BAB 7

Crime Completed 2614

”Siapa kau? Kenapa kau mesti ganggu aku? Apa jenis pertolongan yang kau harapkan dari aku?” Balas Ain dalam gigil ketakutan...

”Hati-hati dengannya Ain...jangan jadi mangsa seterusnya seperti aku... hanya kau yang boleh membantu aku...” sekali lagi sayu kedengaran suara yang aneh itu..

”Hati-hati dengan siapa? Jadi mangsa siapa? Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya ni... Kenapa mesti kau ganggu aku!” Ain dengar nada sedikit marah kerana telah lama tertekan dihantui masalah. Setelah beberapa minit bunyi suara aneh itu terus ghaib. Ain yang sangat tertekan memilih untuk menangguhkan ulangkajinya itu lalu menunaikan solat hajat sambil memohon petunjuk daripada Allah.

Hari-hari yang Ain lalu kini semakin hari semakin perit dan jiwanya bagai tidak tertanggung. Ain ada bercerita masalahnya kepada Shazwan dan Shazwan ternyata mempercayai segala kata-kata Ain itu kerana rupa-rupanya Shazwan turut mengalami gangguan yang sama.

Mereka berdua telah mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan seorang guru yang arif dalam agama untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua. Bagi rakan-rakan Ain yang lain, mereka langsung tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Ain kerana bagi mereka Ain saja mereka-reka cerita mengenai gangguan-gangguan itu.

Hanya Shazwan seorang sahaja yang sudi meneman dan juga membantu Ain untuk menyelesaikan masalah ini. Shazwan membawa Ain berjumpa dengan Ustaz Idrus dan mereka berdua telah mengambil peluang itu untuk berceritakan masalah yang dihadapi mereka.

Menurut Ustaz Idrus, sesungguhnya jin, syaitan, iblis dan makhluk halus itu memang wujud dan gangguan yang hadir dari mereka juga adalah dengan izin Allah. Kehadiran sesetengah gangguan atau makhluk halus itu kadang-kadang kerana rohnya tidak tenteram atau jasadnya tidak disempurnakan dengan baik.

“Emm..maaf ustaz bertanya, hmm kalu boleh ustaz tahu apakah bentuk gangguan yang datang pada Ain?” Soal Ustaz Idrus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience