Rasa gembira dengan penuh kesyukuran tidak dapat ditahan lagi. Ain sangat gembira kerana rayuan keduanya telah diterima dan dia bakal menyambung pengajiannya pada awal bulan hadapan.
BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN...
Ain menoleh ke arah Al-Quran kecil yang tersusun baik di atas almari biliknya. Tanpa berfikir banyak Ain mencapai Al-Quran tersebut lantas dipeluknya. Dia berhajat untuk membawa Al-Quran tersebut bersama sebagai bekal buat penemannya sepanjang menjalani pengajian nanti. Esok adalah hari yang bahagia baginya kerana esok adalah hari pertama Ain akan mendaftar di kolej tersebut dan disitulah bermula permulaan untuk mencorak masa depan hidupnya.
“Ain, mak nak pesan satu perkara saja dengan anak mak ni. Mak harap Ain dengar betul-betul dan ikut apa yang mak pesan ni ye nak.” Dengan lembut ibunya mengusap rambut Ain
”Ye mak,.. cakaplah, insyaAllah Ain akan dengar dan ikut pesan mak.” Balas Ain
”Mak nak pesan satu je, tak kira la dimana sekalipun Ain berada,..jangan pernah tinggal solat yenak. Itu je pesan mak, selagi Ain jaga solat insyaAllah Ain akan sentiasa di lindungi dan mendapat keberkatan darinya.” Pesan ibu Ain. Ain mengangguk faham dan sungguhpun dia berat hati untuk meninggalkan ibunya namun dia percaya semuanya telah ditentukan oleh Allah.
HARI PENDAFTARAN...
Ain dengan penuh debaran menunggu giliran untuk mendaftar. Ini adalah kali pertama baginya menjejakkan kaki jauh dari keluarga seorang diri. Setelah selesai sesi pendaftaran dan juga taklimat ringkas, Ain dan juga pelajar-pelajar baru (freshie) yang lain diberi kunci bilik asrama.
Ain meneliti tag bilik yang ada digenggamnya sambil tercari-cari bilik asramanya. Akhirnya Ain tersenyum lega apabila bilik yang dicari-carinya telah berada di depan mata. Hmm...ni pun dia, bilik 1444... Helah kecil gadis itu.
Share this novel