Bab 2

Horror & Thriller Completed 8748

Hari pertama kem.
"Urmm tak adalah ramai sangat yang pergi kem ni.."kata Amir di dalam hati.
"Hoi Amir! Termenung apa lagi,cepat tolong aku pasangkan khemah ni." jerit Adi memanggil Amir.
"Haa yela..yela." Amir bergegas pergi ke Adi.Semasa Amir dalam perjalanan pergi ke Adi,Amir terasa seperti seseorang melihatnya dan Amir berhenti berjalan.
"Emm...aku rasa..macam ada orang tengok aku tadi..tapi tak ada pula.Emm mungkin perasaan aku je kut.." katanya di dalam hati .Kemudian,dia terus sambung berjalan dengan langkah yang besar.

*Pukul 11:00 p.m*
Selesai sahaja makan,Amir pergi ke singki untuk membasuh tangan dan setelah selesai,Amir pergi ke tandas.Ketika dia hendak memasuki bilik air,dia terdengar ketukan pintu dari bilik air sebelah.
Tuk..Tuk!
"Siapa itu?..Adi..itu kau ke?" tanya Amir tetapi tiada respons.Amir cepat-cepat memasuki bilik air dan keluar dari situ.Amir kembali ke khemahnya.
"Aii asal nampak kelam-kabut sangat ni?sampai berpeluh-peluh ni....engkau joging ke?" usik Adi melihat Amir termengah-mengah.
"Kepala hotak kau joging! Tak adalah..panas tadi kat tandas." Amir memberi alasan.
"Emm Adi,tadi..kau ada pergi tandas ke?" soal Amir.
"Mana ada..aku duduk kat sini je dari tadi..tunggu kau.Kenapa?" tanya Adi pelik dengan pertanyaan Amir.
"Ohh..tak..tak ada apa ..saja tanya." jawab Amir sedikit gagap.

"Emm lepastu siapa yang ketuk pintu tadi?..emm mungkin orang lain kut..mungkin.." getus Amir di dalam hati.

Share this novel

Lynne Barona Bernandino
2022-02-28 22:44:00 

it so nice


NovelPlus Premium

The best ads free experience