Keadaan menjadi sangat genting dan Thalia tekad untuk menikam Ain. Dia mula mengangkat tinggi tangannya dan Ain bergelut untuk melepaskan diri. Shazwan cuba untuk membantu dalam pergelutan itu dan tiba-tiba satu das tembakan dilepaskan.
Thalia yang begelut tadi akhirnya rebah dan pisau yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Thalia cedera di pergelangan tangannya dan Shazwan pantas mengambil peluang itu untuk menyelamatkan Ain ke dalam pangkuannya. Ain jelas ketakutan dan menggigil dalam pelukan Shazwan.
Mereka melihat ke arah das tembakan itu dilepaskan dan kelihatan tukang kebun yang misteri dikolej itu berdiri tegak sambil memegang sepucuk pistol. Ain dan Shazwan kebingungan, yang pasti keselamatan Ain menjadi keutamaan Shazwan buat masa ini. Thalia cuba mencapai pisau yang jatuh ke tanah dan satu das lagi tembakan dilepaskan ke udara
”Berhenti, letakkan senjata kamu! Jangan buat perkara yang bodoh Thalia. Rahsia kamu dah terbongkar!” Jerit tukang kebun itu dari jauh. Thalia terpaku dan disaat yang tidak dijangka itu, tiba-tiba muncul kelibat roh Chloe dihadapan mereka
”Dendam darah dibalas darah!!!” Sayup kilai roh itu..
”Ampunkan aku... Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku!” Teriak Thalia yang ketakutan melihat roh Chloe betul-betul dihadapan matanya. Tiba-tiba roh itu hilang dan kelihatan Thalia bagai sedang dirasuk. Thalia bingkas bangun berlari menaiki anak-anak tangga asrama mereka menuju ke bahagian atas bangunan dan mereka semua yang ada di situ turut berlari dan mengejar dari belakang. Sesekali terdengar teriakkan
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” yang dilaung sayup Thalia.Mereka terus mengekori dari dekat tanpa disangka jasad Thalia yang sedang dirasuk oleh roh Chloe tiba-tiba terjun dari bagunan yang setinggi 5 tingkat. Shazwan pantas menutup mata Ain dan dia tidak mahu Ain melihat kejadian ngeri itu
”Innalilah wainnailai hirojiun..
” Ucap mereka serentak setelah melihat kejadian tragis itu.
Share this novel