BAB 6

Crime Completed 2614

Menurut Shazwan, Chloe telah dilaporkan hilang semasa akhir cuti semester tahun lepas dan Chloe adalah di antara pelajar yang tidak pulang ke rumah semas cuti sem tersebut selain Thalia dan juga beberapa orang pelajar yang lain.

Shazwan juga percaya bahawa teman wanitanya itu tidak hilang seperti yang dicanang-canangkan, kerana dia cukup kenal teman wanitanya itu. Sungguhpun Chloe lebih gemar bersosial namun dia masih tahu batas-batasnya. Shazwan juga mempunyai niat yang sama seperti Ain dan dia ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada teman wanitanya itu.

Siapa agaknya dalang dalam hal ini? Kenapa Chloe mesti dibunuh, dan siapakah pula tukang kebun yang memerhatikan gerak geri aku tadi? Berserabut benak fikiran Ain dengan pelbagai persoalan namun dia percaya semua ini pasti akan ada jalan penyelesaiannya...

DI SUATU MALAM YANG SUNYI...

Pada malam ini, Ain yang ditinggalkan keseorangan oleh teman biliknya. Thalia ada mengajak Ain untuk keluar berhibur bersama dan menghabiskan hujung minggu di pusat-pusat hiburan tetapi sifat melalaikan yang boleh membawa kepada kemungkaran sang Penciptanya membuatkan Ain dengan tegas menolak ajakan itu.

Thalia terus berlalu dengan sedikit perasaan marah dengan sifat alim yang ditunjukkan oleh Ain itu. Tidak terlintas di fikiran Ain untuk menunjuk-nunjuk dihadapan rakan sebiliknya itu, dia hanya menegaskan prinsip dan pendiriannya.

Tanpa mengambil kisah sikap rakannya itu, Ain meneruskan niatnya untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester telah hampir tiba. Sambil khusyuk menelaah tiba-tiba fikiran Ain tersentak... Emm... tak mungkin dia kot?! Raut wajah Ain berkerut-kerut dan fikirannya melayang sejenak. Ain cuba melupakan apa yang sedang difikirkannya itu dan cuba untuk kembali fokus menelaah bukunya. Dalam senyap sunyi malam, Ain bagai terdengar ada suara kecil yang menyahut memanggil namanya....

“Ain...Ainn...Ainnn... tolonggg akuu Ainnnn.......” sayu kedengaran suara yang aneh itu...Wajah Ain bertukar pucat..kedua tangannya menggenggam kemas bingkai kerusinya dan matanya liar memandang ke setiap penjuru biliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience