Setelah berlarutan sehingga beberapa minggu, Ain masih sering dihantui dan di ganggu makhluk halus itu namun begitu rakan sebiliknya Thalia kelihatan tenang bagai langsung tiada menerima sebarang gangguan. Ain hairan dan dia cuba menceritakan kepada rakan-rakan rapatnya. Ain mendapat tahu bahawa biliknya itu pernah didiami oleh seorang pelajar pintar yang bernama Chloe ana.
Gadis yang lebih dikenali sebagai Chloe itu dipercayai hilang secara tiba-tiba dan tidak ada siapa pun yang tahu kemanakah hilangnya gadis itu. Sungguhpun telah dilaporkan kepada pihak polis namun kehilangan Chloe masih lagi menjadi tanda tanya.
Chloe merupakan pelajar pintar yang menjadi teman sebilik dan juga kawan rapat kepada Thalia sebelum ini namun tidak pernah sekalipun Thalia membuka cerita mengenai Chloe pada Ain.
Kebingungan semakin membelenggu Ain dan dia buntu, bagaimanakah harus dia selesaikan masalah yang menghantuinya ini dan adakah kelibat yang seringkali dijumpainya itu roh Chloe. Ain tersentak! Chloe hilang atau dibunuh?! Terlintas dibenak fikirannya.
Hmm,..aku pasti Chloe tidak hilang mahupun diculik tetapi aku yakin bahawa Chloe telah dibunuh...tapi,..siapa punya angkara?! Fikirnya sejenak. Ain mula menyiasat secara sendirian dan mula merisik-risik maklumat daripada kawan-kawan yang pernah menjadi teman rapat Chloe sehinggalah membawa Ain kepada teman lelaki Chloe iaitu Shazwan.
Ain mula memerhatikan gerak geri Shazwan dan akhirnya Ain memberanikan diri untuk menyapa Shazwan. Niatnya hanyalah satu, dia ingin membongkar apa yang telah terjadi sebenarnya ke atas Chloe.
Semasa Ain berbual dan menanyakan tentang Chloe pada Shazwan, Ain merasakan bagai dirinya sedang diperhati dan dengan tidak sengaja Ain melemparkan pandangan ke arah penjuru blok, Ain ternampak seorang tukang kebun yang wajahnya sungguh kusut masai dan garang.
Ain berasa tidak selesa dan Ain menamatkan perbualannya dengan Shazwan secepat mungkin. Apabila Ain menoleh sekali lagi ke arah sama, tukang kebun tersebut telah hilang dari pandangannya. Ain sedikit resah dan bingung, dia pasti bahawa kehilangan Chloe bukanlah kes hilang biasa tetapi Chloe telah dibunuh.
Share this novel