Bab 3

Horror & Thriller Completed 8748

Hari kedua kem.
"Fuhh hari ini,banyak aktiviti betul.." kata Adi terus mengambil botol minumannya.
"Itulah wehh..rasa macam nak terkeluar balik makanan yang aku makan tadi." jawab Amir melihat Adi.
"Hahaha tahu tak apa.Tak sabar aku nak balik esok.." Adi menepuk belakang Amir.
"Haha hari tu engkau yang excited sangat nak pergi kem ni..last last dia yang nak balik awal." usik Amir sambil ketawa.
"Hahaha hari tu..hari tu ah..ni sekarang.Nasib tiga hari je..kalau sebulan memang tak la aku pergi.." Adi menggelengkan kepalanya. Amir ketawa melihat gelagat Adi.Tiba-tiba Adi terasa seperti ada seseorang memerhatikan mereka berdua tetapi Adi abaikan saja.
"Weh Adi..malam ni ada aktiviti malam burung hantu kan?yang masuk dalam hutan tu?" tanya Amir memandang Adi.
"Haah..asal? kau takut ke? bisik Adi di telinga Amir.
"Haha mana ada!" Amir mencubit peha Adi.
"Aduh sakitlah bodoh." Adi mengusap-usap pehanya yang telah merah.Amir ketawa.Tiba-tiba ada satu angin kuat lalu di telinga Amir. Amir berasa pelik kerana angin itu hanya lalu di telinganya dan tidak rasa di badannya.Amir hanya berfikir itu kebetulan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience