Bab 5

Horror & Thriller Completed 8748

*Pukul 12:00 a.m*
"Urmm Amir.." panggil Adi.
"Ha kenapa?" jawab Amir sambil baring dengan mata tertutup.
"Tadi..masa kita kat tandas..kau ada dengar apa-apa tak?" tanya Adi tekun melihat Amir.Tiba-tiba Amir membuka mata dan bangun.
"Emm...aku ada dengar...perempuan mengilai?.."katanya melihat Adi.
"Hah! Aku ingat aku seorang saja dengar..rupanya kau pun.." kata Adi sedikit cuak.
"Emm..kau rasa itu betul-betul ke atau hanya khayalan kita je?" Amir mula meremang.
"Tak tahulah weh...mungkin itu hanya imaginasi kita mungkin.." jawab Adi untuk sedapkan keadaan.Tiba-tiba..Amir ternampak satu kelibat putih lalu di depan mereka.Amir menutup mata dan buka semula perlahan-lahan.Hilang.

" Weh Adi,kau nak pergi mana?" jerit Amir pelik Adi bangun secara tiba-tiba dan menuju ke tempat kelibat putih tadi.
Diam.Tiada respons.
"Woi kau pekak ke apa?" jerit Amir lagi.Adi diam.Tiba-tiba..
"Weh Amir! kau nak pergi mana tu? dah la tinggal aku sorang-sorang kat belakang..lepastu cakap sorang-sorang pula.." jerit Adi dari belakang.
Sup! Bulu roma Amir menegak.Amir memandang ke belakang dan ya Adi ada di belakangnya.
"Kalau dia ada di belakang....siapa yang berjalan tadi dan dengan siapa aku bercakap tadi?....Amir memusing badannya perlahan-lahan ke depan.

Dup..dap!Jantung Amir berdegup kencang kerana orang yang dikatakan *Adi* tadi hilang!
"Haaa sudah..." kata Amir di dalam hati yang sudah berpeluh-peluh.
"Weh Amir..kau ok ke tak ni? berpeluh semacam." Adi pelik melihat Amir berpeluh-peluh.
"Ha..hhaa..ak..aku..ok.." Amir duduk bersandar pada pokok.Adi pelik melihat Amir kerana mukanya sudah pucat lesi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience