuat. Pesanan mesej aku masih belum dibalas, panggilan tidak dijawab. Jika diikutkan sekarang, aku dalam fasa overthinking yang teruk mana tidaknya kalau Ameer tiba-tiba berubah mendadak sebegini. Setibanya di rumah, Elynna pula acuh tidak acuh dan memekik menjawab soalan aku walaupun soalan biasa, kalau boleh tidak mahu bertembung langsung dalam rumah.
Aku singgah di restoran tomyam selepas habis sesi mengajar untuk makan malam bersama Dahlia, sepatutnya bertiga tetapi tiba-tiba Yana terpaksa balik lewat malam jadi kami hanya bungkuskan makanan untuk dia. Kami berborak tentang setiap perkara ibarat tiada hari esok, mula dari cara kami kenal sampailah masa depan yang kami mahukan. Dimulai dengan gelak tawa dan diakhiri dengan kesedihan pada penghujungnya. Ayat wajib yang keluar dari mulut Dahlia ialah "dah nak kahwin dah Erinna kita" sambil mengusap kepala aku. Walaupun ayat tu ringkas, tapi dapat membuat aku merasa sebak dan sedih.
Sayang aku pada Dahlia memang ikhlas. Walaupun dia sudah menjadi teman serumah aku selama dua tahun atau lebih, aku merasa nyaman dan tenang bersama dia. Dia lah yang mengambil berat, menjaga dan paling utama sekali membebel aku seperti seorang mak. Sayang aku pada Yana juga ikhlas, Yana orang pertama yang akan melindungi aku dan menjaga keselamatan aku. Bila teringat kenangan semula, aku pernah diekori dengan dua buah motor lelaki rempit semasa aku berjalan seorang balik dari pasar malam yang dekat dengan kawasan rumah. Sepanjang perjalanan aku berjalan seorang diri hanya ditemani dengan lampu jalan, pokok dan kereta lalu lalang. Tiba-tiba dua buah motor datang mengepung aku dari kiri dan kanan. 4 lelaki mengepung seorang perempuan mana tidaknya aku panik, dua orang cuba memegang aku manakala lagi dua orang cuba mengambil barang dari aku. Dengan pantas aku menumbuk lelaki yang cuba memegang aku lalu larikan diri. Sebelum aku dikejar oleh mereka nasib Yana datang menyelamatkan aku. Seperti dalam cerita aksi, Yana menendang salah satu dari mereka, menumbuk yang lain sehingga mereka tumbang dan larikan diri. Kalau nak ingat kembali satu persatu kenangan bersama mereka, memang tidak dapat dikira dengan jari. Aku pasti akan merindukan mereka setelah menjadi isteri orang.
Sesampainya tiba di rumah, tanpa mandi aku terus merebahkan diri dan tidur. Penat yang tidak dapat diucap dari mulut tapi dapat dilihat dari badan. Entah kenapa aku dapat mendengar suara orang berbisik di sebelah telinga dan membelai rambut hingga ke bibirku, aku tidak dapat membuka mata aku kerana mengantuk yang sangat. Aku membiarkan sahaja pergerakan itu sehinggalah dia sendiri yang pergi.
GONG XI FA CAI XIN NIAN KUAI LE!
Share this novel
Tolong sambung lagi author