Bab 13

Horror & Thriller Completed 8748

Mereka berdua melihat ke pintu.Bulu roma mereka mula menegak.
“Kenapa pintu tu..terbuka?”tanya Amir memandang Adi.Adi bangun dan perlahan-lahan pergi ke arah pintu tersebut.
“Weh Adi,tak yah lah.”jerit Amir.
“Haish..kau sabar jap.Bagi aku tengok dulu.”
“Yang kau berani sangat ni apahal?” Tengking Amir.
“Shhh...aku nak try tengok....”
*BUM! Pintu tersebut tertutup dengan kuat.
Adi kaku.
“Weh..cepat bukak pintu tu!” Mereka berdua terus mencuba membuka pintu tetapi gagal.
“Ahh bodoh! Woi, kau nak apa ha dari kami?Kami tak kacau kau pun!” Marah Adi.
“Weh relax Adi! Janganlah cari pasal!”balas Amir cuba menenangkan Adi.
“Mak! Ayah! Tolong Adi!”jerit Adi di depan pintu.Kemudian,mereka mendengar tapak kaki sedang berjalan ke arah mereka.
“Kenapa ni Adi?” Tanya ayah Adi.
“Tolong tarik pintu ni ayah!” Ayahnya cuba untuk menarik tetapi tidak terbuka.
“Kenapa susah sangat ni?”kata ayahnya.
“Weh Adi..cuba kita baca ayat kursi...mungkin boleh tolong..” Adi mengangguk.Mereka mencuba lagi untuk membuka dan pintu mula terbuka sedikit.
“Ah weh tarik lagi!” Jerit Amir.
“Arghhhhhhhhh!” Akhirnya pintu tersebut terbuka juga.
“Korang dua ok? Tu sampai dah berdarah tangan.Kenapa pintu ni susah sangat nak buka?”soal ayahnya.
“Sebenarnya..kami dua...” Amir memandang Adi.
“Kami kena ganggu ayah..” Adi memberitahu.
“Kena ganggu? Dengan apa?” Soal ayahnya.
“Benda tu ikut kami ayah..dari..kem haritu....” Ketika Adi mahu cerita,Amir ternampak kelibat lalu dibelakang ayah Adi.
“Weh...Ad..Adi....tu...” Amir tunjuk kepada Adi.
Tiba-tiba,mata mereka terasa gelap dan mereka jatuh pengsan.

“Amir...Adi,bangun..” gerak mak ayah mereka.Adi dan Amir tersedar dan mereka perasan yang mereka berada di hospital.
“Arghhh...kenapa kami ada dekat hospital?”tanya Adi.
“Korang berdua pengsan tadi,lagipun tangan korang luka.So mak ayah bawak korang ke hospital.Doktor cakap korang berdua lemah sangat.So korang kena tahan wad malam ni.Esok baru boleh balik.”terang ayah Adi.
“Ha? Kena tahan?”jerit Adi.Kemudian,Adi memandang Amir. Amir tahu apa yang Adi fikirkan.Hospital ini tempat keras.Jadi mereka tahu mereka akan kena kacau lagi.
“Alahh..ibu,kami tak nak tidur sini..please..” rayu Amir kepada ibunya.
“Lah dah kenapa pula?Korang ni tak sihat lagi tau..so tak boleh keluar.”balas ibunya.
“Tak nak ibu..” rayu Amir lagi seperti budak kecil.
“Ehh macam budak-budak lah korang ni.Korang ni dah besar,lelaki pula tu.Tak kan takut kot tidur sini?”soal ayah Adi pula.Mereka berdua terdiam.Nak tak nak mereka terpaksa bermalam di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience