Kereta dibawa dengan laju meluncur atas jalan raya, memandu seperti orang yang tidak waras. Cahaya lampu yang malap, jalan raya yang lenggang tanpa kereta pada tengah malam membuatkan aku melajukan pemanduan.
Tiba-tiba ada kewujudan sosok orang berdiri di tengah jalan raya. Kehadiran benda tersebut langsung tidak berganjak untuk mengelak seperti menunggu aku untuk melanggarnya. Dengan relfeksnya aku memusingkan kereta untuk mengelak daripada dia, menyebabkan aku melanggar bukit bukau yang ada di sepanjang jalan raya. Badan aku kesakitan seperti ditusuk dengan pisau pada seluruh badan. Kepala aku berpusing dan sakit, hentakan yang sangat kuat terkena di stereng kereta. Badan aku langsung tidak dapat bergerak, perkara yang aku nampak ialah si dia masih berdiri di jalan raya dan berjalan ke arah aku dengan pandangan sinis. Kehadirannya semakin dekat, mata aku mula berat dan pandangan aku semakin kabur.
Pipi diulas lembut dengan perlahan-lahan, mata tidak jemu menatap wajahnya, dari pipi terus jari singgah di bibir diusap perlahan. Terdetik dalam hati alangkah bagusnya jika menjadi miliknya pasti hidupnya penuh dengan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.
'Aku pasti engkau ditakdirkan untuk aku, sayang' pipi dikucup lama.
Bunyi loceng membuatkan aku bangun dari tidur, badan menggeliat dan melekat atas katil selama beberapa minit ibarat satu kewajipan setiap hari. Sepertinya masih terasa di alam mimpi, mata aku terus fokus pada sekeliling dan sah aku dalam bilik sendiri. Aku menyentuh kepala aku dan badan aku tetapi masih elok tidak berdarah seperti yang aku alami dalam mimpi. 'Eh, bukan aku accident ke semalam?' persoalan di minda membuatkan kaki aku laju meluru ke cermin. Dari kepala hingga ke kaki tiada kesan darah mahupun cedera. 'Sah sangat mimpi, ni mesti overthinking kat orang yang call semalam haish jinjaaa jangan percaya dia Erinna oiii'. Kain langsir dibuka luas untuk bilik menyerap cahaya matahari. Tingkap pula dibuka separuh luas untuk menyeru angin masuk. Kain tuala dicapai untuk mandi.
"Kau okey tak babe semalam?" soalan dari Dahlia membuatkan aku terkejut. Dahlia ialah teman serumah aku sejak dua tahun lepas dan hubungan kami berdua seperti adik beradik.
"Ce kau tengok muka aku" sengaja aku memandang tepat mata dia.
"Kenapa?"
"Cantik kan muka aku?"
'PAP' bahu aku ditepuk lembut olehnya.
"Sakitlah, ish kau ni kenapa kau tanya macam tu pulak tiba-tiba" kesian lemak-lemak kat bahu aku kena dera pagi macam ni.
"Orang serius kau pergi bergurau itulah jawapan dia. Semalam aku lalu lah bilik kau lepas tu aku dengar kau jerit kuat, kuat gila babe aku ingat kau kena rasuk dengan hantu kopek dah lepas tu aku ketuk lah pintu kau panggil kau lepas tu kau dah diam lepas tu aku nak buka tengok kau okey tak lepas tu aku tak dapat buka lepas tu aku cari lah kunci bilik kau tapi tak ada dah hilang lepas tu aku menyeru kau balik lepas tu kau tak berbunyi dah lepas aku balik lah bilik aku mana tahu hantu tu cari aku pulak. Tapi kau okey tak?" Roti yang dipegang oleh Dahlia terus aku rasmikan gigitan pertama.
"Banyak betul lepas tu dalam ayat kau dalam satu nada cuba bernafas dulu. Aku okey je tapi semalam aku mimpi buruk memang macam real gila mimpi tu boleh rasa sampai aku bangun tidur tadi pun tak percaya tu hanya lah sebuah mimpi."
"Kau tidur pukul berapa semalam?" Jelingan Dahlia menggetarkan telinga sebagai tanda akan dibebel tidak lama lagi.
"Erm pukul 3? Alaa tak lama pun okey bye Dahlia aku pergi naik bilik dulu" Dengan laju aku lari masuk bilik kuncikan pintu.
Panggilan tidak dikenali terpapar lagi, dengan laju aku menjawab.
"Malam ni pukul 12 Hotel Hexgons di Melaka, bilik 78. Bukti tunang kau curang." Panggilan terus dimatikan sebelum aku sempat berkata.
Jam di dinding menandakan pukul 1 tengah hari. Separuh hati ingin pergi sebaliknya separuh lagi tidak mahu seperti ingin menolak kebenaran. Masih sempat jika bertolak ke Melaka sekarang, Dahlia dan seorang lagi kawan aku diajak pergi sebagai peneman dan jika betul ape yang disampaikan maka dijadikan sebagai saksi.
"Kau serius lah babe?" Dahlia yang duduk di kerusi sebelah terus memandang aku.
"Entah, aku serabut" Mata aku fokus didepan tetapi fikiran aku melayang.
"Sorry babe nanti kita sambung pasal ni, kau fokus drive dulu"
"Sekarang dah pukul 5 petang, lagi 2 jam kita sampai sana. Kita check in hotel tu tapi duduk sebelah bilik diorang"
"Baik boss, kita macam detektif dah" Yana yang duduk di belakang juga bersetuju dengan cadangan aku.
"Kalau betul dia curang, aku tendang 'adik' dia bagi dia tak ada keturunan lepas tu aku sepak kepala dia tau korang."
"YANAAA!"
Semua terkekek ketawa lalu setuju dengan cadangan itu.
sorry lambat sangat sangat
Share this novel